BAB 15Arish membelek-belek sudu
dan garpu itu
berkali-kali. Berkilat tapi
belum tentu lagi
bersih, omongnya dalam
hati. Kali ini
dah masuk tiga
kali sudu dan
garpu itu di
sentalnya dengan tisu.
Sampai naik jelak
Mel memandangnya.
“Tak nak
cuci sekali meja
dengan kerusi ni
ke?” sindir Mel.
Arish tarik
muka. “Amboi, tak
sayang mulut ke
apa ni? Saya cuma
nak pastikan segala
kuman dan bakteria
tak melekat kat
sudu ni. Kalau
saya sakit perut
nanti, siapa nak
bertanggungjawab? Awak?”
Mel senyum
sinis. “Apa susahnya.
Sebelum makan, bacalah
doa makan dulu.
Pasti kita akan
terhindar dari bahana
yang boleh memudaratkan.
Jangan sesekali lupa,
Allah kan ada.”
Arish terkesima.
Pedih hingga ke
dasar hati. Tahu
perbualan ini kian
tidak memihak padanya,
terus sahaja Arish
menyumbat Yee Mee
Sizzling yang masih
berasap-asap ke dalam
mulutnya. Kebetulan dia
juga memang tidak
makan apa-apa sejak
dari pagi tadi.
Sengaja dia
tidak mempelawa Mel. Arish yakin
dan pasti, Mel
pasti belum makan
sejak dari tadi
memandangkan berkali-kali gadis
itu meneguk air
liurnya.
“Sabar jelah!
Boleh tahan juga pelahapnya dia
ni. Dahlah langsung
tak pelawa aku
makan. Malanglah siapa
yang jadi awek
kau!” kutuk Mel
dalam hati.
“Eh, kenapa
awak tak makan
sama? Pergilah beli
makanan. Tak seronoklah
saya makan sorang-sorang. Nah, ambik
kad ni.”
Huluran di
sambut dengan tangan
yang longlai. Nak
beli apanya? Harga
Yee Mee Sizzling
tu pun dah RM 5.60.
Takkanlah dia nak
canangkan pada mamat
ni bahawasanya baki
kad ni tinggal
sepuluh sen sahaja?
Mahu seminggu dia
kena bahan nanti.
Mel berdalih.
“Err...takpelah kot. Tuan
makan ajelah. Saya
dah kenyang. Tadi
saya dah makan.”
Arish menahan
tawa dalam hati. Riak ala-ala
sendu di wajah
Mel cepat sahaja
tertangkap di matanya.
Nampak sangat minah
ni tak ada
duit. Dah terdesak
macam ni pun
ada hati nak menipu
lagi. Sengaja dia menambah gusar
di hati Mel.
“Oh, yeke.
Kalau macam tu
tolong belikan milo
ais untuk saya.
Kering pulak tekak
ni.”
Sudah! Macam
mana dia nak
beli milo ais
untuk mamat cencong
ni? Jangan cakap
milo ais, air
suam pun belum
tentu lagi boleh
dapat dengan baki
sepuluh sen dalam
kad itu.
Pucat yang
terlarik di wajah
Mel kian menggeletek
jiwa Arish. “Cepatlah!
Saya dah dahaga
ni. Takkanlah baki
dalam kad tu
dah habis pula,
kot? Tadi cakap
kat budak tu
macam banyak sangat
duit. Hah, dalam
dompet ni takkan
langsung takde duit?”
Selamba Arish menyambar dompet
Mel yang memang
terletak di atas
meja. Kosong. Kempis
tak berisi. “Lah,
betullah kosong! Kelmarin
kan baru gaji.
Takkanlah hari ni
dah licin semuanya?”
“Macam tak
biasa pulak tuan
ni. Biasalah, duit
gaji tu parking dalam
dompet saya ni
sehari aje lepas
tu duit-duit tu
semua pindah kat
bank, takaful insuran,
Tenaga Nasional, Telekom
Malaysia dan lain-lain
yang seangkatan dengannya,”
gumam Mel dengan
nada mendatar.
Tergeleng-geleng kepala
Arish. Dompet Mel
di selongkarnya sekali
lagi. “Biar betul!
Takkanlah sampai licin
semuanya?”
Dengan tidak
semena-mena sekeping gambar
berukuran pasport jatuh
berguguran ke atas
meja. Pantas Arish
menyambar gambar tersebut.
“Wow! Siapa
ni? Boleh tahan juga hensemnya.
Suami awak, ya? Hmm...Patutlah dia
cabut lari. Korang
memang tak sepadan.
Macam pinang di
belah lapan.”
Sadis lagi
sinis. Eei...geramnya! Serasanya
api kemarahan Mel
sudah meningkat lebih
dari 100 darjah
celcius. Tunggu masa
aje nak membuak-buak
keluar macam larva
kat Gunung Berapi
Krakatao tu. Namun
tiada gunanya dia
cari pasal dengan
mamat cengcong ni.
Karang tak pasal-pasal
dia tidur dalam
lokap pula. Habislah
segala rancangannya!
Mel bingkas
bangun. Dia merampas
semula dompet dan gambar itu
dari Arish. Tidak
kuasa dia berlama-lama
di situ. Hanya
menambahkan seribu kepedihan
dan sejuta keperitan
di jiwa. Mel
bingkas bangun. Tanpa
menoleh ke belakang
terus sahaja dia
melangkah pergi.
Terkocoh-kocoh Arish
menghabiskan sisa-sisa Yee
Mee yang masih
berbaki dalam mangkuk.
Kemudian dia mampir
ke kaunter kupon.
Niatnya ingin mengambil
semula baki yang
masih tinggal dalam
kad kupon tersebut.
Tapi buntang biji
matanya tatkala menerima
baki duit. Biar
betul? Banyak ni
aje?!
Sengaja Arish
bertempik kuat-kuat. “Mel!
Tak nak ambil
duit baki ke?
Ni hah ada sepuluh sen
lagi!!!”
Erk?! Sebuah
teriakan yang terperlus
di telinga terus
sahaja menyentak kaki
Mel. Rona merah
sudah mula melatari
wajah. Malunya dia
bukan kepalang. Kakinya
terus di hayun
laju-laju dari situ.
Kurang asam punya
mamat cengcong!