Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 22

Dania membelek-belek pakaian di sebuah kedai pusat membeli-belah.Kemudian dia beralih pula ke kedai kasut.Seminggu lagi hari lahir Ayumi.Dania bingung apa yang patut diberikannya sebagai hadiah.Sedang otaknya ligat berfikir, tiba-tiba kedengaran satu suara melaung namanya dari kejauhan.


Dania berpusing-pusing mencari arah suara itu.Dan kelihatan seorang lelaki tinggi lampai sedang berlari-lari anak ke arahnya.


"Hai!"

Sapa Alvin.


"Hai."

Balas Dania perlahan.


'Aduh, dia lagi.Tau-tau je kan aku ada dekat mana.'

Gerutu Dania dalam hati.


Setiap kali bertemu jejaka itu, perasaan tidak nyaman mula bertandang dalam diri.Walau sudah sebulan berlalu, apa yang diceritakan Ayumi tentang perlakuan Alvin tetap segar diingatan.


"Sorang je ke?Ayumi mana?"

Alvin memanjangkan leher mencari kelibat Ayumi.


"Sorang je..Kenapa, rindu Ayumi ke?"

Dania senyum sumbing.Sengaja dia mahu menjerat Alvin dengan pertanyaan itu apabila nama Ayumi disebut.


"Eh, tak adalah.Biasakan awak ke mana-mana dengan dia."

Jawab Alvin bersahaja.Pertanyaan Dania langsung tidak mengusik hatinya.


"Nak cari hadiah untuk Ayumi, takkan nak bawak dia sekali?"

Ujar Dania lalu menapak ke hadapan.

Matanya tidak lepas memerhatikan setiap satu kedai yang dilewati.


Alvin hanya membontoti langkah Dania.Hatinya berbunga kerana berpeluang bertemu lagi dengan gadis idaman.Walaupun tanpa disengajakan.


"Oh, bila birthday dia?"

Alvin berpura-pura ingin tahu padahal dia hanya ingin berbual dengan gadis itu.


"Ayumi tak ada bagitau awak ke?"

Dania menjeling Alvin yang berjalan di sebelahnya.


"Kenapa pulak dia nak bagitau saya?"

Alvin ketawa.Terasa lucu dengan pertanyaan Dania itu.


Dania terdiam.Ketawa Alvin terasa membingitkan telinganya.Kehadiran Alvin di situ sangat mengganggu fokusnya dalam mencari hadiah untuk Ayumi.


"So, dah tau ke apa nak beli untuk dia?"

Alvin bersuara lagi apabila gadis itu hanya membisu.

Dania angkat bahu.Betisnya terasa pegal-pegal kerana terlalu lama berjalan.


"Saya tengok awak macam penat je.Apa kata kalau kita pergi minum dulu."

Kata Alvin lagi.


Dania berhenti melangkah.Dipandangnya jejaka itu yang sedang tersenyum.


"Jomlah."

Dania mengalah.

Hatinya menolak namun kakinya seakan mengarahkannya untuk berehat.


Alvin tersenyum girang apabila gadis itu mahu menerima ajakannya.Kemudian mereka berjalan seiringan menuju ke kedai kopi yang berhampiran.


"Two hot latte, please."

Alvin membuat pesanan di kaunter sementara Dania mengambil tempat duduk.


"Awak dah order ke?"

Tanya Dania apabila Alvin menghampirinya.


"Dah."

Jawab Alvin pendek lalu menarik kerusi.


"Awak tau ke saya nak minum apa?"


"Hot latte kan?"


Dania terdiam.


"Awak nak makan apa-apa tak?Saya boleh orderkan."

Tanya Alvin lagi.


"No, its okay."


Dania membuang pandang ke arah pengunjung yang ada di cafe itu apabila Alvin duduk di hadapannya.Entah kenapa perasaannya jadi berdebar tiba-tiba.


"Lepas ni saya temankan awak cari hadiah untuk Ayumi ya?"

Kata Alvin memecahkan suasana sepi antara mereka.


"Eh, takpe.Tak payah susah-susah.Saya dah biasa jalan sorang-sorang kat sini."

Dania pantas menolak.


"Tak susah pun.Kebetulan saya memang ada barang nak beli.Orang melayu cakap, sambil menyelam minum air.Betul tak?"

Alvin tersengih.Dia cuba mewujudkan kemesraan di antara mereka.


Seketika kemudian, Dania dan Alvin sama-sama menikmati minuman kesukaan mereka.Suasana kembali menjadi sepi.Beberapa kali jugalah Dania terpaksa melarikan anak matanya apabila pandangannya bertembung dengan mata Alvin yang asyik menatapnya.


"Saya rasa eloklah kita gerak sekarang."

Ujar Dania tiba-tiba.

Sudah tidak sanggup untuk dia berlama-lama di situ.Dan Alvin hanya menurut.


"Tadi awak kata ada barang nak beli?"

Soal Dania sambil membelek hadiah yang dibeli untuk Ayumi.Lega rasanya setelah mendapatkan apa yang dicari-cari.Itu pun atas bantuan Alvin.


"Hmm, tak jadilah kot.Maybe next time.Hari ni saya temankan awak je."

