Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 18

“ Nadia perlahanlah sikit. Macamlah ada putera idaman kat depan tu.” Syazwan menarik bahu Nadia Asyila dari belakang. Laju gila minah ni jalan.

Lelaki itu mengomel dalam hati. Nadia Asyila mematikan langkahnya. Syazwan tidak sempat mengelak. Bahu wanita itu dilanggarnya. Shit!

“ Apasal kau brek tiba-tiba pulak?” Syazwan pening dengan tingkah Nadia Asyila.

“ Apa lagi yang kau nak? Tak puas lagi kenakan aku?”

Nadia Asyila bercekak pinggang. Dia sememangnya berang dengan Syazwan. Pagi tadi dia terpaksa menumpang Iqmal Hisyam. Keluar sahaja daripada banglo yang disewanya, terus terpandang Iqmal Hisyam yang sudah terpacak menunggunya. Semasa dalam perjalanan lelaki itu tidak jemu mengajaknya berbual. Namun tiada sepatah pun yang keluar dari mulutnya. Wrong timing!

“ Nadia, sebenarnya aku kasihan sangat kat kau. Syam…” Percakapan Syazwan terhenti dengan sendirinya apabila Nadia Asyila memotong.

“ Aku tak ada mood nak bercakap tentang hal yang remeh-temeh.” Wanita itu pantas berlalu. Syazwan sekadar menjungkitkan bahu. Syazwan berlari anak mengejar langkah kawannya yang mula menjauh.

“ Okey-okey. Aku mintak maaf. Lain kali aku tak buat mcam tu dah. Aku tahu aku salah. Aku…”

“ Dah lah. Malas aku nak cakap fasal tu. Banyak perkara yang lebih penting yang aku kena fikir.” Syazwan mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah. Mood kawannya itu memang tidak elok pada pandangannya. Entah seratus peratus kerana kesilapannya ataupun ada perkara lain yang telah mengganggu emosi perempuan itu. Datang bulan kot. Syazwan senyum dalam hati. Lucu dengan agakan yang dibuatnya.

“ Jom, aku belanja.” Wanita itu menurut. Dia memang lapar. Pagi tadi breakfast di rumah langsung tidak di jamahnya. Seleranya hilang apabila terpandang Amierah di meja makan.

**************************************************************************************************

“ Nadia, sorry! Aku bukan nak jaga tepi kain kau. Betul aku dengar kau dan Mierah bergaduh? Fasal Fazar dan Syam?” Tanya Syazwan takut-takut. Dia bimbang jika Nadia Asyila melenting tiba-tiba. Mood wanita itu bukan boleh di jangka. Bila meletup, kalah bom yang ada atas dunia ni.

Dalam perjalanan tadi dia menerima pesanan ringkas yang dihantar oleh Azrin. Memberitahu duduk perkara yang telah berlaku semalam. Cuba meminta pendapat dan jasa baik Syazwan untuk cuba mencari akal bagi meredakan situasi yang semakin tegang.

Cuba di susun ayat yang dirasakannya terbaik pada pendengaran wanita itu. Nadia Asyila meneruskan suapan mee goreng yang dipesannya tanpa menghiraukan soalan Syazwan.

Cepat betul berita tersebar. Entah siapalah yang sukarela menjadi penyampai berita yang tak bergaji ni. Syazwan turut sama menyuap makanannya. Nak terus bertanya atau diam je? Dipandang wajah Nadia Asyila. Wanita itu rakus menyuap mee goreng.

“ Kenapa perlu jadi macam ni Nadia?” Syazwan masih cuba menggiat. Nadia Asyila terus membisu. Setelah habis makanan dan minumannya, Nadia Asyila memeluk tubuhnya dan belakangnya disandarkan pada kerusi.

“ Sekarang cakap apa yang kau nak cakap.” Nadia Asyila menyuarakannya. Syazwan memandang wanita itu. Pelik!

“ Aku saja nak habiskan makanan aku. Takut nanti selera aku hilang bila dengar ceramah kau. Membazir!” Syazwan tergelak kecil. Polis perempuan ni macam-macam. Susah aku nak faham.

“ Apa dah jadi dengan kau dan Mierah?”

“ Tak ada apa yang serius. Dia masih bernafas dan aku masih bernyawa.” Syazwan melebarkan senyum.

“ Fasal Fazar dengan Syam?”

“ Tak ada kena mengena dengan nama Syazwan.” Syazwan tersengih. Masih ada hati nak buat lawak minah ni.

“ Sampai bila kau nak tunggu Fazar Nadia?” Syazwan berubah nada. Lembut.

“ Sampai bila-bila pun aku akan mencintai dan akan tunggu dia.” Nadia Asyila berkata serius.

“ Aku kagum dan terharu mendengarnya. Cinta kau begitu tulus. Tapi dia tidak pernah menyintai kau Nadia. Ada orang yang sangat menyayangi kau. Sudahlah! Sedarlah Nadia. Jadikan Fazar sebagai masa silam kau dan Syam sebagai masa depan kau. Tidak ada yang disakiti dan tidak ada yang akan menyakiti.” Syazwan cuba memancing. Cuba menyedarkan wanita yang menjadi sahabat kesayangannya untuk menerima realiti.

“ Aku tak nak berbincang tentang Hisyam.”

“ Tapi kau harus menerima kenyataan. Fazar tak mungkin menyintai kau.” Syazwan geram.

“ Syazwan, walau apa pun permainan takdir, cinta aku hanya satu. Hanya untuk Fazar.” Nadia Asyila sedikit sebak.

Ah! Aku betul-betul tak faham dengan perangai perempuan. Tadi bukan main lagi mainkan aku. Happy. Sekarang bila feeling macam orang mati laki. Idiot!

“ Jadi kiranya ni sampai tua la kau nak tunggu dia? Menolak hukum alam seandainya memang tiada takdir yang akan menyatukan kau dengan dia?” Nadia Asyila memandang wajah Syazwan. Ini mengatakan sesuatu. Namun, pantas dipintas oleh lelaki itu.

“ Aku tak nak dengar kalau kau nak cakap yang aku takkan faham.”

“ Memang! Hanya yang memahami je akan mengerti tentang hati aku ni. Salahkah kerana aku mencintai?”

“ Salah tu tak. Cuma cara kau tu salah. Mencintai insan yang tak mencintai kau.”

“ Dah memang takdir aku macam ni.”

“ Jadi kau nak salahkan takdir?”

“ Memang kau takkan faham.”

“ Aku pun malas nak faham. Kau tu yang tak nak faham sebenarnya.”

“ Dah lah. Makin berbelit aku cakap dengan kau.”

“ Sebenarnya kalau kau nak buat pilihan, kau terlalu boleh. Cuma kau jer yang tak nak buat pilihan.”

“ Dah lah Syazwan. Aku bingung.”

“ Baguslah kalau kau bingung. Dengan bingung lah kau akan mengenal apa itu bingung dan apa itu tak bingung.”

“ Kau tu yang semakin nak bingungkan aku.” Syazwan tersenyum. Kelat.

****************************************************************************************************

Amierah menghempaskan sketch book di atas mejanya sedikit kuat. Mulutnya mengomel entah apa-apa. Hanya dia yang memahami butir bicaranya. Ada sesetengah guru yang menggeleng. Malas melayan karenah wanita itu. Teruk sangat ke muka aku sampai dia tak nak pandang? Ah! aku pun tak ingin tengok muka kau.

“ Moody je.” Aflah yang mengajar subjek Pendidikan Islam menegur.

“ Apa pandangan kau terhadap aku?”

“ Pandangan apa?” Aflah kembali menyoal.

Hisy bengap betullah dia ni. Tu pun payah nak tangkap. Ustazah, tapi…

“ Oo… kejap.” Hah bijak pulak.

“ Aku tengok kau okey. Suka ambil berat tentang masalah kawan-kawan. Cuma perangai kau je, kadang-kadang bila tak ada angin pun suka melenting. Sebiji macam perangai Nadia.” Amierah pantas berdiri.

“ Kau boleh cakap apa yang kau suka tentang aku tapi jangan sesekali samakan aku dengan perempuan tu. Aku tak suka.” Pantas dicapai sketch book dan terus berlalu. Aflah tercengang.

Tadi tanya pandangan aku. Bila aku cakap, dia buat ribut pulak. Dipandangnya wajah kawan disebelahnya. Ada simpati di wajah itu untuknya.

“ Mungkin mereka bergaduh.” Kawan itu meneka.

“ Nampaknya breakfast dengan angin taufan aku hari ni.” Wanita itu tersenyum hambar.

Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah