Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
232,563
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 7
BAB 7

Kakinya asyik mundar-mandir. Medal Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) yang tergantung kemas dalam bingkai gambar di dinding bagaikan tiada ertinya lagi. Kealpaannya sendiri nyata memakan diri. Sudah terbayang di mindanya tajuk utama akhbar-akhbar di seluruh Malaysia.

‘Perompak yang sudah di berkas boleh terlepas dari genggaman.’

‘Kecuaian pihak polis punca perompak yang sudah di berkas terlepas begitu sahaja.’

Arghh!!! Buntu Arish di buatnya. Semalam yang indah sudah lama di tinggalkan. Hari depan yang kelam sudah mula menggamit. Jatuhlah reputasinya selaku anggota paling cemerlang di Jabatan Siasatan Jenayah ini. Maruahnya bakal tercemar gara-gara insiden yang langsung tidak di jangka sama sekali. Kotak perakam mindanya mula memutarkan adegan demi adegan yang telah berlaku beberapa jam yang lepas…

Mudah sahaja dia menyelinap masuk ke sini. Mata meligas ke kiri dan ke kanan. Tidak kelihatan kelibat sesiapa. Benar kata Togo tadi, hari Isnin tempat ini tutup. Matanya liar mencari sasaran. Galeri berbentuk perahu besar Melayu iaitu Pinis Globel yang menempatkan lebih seratus naskhah Melayu dari dalam dan luar negara terbentang di hadapan Robo. Kakinya pantas di jejakkan ke dalam lantai perahu yang kukuh terbina dari kayu mahoni. Pelbagai manuskrip berwarna coklat keemasan yang tersergam dalam beberapa kotak kaca segera menangkap di mata. Bibir dah ukir senyum lebar. Ya, kesemua manuskrip kesultanan melayu yang bernilai tinggi itu akhirnya jatuh juga dalam genggamannya!

Kotak kaca yang pertama di dekati. Tiada sebarang petanda ruangan dalam perahu mahupun kotak kaca ini menggunakan laser sebagai sistem kawalannya. Senyum Robo kian lebar. Kacang goreng aje ni. Semudah A, B, C!

Pena pemotong kaca dengan mata berlian industri bermutu tinggi sudah di tala ke hujung kotak kaca tersebut. Jemari Robo segera melarik. Terhasil bulatan berdiameter 10 cm di dinding kotak kaca. Dengan cermat cebisan kaca itu di tarik keluar. Pantas jemarinya menyambar manuskrip yang sudah lama di idam-idamkannya.

“Ya! Aku berjaya! Aku berjaya!”

“Berjaya di tangkap oleh akulah jawabnya!” pekik Arish yang tiba-tiba muncul di pintu masuk perahu tersebut. Dia menyerbu ke arah Robo namun Robo sempat mengelak.

“Jangan dekat, kalau tak aku koyak manuskrip ni!” acum Robo. Sebelah tangan sudah memegang helaian manuskrip tersebut.

“Jangan apa-apakan manuskrip tu! Tuan inspektor, tolong. Jangan sampai manuskrip tu rosak. Susah saya nanti,” seru Mazlan yang muncul di situ dengan Amat. Cuak sudah menerpa di wajah pembantu perpustakaan itu.

Robo senyum sinis. Dia tahu pasti Arish tidak berani mendekatinya. Namun Arish tidak mati akal.

“Hati-hati! Batu berlian dari manuskrip tu jatuh berterabur!”

“Mana? Mana berlian tu?”

Mata Robo dah menerawang ke lantai. Kesempatan ini di ambil oleh Arish untuk menerkam ke arahnya. Robo jatuh terhenyak ke lantai. Dia cuba bangkit namun pantas Arish dan Amat menerpa. Tangan Robo di kilas ke belakang dan terus di gari.

“Lepaskan aku! Kenapa aku kena tangkap pula ni? Apa salah aku?”

“Salah kau sebab kau terlalu bijak pilih hari pembaikpulihan manuskrip sebagai hari untuk kau merompak. Jawabnya kau jadi makanan akulah!” selar Arish sinis.

