Janji yang
terpatri itu jugalah
yang menjadi pembakar
azimat buat Enrique.
Misi Enrique hanya
satu, mencipta nama
sebagai pelayar tersohor
sebelum menyunting Miriam
menjadi jadi ratu
hatinya. Dek kerana
itu, Amanat Raja
Charles I, Raja
Sepanyol di sahut
penuh semangat. Perdagangan
rempah di Asia
Tenggara akan di
takluki dan di
monopoli. Itu azamnya.
Tampak tidak sukar
misi itu untuk
di gapai selagi
cakera alam berada
dalam genggamannya. Cakera
alam yang sakti
lagi hebat. Kompas
juga tidak dapat
menandingi keajaiabannya. Lima buah cakera
istimewa
yang terangkum bersama bukan sahaja
mampu memberikan petunjuk arah, malahan
juga maklumat bintang, tiupan angin, pasang surut air dan
pelbagai lagi.Lautan Atlantik
di redahi. Satu
demi satu benua
di jelajahi. Selat
Magellan di tempuhi.
Lautan Guam di
rentasi sehinggalah bahtera
mereka muncul di
perairan Kepulauan Pasifik.
Tidak berapa lama selepas itu
mereka akhirnya tiba
di Samar yang
terletak di Kepulauan
Filipina.
“Sepenuh kepercayaan
aku serahkan pada
kau. Terhapusnya pemberontak
di perkampungan Mactan,
kunci kebebasan akan
kau kecapi,” janji
Ferdinand. Jitu. Justeru
kudrat Enrique di
tagih padu.
Bagaikan pucuk
di cita ulam
mendatang buat Enrique.
Dia berjuang bermati-matian bersama-sama
enam puluh orang
anak kapal. Dengan
menggunakan peralatan moden
seperti senapang, meriam
dan senjata besi,
bala tentera Lapu-Lapu
yang berjumlah 1,500
orang berjaya di
tumpaskan. Namun gundah
di jiwa melanda
Enrique apabila Ferdinand
telah gugur menyembah
bumi akibat terkena
panah beracun.
Sebagaimana gugurnya
Ferdinand ke bumi,
begitu juga gugurnya
janji Ferdinand pada
Enrique. Duarte Barbosa
yang di lantik
untuk menggantikan Ferdinand
mula menunjukkan taring
sebenarnya.
“Jangan harap
aku akan lepaskan
kau, budak hitam!
Selamanya kau tetap
akan berada di
bawah kekuasaanku!” seru
Duarte Barbosa dengan
nada bongkak dalam
satu majlis makan
malam yang di
anjurkan oleh Raja
Humabon sempena kejayaan
menewaskan Lapu-Lapu dan
konco-konconya.
Enrique hanya
mampu tersenyum tawar.
Gelodak yang membara
dalam hati di
cempung padat-padat dalam
diri. Hidangan yang
menyelerakan yang terhidang
di atas meja
langsung tidak berupaya
menjentik selera Enrique.
Setitis air pun
tidak di jamahnya
tatkala itu. Hanya
Duarte Barbosa dan
anak-anak kapal yang
lain makan dengan
lahapnya.
Apabila Duarte
Barbosa dan anak-anak
kapal yang lain
mula gugur satu
persatu akibat serangan
dari pengikut-pengikut Raja
Humabon, barulah segaris
senyuman mula hadir
menyapa di bibir
Enrique. Ya, mungkin
dia hanya anak
Melayu yang bodoh,
kolot dan tiada
apa-apa keistimewaan di
mata mereka. Namun
akal panjangnya telah
membetikkan idea untuk
bergabung dengan Raja Humabon demi
menghancurkan impian Duarte
Barbosa untuk menakluki
kepulauan Filipina.
“Selamat tinggal
Duarte Barbosa! Selamat
tinggal dunia pelayaran!
Aku tidak akan
kembali ke bumi
Portugis lagi.”
1521. Barrameda,
Sepanyol.
Tidak!!! Miriam
terjaga dari lena
yang panjang. Peluh
dingin mula berjuraian
di pelipis dahi.
“Enrique sayang! Tolong
jangan tinggalkan Miriam
keseorangan. Miriam sayangkan
kamu. Sungguh!”
Pintu bilik
Miriam terkuak lebar.
Fetty sudah terpacul
di muka pintu
dengan wajah kehairanan.
“What happen
to you, dear?”
Miriam mengeluh.
“I
don’t know. This
is not me.
Seriously. But seems
like I’m having
nightmare, once again.”
“Pity
you, my dear.
But I’m here
to make all
your nightmares gone.
They’re already here!”
Miriam melompat
turun dari katil.
“Are you
sure? Oh my
god! My Enrique!
Finally you’ll come
back for me!”
Miriam tangkas
mempersiapkan diri. Sesudah
mandi gaun putih
dengan skirt lebar
berlapis-lapis segera di
sarungkan ke tubuh
lampai. Tampak cantik
dan berwarna-warni! Kebiasaannya
pakaian tradisi ini
hanya di kenakan
Miriam tatkala dia
menari Tarian Brayo
di pesta keramaian
ataupun pada hari-hari
istimewa dalam hidupnya.
Dan hari istimewa
itu menjelang jua
hari ini.
Enrique! Enrique!
Nama itu bersenandung
indah dalam hati.
Rindu dendamnya pada
pemuda berkulit hitam
manis itu bakal
terubat. Setelah lima
tahun lamanya terpisah
kini mereka bakal
ketemu semula. Langkah
kakinya di percepatkan.
Tidak sabar rasanya
dia menjejakkan kaki
ke pelabuhan Sanlucar.
Dari kejauhan
kelihatan pesta besar-besaran
sedang di adakan
bagi menyambut kejayaan
Kapten Juan Sebastian
Elcano dan 17
anak kapal yang
selamat dan berjaya
berlayar pulang semula
ke Sepanyol. Miriam
amat berharap kelibat
Ferdinand, abangnya dan
sudah tentu sekali
kekasih hatinya Enrique
akan muncul di
situ.
Namun hampa
bertamu di hati.
Kelibat mereka berdua
langsung tidak kelihatan
di mana-mana. Putus
asa tidak pernah
wujud dalam kalendar
hidupnya. Pantas Miriam
mampir ke kapal
Victoria. Baru sahaja
dia mahu meniti
setapak demi setapak
anak tangga apabila
lengannya terasa di
regut dengan kasar
dari belakang. Kapten
Juan Sebastian Elcano!
“If
all princesses in
the world come
into my life,
definitely I’ll still
choose you.”
“And
if you were
the last men
in this world,
I’ll rather die
instead having you
into my heart.”
Sinis lagi
sadis. Namun rasa
cinta tidak bisa
di paksa dan
di mengerti. Walaupun
sudah beribu kali
lafaz cinta terungkap
dari bibir Kapten
Juan Sebastian Elcano
buat Miriam namun
cinta Miriam hanya
kekal milik Enrique.
Hanya untuk dia!
“Than
you should! For
you info young
lady, your brother
had been killed!
And you beloved
sweetheart disappeared without
any trail. So
what do yo
gonna do with
your life then?
Tell me!”
Miriam terjelepuk
jatuh. Lemah tubuhnya.
Longlai kakinya. Jantungnya
terasa berhenti berdegup.
“Enrique! Sampai hatimu,
Enrique. Sampai hatimu!”
Air mata
mula bergenangan di
tubir mata. Sedih,
pilu menghempas jiwa. Sungguh Masri
tidak menyangka, agungnya
cinta yang terbina
di antara Panglima
Awang dan Miriam
suatu ketika dahulu.
“Sapu air
matamu, saudara. Kesedihan
sudah lama berlalu.
Kini masa depan
yang gemilang menanti
kita. Bersatulah denganku,
wahai saudara-saudaraku!”
Serentak Masri
dan Daud berpaling.
Robo muncul di
muka pintu dengan
wajah ketat.