Ogos 2009
Iqmal Hisyam membaca sinopsis novel Cinta…Tiada
Akhirnya. Karya Fauziah Ashari di Kedai buku Nurul. Kekusyukannya terganggu apabila
di depan matanya terlihat keindahan wajah yang selama ini amat dirinduinya.
Janjinya pada wanita itu suatu ketika dahulu dicampak
jauh. Rindunya menggunung untuk sekali lagi menyayangi wanita itu secara
berdepan.
Perlahan-lahan langkahnya diatur mendekati wanita itu.
“ Nadia.”
Iqmal Hisyam menegur ramah. Nadia Asyila mengangkat
wajahnya perlahan-lahan apabila namanya disebut seseorang. Saat mata bertentang
mata, novel Hatiku di Harajuku karya Ramlee Awang Murshid yang berada di
tangannya terlepas.
Kedua-dua mereka masing-masing tunduk untuk mengutip
novel tersebut. Kepala mereka terhantuk. Kedua-duanya menggosok kepala yang
terasa sedikit kesakitan. Iqmal Hisyam melepaskan tawa. Nadia Asyila sekadar
tersenyum.
“ Syam makin handsome ke sampai terlepas novel tu?”
Lelaki itu mengangkat sedikit keningnya. Nadia Asyila
melebarkan senyum. Mempamerkan barisan giginya yang putih bersih.
“ Tak sangka dapat jumpa kat sini.”
Wanita itu berbahasa.
“ Temankan Syam minum?”
Lelaki itu meminta. Nadia Asyila mengangguk setuju. Iqmal
Hisyam melafazkan syukur di dalam hati kerana wanita itu masih lagi mengenali
dirinya.
“ Nadia macam mana sekarang?”
Iqmal Hisyam merenung sepuas-puasnya wajah yang berada
di hadapan matanya. Wanita itu sedikit rimas.
“ Okey.”
“ Emm that’s great.”
**********************************************************************
Iqmal Hisyam senyum pada Nadia Asyila yang berani
mengangkat muka menentang matanya. Minumannya langsung tidak terusik. Sedangkan
minuman wanita itu sudah hampir habis.
“ Alhamdulillah. Murah rezeki. Dapat kerja sama dengan
course yang ambil kat U dulu.”
“ Emm dah jadi arkitek la sekarang?”
Nadia Asyila senyum. Tumpang gembira untuk lelaki itu.
“ Kewangan kira dah kukuh. So, bila nak kahwin?”
Iqmal Hisyam mendengus lembut.
“ Entahlah Nadia. Syam pun tak tahu bila. Tiada siapa
yang dapat mengusik hati ini untuk menghalau Nadia dari terus bertakhta di hati
Syam.”
Nadia Asyila sedikit tersedak dan hampir terkeluar air
yang masih tidak ditelannya. Iqmal Hisyam pantas menghulurkan tisu yang berada
di atas meja kepada wanita itu.
“ Nadia semakin cantik. Lebih cantik dari apa yang Syam
bayangkan setiap malam.”
Nadia Asyila memandang tepat anak mata lelaki itu.
“ Jangan mungkiri janji yang pernah Syam buat.”
“ Syam dah lama tak pegang pada janji tu. Walaupun kita
berjauhan Syam sentiasa membayangkan yang Nadia sentiasa berada berdekatan
Syam. Selalu ada di hati.”
“ Pertemuan ini tak sepatutnya berlaku.”
Nadia Asyila bangun untuk berlalu.
“ Jangan kerana untuk menolak cinta suci Syam Nadia nak
pertikaikan takdir Ilahi. Mungkin pertemuan ini sebagai titik permualaan kepada
kita untuk menjalinkan hubungan yang erat.”
Iqmal Hisyam menahan langkah wanita itu dengan batang
tubuhnya.
“ Jangan bicarakan soal cinta di antara kita. Segalanya
tak mungkin.”
Nadia Asyila cuba meneruskan langkahnya. Iqmal Hisyam
memegang erat lengan wanita itu.
“ Siapa sangka yang takdir Ilahi akan memungkinkan
segalanya.”
Nadia Asyila menarik tangannya agar terlepas dari
pegangan lelaki itu. Dia terus memanjangkan langkah.
Iqmal Hisyam memanjatkan kesyukuran kerana pertemuan
yang indah itu. Tanpa disedari Nadia Asyila, Iqmal Hisyam mengekori proton wira
aeroback kepunyaannya. Sehingga kereta itu diparkirkan di sebuah rumah.
Tentunya kediaman Nadia Asyila. Iqmal Hisyam bersiul riang meraikan hari
bertuah yang dia lalui.