Hati Qisya
berbunga riang. Dalam
ramai-ramai wanita, dia
yang jadi pilihan
untuk menemani
Arish ke kenduri
doa selamat yang
berlangsung di rumah
atuk dan nendanya
yang tercinta. Qisya
amat teruja. Berjumpa
dengan atuk dan
nenda bermakna dia
sudah melangkah ke
frasa seterusnya dalam
misi menakluki hati
jejaka ini. Suatu
pencapaian yang amat
membanggakan dalam misinya
memburu cinta inspektor
muda yang tersohor
di Malaysia.Siapa yang tidak kenal
dengan Arish a.k.a Tuan Inspektor
Arish Aqlan bin
Afzan? Kacak. Bergaya.
Kemampuannya menyelesaikan kes-kes
berprofil tinggi membuatkan
namanya harum mewangi
di kalangan masyarakat.
Datang pula dari
keluarga yang kaya
dan terhormat. Tapi…sindrom
‘Obsessive Compulsive
Perfectionists Behavior’
yang teguh menyaluti
jejaka ini membuatkan
sukar bagi mana-mana
gadis yang bercadang
mahu mendekatinya. Siapa
yang boleh tahan
perangai cerewet terlampau,
sangat pentingkan kesempurnaan
dan terlalu memilih
sepertinya?
Qisya tidak
peduli semua itu.
Status sebagai bakal
isteri Tuan inspektor
popular lebih bermakna
buat dirinya. Segala
perangai tak berjenis
jejaka itu sanggup
di tolak ke
tepi asalkan cinta Arish berjaya
di miliki. Itu
tekadnya.
Ketukan bertalu-talu
di pintu mematikan
lamunan Qisya. Mak
Yam sudah terjegul
di muka pintu.
“Cik Qisya, Tuan
Arish dah tunggu
kat bawah.”
Qisya bingkas
bangkit. “Kenapa Mak
Yam tak cakap
awal-awal, hah? Menyusahkan
betullah orang tua
ni!”
“Maafkan Mak
Yam, Cik Qisya.
Tuan Arish baru
aje sampai. Tu
yang...”
Pantas Qisya
memintas. “Boleh tak
kalau saya cakap,
Mak Yam jangan
menjawab? Sedarlah diri
sikit. Mak Yam
tu cuma orang
gaji aje dalam
rumah ni. Jangan
sangka papa dan
mama layan Mak
Yam baik-baik jadi
Mak Yam nak
besar kepala pulak!.
Dahlah! Saya dah
lambat ni. Nanti
jangan lupa kunci
pintu rumah pula.
Mungkin saya balik
lewat.”
Mak Yam sekadar menganggukkan
kepala. Tidak berani
dia bersuara. Bimbang
kalau-kalau Qisya marah
lagi. Biarlah hati
tuanya menelan segala
kepahitan yang terlontar
dari bibir gadis
itu. Namun tidak
sesekali dia akan
menyakiti hati gadis
itu. Tidak sama
sekali!
Arish yang
sedang enak bersandar
di sofa terkedu
melihat kelibat Qisya
menuruni anak tangga.
Buntang biji matanya
melihat gaun merah
hati yang tersarung
di tubuh langsing
itu.
“Mabuk ke
apa ni? Awak ingat kita
nak pergi dinner sempena
Tahun Baru Cina
ke? Kita nak
pergi kenduri doa
selamat kat rumah
atuk dan nenda saya, ada
faham? Pakailah baju
kurung ke, kebarung
ke, barulah kena.
Dah tu, saya
tak suka baju
ni. Macam langsir
kat bilik stor pejabat saya
aje. Awak pergi
tukar baju sekarang
juga!”
Qisya tersentak.
Selama ini tidak
pernah sesiapa pun
mempertikaikan cara pemakaiannya.
Dah dua tahun
berturut-turut dia tersenarai
dalam majalah Eh!
sebagai ‘Personaliti Wanita
Berpakaian Paling Cantik.’
Selamba rock aje
mamat cerewet ni
cakap gaunnya macam
langsir kat bilik
stor pejabatnya?
Sedaya-upaya Qisya
memekung amarahnya dalam
hati. “Aha saya
pun rasa gaun
ni macam kain
langsir. Kejap ye
sayang. Saya pergi
tukar lain yang sopan dan confirm
meletup punya.”
Kakinya di
tala laju. Anak
tangga di naikinya
satu persatu dengan
hati yang membara.
Ini bukan gaun
meletup, silap-silap dia
sendiri yang meletup
nanti.
“Sabar, Qisya.
Sabar. Kalau kau
nak menang game
ni, kau mesti
tahan dengan segala
perangai mamat ni.
Dia kan bakal
laki kau. You can
do it, Qisya!
Come on, Qisya!”
Kata-kata hikmat
bertalu-talu di titip
ke corong hati.
