Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 13

Maisarah menguis mi goreng di dalam pinggan.Langsung tidak dijamahnya dari tadi.Gurauan Shazana tentang Alvin semalam sangat mengganggu fikirannya hingga ke saat ini.


"Kalau tak nak makan, bagi aku."

Shazana muncul bersama sepinggan nasi goreng lalu duduk berhadapan Maisarah.


Maisarah tidak mempedulikan Shazana.Dia menongkat dagu.Mi goreng ditenung dengan pandangan yang kosong.


"Fikir pasal Doktor Alvin lagi ke.."

Shazana cuba memancing perhatian Maisarah.


"Aku tau aku dengan dia ibarat pipit dengan enggang.Aku sedar diri."

Maisarah menolak pinggan mi goreng ke arah Shazana.Perutnya terasa kenyang tiba-tiba mendengarkan nama itu.


"Aduhai, sentap pulak minah ni.."

Shazana ketawa mendengar kata-kata Maisarah yang begitu merendah diri.


"Kalau dari dulu kau sedar diri, tak adalah makan hati sekarang."

Kata Shazana lagi.


"Aku rasa aku tak boleh nak terima kalau betul dia dah berpunya.Aku dah terlanjur sayangkan dia, Sha."

Beralaskan lengan, Maisarah menyembamkan mukanya ke meja.Semangatnya bagaikan terbang di awang-awangan.


"Kau baru dengar suara perempuan cari dia, bukannya nampak depan mata pun dia dengan mana-mana perempuan.Tak payahla buang tenaga nak frust menonggeng camni,  Mai oii..Peluang tu sentiasa ada untuk kau.Terpulang dekat kau je nak ambil ke tak.Kalau lambat, melepaslah jawabnya."

Shazana menyemangati Maisarah.


"Peluang apanya..Dah jelas-jelas dia memang tak ada hati dengan aku.Kau nak aku buat macamana?Tergedik-gedik depan dia?Gitu?"

Bidas Maisarah pula.Kepalanya diangkat sebentar lalu kembali dibenamkan ke meja.


"Aku tak pahamlah dengan kau ni, Mai.Gaya tu macam tak boleh hidup sangat je tanpa Doktor Alvin tu.Tapi belum apa-apa lagi dah mengalah.Selagi dia tak cakap dia tak suka kau, selagi tu kau masih ada peluang untuk pikat dia."

Nasihat Shazana lagi layaknya seperti seorang pakar dalam percintaan.


"Pasal macamana kau nak pikat dia tu, pandai-pandai kaulah, ya."

Sambung Shazana seraya menghirup teh hangat.


Maisarah hanya diam mendengarkan kata-kata Shazana.Dia kembali menyandarkan tubuhnya di kerusi lalu satu keluhan berat dilepaskan.Dipandangi wajah temannya itu yang begitu berselera menikmati hidangan.Dalam hati, dia mengakui bahawa segala yang dikata Shazana itu tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka.


*****************************************


"Ya, Hanis?"

Rizki menjawab panggilan masuk dari setiausahanya melalui mesin interkom.


"Encik Rizki, ada seorang doktor muda nak jumpa Encik Rizki.Tapi dia tak ada buat appointment."


'Doktor?'

Rizki meneka dalam hati.


"Oh, ya!Ok, suruh dia masuk."

Rizki teruja apabila menyedari doktor muda yang dimaksudkan setiausahanya itu tidak lain tidak bukan adalah sahabatnya, Alvin.


"Assalamualaikum, bos!"

Alvin menyapa Rizki setelah menapak masuk ke dalam bilik pejabat.


"Waalaikumussalam..Vin!Come, have a seat!Akhirnya sampai jugak kau kan.Kenapa tak bagitau nak datang?"

Rizki beralih dari mejanya ke sofa lantas mempelawa Alvin untuk duduk.


"Sebab ni lah aku malas nak datang.Nak jumpa kawan sendiri pun kena buat appointment bagai.."

Usik Alvin seraya melabuhkan punggung di sofa.Pertanyaan Rizki dibiarkan sepi.

Matanya liar memerhatikan sekeliling ruang pejabat yang luas.Terdetik di hatinya perasaan cemburu melihat apa yang dimiliki Rizki.


"Alasan.Padahal sibuk memanjang.Kalah presiden."


"Menjadi tak surprise aku?"


"Banyakla kau punya surprise.Kalau kau cakap kau tu lawyer, surprise lah jugak."


"Kalau aku cakap camtu, confirm kau suruh setiausaha kau halau aku sebab tak ada buat appointment kan?"


Rizki hanya ketawa mendengar lelucon Alvin yang tak masuk akal.


"Nak minum apa?Aku suruh Hanis buatkan."

Rizki bangun dari sofa untuk mendapatkan mesin interkom di meja.


"Riz, no, thanks.Aku tak lama pun."

Kata-kata Alvin mematikan niat Rizki.Dia kembali duduk di sofa.


"Ni mesti ada hal penting, kalau tak takkan sampai datang ke sini kan?"

Rizki membuat andaian.Dia memandang wajah Alvin yang tenang.


"Yup, you are right.Mungkin tak penting bagi kau, tapi penting bagi aku."

Jawab Alvin dengan senyum manis.


Rizki kerut dahi.Dia menunggu sahaja apa yang ingin disampaikan sahabatnya itu.


"Position sebagai pengapit kau, still available ke?"

Bulat mata Rizki mendengarkan pertanyaan Alvin.


"Wait, jadi kau nak cakap yang kau dah ubah fikiran?"

Pertanyaan Alvin turut dibalas dengan pertanyaan.


"Itu pun kalau kau masih nak gunakan khidmat aku la.."

Alvin angkat bahu.


"Of course, man!Tapi apa yang buat kau ubah fikiran?"

Tanya Rizki lagi.


"Nothing.Aku cuma tak nak hampakan harapan seseorang."


Alvin bangun dari duduknya lalu mengatur langkah ke meja Rizki.Bingkai gambar di atas meja di ambil dan ditatapnya wajah pasangan bahagia itu pada hari pertunangan mereka.Hatinya turut bahagia melihat senyuman di wajah Dania seolah-olah gadis itu sedang tersenyum kepadanya.


"Seseorang?Maksud kau?"

Rizki memandang Alvin yang membelakanginya.


"Seseorang tu kaulah.Aku tau kau nak sangat aku jadi pengapit kau kan?Aku tak nak rasa bersalah pulak nanti kalau terpaksa hampakan kau."


Alvin berpaling ke arah Rizki.Bingkai gambar diletakkan kembali ke tempat asal.Kemudian, dia merapati Rizki yang masih duduk di sofa.


"Anggaplah aku buat semua ni untuk balas budi kau sebab dah yakinkan aku untuk berada di jalan yang benar."

Kata Alvin lagi.


"Tapi, Vin, kita sama-sama tau kan sebabnya?Bukan aku, tapi cinta kau pada Dania.Dan aku tak terkejut kalau kau cakap yang kau buat semua ni bukan untuk aku, tapi untuk Dania."

Rizki kini berdiri menghadap Alvin.


"Apa pun alasannya Riz, aku nak kau tau yang aku bahagia dengan hidup aku sekarang.Walaupun tanpa cinta manusia, tapi aku masih ada Allah.Aku bersyukur dipertemukan dengan kau dan Dania."


"Oklah, Riz.Aku rasa aku dah terlalu lama ambil masa kau.Aku pergi dulu.Keep in touch okay?Assalamualaikum."

Alvin senyum lalu bergerak menuju ke muka pintu.


"Alvin!"

Rizki menahan Alvin dari pergi.


"Thanks, bro.I really apreciate that."

Rizki menggengam tangan Alvin.


Alvin hanya tersenyum mengangguk dan menepuk bahu Rizki.Beberapa saat kemudian, kelibat Alvin hilang di sebalik pintu.


Sesampainya di basement, Alvin masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.


"Kau bertuah Rizki.Kau ada segala-galanya, termasuk cinta Dania.Cinta yang takkan pernah aku miliki."


Alvin senyum sumbing.Dadanya terasa sesak memikirkan hari pernikahan Rizki yang tinggal dibilang dengan jari sedangkan dia belum siap untuk menghadapi semua itu.


*****************************************


"Sayang, i have a good news."

Rizki bersuara sewaktu dalam perjalanan pulang dari menjemput Dania di butik.


"Apa?"

Tanya Dania tidak sabar.


"Alvin, dia dah setuju nak jadi pengapit saya."

Kata Rizki dengan wajah yang ceria.


"Oh, ya?Baguslah.I'm happy for you."

Dania lega.Alvin telah pun mengotakan kata-katanya.


"Saya ingatkan awak akan terkejut."

Kata Rizki apabila melihat reaksi Dania yang bersahaja.


"Hati manusia ni kan berbolak balik.I was not surprised at all."

Dania cuba bersikap tenang.


"Betul lah tu."

Kata Rizki pendek.


Suasana menjadi sepi kembali.Dania menjeling Rizki yang tampak tenang memandu.


'Maafkan saya, Rizki.Mungkin lebih baik kalau awak tak tau sampai bila-bila.'



Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi