Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 28

Fazar Azameer mencucukkan kunci kereta di pintu keretanya. Namun tindakannya itu dibatalkan apabila matanya terpandang susuk tubuh dua orang lelaki yang agak mencurigakan.

Langkahnya mendekati kedua-dua orang lelaki yang sedang mencungkil pintu utama kereta Honda Civic. Memang sah! Kedua-duanya sedang cuba untuk mencuri kereta tersebut. Fazar Azameer semakin mendekat.

“ Hoi!”

Jerkahnya kuat.

“ Apa yang korang buat hah? Mencuri?”

Kedua-dua lelaki yang berbadan agak sasa mendekatinya.

“ Kalau ya kenapa? Kau siapa nak masuk campur? Kalau kau tak nak kami apa-apakan kau. Baik kau butakan mata dan buat tak nampak. Pergi dari sini.”

“ Senangnya kau cakap. Penjenayah macam korang ni la yang selalu buat masalah dalam negara ni. Menyusahkan ramai orang.”

Salah seorang daripada mereka mendekati Fazar Azameer. Dicekak leher baju yang dipakai oleh lelaki itu.

“ Kau jangan nak buat hal. Kalau kau tak nak mampus baik kau pergi dari sini.”

Sekali lagi lelaki itu memberi amaran. Pegangannya di leher baju Fazar Azameer masih tidak dilepaskan.

“ Ah! Kau ingat aku takut? Sekarang jugak aku call polis.”

Diraba handphone yang berada di dalam kocek seluarnya. Dapat. Sepantas kilat lelaki yang berada di hadapannya merampas handphone tersebut.

“ Kau memang nak cari nahas.”

Satu tumbukan yang agak kuat singgah di perut Fazar Azameer. Tidak cukup dengan itu, lutut lelaki itu turut sama menyinggah perutnya. Senak yang teramat dirasakan.

Tersembur keluar liur daripada mulut Fazar Azameer. Kali ini belakangnya pula diasak. Kedua-dua lelaki yang memukulnya semakin galak. Langsung tiada belas kasihan.

Terasa lembik seluruh badan. Apa yang lebih malang, dia langsung tiada tenaga untuk melawan. Kesakitan menjalar di seluruh badannya. Bagaikan direntap segala urat yang berada di dalam tubuhnya.

“ Kita bawak jer budak ni bersama. Dia dah kenal kita. Aku tak yakin dia akan diamkan diri kalau kita lepaskan dia.”

“ Habis tu nanti apa kata bos? Kalau dikerjakan kita pulak macam mana? Kau nak jawab?”

“ Dah tu bukan ni pun yang kita nak. Kalau kita lepaskan budak ni kau nak ke esok muka kita terpampang kat tv?”

“ Kau pun kenal bos macam mana kan? Kita buat jer kerja kita bukannya cederakan orang.”

“ Hei budak ni yang kurang ajar dengan aku dulu. Aku dah cakap elok-elok dia tak nak dengar.”

“ Aku tahu tapi masalahnya sekarang ni. Kau sendiri faham perangai bos tu macam mana.”

“ Ah apa-apa pun aku tak kisah. Nanti terserah pada bos la macam mana nak uruskan dia.”

Anggukan diterima daripada kawannya. Fazar Azameer ditarik kasar supaya mengikuti gerak langkah mereka. Dirinya terhumban di tempat duduk belakang kereta Honda Civic yang dicungkil tadi. Seketika kemudian, deruan enjin yang agak kuat kedengaran meninggalkan tempat parkir di belakang kelab yang agak sunyi.

Fazar Azameer tidak dapat mengagak ke mana dirinya dibawa. Matanya diikat dengan sehelai kain. Itulah yang membataskan penglihatannya. Entah berapa lama dia berada di dalam kereta dia sendiri tidak tahu. Jalan yang agak berliku-liku dilalui semakin susah untuk diagak oleh Fazar Azameer.

Badannya diheret kasar supaya langkahnya mengikuti pergerakan lelaki yang galak menarik jaketnya.

“ Woi perlahan sikit boleh tak?”

Dilepaskan rasa geram yang membukit di dadanya. Tidak merelakan dirinya diperlakukan begitu.

Namun tiada balasan suara yang diterimanya. Malah pergerakannya juga semakin laju. Tiada apa yang dapat dilakukannya. Mata yang masih tertutup semakin payah untuknya melangkah. Seakan segalanya terbatas.

******************************************************************

“ Kenapa kau bawak dia ni? Kau memang sengaja nak cari hal dengan aku. Dah aku cakap cuma buat apa yang aku suruh. Yang kau bawak dia datang sini kenapa? Nak menyusahkan hidup aku?”

“ Tapi bos, budak ni…”

Sebelum sempat kata-kata itu dihabiskan, satu tamparan singgah di pipinya. Perit!

“ Maafkan kami bos.”

Lelaki itu hanya menunduk. Tidak melawan.

“ Habis apa yang kita nak buat dengan dia sekarang?”

Lelaki yang diberi gelaran bos itu menyoal.

“ Korang ada cakap apa-apa fasal aku depan dia?”

Lelaki itu masih menyoal. Kedua-duanya berpandangan. Serentak itu mereka menggeleng.

“ Tak ada bos.”

“ Okey. Aku tak nak ambik tahu apa yang korang akan buat dengan dia. Tapi jangan babitkan aku. Aku tak mahu nama aku terlibat sama dengan penculikan yang korang lakukan ni.”

Fazar Azameer yang mendiamkan diri sedari tadi pantas membuka kain yang menutup matanya. Tangannya yang bebas tanpa ikatan membolehkannya melakukan begitu.

“ Kau!”

Itu yang terluah dari mulut Fazar Azameer apabila dia memandang lelaki yang dipanggil bos. Riak terkejut jelas di raut wajahnya. Namun serentak itu juga tubuhnya menyembah bumi apabila pukulan yang tiba-tiba menyinggah belakang lehernya.

“ Salah kami bos.”

Kata-kata itu diluahkan oleh lelaki yang memukul Fazar Azameer seketika tadi.

“ Korang kalau tak berikan aku masalah memang tak boleh. Heiii sterss la aku.”

Bentaknya kuat. Dia menggerakkan cari supaya kedua-dua konco di depannya itu mendekat.

“ Sekarang korang cakap apa yang aku nak buat dengan dia ni? Sebab korang pandai sangat kan?”

“ Maaf bos. Kami betul-betul tak sengaja tadi. Kami….”

“ Kau tak payahlah nak buat banyak alasan. Kami…kami.” Dihantukkan kepala keduanya. Geramnya membukit. Dia menjeling.

“ Kalau ikutkan hati aku memang aku tembak korang. Biar mati busuk dalam gudang ni.” Dia menambah.

“ Korang simpan jer dia dalam gudang ni dulu. Jangan biarkan dia terlepas.”

Kedua-dua lelaki yang menerima arahan itu mengangguk. Seketika kemudian mengeluh lega apabila bos mereka melangkah keluar daripada gudang.

Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah