“
Sebelum ni Sya tak pernah nampak sikap abang yang macam ni. Suka bergurau
rupanya.”
“
Dah abang ni tak dipedulikan tunang sendiri. Memang la tak kenal.” Dia
mengenakan lagi dengan serkap jarang.
“
Kali ni abang betul. Sya minta maaf. Sya tertekan sebenarnya dengan desakan umi
masa dia nak kita tunang dulu.”
“
So sekarang? Tertekan lagi?”
“
Banyak soalan abang kan?”
“
Dah tu..tunang dah dua tahun lebih. Jumpa tak sampai pun sepuluh kali.”
“
Yalah. Maafkan Sya.”
“
Tertekan lagi ke?” Dia terus galak menyoal.
“
Tertekan apa benda nya?”
“
Eh tadi dia jugak yang cakap dulu stressdengan
desakan umi. So now?”
“
Tak. Sya okey. Sebab abang faham Sya. Terima kasih sebab memahami.”
“
Hmm.. sama-sama. Cuma.. kalau dah tak tertekan, kenapa jari manis Sya masih
kosong?” Dia cuba mencucuk jarum. Bertanyakan soalan yang lebih peribadi.
“
Abang ni dah melalut dengan soalan
bukan-bukan.”
“
Aik! Bukan-bukan apanya. Betul la. Abang Cuma nak kepastian. Macam Sya masih
tak redha yang Sya dah jadi tunang abang.”
“
Bukan Sya tak redha.”
“
So?” Nazim menunggu jawapan. Sepi.
“ Tak sedia?” Sunyi.
“ Masih rasa terpaksa?” Diam.
“ Lunch
time abang dah nak habis.”
“ Tak apa. Abang half day je hari ni.” Dia berkata selamba.
“ Senangnya.”
“ Sebab bukan senang abang nak keluar
dengan tunang abang.” Semakin selamba.
“ Jawapan untuk soalan abang?”
“ Sya akan bagi jawapan. Tapi bukan
sekarang. Dah sampai masanya nanti, Sya akan jawab soalan tu.” Dia menjawab
dengan alasan yang lebih selamat.
“ Kisah yang sama. Abang tetap disuruh
tunggu walau apa pun kisahnya.” Syafawati Qaisara ingin bersuara tetapi
dipintas oleh tangan Nazim supaya dia tidak meneruskan.
“ Abang tahu apa Sya nak cakap. Tak
payah minta maaf. Sya tak salah pun. Abang memang patut bagi Sya ruang.”
Syafawati Qaisara memainkan straw di
dalam gelasnya. Merenung ke dalam air. Lama.
“ Dah. Tak payah nak moodybagai. Abang nak kita jadi best friend yang boleh berkongsi suka
dan duka. Gelak-gelak macam orang gila. Itu lebih power dari bermasam muka macam ni.” Nazim kembali mengubah suasana.
Syafawati Qaisara senyum kecil. Merenung
gelas di depannya. Fikirannya bertebaran dengan kisah mereka pada masa akan
datang. Bagaimana nanti jika benar yang lelaki di hadapannya kini adalah jodoh
yang diberikan ilahi untuknya. Sedangkan walaupun dia telah mencuba, tetap
tidak bercambah rasa cinta untuk lelaki yang telah bergelar tunang.
“ Bila Sya ke Sabah?”
“ Next
week. Cuti sem bukan lama sangat.”
“ Cepat kan masa berlalu. Dah nak masuk
tahun ketiga Sya study. Lepas habis study, Sya kena cepat-cepat cari kerja.
Lepas tu kita move on la dengan apa
yang dah family kita rancang.” Nazim
memandang tepat anak mata Syafawati Qaisara. Dibalas dengan senyum sumbing.