Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
234,338
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 9
BAB 9

Rumah papan sederhana besar itu kelihatan sunyi sepi bagaikan tidak berpenghuni. Mel tekadkan hati. Dengan sepenuh tenaga dia melaung sekuat hati.

“ASSALAMUALAIKUM!!!”

Bunyi berkeriut di pintu segera melegakan Mel. Itu petanda baik! Pasti ada orang di dalam. Pintu terkuak lebar. Wajah kusam Mak Cik Senah, ibu kepada Rizal segera menerpa ke ruangan mata.

“Waalaikumsalam. Err...mike...mike ke mari, Mel? Err...Rizal...Rizal takde kat sini,” gugup Mak Cik Senah menjawab.

Serentak Mel, TJ dan Lili membalas. “Dia pergi mana, makcik?”

Mak Cik Senah mengeluh. “Dia takde pula kabo apa-apa kat teman. Entah ke manaler dia meraban teben. Cuma ada ler dia tinggalkan sepucuk surat. Tunggu kejap teman pergi ambil, yer.”

Mak Cik Senah bingkas masuk ke dalam meninggalkan mereka bertiga termangu-mangu.

Mel senyum kambing. “Aik? Tak sangka betul. Rupanya minat si Rizal tu sama dengan aku. Suka tengok cerita Space Cop Gaban. Pastu tengok Gaban pakai spek mata Rayban. Kelas betul bakal laki aku ni.”

Dahi Mel di tunjal keras. “Banyaklah kau punya Gaban pakai spek mata Rayban! Mak Cik Senah cakap tadi, meraban teben. Maksudnya merayap tak tentu hala.”

Takjub Mel mendengarnya. “Wow! Sejak bila pula kau pandai cakap loghat Perak ni? Bukan kau ni orang Pahang ke?”

TJ menyengeh. “Biasalah. Aku kenalah belajar loghat negeri bakal suami aku…”

Opps!! TJ telan air liur. Kata-katanya mati. Macam mana pula dia boleh tersasul ni?

Mujur Mel langsung tidak mengesyaki apa-apa. “Oh, Mr R kau tu orang Perak juga rupanya? Samalah pula dengan si Rizal. Nanti time raya bolehlah kita balik kampung sama-sama.”

Peluh renik sudah menitik ke pelipis dahi. Gugup TJ menjawab. “Err…boleh..boleh aje. Takde masalah.”

“Korang berdua ni diam sikit boleh tak? Tekak aku ni dahlah kehausan tengahari rembang ni. Mak Cik Senah ni pun satu. Kot iya pun jemputlah kita masuk dulu. Tak pun hidangkanlah air kopi ke, biskut kering ke,” sungut Lili sambil mengelap-ngelap peluhnya yang dah mula turun berjuraian di dahi.

“Banyaklah kau punya kopi! Aku datang sini bukannya nak buat lawatan sambil belajar. Aku nak cari bakal laki tak jadi aku tu. Kalau kau nak kopi sangat, apa kata kau pergi aje kat Pak Hailam Kopitiam tu. Yang kau ikut aku tu buat apa?” gerutu Mel dengan wajah bengang.

“Janganlah marah, beb. Aku tanya aje. Tekak ni takdelah nak minum sangat pun. Kalau tak boleh takpelah,” balas Lili dengan nada mendatar. Nasiblah kawan baik, kalau tidak dah lama Lili angkat kaki.

Mak Cik Senah muncul semula di muka pintu dengan sepucuk surat di tangan. Terus sahaja di hulurkan surat tersebut pada Mel. Dengan rakus surat tersebut di sambar dan hujung sampul segera di koyakkan. Serangkap demi serangkap kata-kata yang tertera terus sahaja tertangkap di bebola mata Mel.

‘Assalamualaikum...

Semasa surat ini sampai ke tangan awak, mungkin saya dah tak ada di situ. Kaki ini pasti sudah melangkah jauh, jauh dari semua insan-insan tersayang dalam hidup ini. Bukan tak suka, tapi takut duka. Bukan tak sudi, tapi takut benci. Bukan tak cinta, tapi takut dusta.