Semangat yang kian
merudum bagaikan mendapat
suntikan penawar semula.
Kali ini Qisya
menyarung jubah satin
rona putih susu
yang menyerlah dengan
taburan kristal swarozski
di dada dan
kedua-dua pergelangan tangan.
Memang memukau setiap
mata yang memandang.
Namun buat
kesekian kalinya jubah
ini gagal menambat
hati Arish! Arghh!!
Qisya terasa ingin
menjerit namun suaranya
sekadar berlegar-legar di
ruangan kerongkongnya sahaja.
Memang cerewet tahap
gaban betul mamat
ni!
Kurung moden
unggu bersulam kerawang
Qisya yang kesepuluh
akhirnya berjaya menjentik
minat Arish. Fuhh!!
Qisya menarik nafas
lega. “Jomlah kita
gerak sekarang, sayang.
Mesti atuk dan
nenda awak dah
tunggu lama.”
“Eh, nanti
dulu. Saya nak
kena tengok kasut awak pula. Saya kena
pastikan kasut awak
sepadan dengan baju awak ni,”
tukas Arish selamba.
Rahang Qisya
jatuh. Oh, tidak!
Sekali lagi???
Mami Zai
menjengah-jengah kepalanya ke
luar. Hatinya gusar.
Bacaan doa selamat
akan bermula tidak
lama lagi namun
batang hidung cucunya
langsung tak kelihatan.
“Tak payahlah
risau sangat, Zai.
Macam awak tak
faham dengan perangai
cucu awak tu.
Mesti dia tengah
pening nak pakai
baju apa untuk
datang ke mari.
Tak faham betul
saya. Cerewetnya mengalahkan
orang perempuan!” dengus
Walid Aziz.
“Itulah yang
saya risaukan, bang.
Perangai cerewetnya tu
makin menjadi-jadi. Semuanya
tak kena di
mata dia. Tu
yang sampai sekarang
satu perempuan pun
tak lekat dengan
dia. Kalau perangainya
berterusan macam ni,
alamat tak merasalah
kita nak menimang
cicit,” ujar Mami
Zai dengan wajah
sedih.
Walid Aziz
menghembus nafas kasar.
“Habis tu apa
yang patut kita
buat, Zai. Abang pun dah
naik buntu dengan
perangai dia.”
“Walid dan Mami jangan
risau. Saya ada
satu rancangan. Serahkan
aje pada saya.
Insya-Allah rancangan ni
pasti akan berjaya,”
sampuk Borhan yang
muncul tiba-tiba di
situ.
Walid Aziz
merenung muka Borhan
dengan riak kurang
percaya. “Biar betul
kamu ni, Borhan.
Rancangan apa pula ni? Kamu
jangan nak pandai-pandai
aje, Borhan. Macamlah
kamu tak tahu
perangai cucu aku
tu. Nanti habis
di amuknya satu
rumah nanti.”
Borhan senyum
sinis. “Jangan risaulah,
Walid. Saya dah
ada formula macam
mana nak neutralkan
perangai cerewet si Arish yang
makin menjadi-jadi tu.
Saya cuma perlukan
restu dari Walid
dan Mami aje.”
“Perlukan restu
ke perlukan ongkosnya
sekali?” sindir Mami
Zai.
Borhan menyengeh
lebar sampai ke telinga.
“Mami ni memang
bijaklah! Rancangan yang
hebat pasti perlukan
pengorbanan yang besar.
Kita sama-sama melabur
dalam projek ni.
Saya curahkan idea
saya, Walid dan Mami curahkan
duit untuk menampung
kosnya.”
“Amboi! Rancak
berbual nampak. Projek
apa ni? Idea
apa? Kenapa saya
tak tahu menahu
ni?”
Sergahan Arish
segera menyentak mereka
bertiga. Mujur Mami
Zai panjang akal.
Kelibat gadis jelita
di sebelah Arish terus
sahaja menyalurkan idea
buatnya. “Hah, baguslah
kamu dah sampai.
Mami dan Walid
tengah bincang pasal
perkahwinan kamulah. Kamu
ni dah ada
calon ke belum?
Ke ni calon
isteri kamu? Cantik
orangnya. Kalau betul
mudahlah kerja kami.”
Qisya dah
tersengih-sengih macam kerang
busuk. Ya, nampaknya
peluang semakin terbuka
luas buatnya.
Spontan Arish
menangkis. “Bukanlah, mami.
Ini kawan biasa Arish aje. Dia masih
dalam pertimbangan lagi
tapi kira dia
ni calon peringkat
akhirlah. Kalau dia nak jadi
isteri Arish, dia
harus lepasi tahap
piawaian yang Arish
dah tetapkan dulu.”
Qisya tersenyum
sumbing. Pedih hatinya
mendengar kata-kata Arish.
“Kurang asam boi
betullah mamat ni,”
kutuk Qisya dalam
hati.