Robo tersentak. Cis!! Patutlah tiba-tiba muncul pihak polis kat sini. Kenapalah si Togo langsung tidak memaklumkan hal ini padanya? Geram datang bertalu-talu dalam hati. Bingai punya pembantu!

“Masuk! Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Dah macam tak ada kerja halal lain yang boleh kau buat!”

Herdikan Arish sekadar menyapa manja ke gegendang telinga Robo. Sengaja dia mengeraskan tubuhnya. Terkial-kial Arish yang bertubuh sederhana menolak tubuh sado Robo ke dalam kereta peronda polis. Kau tak kenal lagi siapa aku budak hingusan, getus Robo dalam hati.

Setelah berpeluh-peluh Arish menolak akhirnya Robo berjaya di sumbat ke dalam kereta peronda polis tersebut. Arish sendiri kemudiannya melabuhkan punggung di sebelah Robo dengan wajah kelat.

“Polis apa macam ni? Lembik macam batang pisang!” sinis Robo menyindir.

Berasap telinga Arish mendengarnya. “Kau jangan nak kurang ajar kat sini, ya? Kau tunggulah nasib kau dalam penjara nanti.”

“Kalaulah aku sempat ke sana. Takut-takut peguam aku dah siap sedia nak bebaskan aku dari pertuduhan bodoh kau ni. Ingat senang-senang ke nak dakwa aku? Ini Robolah, belum pernah lagi mana-mana penjara dalam dunia ni yang boleh mengikat aku,” acum Robo dengan nada bongkak.

“Dengan orang lain bolehlah kau cakap macam tu. Ini Inspektor Arishlah, pegawai paling cemerlang kat Jabatan Siasatan Jenayah tiga tahu berturut-turut. Sekali kau dah jatuh dalam tangan aku, tiada jalan keluar bagi kau, faham?”

Robo mencebik. “Yeke cemerlang? Cemerkap adalah aku tengok.”

Berubah air muka Arish. Memang dasar mulut longkang! Kalau di ikutkan panas hatinya, mahu juga hinggap sebiji penumbuk sulung ke wajah hodoh Robo itu.

Amat berpaling ke belakang. Ketawa kecil sudah meletus dari bibirnya. “Relakslah, bro. Takkan dengan suspek pun kau nak sentap kot?”

“Diamlah! Baik kau jalan cepat. Tak sabar aku nak sumbat malaun ni dalam lokap, nanti dengan kau sekali aku sumbat sama,” gerutu Arish geram.

Tawa Amat mati di pinggir bibir. Naya dia kalau Arish benar-benar maksudkan kata-katanya. Dari segi senioriti, memang Arish jauh lebih senior dan handal berbanding dirinya yang masih hijau dalam pasukan beruniform ini. Buatnya datang angin meroyan si Arish ni, tak pasal-pasal dia dapat menginap secara percuma dalam lokap nanti. Sudahnya kereta tersebut di pandu laju. Namun masih berada di bawah paras kelajuan yang di benarkan. Yelah, kalau anggota polis sendiri melanggar undang-undang, pasti kepercayaan masyarakat terhadap polis akan merudum jatuh. Integriti dan kaliber pasukan polis haruslah di jaga sebaiknya selagi pakaian seragam ini melekap di tubuh, ikrar Amat dalam hati.

Lampu isyarat di hadapan sudah bertukar merah. Robo mengerling tajam. Amat fokus dengan pemanduannya. Arish pula membuang pandang ke luar tingkap kereta dengan wajah keruh. Kelibat Togo tidak muncul-muncul. Lupakah dia? Robo menggetap bibir. Geram mula bersenandung di jiwa.

“Vromm!!! Vromm!!!”

Robo mencerun tajam ke luar tingkap kereta. Ya! Yang di nanti sudah tiba. Cuma peluang belum terjelma. Bunyi deringan telefon Arish yang melantun-lantun sejurus selepas itu terus sahaja menerbitkan segaris senyuman di bibir Robo. Tepat pada waktunya!

Previous: BAB 6
Next: BAB 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.