Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 32

Dania resah menanti ketibaan Fikri di hadapan bilik rawatan.Tidak lama kemudian, telefon bimbit milik Asyraaf yang tergenggam erat di tangan berdering.


"Hello, encik!Encik dekat mana?"

Tanya Dania kalut sebaik menjawab panggilan dari Fikri.


"Saya dah sampai hospital.Awak dekat mana?"

Tanya Fikri pula.


"Saya ada dekat.."


Dania tidak jadi meneruskan kata-kata apabila terpandangkan seorang lelaki sedang berlari-lari anak menuju ke arahnya sambil menekapkan telefon bimbit ke telinga.Turut kelihatan seorang wanita awal empat puluhan berjalan di hadapan lelaki tersebut dengan langkah yang tergesa-gesa.


"Encik Fikri?"

Dengan teragak-agak, Dania menegur Fikri setelah lelaki itu menghampirinya.


"Ya, awak.."

Fikri terdiam sambil menatap Dania.Rasanya seperti pernah melihat gadis itu sebelum ini.


"Fik, siapa ni?"

Belum sempat Dania memperkenalkan diri kepada Fikri, Puan Melinda datang menghampiri mereka berdua.


"Saya Dania.Saya yang bawak Asyraaf ke sini.Puan ni ibu Asyraaf ke?"

Tanpa menunggu Fikri bersuara,Dania pantas memperkenalkan dirinya kepada Puan Melinda.


"Ya, saya mama Asyraaf.Macamana dengan keadaan anak saya?"

Puan Melinda bertanya seolah-olah Dania adalah doktor.Dipandangnya gadis itu atas bawah.


"Anak puan sekarang sedang dirawat oleh doktor."

Jawab Dania ringkas.Dia sendiri pun tidak dapat mengagak bagaimana keadaan Asyraaf.


"Saya tak nak tau macamana anak saya boleh ada dengan awak.Sekarang ni saya nak tanya kenapa awak bawak anak saya ke sini?Kenapa tak bawak dia ke hospital besar?Awak tau tak anak saya tu baru je lepas operate jantung!"


Bukannya diberi ucapan terima kasih, malah Dania dimarahi pula oleh Puan Melinda yang tidak berpuas hati anaknya dirawat di hospital biasa.


"Puan, saya mintak maaf pasal tu.Tapi hospital ni yang paling dekat untuk saya bawa anak puan.Saya tak ada pilihan.Anak puan perlu dapatkan rawatan segera."

Jawab Dania dengan berhati-hati.Dia tidak mahu sampai berlaku kekecohan di situ.


Tiba-tiba pintu bilik rawatan ditolak kasar.Serentak dengan itu, mereka bertiga menoleh ke arah yang sama.


Puan Melinda bingkas mendapatkan Asyraaf yang terbaring di atas katil dalam keadaan tidak sedarkan diri.


"Asyraaf, anak mama!Doktor, macamana keadaan anak saya, doktor?Kenapa dia tak sedarkan diri?"


"Puan jangan risau.Keadaan anak puan dah stabil sekarang.Anak puan dalam keadaan yang sangat lemah sewaktu dibawa ke sini, jadi anak puan perlukan sedikit masa untuk kembali sedar.Sekarang kami akan pindahkan anak puan ke wad pesakit biasa.Puan boleh melawat anak puan di sana.Silakan."

Terang Doktor Khairudin yang merawat Asyraaf dengan panjang lebar.


"Wad pesakit biasa?Tapi doktor, anak saya perlukan bilik dia sendiri!"

Puan Melinda menunjukkan rasa tidak puas hatinya lagi.


"Maaf puan.Hospital kami tidak menyediakan bilik khas untuk pesakit.Mari, nurse."

Jawab Doktor Khairudin lalu meminta diri bersama beberapa orang jururawat untuk membawa Asyraaf ke wad.


Dengan perasaan sebal, Puan Melinda mengikuti langkah Doktor Khairudin dari belakang.


Dania hanya menghantar Asyraaf pergi dengan pandangan mata.Walaupun dia tahu ini bukanlah masa yang sesuai untuk dia melawat remaja itu, Dania lega dan bersyukur dengan keadaan Asyraaf yang baik-baik saja.


"Awak tak nak tengok Asyraaf ke?"

Fikri menegur Dania yang hanya berdiri kaku di situ.


"Takpelah kot.Lagipun Asyraaf dah tak apa-apa.Oh ya, tolong bagi ni pada Asyraaf.Saya balik dulu."

Setelah menyerahkan telefon bimbit Asyraaf kepada Fikri, Dania meminta diri untuk pulang.


"Tunggu!"

Langkah Dania terhenti apabila Fikri menggamitnya lalu dia menoleh ke belakang.


"Maafkan sikap mama Asyraaf tadi.Saya tau sepatutnya dia berterima kasih pada awak sebab dah selamatkan anak dia, bukan marah-marah tak tentu pasal."

Fikri turut merasa malu dengan sikap tidak wajar yang ditunjukkan oleh majikannya.


"Takpe, saya faham.Seorang ibu pasti nakkan yang terbaik untuk anak dia."

Balas Dania dengan senyuman.


"Kalau tak silap saya, awak yang dengan Asyraaf dekat taman hari tu kan?"

Fikri akhirnya berjaya mengingati wajah Dania.


"Emm."

Dania angguk kepala.


"Boleh saya tau apa sebenarnya yang berlaku?Macamana Asyraaf boleh terbaring dekat tepi jalan, padahal dia bagitau saya dia nak balik dengan kawan lepas sekolah?"

Fikri mula mengorek cerita dari Dania.


"Saya pun tak tau kenapa tiba-tiba Asyraaf boleh ada dekat dengan butik saya.Masa saya jumpa dia tu, keadaan dia memang lemah sangat.Waktu dalam perjalanan ke hospital, dia dah tak sedarkan diri."

Dania bercerita dengan wajah serius.


Fikri menatap Dania tidak berkedip.Otaknya mula membuat pelbagai andaian.


"Kenapa awak tengok saya macamtu?"

Dania memandang Fikri dengan pandangan pelik.


"Awak tak rasa pelik ke kenapa Asyraaf boleh ada dekat situ?"

Fikri cuba menduga gadis itu.Pandangannya masih tidak dialihkan dari mata Dania.


Lidah Dania kelu untuk membalas kata-kata Fikri.Otaknya cuba meneka sebab yang munasabah tetapi gagal untuk mengemukakan sebarang teori.Kemudian dia memandang jam di tangan.Tanpa sedar, sudah agak lama dia berada di situ.


"Mungkin awak patut tanya Asyraaf sendiri sebab saya memang tak ada jawapan untuk itu.Okeylah, tugas saya dekat sini pun dah selesai.Saya mintak diri dulu."

Selesai berkata, Dania melangkah pergi meninggalkan Fikri yang masih tertanya-tanya.



                          ************



"Raaf, maafkan mama sebab Raaf terpaksa duduk dekat wad macamni.Esok mama suruh doktor pindahkan Raaf ke hospital kita dulu, okey?"

Puan Melinda memegang tangan Asyraaf yang telah pun sedarkan diri, tetapi dalam keadaan yang masih lemah.


"Ma..its okay.Dekat mana-mana pun sama kan janji Raaf sihat macam yang mama nak."

Asyraaf berkata perlahan sambil memandang Puan Melinda dengan mata yang kuyu.


"Semua ni salah Fikri!Kalau dia buat kerja dia dengan baik, Raaf takkan sakit macamni."

Puan Melinda masih saja mahu menyalahkan Fikri atas perbuatan anaknya sendiri.


"Ma, Abang Fik tak salah.Mama janganlah marah-marah Abang Fik."

Asyraaf membela Fikri.


"Kali ni mama maafkan dia.Kalau sampai terjadi lagi, taulah nasib dia."

Puan Melinda tetap saja tidak berpuas hati dengan Fikri.


"Puan, saya rasa lebih baik puan balik dulu.Lagipun waktu melawat hampir tamat.Saya akan jaga Asyraaf malam ni."

Kata Fikri yang muncul tiba-tiba.


"Saya dah call Pak Ehsan untuk ambil puan di sini."

Kata Fikri lagi.


"Raaf, mama balik dulu ya sayang?Esok mama datang lagi."


Puan Melinda mencium dahi Asyraaf.Asyraaf hanya mengangguk.Sempat Puan Melinda memandang tajam ke arah Fikri sebelum keluar dari bilik wad.


"Abang Fik, mama marah Abang Fik ke?"

Asyraaf bertanya sebaik Fikri melabuhkan punggungnya di kerusi.


"Taklah.Macamana Raaf sekarang?Ada rasa sakit lagi ke?"

Fikri cuba mengalihkan topik perbualan.


"Abang Fik, Raaf mintak maaf.Raaf betul-betul mintak maaf.Raaf tak ada niat pun nak susahkan Abang Fik."

Asyraaf benar-benar menyesal kerana telah meletakkan Fikri dalam situasi yang sukar.


"Raaf..dahlah tak payah cakap pasal tu lagi.Yang penting sekarang Raaf tak apa-apa.Raaf rehat je okey?Tak payah fikir macam-macam."

Fikri menepuk-nepuk bahu Asyraaf.


"Eh, Raaf kenapa nak bangun pulak ni.Raaf kan lemah lagi!"

Fikri panik melihat Asyraaf yang menegakkan sedikit badannya.Lantas dia membantu Asyraaf bersandar di kepala katil dengan beralaskan bantal.


"Raaf okeylah..Abang Fik jangan risau ek?"

Asyraaf tersengih.Dia tampak lebih segar berbanding ketika Puan Melinda berada di situ tadi.


"Jadi yang tadi tu Raaf pura-pura jelah?"

Fikri mengecilkan mata memandang Asyraaf.Kepalanya disengetkan sedikit.


"Raaf cuma tak nak mama tanya macam-macam dekat Raaf.Kalau mama tanya, Raaf tak tau nak jawab apa."

Asyraaf menghela nafas pendek.Pandangannya dilemparkan ke arah beberapa orang lagi pesakit yang ada di situ.


"Abang Fik, tadi abang jumpa tak dengan orang yang bawak Raaf ke sini?"

Asyraaf bertanya tiba-tiba.Hampir terlupa dia kepada gadis itu yang telah menyelamatkan nyawanya.


"Ada..ni, dia suruh abang bagi pada Raaf."

Fikri menghulurkan Asyraaf telefon bimbit kepunyaannya.


"Mana dia Abang Fik?Raaf tak sempat nak nak cakap terima kasih."

Tanya Asyraaf saat telefon bimbit sudah bertukar tangan.


"Dah malam ni.Mestilah dia dah balik."

Jawab Fikri bersahaja.


"Dania tu perempuan yang Raaf jumpa dekat taman hari tu kan?"

Fikri angkat kening memandang wajah Asyraaf.


"Macamana abang tau nama dia?"

Bulat mata Asyraaf mendengarkan nama itu dari mulut Fikri.


"Dia kenalkan diri dekat mama Raaf tadi masa kitorang sampai."

Jawab Fikri sambil merenung wajah Asyraaf yang tampak berubah.


"Mama?Dania ada cakap apa-apa ke dekat mama?"

Tanya Asyraaf cemas.Dia tidak mahu Puan Melinda mendapat tahu ke mana sebenarnya dia pergi.


"Dania cakap dia jumpa Raaf dekat tepi jalan.Tapi dia cakap dengan abang, dia jumpa Raaf dekat dengan butik dia."

Fikri menatap Asyraaf dengan pandangan yang tajam.Melihatkan perubahan sikap Asyraaf, dia semakin curiga yang remaja itu ada menyembunyikan sesuatu darinya.


"Raaf buat apa dekat butik Dania?"

Fikri bertanya apabila Asyraaf hanya mendiamkan diri.


"Err Raaf..Raaf.."

Tenggorok Asyraaf bagaikan tersumbat.Kemudian dia hanya mampu tunduk merenung selimut yang membaluti separuh tubuhnya. 


Previous: Bab 31
Next: Bab 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi