Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 16

Dania memandang dirinya di cermin tidak berkedip.Gaun pengantin yang tersarung indah di tubuh ditenungnya atas bawah berkali-kali.Kemudian dia memusing-musingkan tubuhnya sambil menyanyi kecil.Bibirnya tidak lekang dari senyuman.


"Subhanallah...Cantiknya anak ibu.."

Puan Saida memuji-muji kecantikkan anak gadisnya.Kulit Dania yang cerah menambahkan lagi keanggunannya mengenakan busana putih itu.


"Eh, ibu!Terkejut Nia!"

Dania terlalu asyik dengan dirinya sendiri sehingga tidak sedar akan kehadiran ibunya.


"Ibu panggil banyak kali dah kat bawah tadi tapi Nia tak menyahut.Ingatkan tidur ke apa."

Puan Saida tersengih melihat kelakuan anaknya yang malu-malu kucing.


"Ibu ni.."

Dania duduk di birai katil.Puan Saida turut duduk di samping Dania.


"Cantik sungguhla anak ibu seorang ni..Tak sabar ibu nak tengok Nia pakai make up.Mesti macam bidadari kan?"

Puan Saida masih belum puas memuji  anaknya.


"Ibu.."

Dania memeluk Puan Saida.Malu dia dipuji sebegitu oleh ibunya.


"Anak manja ibu..Tak lama je lagi nak jadi isteri orang.Dah ready ke?"

Puan Saida mengusik.

Dania geleng kepala dan menjuihkan bibir.


"Kalau tak nak kahwin, boleh tak bu?"

Dania sengih kerang sambil mendongak memandang wajah Puan Saida.


"Boleh..siapa kata tak boleh?Lagi bagus kalau Nia tak nak kahwin.Boleh temankan ibu sampai Nia tua.."

Puan Saida memicit hidung Dania.

Dania terjerit kecil lalu melepaskan pelukan.Bibirnya dicebikkan.


"Dah, dah habis berangan jadi puteri kayangan kan?Jom turun minum petang.Ayah dah tunggu tu."

Ajak Puan Saida.


"Yelah, ibu turun dulu.Nia salin baju kejap."

Kata Dania lalu bangun dari katil.Seketika, kelibat Puan Saida hilang di sebalik pintu bilik.



Dania menuang teh hangat ke dalam cawan lalu disisipnya sedikit.Kemudian, sebiji karipap diambil lalu disua ke mulut.


"Jadi ke Rizki makan malam dengan kita?"

Tiba-tiba Encik Iskandar bertanya kepada Dania.


"Jadi..tu pun kalau dia tak cancel last minute."

Jawab Dania selamba.


"Kalau dah janji, takkan nak cancel pulak?"

Puan Saida mencelah.


"Nia kenal sangat dengan Riz tu.Lebih pentingkan kerja dari tunang dia sendiri."

Ujar Dania lagi.


"Tak baik cakap macam tu, Nia..Dia tu bakal suami kamu.Lagipun dah tanggungjawab dia sebagai lelaki kan cari nafkah.Dia pun ada keluarga yang nak ditanggung.Bukan nak jaga kamu seorang je."

Panjang lebar Encik Iskandar membela calon menantunya.


"Alah ayah ni.Bela sangatla si Riz tu.Esok dah jadi menantu, anak sendiri dilupakan.."

Dania pura-pura merajuk.


"Ayah cakap apa yang betul je.Jangan nak ikut sangat perangai manja kamu tu.Bertolak ansur sikit dengan Rizki tu."

Kata Encik Iskandar lagi.


"Dah habis bertolak ansur dah ayah.."

Dania mengeluh.

Sakit pula hatinya apabila sebegitunya ayahnya membela Rizki.

Encik Iskandar geleng kepala mendengar keluhan dari mulut anaknya.


"Malam ni Nia kena tolong ibu masaklah sebab Bik Imah dah nak balik kejap lagi."

