Arish merengus.
Tipikal gadis melayu!
Setia tak bertempat,
berkorban tak tentu
hala, sanggup menjunjung
kesilapan orang lain.
Ini bukan cinta
sejati tapi buta
mata hati!“Come on, dear.
Tak payah nak cover
line lagi. Sudah
terang lagi bersuluh.
Rizal or whatsoever nama
dia...memang lelaki dayus!
Sanggup malukan awak
depan semua orang.
Jatuhkan air muka
keluarga awak. Lelaki
macam ni ke
yang awak harapkan
untuk jaga awak
seumur hidup? Tolonglah,
Mel. Tolong buka
mata hati awak
besar-besar sikit. Jangan
terus hidup dalam
dunia khayalan.”
Sentap. Menusuk
hingga ke lubuk
jiwa. Hati yang
nanar kian goyang.
Bahu Mel sudah
terenjut-enjut menahan tangis.
Esakan halus sudah bertukar
kasar. Ngongoian Mel
kian menjadi-jadi.
Arish panik.
Hujan air mata
lagi. Kali kedua
dalam hari yang
sama. Berpasang-pasang mata
mula menebar pandang.
“Ok...ok...saya salah cakap.
Saya tarik balik
kata-kata saya. Jangan
nangis, ya?”
Misi Arish gagal. Esakan
sudah bertukar jadi
teriakan. Mel bangkit.
Kata-kata di lontar
dalam sendu sedan.
“Ya! Saya tahu
saya memang bodoh.
Memang saya selalu
harap dapat hidup
dalam dunia khayalan
sebab realiti hidup
saya tak seindah
orang lain. Korang
semua, gelaklah. Gelak
kuat-kuat. Untuk pengetahuan
korang, perempuan depan
korang ni, perempuan
yang paling malang
sekali dalam dunia.
Patutnya hari ni
hari perkahwinan saya
tapi belum sempat
kami bernikah, pengantin
lelaki dah lari
tinggalkan saya. Sekarang
ni saya tengah
kejar pengantin lelaki
saya balik. Salah
ke?”
Seisi bas
terkesima mendengar pengakuan
berani mati Mel.
Arish lebih-lebih lagi.
Serba salah mula
menghuni hati. “Dahlah
tu, Mel. Janganlah
macam ni. Malu
kat orang.”
“Apa yang
nak di malukan?
Ini memang kenyataan.
Saya memang penagih
cinta seorang lelaki
bernama Rizal. Saya
sedang mengejar cinta
sejati dalam hidup saya
sebelum ia berlalu
pergi,” ungkap Mel. Malu sudah
punah dalam diri
setelah puas dia
di malukan berkali-kali
oleh insan yang
bergelar lelaki.
Satu suara
gemersik yang mencelah
kian mengocak suasana.
“Anak! Maaf makcik
mencelah. Jangan kecil
hati, ya. Apa
yang anak faham
pasal cinta sejati?
Cinta sejati tak
bererti harus memiliki.
Cinta tak boleh
di paksa. Semakin
kuat kita mengejar,
semakin kuat ia
akan menjauh. Namun jika cinta
itu sudah tertulis
dalam takdir kita
maka ia akan
kembali semula, percayalah.”
Mel terpana.
Kata-kata makcik itu sedikit sebanyak
tunak ke jiwa. Akal menerima
tapi hati memprotes.
Curiga mula bertandang
di jiwa. Berbaloikah
Rizal di jejaki?
Atau haruskah dia
melepaskan Rizal pergi?
Bas sudah
membelok masuk ke
RnR Seremban. Sebaik
sahaja bas berlabuh
di parkir, berpusu-pusu
penumpang turun. Tidak
terkecuali Arish. Namun
Mel lebih pantas.
Arish di pintas.
Dalam sekelip mata
kelibat Mel hilang
dari pandangan.
“Lajunya minah
ni. Macam pelesit!”
omel Arish sendiri.
Sedar-sedar aje dah
lesap. Dah macam
lipas kudung aje
rupanya.
Mata Arish
terus melilau. Cuba
mengesan kelibat Mel di celah
puluhan manusia yang
bertali-arus. Hati di palu risau.
Kenapalah gatal sangat
mulutnya tadi bertekak
dengan PA nya
itu? Kalau apa-apa
terjadi pada Mel,
dialah yang harus
di persalahkan sepenuhnya!
Kelegaan menjentik
jiwa sebaik sahaja
kelibat Mel di salah satu
kedai menjual cenderamata.
Laju kakinya di
tala ke situ. Sebuah kotak
muzik berwarna pink
dan berbentuk hati
yang tergenggam kemas
dalam pegangan Mel
terus sahaja merenjatkan
langkah kaki Arish.
Fikirannya terus melayang-layang pada peristiwa sepuluh
tahun lepas yang
masih erat terlakar
dalam fikiran...
“Mak aku
cakap, bapak dia
yang letak bom
dalam kereta bapak
kau!” juih Imran
ke arah seorang
gadis comel dengan
reben merah hati
yang indah menghiasi
tocangnya. Dia leka
bermain dengan kotak
muzik berwarna pink. Terasing. Seorang
diri. Sejak perisiwa
hitam yang telah
melanda Inspektor Afzan
dan Zulaikha, gadis itu
telah di pulaukan.
Lebih-lebih lagi setelah
ayahnya telah di
masukkan ke dalam
penjara. Tiada sesiapa
pun yang sudi
berkawan dengannya.
Arish dah
muncung bibir. “Alah!
Kita memang tak
nak kawan dengan
dialah. Kita kan
budak Tahun Tiga.
Dia tu baru
tadika lagi.”
“Jom kita
rosakkan kotak muzik
dia, nak? Biar
padan muka dia,”
acum Imran.
Arish dah
garu kepala. “Tapi
dia kan ada
kat situ. Macam
mana kita nak
ambil kotak muzik
dia?”
Imran dah
senyum nakal. “Kau
pergi menyorok kat
belakang pokok tu.
Aku panggil dia
kejap, nanti kau
cepat-cepat pecahkan kotak
tu, tau?”
Arish angguk
kepala. Hatinya berdebar-debar tatkala
melihat Imran mendekati
gadis itu. Sebaik
sahaja mereke berdua
beredar dari situ,
pantas Arish mendekati
kotak muzik yang
di tinggalkan di
atas bangku. Dengan
sekaut tenaga, kotak
muzik itu di
angkat dan di
hempaskan sekuat hati
ke atas lantai.
PRAKK!!
Puas hati
Arish melihat kotak
muzik itu pecah
berderai. Kemudian laju-laju
kakinya di tala
meninggalkan tempat itu.
Dan perkara terakhir
yang masih segar
dalam pemikirannya adalah
saat gadis kecil
bereben merah itu
menggongoi kesedihan di
sisi kotak muzik
yang sudah hancur
sama sekali. Hati Arish
puas. Barang kesayangan
si gadis itu
hancur sebagaimana hatinya
yang turut hancur
bersama-sama pemergian ibu
dan ayahnya...
Hiruk-pikuk manusia
yang tidak henti-henti
menyongsong di sepanjang
hentian ini menggamit
semula Arish ke
alam nyata. Dia
mengeluh. Kenangan yang
menyakitkan hati, melemaskan
jiwa. Ini semua
gara-gara kotak muzik
yang di pegang
oleh Mel. Pantas
dia menghayun langkah
ke arah PA
nya itu.
“Macam budak-budak!
Takkanlah dah tua
bangka macam ni
pun masih minat
dengan permainan budak-budak
lagi?” sinis Arish
menyelar.
Mel tersentak.
Terus sahaja kotak
muzik itu di letakkan
semula ke atas
rak pameran. “Err...saya tengok
ajelah. Teringat dulu-dulu
masa kecil pun
saya ada kotak
muzik macam ni.
Ayah saya yang
hadiahkan.”
Mata tajam
Arish terus sahaja
menangkap sisa-sisa habuk
yang terlekat di
jemari Mel. “Lain
kali jangan main
pegang aje benda.
Tengok, tangan awak dah kotor.
Mesti tangan awak
dah di jangkiti
kuman. Jom ikut
saya.”
Tanpa amaran
jemari Mel di
regut kasar. Tatkala
dua jemari itu
bertaut, sesuatu yang
aneh terus bertandang
dalam jiwa Mel. Hati di
gayut resah. Jantung
dah berdegup di
luar kawalan. Dah
kenapa aku ni,
getus Mel dalam
hati.
Arish mengheretnya
ke sinki yang
berdekatan. Pili air
di buka. Jemari
Mel di usap
lembut. Berderau darah
Mel. Pertama kali
seorang lelaki memperlakukannya sebegini.
Hati yang mula
di buai rasa
cepat tersedar dengan
loceng akal. Pantas
Mel menarik tangannnya
dari pegangan Arish.
Muka Arish
sudah merah padam.
“Sori. Saya takde
niat apa-apa. Saya
cuma tak nak tangan awak kena jangkitan
kuman, tu aje.”
“Tapi niat
tidak pernah sesekali
menghalalkan cara, tuan.
Saya dan tuan bukan
muhrim, mana boleh
bersentuhan. Lagipun setakat
habuk aje pun,
takkanlah sampai ada
kuman H1N1 kot!” selar Mel.
Tak habis-habis dengan
perangai cerewet tak
bertempat. Rimas!
Arish terpana.
Malu menyerkap jiwa. Serentak kedua
belah tangannya di
angkat ke atas. Cuak terpamer
di wajah. “Ok...sori
sangat-sangat, ya. Saya
janji saya tak
buat lagi.”
“Lagi satu boleh tak
tuan jangan ikut
saya lagi? Saya
rimaslah. Asyik mengekor
aje dari tadi.
Saya ni PA
tuan, bukannya suspek
penjenayah!” gumam Mel.
Geram. Menyampah. Semuanya
dah berbaur rasa.
Mamat cengcong ni
memang dah melampau!
Sinis Arish
menukas. “Bila masa
pula saya ikut
awak ni? Daripada
ikut awak, baik
saya ikut puteri
raja ke, anak
tengku ke, berbaloi
lah juga. Mohon
jangan perasan ya.
Lagipun…”
Kata-kata Arish
mati demi terlihat
kelibat seseorang sedang
elok bersantai dalam
Cik Vios kesayangannya. Siap
kaki berlingkar atas dashboard kereta.
Sekelumit kekesalan langsung
tidak tergambar di
wajah. Menyirap Arish
di buatnya.
Laju Arish
menala langkah kaki
ke arah Cik
Vios kesayangannya. Mel
di tinggalkan terkontang-kanting sendirian.
“Woi!!! Sesedap
rasa aje kaki
kau berlingkar kat
situ, ya? Banyak
cantik muka kau.
Turun dari Cik Vios aku
sekarang juga!”
Husni tersentak.
Kehadiran Arish langsung
tidak di jangkanya
sama sekali.