Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
234,336
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 26
BAB 26

Toyota Wish 1.6 berwarna hitam meluncur laju membelah kegelapan malam. Kelajuan yang mencecah 180 kilometer/jam sudah cukup mengirai cuak di jiwa masing-masing.

Arish mengetap bibir. Geram kian bertali-tali. Berbaldi-baldi makian dalam hati. Tidak di sangka sama sekali Robo berjaya memperkotak-katikkan kewibawaannya selaku inspektor terkemuka di Malaysia. Selama ini sang penjahat langsung tidak berani menunjukkan wajah di hadapannya. Mendengar sahaja namanya, semuanya kecut perut. Kehandalannya bermain dengan senjata tidak dapat di sangkal lagi. Belum di kira lagi dengan pelbagai seni kemahiran diri seperti silat, taekwondo dan silambam yang utuh dalam diri.

Tapi dengan Robo langkahnya bagaikan terkunci. Dia jadi lemah. Semuanya gara-gara ugutan Robo terhadap Mel. Entah mengapa hatinya bagaikan di carik-carik tatkala muncung pistol tertala pada kepala PA nya itu. Jiwanya memberontak. Tidak!!! Nyawa Mel tidak harus berada dalam keadaan bahaya sebegitu. Dia rela menjadi hamba tebusan Robo. Namun setitis kesakitan pun tidak akan di benarkan menyentuh tubuh gadis itu, ikrarnya dalam hati.

Tiba-tiba Robo membelok secara mendadak di suatu selekoh yang agak tajam. Tubuh sasa Arish sama sekali tidak mampu bertahan. Tak pasal-pasal terhimpit tubuh kecil molek Mel.

Dup! Dap! Dup! Dap! Jantung Mel macam nak runtuh. Tidak pernah tubuhnya serapat ini dengan seorang lelaki. Hangatnya tubuh itu, suam meresap ke jiwa. Bergetar dada menahan gelora. Aish!! Tak boleh jadi ni. Mel meliang-liukkan tubuh. Isyarat supaya Arish meregangkan jarak di antara mereka. Tapi Arish sekadar pamer wajah selamba derk. Bukan makin jauh tapi makin rapat pula dia menyendeng ke tubuh Mel. Arghh!! Bengkek Mel di buatnya!

“Rasanya kat sebelah tuan tu banyak lagi ruang kosong, kan? Apa kata tuan injak sana sikit? Tak payahlah nak menyempit sebelah saya ni. Naik melekit badan saya ni, tau?” gerutu Mel geram.

“Patutlah bau busyuk masham,” spontan Arish menukas. Kemudian dia menginjak tubuhnya ke sebelah kiri semula.

Mel kerling tajam. Nanar jiwanya. Sakit hati betul bila dapat bos yang sengal macam ni. Mulut aje comel tapi bisanya bukan main!

Daud dan Masri yang duduk di kerusi belakang dah tersengih-sengih macam kerang busuk. “Tahulah ekau berduo ni baru lopaih nikah. Dah tak sabo nak bermesro-mesro eh?” seloroh Daud.

Serentak Mel dan Arish berteriak. “Nikah dengan dia ni? Aish tak naklah!”

“Eh? Ekau berduo ni bukak laki bini ko? Den ingat ekau berduo ni baru habis majlis nikah. Yolah siap pakai baju nikah semuo ni. Takkanlah tak jadi nikah kot?” tebak Masri. Dahinya dah kerut seribu.

“Memang hari ni hari nikah dia. Tapi nak buat macam mana, pengantin lelaki dah lari. Tapi kalau orang sebelah ni sudi, saya pun boleh aje jadi suami gantian dia,” sinis Arish menjawab.

Mel ketap bibir. Rona wajah dah merah padam. Geram menghimpit jiwa. Percubaan menggoda hati ke apa ni?

“Apo?! Ekau berduo belum nikah laie? Mano boleh macam ni? Boronti kereto den ni sekarang! Boronti den kato! Boronti!!!”

Robo terkejut. Kaki serta-merta membrek. Semua yang berada dalam kereta terdorong ke hadapan. Robo berpaling ke belakang. Mata dah terjegil macam burung hantu kelaparan.

“Kau ni dah kenapa? Terjerit-jerit malam buta ni? Pekak telinga aku ni, tau?” pekik Robo.

“Ekau turun jap! Den tak kiro, baik ekau turun sebelum den naik angin!” gesa Daud pada Togo. Tubuh Togo di tolak kasar dari belakang.

Togo terkulat-kulat. “Sakitlah! Kau ni dah kenapa? Kenapa pula kau nak suruh aku turun ni?”

“Sobabnyo diorang berduo ni bukan laki bini! Mano boleh duduk berduo-duoan macam ni! Sabdo Rasullulah, "Tidak boleh seseorang wanita itu bermusafir melainkan dio ditomani oleh mahramnya. Dan tidak boleh seseorang lolaki borduo-duoan bersamo porompuan kecuali porompuan tadi ditomani oleh mahramnya." Ini dah torang-torang diorang berduo tak ado apo-apo ikatan yang sah! Den tak nak ado maksiat dalam kereto den ni hah! Kalau kito buek bodoh ajo, kito pun samo tanggung dosa bersubahat. Ekau semuo nak tanggung ko? Den tak nak!”

Semua melongo. Langsung tak terjangka akan terkeluar penyataan sedemikian dari mulut Daud.

Togo dah garu kepala. “Habis tu nak buat macam mana ni, bos?”

Semua berpandangan. Bingung. Tergeleng-geleng kepala Robo melihat muka cekodok basi yang menempel di wajah masing-masing.

“Dah! Tak payah nak pening-pening! Togo, kau duduk tengah-tengah. Habis cerita! Lepas ni aku tak nak dengar apa-apa lagi, faham? Kalau tidak aku tembak sekor-sekor nanti!”

“Sekor? Ingat ayam ke apa? Suka-suka aje nak panggil orang macam tu,” sungut Mel perlahan. Tapi masih tepat tembus ke telinga Robo. Matanya dah kerling tajam.

“Eh, perempuan ni. Suka hati akulah nak panggil apa! Apa yang kau susah?” Arish dah singgul lengan Mel. Hasrat Mel nak menangkis kata-kata Robo terus terkubur.

Perjalanan di teruskan sebaik sahaja Togo dan Arish bertukar tempat. Kali ini sunyi merajai suasana. Sedikit sebanyak ugutan Robo terkesan di jiwa. Arish mengeluh. Sesak nafasnya memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Ke mana hala tuju pun langsung tidak di ketahui. Sudahnya kepala di panggung ke luar. Cuba mencerap setiap laluan yang di lalui. Toyota Wish itu laju menyusuri Jalan Bendahara. Setibanya di Jalan Laksamana kelibat Sungai Melaka di sebelah kanan kian jelas di mata dalam remang malam kesamaran. Tidak berapa lama selepas itu mereka tiba di hadapan Cheng Ho Cultural Museum. Tidak kelihatan kelibat sesiapa waima seekor unggas sekalipun.

“Togo! Pecahkan pintu masuk tu cepat!”

Erkk?! Arish terkedu. Tak pasal-pasal dia terbabit dengan rompakan pulak!

Previous: BAB 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.