Puan Saida yang hanya diam dari tadi bersuara.


"Boleh je, bu.Small matter.Bukan nak buat kenduri pun."

Dania sengih kerang memandang ibunya.


Selesai minum petang, Dania duduk santai di tepi kolam ikan.Makanan ikan di dalam botol dicampakkan sedikit demi sedikit ke dalam kolam.Tenang hatinya melihat ikan berwarna warni di dalam kolam berebut-rebut mendapatkan makanan.Bunyi deruan air terjun turut mendamaikan hatinya.


Tiba-tiba Dania teringatkan Rizki.Senyuman di bibir terukir tanpa sedar.Malam ini merupakan malam terakhir Rizki makan malam di rumah sebagai tunangannya.Tinggal tiga hari sahaja lagi mereka akan bergelar suami isteri.


Dania bangun lalu mencapai telefon bimbit di atas meja bulat.Jam di skrin sudah pun menunjukkan pukul lima empat puluh petang.


'Mesti Rizki sekarang ni dah on the way balik.'

Dania berkira-kira dalam hati lalu nombor Rizki didail.


Lama dia menunggu tetapi panggilannya tidak bersambut.Sekali lagi nombor tersebut didail.Masih tiada jawapan.Dania resah.Otaknya mula memikirkan hal yang aneh-aneh.Dia kembali duduk di tepi kolam sambil memegang telefon bimbit.


'Apa dia ada meeting ya?Atau dia pergi jumpa Alvin?

Dania berteka teki.

Tanpa berfikir panjang, nombor Alvin didail.


"Assalamualaikum, Dania."

Beberapa detik sahaja, panggilannya telah pun disambut oleh Alvin.


"Waalaikumussalam, Alvin.Maaf kalau saya ganggu.Saya cuma nak tanya, Rizki ada dengan awak tak?Atau dia ada jumpa awak ke tadi?"

Dania teragak-agak bertanya.


"Rizki?Ya, memang dia ada jumpa saya tadi.Tapi dia dah balik setengah jam yang lalu.Kitorang pun jumpa sekejap je sebab dia buru-buru nak balik."

Jawab Alvin.


"Oh yeke, Alvin.Takpelah kalau macamtu."


"Kenapa Dania?"


"Saya call banyak kali tapi dia tak jawab..Oklah, Alvin.Thanks, ya.Assalamualaikum."

Dania mematikan talian.


"Mana pulak dia ni pergi?"

Gumam Dania.

Hatinya rasa tidak sedap tiba-tiba.




Rizki merenung tasik yang tenang.Sesekali bayu lembut menyapa pipinya.Kicauan burung yang berterbangan bebas sedikit pun tidak dapat mendamaikan hatinya.Sudah hampir setengah jam dia duduk termanggu di situ.


Jam di tangan dijeling sekilas.Mukanya diraup beberapa kali sebelum bangun dari bangku.Sambil berjalan ke arah kereta, Rizki menyeluk poket seluar mencari telefon bimbit.


Rizki mencapai telefon bimbit yang ditinggalkan sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.Di skrin terpapar enam panggilan tidak dijawab dari Dania.Rizki melepaskan keluhan lalu mendail nombor tunangnya.


"Rizki, awak pergi mana?Buat apa?Awak tau tak saya risau?Kenapa tak jawab call saya?"

Belum sempat Rizki bersuara, Dania terlebih dahulu menyerangnya.


"Sayang, i'm sorry.Tadi saya singgah kedai kejap beli barang.Handphone tertinggal dalam kereta.Sorry ya, sayang."

Bohong Rizki.


"Oh, ingatkan dah lupa janji malam ni."

Dania lega mendengarkan jawapan dari Rizki.


"Mana boleh lupa..lagipun masih awal lagi kan?Oklah, sayang.Saya nak balik rumah dulu.Lepas maghrib saya datang, ok?Masak sedap-sedap tau.I love you."

Rizki mematikan talian.

Telefon bimbit di tangan dipandang dengan wajah yang sayu.


"I love you too.."

Dania membalas tanpa sempat didengari Rizki.

Hatinya masih sahaja tidak enak walaupun selepas mendengar suara jejaka itu.Telefon bimbit dibawa ke dada.Kemudian, dia bingkas ke dapur untuk membantu ibunya menyiapkan makan malam.




"Assalamualaikum, ma."

Rizki menyapa Puan Zulaikha yang sedang membelek-belek pokok bunganya di halaman rumah.Setiap petang, itulah aktiviti wajib Puan Zulaikha di rumah iaitu memanjakan tanamannya.


"Waalaikumussalam.."

Puan Zulaikha memandang Rizki yang tunduk mencium tangannya.


"Jadi ke rumah Dania malam ni, Riz?"


"Jadi, ma.Takpelah, ma.Riz masuk dulu ya.Nak mandi lepas tu siap-siap."


"Kenapa tak ajak Abil dengan mama sekali?"

Nabila sudah pun terjengul di muka pintu dengan kedua-dua tangannya disilangkan ke dada.

Rizki tidak jadi melangkah masuk.Dia agak terkejut dengan pertanyaan adiknya itu.


"Abil, takkan setiap kali abang nak datang rumah Kak Dania nak kena bawak Abil dengan mama sekali.."

Rizki mengusap kepala Nabila lalu menghilang ke dalam rumah.

Nabila mencebik mendengar kata-kata abangnya.Rasa sakit hatinya terhadap Dania masih juga belum sembuh.


"Kau bertuah Dania, sebab aku masih boleh kawal mulut aku.Tapi tengoklah nanti, lepas kau dah jadi bini abang aku, jangan harap aku nak layan kau macam kakak ipar aku."

Nabila senyum sumbing.Insiden di cafe tempoh hari jelas telah merubah persepsinya terhadap Dania.




Lama sekali Rizki berada di atas tikar sejadah sehingga tidak sedar waktu sudah pun menginjak ke jam lapan malam.Bergegas dia bangun lalu bersiap ala kadar.


"Ma, Riz pergi dulu!"

Laung Rizki sebaik turun dari tingkat atas.

Puan Zulaikha yang berada di dapur tergesa-gesa mendapatkan Rizki.


"Riz, kenapa kelam kabut sangat ni.."


"Riz dah lambat ni, ma.Oh ya, ma.Razif flight dia malam ni, kan?"

Sempat Rizki bertanya perihal adik lelakinya yang akan pulang dari luar negara.


"Haah..pagi besok sampai la tu."

Jawab Puan Zulaikha.


"Dah nak pergi, Abang Riz?"

Nabila yang muncul entah dari mana menghampiri Puan Zulaikha dan Rizki yang masih berdiri di muka pintu.


"Haah, Abil.Oklah, Riz pergi dulu.Nanti diorang tertunggu pulak.Assalamualaikum."

Rizki menyalami Puan Zulaikha kemudian dia menghulurkan pula tangannya kepada Nabila.

Nabila tercengang lalu mencium tangan Rizki.


"Dah, kunci pintu.Tunggu abang balik."

Pesan Rizki kepada Nabila sambil tersenyum.

Dia memandang Nabila dan Puan Zulaikha silih berganti dengan wajah yang sayu.


"Bawak kereta elok-elok, Riz!"

Laung Puan Zulaikha setelah Rizki menghidupkan enjin kereta.Seketika, bayangan Rizki hilang bersama kepekatan malam.


"Kenapa dengan abang tu, ma?Macam nak pergi jauh pulak nak suruh Abil salam dia.Tak pernah-pernah."

Nabila tersengih.

Puan Zulaikha tidak mengendahkan Nabila.Tubuhnya masih kaku berdiri di muka pintu.Tidak tahu kenapa, hatinya terasa berat melepaskan Rizki pergi malam itu.



Previous: Bab 15
Next: Bab 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi