Fazar Azameer memanjangkan langkahnya untuk terus
berlalu meninggalkan insan yang terlalu dicintainya suatu masa dahulu.
Panggilan yang kedengaran untuknya sengaja diabaikan.
Dia tidak mahu lagi memandang ke belakang dan
menyerahkan cinta sucinya untuk perempuan yang telah lama kotor. Hari ini dia
datang untuk mengambil semula hatinya yang telah lama ditinggalkan bersama
perempuan itu.
“ Fazar, takkan you sampai hati tinggalkan I dalam
keadaan yang macam ni?”
Langkah lelaki itu terhenti apabila badannya dihadang
oleh badan Fasha.
“ Keadaan yang macam mana? Seorang ibu tunggal? Cukuplah
you tipu I selama ini. You jadikan I sebagai boneka. Sedangkan I ikhlas
cintakan you. Apa yang I dapat? You datang untuk dapatkan harta I untuk
menjamin masa depan you dengan anak you? Sorryla. I tak dapat nak tolong.
Cukuplah selama ini I tertipu. Kalau I tak hampir mati hari tu, entah sampai
bila I akan jadi boneka you.”
“ You silap Fazar. I betul-betul cintakan you. I tak nak
lagi lakukan kesilapan dengan kehilangan you. I
memang nak beritahu tentang Haziq tapi I tak ada kekuatan. I cuma tunggu
masa. Tolong maafkan I dan jangan tinggalkan I. I tak boleh hidup tanpa you.”
“ Ah sudahlah! I tak nak dengar semua ni. I tak nak ada
apa-apa kaitan lagi dengan you. I tak nak lagi tengok muka you. You boleh pergi
dari hidup I. I bebaskan you untuk selama-lamanya. Dalam hati I sekarang memang
langsung dah tak ada ruang untuk you. Tolong pergi dari hidup I.”
“ You tipu! I tahu yang cinta you masih untuk I. Takkan
begitu mudah you buang I dari hati you. Hati you penuh dengan cinta I.”
“ Hati I sekarang penuh dengan cinta seseorang yang
telah lama menanti I. sekarang I yakin yang I hidup hanya untuk dicintai oleh
dia. Dari dulu dia setia menanti I. Dan sekarang I yang akan menanti dia. I
akan menunggu untuk terus diberi peluang. Hati I sekarang penuh dengan cinta
Nadia Asyila. Bukan lagi you Fasha.”
“ Ah persetankan dengan cinta yang you rasa. Itu bukan
cinta. Tapi cuma sekadar rasa simpati untuk seorang wanita yang telah lemah.
Yang sedang menunggu malaikat maut datang untuk menjemputnya. Hidup bersisakan
saat kematian yang akan datang dalam sedetik waktu sahaja lagi.”
“ Watch your mouth!”
“ Dah tu you nak buat apa? Nak tampar I? Huh! I tahu
yang you tak sedayus itu.”
“ I takkan berkasar dengan perempuan.”
Fasha meledakkan tawanya. Sengaja dibuat-buat.
“ Habis yang selama ni you hina Nadia. Itu apa? Bukan
berkasar? You memang dayus!”
“ Ya! Selama ini I dayus. Dayus kerana mempercayai dan
mencintai perempuan seperti you.”
“ Oh jadi selama ni you menyesal kerana mencintai I?”
“ Sudahlah! Jangan putar belitkan keadaan. Hijab you dah
lama terbuka. Cuma selama ini I yang buta.”
“ Shut up Fazar!”
“ You Shut up! You ingat I tak tahu yang selama ini you
berpakat dengan bapak anak you untuk bolot harta I? Dengar apa yang I nak
cakap! Lakonan you dah tamat. Baik you jauhkan diri daripada I sebelum I
bertindak dengan cara undang-undang.”
“ Oh jadi sekarang you nak ugut I?”
“ I bukan jahat
macam you.”
Fazar Azameer menepis tangan Fasha yang bermain-main di
ruang matanya. Untuk pertama kali dia merasa meluat dengan tingkah wanita yang
pernah dicintainya separuh mati.
“ You belum kenal siapa I. You jangan ingat begitu mudah
untuk you tinggalkan I macam sampah.”
“ I silap kerana tak pernah nampak wajah sebenar you.”
“ You…”
“ I punya cinta yang sejati untuk seseorang yang lebih
layak. Bukan untuk perempuan seperti you.”
Langkahan kaki Fazar Azameer kini tidak lagi tergugat.
Dia sudah bebas. Dia malas lagi untuk berpaling memandang kenangan silamnya
yang dirasakan indah bersama Fasha. Fasha adalah satu beban yang selama ini
mengaburkan matanya dengan setiap lakonan.
Hatinya yakin kini. Dia kini sudah menemui cintanya.
Cinta sejati yang diharapkannya sekian lama. Dia langsung tidak menduga bahawa
perasaan sejati itu ada pada Nadia Asyila.
Fasha tidak mampu untuk menghalang. Terperanjat dengan
kejutan yang sememangnya tidak diduga. Tidak menyangka yang Fazar Azameer akan
menyemai cintanya untuk Nadia Asyila.
Namun, kali ini dia tidak dapat berdusta untuk
menghalang lelaki itu dari menjauh darinya.