Kata Alvin dengan senyum manis.

Kepalanya disengetkan sedikit ke arah Dania.


Hati Dania berdebar saat berada begitu hampir dengan jejaka itu.Wangian maskulinnya yang menusuk ke rongga hidung menambahkan lagi debaran di dada.Saat itu juga Dania teringatkan Rizki.Wangian yang digunakan jejaka itu juga selalu membuatkan jantungnya berdegup laju.


"Kalau macamtu, saya balik dululah.Apa yang saya nak pun dah dapat.Thanks sebab tolong pilihkan hadiah ni.Mesti Ayumi suka kalau dia tau."

Kata Dania sambil tersenyum.


"Ok, jom saya hantarkan awak ke tempat parking.Saya pun nak balik jugak."

Kata Alvin lalu mereka beriringan lagi menuju ke destinasi yang sama.


"Awak parking dekat mana?"

Tanya Alvin sebaik mereka tiba di basement.


"Belah sana..Oklah Alvin, saya jalan dulu."

Balas Dania.


"Nanti, saya hantar awak sampai dekat kereta.Bahaya tau tak jalan sorang-sorang dekat sini."

Alvin menahan langkah Dania.


Dania tidak berupaya menolak.Keletihan yang terasa menjalar ke seluruh tubuh memaksanya untuk akur dengan kehendak Alvin.


Setibanya di kereta, Dania mahu membuka pintu tetapi gagal apabila kepalanya terasa berpusing tiba-tiba.Akhirnya dia tersandar di pintu kereta.


"Dania, awak kenapa ni?"

Alvin cemas melihat keadaan gadis itu.

Dania tidak menjawab.Sebelah tangannya memegang kepala yang masih berpusing.


"Saya bawak awak pergi hospital."

Alvin mahu membukakan pintu kereta untuk Dania tetapi gadis itu pantas menolak.


"Tak payah Alvin.Saya ok.Pening sekejap je ni.Awak baliklah."

Sekali lagi Dania cuba membuka pintu kereta dan kali ini dia berhasil.


"Dania, saya tak rasa awak boleh memandu dalam keadaan macamni.Kalau awak tak nak pergi hospital, biar saya hantar awak balik."

Alvin menahan Dania yang mahu masuk ke dalam kereta.


Akhirnya Dania akur dihantar oleh jejaka itu.Tubuhnya terasa lemah sekali.Mujurlah dia masih dapat bertahan agar tidak pengsan lagi di depan Alvin.


Setibanya di perkarangan rumah, Alvin memimpin Dania masuk ke dalam.Ingin sekali ditepisnya tangan Alvin yang memeluk bahunya namun tubuhnya yang masih lemah membuatkan dia tidak berdaya.


"Ya Allah, Nia.Kenapa ni?"

Puan Saida cemas melihat keadaan Dania.Dibawanya gadis itu duduk di sofa.


"Maaf, auntie.Saya nak bawak Dania ke hospital tapi dia tak nak."

Kata Alvin.Matanya tidak lepas dari memerhatikan Dania.


"Terima kasih Alvin dah tolong bawak Dania balik.Kalau Alvin tak ada tak taulah auntie.Dania ni bukan sihat sangat lagi tapi nak jugak keluar sorang-sorang."

Bebel Puan Saida sambil mengusap tangan Dania yang menyandarkan kepala dibahunya. 


"Kalau macamtu saya minta diri dululah, auntie.Nanti kirim salam pada uncle."

Ujar Alvin sambil tersenyum.


"Alvin nak balik dengan apa?Dah panggil teksi ke?"

Tanya Puan Saida.


"Saya dah panggil Grab.Kejap lagi adalah tu.Dania, awak rehat cukup-cukup ya.Kalau ada apa-apa awak call je saya, ok?Saya balik dulu.Auntie."

Kata Alvin lalu melangkah keluar dari rumah.

Dania menghantar langkah Alvin dengan pandangan yang lesu.


"Jom ibu bawak Nia naik atas.Kesian anak ibu ni."

Perlahan-lahan Puan Saida memimpin Dania ke tingkat atas.


                     ************


Alvin duduk di balkoni sambil merenung bintang di langit.Wajah manis Dania yang muncul di ruang mata mengganggu ketenangannya.Telefon bimbit di tangan diperhatikan.Ingin sekali dia menghubungi Dania untuk bertanyakan khabar gadis itu.Rambutnya diraup berkali-kali.Kemudian satu keluhan dilepaskan.


''Dania, macamana keadaan awak sekarang?''


"Dania, awak dah ok ke?Saya risaukan awak.''


Mesej yang ditaip di ruangan Whatsapp dipadam lalu ditulis kembali.Dan dipadamnya lagi.


"Arghhh..!"


Alvin mendengus lalu mengusap tengkuk.Telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar.Matanya kembali merenung bintang-bintang yang berkelipan di langit.


"Saya tahu sekarang bukan masa yang sesuai untuk menagih cinta awak.Tapi saya akan pastikan yang awak akan jadi milik saya juga suatu hari nanti, Dania."


Alvin berkata dengan dirinya sendiri lalu bibirnya mengukir senyum.

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi