“ Kau perangkap aku. Berani kau lakukan semua ni. Kalau
aku dapat kau, aku cincang kau sampai lumat.”
Ilias menjerkah Radlina sambil cuba meludah wanita itu
berkali-kali.
“ Kau yang tak akan selamat. Dah cukup selama ni kau atur hidup aku.
Sehingga aku merasakan akulah manusia paling bodoh dalam dunia ni. Sekarang
terimalah hukumannya. Tali gantung akan bersatu dengan badan kau. Kau tak akan
selamat.”
Radlina membalas
kata-kata lelaki itu. Namun dapat ditangkap butiran suaranya yang agak
menggeletar.
Syazwan menyeluk saku jeans yang dipakai oleh lelaki
itu. Dikeluarkan sesuatu. Ditayangkan di hadapan mata Ilias.
“ Syabu. Kau memang takkan selamat.” Syazwan pula
berkata sinis. Dua orang konstabel yang
turut menyertai Nadia Asyila dan Syazwan membawa kedua-dua mereka keluar dari
banglo.
Kawan-kawan Nadia Asyila yang berada berhampiran pintu
utama berundur ke belakang beberapa langkah apabila Ganesh dan Ilias memandang
mereka dengan jelingan tajam yang menyeramkan.
Nadia Asyila terperanjat melihat kawan-kawannya berpatah
balik dan membatalkan perjalanan untuk ke tempat kerja masing-masing. Itu tidak
termasuk dalam rancangannya. Nadia Asyila mungjungkit keningnya sebagai
pertanyaan.
“ Kami risau sebab tu kami patah balik.”
Amierah berkata riang bila rancangan yang difikirkan
oleh Nadia Asyila berjaya. Kagumnya berganda pada polis wanita itu.
“ Aku kena ke balai untuk masukkan penyangak-penyangak
tu dalam lokap. Jumpa petang ni okey.”
Nadia Asyila berkata pada kawan-kawannya. Syazwan yang
turut membuntuti langkah Nadia Asyila melemparkan senyuman untuk semua.
Senyumannya diberikan lama untuk Radlina.
******************************************************************
“ Tahniah! Saya
bangga dapat pegawai macam kamu berdua. kalau macam ni, nampaknya saya kena
bagi nama kamu untuk calon kenaikan pangkat.”
Tuan Badrul memuji Syazwan dan Nadia Asyila. Memang
sejak dari dulu lagi Tuan Badrul tidak memandang mereka dengan sebelah mata. Padanya,
kedua-duanya layak untuk pergi lebih jauh.
“ Terima kasih Tuan. Kami hanya menjalankan tugas.”
Syazwan dan Nadia Asyila merendah diri. Mereka berdua
memang tidak diajar untuk bermegah diri kerana bila satu kes berjaya
diselesaikan, akan ada kes lain yang akan muncul. Sikap manusia yang tidak
sukakan keamanan melelahkan para pencinta keamanan. Dunia memang sukar untuk diduga.
“ Nampaknya merasalah kau naik pangkat tak lama lagi.
Biasanya Tuan Badrul tu susah nak bergurau.”
Nadia Asyila sengaja mengusik kawannya itu. Anginnya
untuk bergurau dan ceria kembali berlabuh di sudut hatinya. Kes Radlina yang
berjaya diselesaikan bukannya memberikan kelegaan yang sedikit kepadanya.
Tuan Badrul juga sempat memuji kebijaksanannya
memerangkap Ilias sehingga lelaki itu berjaya diberkas. Ganesh juga rupanya
terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah. Mendapat pujian dari pihak atasan
memekarkan sedikit rasa bangga di hatinya. Apatah lagi kes yang berjaya
diselesaikan melibatkan kawannya. Pasti keakraban persahabatan mereka akan
berganda. Semuanya kerana izin Allah yang Esa.
“ Kau nak puji aku ke puji diri sendiri?”
Syazwan menjeling Nadia Asyila.
“ Dua-dua kot.”
Wanita itu berkata riang.
“ Macam mana kau boleh terfikirkan rancangan tu?”
Syazwan mengurut dagunya yang licin.
“ Entah! Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je terfikirkan akal
tu. Aku sebenarnya 80% je berjaya tapi tak sangka pulak yang Ilias tu
betul-betul terjerat. Kalau tak malu setahun aku dengan geng-geng kita. Nyawa
Radlina pun mungkin terancam. Itu yang paling aku takut.”
Nadia Asyila menunjukkan reaksi dengan mimik muka yang
sedikit lucu. Syazwan ketawa senang sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia
mula menyedari yang perangai gila-gila wanita itu sudah kembali sedikit demi
sedekit.
Deringan handphone mematikan gelak ketawa Nadia Asyila
dan Syazwan sedari tadi. Syazwan melihat bibir wanita itu terkumat-kamit.
Membicarakan sesuatu. Butirannya tidak jelas. Handphonenya tidak diangkat.
Lelaki itu hanya memerhati.
“ Mamat ni memang tak faham bahasa lah. Time kerja pun
nak kacau aku. Dia ingat aku ni operator ke senang-senang nak jawab call. Tak
tahu ke orang sibuk ke apa ke.”
Syazwan tersengih. Mungkin Iqmal Hisyam yang menelefon.
Fikirnya sendiri.
“ Jawablah. Siapa yang call?”
“ Ah malaslah aku nak jawab panggilan yang tak penting.
Kau ajelah yang jawab. Cakap aku sibuk.”
Tanpa banyak soal, Syazwan mengambil handphone itu dan
menekan butang hijau. Terus ditekapkan di telinganya.
“ Sorry kalau Syam ganggu.”
Lelaki itu terus melemparkan bicara. Tanpa menyedari
yang panggilannya dijawab oleh Syazwan. Syazwan tersenyum.
“ Syam ni aku. Syazwan. Ada hal penting ke nak cakap
dengan Nadia?”
“ Oh sorry. Aku ingat Nadia tadi. Dia sibuk ke sampai
kau yang jawab call?”
Syazwan memandang Nadia Asyila. Gadis itu sedang
memainkan tetikus di skrin komputer.
“ Sebenarnya dia tak sibuk tapi buat-buat sibuk. Saja
menyibukkan diri.”
Nadia Asyila memang cukup geram dengan perangai Syazwan
yang sentiasa open bila melibatkan hal peribadinya dengan Iqmal Hisyam.
“ Biul kau. Bagi phone tu kat aku.”
Syazwan hanya menurut dan menghulurkannya kepada Nadia
Asyila.
“ Dia nak cakap sebab kau tak sibuk. Jangan marah-marah.
Bangkitkan kemesraan.”
Syazwan mengenyitkan matanya. Nadia Asyila menyambar
kasar telefon itu dan sempat menghadiahkan cubitan berbisanya pada lengan
Syazwan sehingga lelaki itu mengaduh kesakitan.
Salam diberi. Iqmal
Hisyam senyum lebar di hujung talian.
“ Nadia sihat?”
“ Nadia tak suka Syam telefon dalam
waktu pejabat. Harap Syam faham.”
Nadia Asyila tidak menjawab pertanyaan
lelaki itu.
“ Kalau bukan waktu pejabat pun kalau
Syam call beribu kali Nadia fikir nak angkat ke tak kan?”
Nadia Asyila memicit kepalanya. Pening
dengan kata-kata Iqmal Hisyam.
“ Syam, Nadia tahu yang Syam sebenarnya
bijak untuk membaca setiap maksud pada perbuatan Nadia. Cuma Syam yang tak nak
faham. Syam tahu sejak dari dulu lagi. Dah puas Nadia cuba mengelak tapi Syam
tetap datang. Tolonglah lepaskan Nadia. Nadia tak nak terikat dengan semua ni.”
Iqmal Hisyam ketawa kecil.
“ Nadia boleh buat apa yang Nadia nak.
Sekalipun membenci Syam. Itu hak Nadia. Syam akan buat apa yang hati Syam ingin
buat. Sebab itu hak Syam. Syam akan terus memburu cinta Nadia. Dan takkan
lepaskan Nadia agar kabur dari bayangan hidup Syam. Sebab Syam terlalu cintakan
Nadia.”
Kata-kata itu membuatkan Nadia Asyila
mematikan talian. Dia merasakan yang dirinya terlalu kerdil. Bingung dengan
tingkah Iqmal Hisyam yang tidak pernah mengalah.
Iqmal Hisyam memandang telefon
bimbitnya yang sepi tanpa bicara wanita kesayangannya. Senyumannya diraih
sedikit demi sedikit.
Dia memejamkan matanya dan memorinya
terimbau kembali takdir ilahi yang menemukan dirinya dengan wanita itu setelah
pemergiannya atas kerelaannya suatu ketika dahulu. Segalanya berlaku beberapa
tahun yang lalu.