Home Novel Cinta HATIMU MILIKKU
Bab 20

"Kalau saya panggil awak Aulia, boleh?"

Rizki bertanya ketika mereka keluar bersama untuk kali pertama.


"Kenapa?Semua orang panggil saya Dania."

Tanya Dania pula.


"Sebab semua orang panggil awak Dania la saya tak nak panggil nama tu.Saya nak jadi satu-satunya yang panggil awak Aulia.Lagi pun saya lebih suka nama tu.Nama yang lembut..cantik.Macam orangnya."

Ujar Rizki sambil tersenyum lebar.


"Ada-ada jelah awak ni, kan?Suka hati awaklah.Asalkan awak tak panggil saya dengan nama yang bukan-bukan."


"Kalau saya panggil awak sayang?"

Gurau Rizki sambil menatap wajah Dania yang sudah kemerah-merahan menahan malu.


"Rizki!!"

Dania buka mata.

Senyuman Rizki hilang entah ke mana.


"Alhamdulillah..kamu dah sedar, sayang."

Puan Saida mengusap lembut tangan Dania.


"Ibu.."

Dania memandang ibunya yang menyapu air mata.


"Nia tunggu sekejap ya.Ibu panggilkan doktor."


"Ibu, Nia dekat mana ni?Kenapa Nia ada dekat sini, ibu?"

Tanya Dania lemah.

Matanya memerhati sekeliling bilik sederhana besar serba putih.Puan Saida tidak jadi untuk bangun.


"Nia, kamu ada di hospital.Semalam kamu demam panas, tak sedarkan diri."

Puan Saida mengusap-ngusap dahi Dania penuh kasih sayang.


"Ibu, tadi Nia mimpi Rizki.Betul ke Rizki dah tak ada, bu?"


Puan Saida tertunduk.Sedih hatinya mendengarkan kata-kata itu.


"Betul, sayang.Dah, Nia jangan terlalu banyak bercakap ya.Nia lemah lagi ni.Tunggu ibu panggil doktor ya?"

Kata Puan Saida.


"Assalamualaikum.Selamat pagi."

Tiba-tiba Alvin muncul di muka pintu dengan kot putih tersarung di badan.


"Waalaikumussalam.Ha, eloklah Alvin datang.Auntie baru nak panggilkan doktor."

Puan Saida tersenyum ceria.


"Alhamdulillah, awak dah sedar Dania."

Alvin mendekati katil Dania.


"Alvin?"

Dania merasa hairan melihat Alvin berada di situ.


"Syukurlah awak masih ingat saya."

Alvin tersenyum lebar.


"Nia, Alvin yang tolong bawa Nia ke hospital semalam."

Puan Saida memandang Dania dan Alvin silih berganti.


"Awak?"

Dania memandang Alvin yang berdiri di sisinya.


"Dania, keadaan awak masih lemah.Panas badan awak pun belum turun sepenuhnya.Saya minta awak jangan terlalu banyak berfikir, ok?"

Kata Alvin sebaik selesai memeriksa Dania.


"Nanti nurse akan datang dari masa ke semasa untuk pantau keadaan awak.Jangan lupa makan..lepas tu makan ubat."

Sambung Alvin lagi dengan senyum manis.

Manakala Dania hanya diam mendengar segala butir percakapan Alvin.


"Bila Dania boleh keluar dari hospital, Alvin?

Tanya Puan Saida ketika Alvin asyik menulis sesuatu pada fail laporannya.


"Oh, Dania masih perlu tinggal di hospital sampai keadaan dia betul-betul stabil.Mungkin satu atau dua hari lagi."

Ujar Alvin lagi.Bibirnya tidak lekang dengan senyuman.


"Kalau macamtu, saya keluar dulu, auntie, Dania.Nanti saya datang lagi."


Setelah Puan Saida mengucapkan terima kasih, Alvin hilang di sebalik pintu.


"Alvin tu baik kan, Nia.Masa Nia pengsan dekat hospital hari tu, dia jugak yang tolong Nia."

Kata Puan Saida tiba-tiba.


Berkerut dahi Dania dengan kata-kata Puan Saida.Dia cuba mengingati kejadian di hospital tempoh hari.Selepas dia sedar dari pengsan, Alvin tidak lagi berada di situ.


"Ibu, Nia mintak maaf sebab dah susahkan ibu dengan ayah."

Dania bersuara memandang ibunya.Air mata mengalir laju membasahi pipi cengkungnya.


"Nia, jangan cakap macamtu, nak.Syukurlah kalau Nia dah sedar dan boleh terima ketentuan Allah.Ibu tau anak ibu ni kuat."

Puan Saida menggenggam tangan Dania.Air mata yang bergenang kini jatuh menimpa ke pipi.


Dania memalingkan mukanya memandang tingkap cermin.Sakit sekali rasanya untuk menerima kenyataan itu.Dia pejam mata sebentar lalu kembali memandang ibunya.


"Ibu, lepas Nia dah sihat, ibu temankan Nia melawat kubur arwah ya bu?"

Sejurus berkata, Dania menangis teresak-esak.


"Nia, sayang.Jangan nangis lagi, nak.Kamu kena kuat.Ibu ada dengan Nia.Ayah ada.Tabah ya, nak.Nanti kita sama-sama doakan arwah."

Puan Saida memeluk Dania dengan sedu sedan.


                    **************


Dania asyik memerhatikan air terjun yang mengalir di kolam ikan.Semalam dia sudah pun dibenarkan pulang dari hospital.Tubuh badannya kembali pulih seperti biasa, tetapi mindanya masih lemah.Kenangan bersama Rizki masih merajai segenap pelusuk ingatan.


"Nia, dah siap sayang?"

Sapaan Puan Saida mematikan lamunan Dania.


"Dah, bu."

Dania berpaling.Selendang hitam yang tersarung di kepala dibetulkan.


"Nia betul ke nak pergi hari ni?Nia kan baru je keluar hospital semalam."

Puan Saida memerhati wajah Dania yang mendung.


"Sejak arwah meninggal, Nia tak pernah melawat kubur arwah.Nia tak nak tangguh-tangguh lagi, bu.Lagipun Nia dah sihat."

Dania pura-pura tersenyum.


"Assalamualaikum!"

Kedengaran suara Ayumi memberi salam di muka pintu.


"Waalaikumussalam.Masuklah, Yumi!"

Laung Puan Saida dari dalam.


"Ayumi?"

Dania bertanya perlahan.


"Nia, Nia pergi dengan Yumi ya.Ayumi yang nak temankan Nia."

Kata Puan Saida.


"Yumi.."

Dania menyapa Ayumi yang mendekati.


"Nia, biar aku je yang temankan kau.Aku pun nak melawat kubur arwah."

Ayumi memegang tangan Dania lantas tersenyum.


"Maafkan aku, Yumi."

Dania memeluk Ayumi erat.Kesal hatinya apabila mengingatkan kejadian itu.


"Dahlah Nia.Aku dah lupa dah..Aku tau kau tak sengaja."

Ayumi menepuk-nepuk belakang Dania.


"Dah, jom kita pergi sekarang.Takut hujan pulak."

Ayumi meleraikan pelukan.Diperhatinya awan yang mendung sejak tadi.




Setibanya di perkarangan kubur, Ayumi memimpin Dania menuju ke kubur Rizki.Ayumi membentangkan tikar mengkuang di hadapan kubur Rizki.


"Assalamualaikum."

Dania memberi salam sebaik duduk bersimpuh di atas tikar mengkuang.


"Saya mintak maaf, awak.Baru hari ni saya datang melawat awak.Saya mintak maaf, Rizki."

Dania menekup mulut.Sakit dadanya menahan sebak.Di saat dia hampir dapat menerima ketentuan, jiwanya kembali dirobek saat melihat kubur Rizki yang masih basah.


"Nia.."

Ayumi memegang bahu Dania.

Dania mengangguk lemah.Mata yang basah disapu dengan hujung lengan baju kurung.Dia tahu saat itu bukanlah masa yang pantas untuk menghamburkan air mata.


Selesai membaca surah Yaasin, mereka sama-sama menadah tangan mendoakan Rizki.Kemudian mereka bergilir-gilir menyiram air mawar di atas kuburan Rizki.


"Riz, sampai bila-bila pun awak akan tetap ada dalam hati saya.Saya sayangkan awak."

Kata Dania perlahan.Berat hatinya mahu meninggalkan Rizki sendirian.


"Nia, jom kita balik.Hari macam nak hujan ni."

Ayumi mendongak memerhatikan kepulan awan hitam yang semakin memenuhi ruang langit.


"Saya balik dulu Rizki.Nanti saya datang lagi."

Ujar Dania lalu bangun dari duduknya.


"Nia, kau ok tak?"

Tanya Ayumi setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Dania hanya mengangguk lemah.Disekanya lagi air mata yang masih juga tidak mahu berhenti.


'Rizki, semoga awak tenang di sana.'

Dania berdoa dalam hati sambil memandang ke arah kubur Rizki.

Rintik gerimis mula turun membasahi bumi ketika kereta mereka meluncur meninggalkan kawasan perkuburan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ain Arumi