Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 46

"Esok saya dah kena balik sana ibu, ayah."


Alvin bersuara sewaktu mereka duduk santai di ruang tamu usai makan malam.Dania yang asyik menonton rancangan di televisyen, merasa terganggu mendengarkan bicara Alvin itu.


"Oh yelah.Nia ikut kamu balik sekali kan?"

Balas Encik Iskandar lalu menjeling Dania yang pura-pura tidak mengerti.


"Err..ayah, rasanya tak kot sebab Nia ingat esok Nia dah kena pergi butik.Banyak sangat dah kerja yang tergendala."

Jawab Dania penuh berhati-hati dengan harapan Encik Iskandar tidak memaksanya untuk mengikut Alvin pulang.


"Habis kalau kamu ikut Alvin, kamu tak boleh pergi butik ke?"


Dania telan liur mendengarkan soalan Encik Iskandar itu.Dijelingnya Puan Saida di sebelah yang buat tidak tahu saja.


"Err bukan macamtu, ayah.Kalau Nia duduk dengan Alvin, jauhlah sikit nak ke butik.Kalau dari sini dekat je."

Dania mencipta alasan demi alasan.


"Macamnilah, Nia.Pasal tu biar Alvin yang tentukan.Ayah tak nak kamu bantah pulak cakap suami kamu."

Encik Iskandar beralih pula pada Alvin yang kelihatan tenang.


Dania sudah tidak senang duduk.Berombak dadanya menanti kata-kata yang bakal keluar dari mulut suaminya itu.


"Kalau ikutkan memanglah saya nak Dania ikut saya balik.Tapi kalau memang Dania tak bersedia lagi, saya takkan paksa."

Tenang saja Alvin menutur kata, namun jauh di sudut hati, dia  kecewa dengan keputusan Dania.


Dania menarik nafas lega.Sekurang-kurangnya satu masalah dah pun selesai.


"Terima kasih awak sebab faham.Nia naik atas dululah ya, ibu, ayah.Mengantuk."

Sejurus memberi salam, Dania langsung naik ke biliknya.


"Jangan dimanjakan sangat Nia tu, Alvin.Ada masanya kamu kena bersikap tegas dengan dia."

Encik Iskandar kembali bersuara setelah kelibat Dania hilang di sebalik tangga.


Alvin hanya tersenyum mengangguk.Tidak  mahu hal itu diperpanjangkan lagi kerana dia tahu, memaksa Dania sama ertinya menambah kebencian gadis itu terhadapnya.





"Leganya..satu masalah dah selesai."


Dania berguling-guling di atas katil kerana terlalu gembira.Kemudian dia bangun dari katil dan menyanyi riang sambil menggoyangkan badan.Rambutnya yang panjang mengurai dikibas ke kiri dan kanan mengikut rentak irama lagu yang didendangkan.


"Ehem, seronok nampak?"

Alvin bersandar di tepi pintu dengan sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil tersenyum sumbing.


Terkejut akan suara itu, sepantas kilat Dania memusingkan badannya menghadap Alvin.Tidak tahu bagaimana harus digambarkan perasaan malunya mengenangkan entah berapa lama Alvin berada di situ.


"Awak ni tak boleh ketuk pintu dulu ke sebelum masuk?!"

Marah Dania bagi menyembunyikan rasa malunya sambil tangannya sibuk merapikan rambut.


"Saya dah ketuk, awak je yang tak dengar.Yelah, happy sangat kan?"

Sindir Alvin.


"Awak nak cakap apa sebenarnya?Marah sebab saya tak nak ikut awak balik?"


Dania mencapai sikat di meja solek lalu duduk di katil membelakangi Alvin.Dia berpura-pura sibuk menyisir rambut padahal hatinya mula resah dengan reaksi yang bakal diberikan Alvin.


Alvin tidak menjawab sebaliknya dia bergerak ke katil dan duduk di sisi Dania.Matanya kini tertumpu pada rambut Dania yang cantik mengurai.


Dania berhenti dari menyisir rambut.Kedekatan antara mereka membuat Dania merasa tidak selesa apatah lagi Alvin hanya diam memandangnya.Perlahan-lahan Dania menjarakkan sedikit tubuhnya dari Alvin.


"Kenapa awak diam?Kalau awak nak marah, marahlah.Saya tetap takkan ikut awak balik."

Dania bangun dan berdiri di jendela yang terbuka.


"Sampai bila?"

Tanya Alvin.


"Sampai bila apa?"

Tanya Dania tanpa menoleh ke arah Alvin.


"Sampai bila kita nak macamni?"


"Sampai bila-bila."


"Jadi apa sebenarnya tujuan awak kahwin dengan saya?"


Dania terdiam.Kelu lidahnya untuk membalas pertanyaan Alvin yang dirasakan serius itu.


"Kenapa diam?"

Alvin bangun dan merapati Dania yang masih berdiri di jendela.


'Aduh mamat ni dah kenapa tiba-tiba jadi serius macamni.Aku salah cakap ke?'

Dania telan liur.Tidak berani rasanya untuk memandang wajah Alvin.


"Its okay, Dania.Take your time."

Alvin bersuara setelah Dania hanya tunduk membisu.


"Cinta tu memang tak boleh dipaksa-paksa.But someday i really hope that you will open your heart for me.As long as, tak ada orang lain dalam hati awak."


Kemudian Alvin berlalu pergi meninggalkan Dania yang terkebil-kebil.


"Awak pun tau kan, Alvin.Sampai bila-bila pun hati saya cuma ada satu nama.Macamana saya nak buka hati saya untuk awak?"


Dania menekup muka menahan tangis.Rasa kesal kerana menerima Alvin datang menghambat kini.Seberapa kuat pun dia mencuba, bayang-bayang Rizki tetap saja menghantui walaupun dengan kehadiran Alvin sebagai suami di sisi.




***********************



Dania tersenyum puas melihat hasil rekaan terbarunya yang hanya memerlukan sentuhan terakhir saja untuk siap sepenuhnya.Hampir sebulan berlalu sejak dia mula bekerja kembali dan hampir sebulan jugalah dia tinggal berasingan dengan Alvin.


"Alvin tak ada ajak kau balik ke?"

Tiba-tiba Ayumi bersuara memecah kesunyian antara mereka di butik pada petang itu.


"Tak ada."

Pendek saja jawapan yang keluar dari mulut Dania.


"Sampai bila ek korang nak duduk asing macamni?Baik tak payah kahwin."

Sengaja Ayumi menduga reaksi Dania.


Terbit rasa kesal di hatinya kerana tidak menghalang Dania dari berkahwin dengan Alvin.Kalau tidak, mungkin dia masih berpeluang untuk bersama dengan Alvin.Dan Dania pun tidak perlu menyeksa diri sendiri berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya.Namun setiap kali perasaan jahat itu hadir, cepat-cepat dia memujuk hatinya bahawa semua yang terjadi sudah ditetapkan Ilahi.


"Entahlah, Yumi.Kadang-kadang aku rasa menyesal sebab dah buat keputusan terburu-buru."

Keluh Dania.


"Tapi walau macamana pun, Alvin tu dah jadi suami kau.Takkan sikit pun kau tak kesian dekat dia?"


"Kesian tu kesian jugak..tapi entahlah, Yumi.Aku pun tak taulah kenapa susah sangat aku nak buka hati aku ni untuk dia."


"Sebab kau masih ingatkan Rizki kan?"

Ayumi cuba meneka hati sahabatnya itu.


Dania melepaskan keluhan berat.Pedih rasanya saat mendengarkan sebaris nama itu.


"Kau rasa apa aku patut buat?"

Dania memandang Ayumi seakan meminta simpati.


"Kalau kau tanya aku, satu je aku boleh nasihat.Move on."

Ayumi sungging bibir dan berlalu ke belakang meninggalkan Dania yang terpinga sendiri.






Pulang dari butik, hati Dania berdebar melihat kereta Alvin yang berada di halaman rumah.Hampir seminggu juga suaminya itu tidak datang menjenguk mereka.


"Assalamualaikum."

Dania memanjangkan leher mencari kelibat Alvin di sekitar ruang tamu namun tidak kelihatan.


"Assalamualaikum, bik..Bik Imah apa khabar?Bila Bik Imah sampai?"

Dania teruja menemui Bibik Halimah ketika masuk ke dapur lantas menyalami wanita itu.


"Eh Non Dania..Baru aja tadi non.Non mahu teh?Bibik buatkan ya."

Laju saja Bibik Halimah mencapai cawan di dalam rak kabinet.