Begini ajelah. Kalau cinta kita betul-betul kuat, ombak yang kuat membadai pun tidak bisa menghakis cinta yang bersemi dalam hati kita. Ingatlah walaupun kita berjauhan tapi kita tetap berdiri di atas bumi yang sama.

Salam sayang tulus ikhlas dari,

Rizal Rozali’

Apa ertinya semua ni? Mel bingung. Kerut di dahi Mel mengundang tanda tanya Lili dan TJ. Seribu persoalan mula berlegar-legar di fikiran masing-masing.

“Apa dia tulis dalam tu, Mel? Bagilah surat tu. Aku pun nak baca gak,” pinta Lili dengan riak kurang sabar. Tanpa sebarang bicara Mel menghulurkan surat tersebut. Berebut-rebut Lili dan TJ meregutnya sehinggakan lunyai surat tersebut di kerjakan oleh mereka. Kini kerut di dahi Mel hinggap pula di dahi TJ dan Lili. Masing-masing terkapai-kapai dan tenggelam dalam kiasan yang langsung tidak dapat di cerna dek minda.

“Apa si Rizal mengarut ni, beb? Jiwang karat jugak dia ni, kan? Ayat-ayat cinta tak hengat dunia tu,” tebak Lili sambil menggaru-garu kepala.

Serentak TJ dan Mel menggeleng-gelengkan kepala sambil berpaling ke arah Mak Cik Senah. Wajah selamba wanita berkulit hitam manis dan bertubuh kecil yang masih terpaku di muka pintu kian menerbitkan kehairanan di lubuk hati mereka. Macam ada udang di sebalik mee aje ni. Mereka bertiga terus sahaja mengerumuni Mak Cik Senah dengan wajah berang.

“Baik makcik bagitahu kami, apa sebenarnya rancangan makcik sekeluarga, hah? Mana makcik sembunyikan anak makcik? Baik makcik cakap sekarang sebelum kitorang report kat polis,” ugut Mel.

Mak Cik Senah menghela nafas panjang. “Janganlah rope tu, Mel. Tak payahler libatkan pihak polis. Cubaler kome pikior, takkanler teman nak mengajor anak teman perangai tak semenggah gitu? Yer, memang Rizal yang salah tapi teman harap kamu bagiler peluang pada kami sekeluarga untuk bincang dengan dia dulu. Teman sendiri pun tak tahu aper masalah dia.”

“Takkanlah makcik langsung tak tahu apa-apa? Nampak sangat tak logiknya. Makcik tak kesian ke kat Mel ni? Malu dia sekeluarga depan orang kampung, tau. Senag-senang aje makcik cakap macam tu. Jangan sampai dengan makcik pun kitorang seret pergi balai polis,” gerutu Lili dengan nada tidak puas hati.

Mak Cik Senah menunduk. Gerun dan gentar saling menjunam dalam hati. “Terpulanglah. Kalau kome rasa nak laporkan pada pihak polis, silakanlah. Tapi itu bukan jaminan anak teman akan balik semula ke sini. Teman pun tak pasti dia kat mana sekarang.”

Pantas TJ memintas. “Hah, saya tahu dia pergi mana. Mesti sekarang ni dia dalam perjalanan ke Johor Bharu. Kalau tak silap dia ada bagitahu aritu pasal dia nak habiskan research mengenai kesultanan melayu kat sana.”

Mel kerut dahi. Sejak bila pula si TJ ni jadi manusia yang tahu serba-serbi? Selalunya dialah yang paling lembab sekali kalau bab-bab jaga tepi kain orang. Pelik bin ajaib ni!

“Mana kau tahu Rizal nak ke sana, hah? Si Mel ni bakal isteri dia pun tak tahu menahu. Takkanlah kau skodeng mamat ni kot? Kau minat dengan dia, ya?” tebak Lili.

Gugup TJ membalas. “Eh, mana ada! Tempohari aku dengar Rizal dan Wak Karman bersembang kat warung kopi. Kebetulan pula aku lalu kat situ.”

Curiga yang mula bertandang segera di tepis. Alasan yang kedengaran dangkal di telinga namun tetap di pojok ke dalam hati. Mana mungkin TJ akan mengkhianatinya. Tidak sama sekali!

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.