"Boleh bik.Dah lama tak minum air Bik Imah buat."


Dania menarik kerusi lalu duduk di meja.Keterujaannya bertemu Bibik Halimah yang sudah dua bulan pulang ke kampung membuat dia lupa sebentar akan Alvin.


"Untung ya, non.Punya suami ganteng kayak gitu.Sayang aja bibik gak ada di sini waktu nikahnya."

Ujar Bibik Halimah sambil tersengih-sengih.Teh hangat yang telah pun siap diletakkan di hadapan Dania.


Bulat mata Dania mendengarkan kata-kata itu.Namun dalam masa yang sama terselit rasa bangga dengan pujian yang diberikan Bibik Halimah.


"Ibu dengan ayah mana, Bik Imah?Tak nampak pun?"

Dania cuba mengalihkan perhatian Bibik Halimah dari terus bercakap mengenai Alvin.


"Kok cari Ibu sama Bapak aja?"

Usik Bibik Halimah.Wanita itu turut duduk di hadapan Dania.Bibirnya mengukir senyum penuh makna.


"Anak Bik Imah macamana?Dah sembuh ke?"

Sekali lagi Dania berpura-pura tidak mendengar.Teh hangat dihirupnya sedikit demi sedikit.


"Alhamdulillah, non.Kalau gak masakan bibik bisa pulang ke sini secepat ini."

Jawab Bibik Halimah sambil memerhatikan Dania yang asyik menikmati teh hangat buatannya.


"Non, kenapa sih gak tinggal sama suami?Kok duduknya asing-asing sih?"

Becok sekali mulut Bibik Halimah bertanya.


Berkerut dahi Dania mendengarkan soalan itu.

'Hai bibik ni, baru je sampai dah tau macam-macam.Ni mesti ibu yang bercerita.Malas betul lah nak jawab.'


"Bik, Nia naik atas dululah ya.Nak mandi.Berlengas dah badan ni."


Laju Dania menghabiskan teh yang masih tersisa.Sengaja dia mahu mengelak dari terus disoal siasat oleh Bibik Halimah.Keluar saja dari dapur, Dania bertembung dengan Alvin yang baru saja masuk ke dalam rumah bersama Encik Iskandar.


"Ayah dari mana?"

Dania berpura-pura tidak melihat Alvin.


"Saja bawak Alvin tengok kebun kecil ayah..Alvin, ayah masuk mandi dululah.Maghrib nanti macam biasalah ya."

Encik Iskandar menepuk bahu Alvin sebelum berlalu pergi.


"I miss you."

Ucap Alvin perlahan.Matanya tidak henti dari menjelajah segenap inci wajah ayu isterinya.


"Awak nak pergi masjid ke dengan ayah?"

Dania buat-buat bertanya demi menyembunyikan perasaan gemuruhnya apabila ditenung sebegitu oleh Alvin.


"Tak..ayah cakap nak solat dekat rumah je.Bolehlah kita solat sama-sama.Oh ya, malam ni saya tidur sini tau."

Ujar Alvin lalu tersenyum manis.


"Okeylah, saya naik atas dulu."

Balas Dania acuh tak acuh saja.Tidak berminat untuk meneruskan perbualan.




 


Setelah selesai makan malam dan mengemas dapur, Dania langsung naik ke bilik.Kantuk yang ditahan sejak dari maghrib tadi lagi memaksanya untuk segera beradu.


Dalam pada dibuai mimpi, Dania tersedar apabila terasa bagai ada tangan yang memeluk tubuhnya dari belakang.Dania kecut perut.Mata yang masih mengantuk tadinya terbuka lebar kini.Fikirannya mula membayangkan perkara yang aneh-aneh.


Dengan keberanian yang mulai luntur dan dengan sekuat tenaga yang ada, Dania memusingkan badannya ke posisi yang berlawanan.Kerana terlalu terkejut, hampir saja Dania jatuh dari katil.Mujurlah Alvin lebih pantas bertindak dengan memeluk tubuh Dania erat.


"Awak kenapa ni?Are you okay?"

Alvin bertanya cemas.


Dengan rasa marah yang membuak, Dania menolak tubuh Alvin yang menghimpitnya menggunakan sisa tenaga yang ada.


'Macamanalah aku boleh tak terfikir dia yang peluk aku tadi?Tak pasal-pasal aku ingat jin mana yang gatal nak peluk aku malam-malam buta ni.'


"Dania, awak okey tak ni?Awak mimpi buruk ke?Mimpi hantu eh?"

Perlahan-lahan Alvin menghampiri Dania yang diam bersandar di kepala katil.


"Awak buat apa dekat sini?!"

Dania menjeling Alvin tajam.


"I miss you.."


"Boleh tak jangan masuk bilik ni sesuka hati?!"

Marah Dania.Sedikit pun tidak merasa terkesan dengan pengucapan Alvin itu.


"I'm sorry.Tak ada niat pun nak kacau awak tidur.Awak tidurlah, saya janji saya tak buat apa-apa.Promise."

Alvin mengangkat sebelah tapak tangannya.


"Suka hati awaklah!"


Dania bengang lantas berbaring membelakangi Alvin.Selimut ditarik hingga menutupi sebahagian mukanya.Puas dia cuba melelapkan mata kembali namun gagal.Kehadiran Alvin di situ dirasakan sangat menyeksa minda dan tubuhnya.






Subuh itu, setelah mematikan jam pengera di telefon, Dania kembali memejamkan mata yang masih berat.Seakan baru beberapa jam saja dia memperolehi tidur yang lena.Niatnya untuk bermalas-malasan sebentar terbantut apabila teringatkan Alvin yang tidur bersamanya.


Perlahan-lahan Dania memusingkan tubuhnya, tidak mahu sampai lelaki itu terjaga.Dania lega apabila mendapati Alvin masih lena dan tidak berkutik.Entah kenapa saat itu, Dania merasa tertarik untuk mengamati wajah Alvin yang sedang tertidur pulas.


Mata yang tadinya berat, kini terbuka lebar saat meneliti ke segenap inci wajah lelaki itu.Puas Dania mencari di mana kurangnya Alvin namun tidak ketemu.Didekatkan lagi wajahnya ke wajah Alvin dan ternyata lelaki itu jelas sangat sempurna di matanya.Kulitnya yang bersih, bibir yang kemerahan beserta kumis nipis secara tidak langsung membuatkan Dania menyungging senyum tiba-tiba.Senyum yang dia sendiri tidak mengerti akan maksudnya.


Saat tersedar kembali, segera Dania menjarakkan diri dari Alvin.Sebelah tangannya diletakkan ke dada yang terasa bergetar.


'Apa aku buat ni?Dah gila ke?'

Dania istighfar lalu turun dari katil dan menuju lalu ke bilik air.Seluruh wajahnya terasa membahang kerana malu dengan perbuatannya sendiri.


Usai mengambil wuduk, terkejut Dania apabila mendapati Alvin sudah pun bangun dari tidur dengan kedua tangannya ditongkat ke belakang.


"Dah subuh ke?Kenapa tak kejutkan saya?"

Tanya Alvin sambil meraup rambutnya berkali-kali.


"Dah.Awak pergilah balik bilik sana.Saya nak solat."

Arah Dania sambil bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh.


"Eh kejap, kejap.Tunggu saya.Kita solat sama-sama eh."

Berlari Alvin menuju ke bilik air seperti anak kecil.


Hampir tergelak Dania dibuatnya dengan tingkah Alvin yang dirasakan lucu itu.


'Kot iya pun, perlu ke berlari sampai macamtu?'

Dania menahan tawa sambil membentangkan dua helai sejadah di atas permaidani.


"Nak ke mana pulak?Kata nak solat sekali?"

Dania menegur Alvin yang menuju lalu ke muka pintu sebaik saja keluar dari bilik air.


"Nak ambik sejadah."

Jawab Alvin pendek.Rambut hadapannya yang basah diraup ke belakang.


"Dah ada ni..awak ingat saya ada satu je ke sejadah."

Ngomel Dania.


Dengan muka sengal, Alvin menghampiri Dania yang sudah menanti untuk diimamkan.


Selesai membaca doa, dengan berat hati Dania menyalami tangan Alvin.Dan sewaktu wajahnya diangkat kembali, sebuah kucupan hangat hinggap di dahinya.


Terdiam seribu bahasa Dania dengan perbuatan Alvin yang spontan.Ekspresi terkejut yang digambarkannya dibalas dengan senyuman manis oleh Alvin.Dan tanpa sepatah kata, Alvin keluar dari bilik meninggalkan Dania yang masih terdiam kaku.


Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi