“Dah! Apa
yang terkedek-kedek lagi
kat situ? Cepatlah
jalan. Walid dan
mami dah lama
tunggu tu. Nanti
terlepas flight pula diorang
sebab kelembapan awak,”
gerutu Arish lagi.
Hangat hatinya dengan
karenah Qisya. Sudahlah
dia sendiri terkejar-kejar dari
pejabat tadi, boleh
pula minah ni
mengada-ngada nak pergi
sama-sama dengannya. Alasan
dah lah dangkal.
Kereta rosak konon!
Ikutkan hati memang
tak ingin di
penuhinya permintaan tak
masuk akal Qisya
namun pesanan atau
boleh di katakan
arahan yang di
terimanya dari Tuan
Kommisioner menjebakkannya dalam
situasi ini.Pantas Qisya
membontoti Arish dari
belakang. Hatinya sebal
dengan tingkah kasar
Arish. Langsung tak
romantik! Lambat sikit
pun nak mengamuk
sakan, rungutnya dalam
hati.
Borhan yang
terlihat kelibat Arish
dan Qisya terus
sahaja melaung-laung sambil
menggamit mereka. “Arish!
Kitorang kat sinilah!”
Laju Arish
menala kaki ke
arah Walid Aziz,
Mami Zai dan
Borhan. Kesal terus
menghinggap tatkala melihat
hanya kelibat mereka
bertiga yang ada
di situ.
“Aik? Mana
pergi semua orang?
Takkanlah kita aje
yang hantar walid
dan mami kat
sini?”
Borhan dah
ukir senyum simpul.
“Kita ajelah, Arish.
Takkanlah kita nak
panggil satu Kuala
Lumpur turun kot?”
“Eh! Kalau
boleh saya nak suruh satu
Malaysia turun beramai-ramai
kat sini. Barulah
gempak sikit, kan?”
sinis Arish menukas.
Senyum di bibir
Borhan sudah berganti
dengan muncung cemberut.
“Arish! Janganlah
marah kat Borhan.
Bukan salah dia.
Salah walid sebenarnya.
Sengaja walid dan
mami tak jemput
sesiapa pun untuk
hantar walid dan
mami kat sini.
Walid dan umi
tak nak menyusahkan
sesiapa,” jelas Walid
Aziz. Arish termalu
sendiri. Tidak patut
dia menempelak Borhan
tanpa usul periksa.
“Sori ya,
Bor. Aku…aku tak
marah kau sebenarnya.
Aku cuma tengah
panas hati dengan
minah nilah. Lembab
macam kura-kura!” juih
Arish pada Qisya.
Kelat melatari wajah.
Bencinya berapi-api pada
Qisya.
Wajah suram
Qisya terkilas dek
pandangan Mami Zai.
Terus sahaja Mami
Zai menghampiri Qisya.
Tubuh kecil itu
terus di rangkul
erat. Bibir mula
berbisik sesuatu di
telinga Qisya.
“Sabar ya,
Qisya. Arish memang
macam tu. Dia
memang tak suka
menunggu kecualilah kalau
dia yang lambat.
Tapi hatinya baik.”
Rangkulan Mami
Zai di rungkaikan.
“Takpelah, mami. Qisya
faham. Qisya tak
kecil hati pun,”
balas Qisya dengan
nada suara sehabis
baik. Bibir sekadar
ukir senyum sinis.
Figura selaku bakal
isteri Arish harus
di jaga dengan
baik terutamanya di
hadapan Walid Aziz
dan Mami Zai.
“Biasalah tu,
Arish. Orang perempuan
kalau bersiap, memanglah
lambat. Dulu mami
kamu ni pun,
kalau nak keluar
dating dengan
walid, koman –koman satu
jam tu cuma
untuk acara makeup dia
aje,” seloroh Walid
Aziz. Harapannya suasana
yang panas akan reda semula.
Namun bunga-bunga
ketegangan tampak kian
menjalar di hati
Arish. “Tak payah
nak bela dialah,
walid. Manusia yang
tak berdisplin macam
dia ni memang
takkan dapat capai
apa-apa dalam hidup.
Memang dasar loser!”
Menyirap darah
Qisya. Namun sedaya-upaya
tahap kemarahannya cuba
di kekalkan di
bawah paras ‘0’.
Senyum di bibir
dah kelat bak
cuka epal.
Tergeleng-geleng kepala
Walid Aziz. “Tak
baik kamu cakap
macam tu dengan
Qisya, Arish. Dia
sudi datang ke
mari pun walid
dan mami dah
berbesar hati. Macam
ni ajelah, Arish.
Walid rasa lepas
walid dan mami
selesai mengerjakan umrah
nanti, kita langsungkan
majlis pertunangan antara
kalian berdua. Macam
mana Arish? Setuju
tak?”
Kelat di
bibir Qisya dah
bertukar semanis madu.
Akhirnya! Inilah detik-setik
yang sekian lama
di tunggu. Penantiannya
bakal membuahkan hasil.
Arish dah
kerut dahi. “Apa??
Walid bergurau aje,
kan?”
“Tak. Walid
tak bergurau. Kali
ni walid serius.
Sampai bila hidup
kamu nak terumbang-ambing macam
ni, Arish? Umur
makin meningkat. Kawan-kawan
sebaya kamu semuanya
dan beranak-pinak. Apa
lagi yang kamu
nak tunggu?”
Arish mendengus.
“Walid ingat, nak
kahwin ni semudah
memilih ikan kat
pasar ke? Walid
kan tahu selagi
Arish tak jumpa
dengan wanita yang
paling sempurna dalam
serba-serbi, jangan haraplah
Arish akan kahwin.”
“Tapi bukan
Qisya ni calon
terbaik yang sudah
kamu saring dan
tapis ke? Kenapa
pula kamu tak
nak terima dia?”
Arish tersentak.
“Siapa yang cakap
Qisya ni calon
terbaik untuk saya?”
“Siapa lagi,
PA kamulah yang
bagitahu kat mami
tempohari,” sampuk Mami
Zai sambil tersenyum
simpul.
Cis! Hati
Arish di garu
kegeraman. Marahnya bertalu-talu
hinggap pada Mel
pula. Bertuah punya
PA. Memang dasar
mulut tempayan!
“Haish!! Memandai
aje si Mel
ni! Yang pasti statement tadi
tu bukan keluar
dari mulut saya
jadi statement tu tak
boleh di guna pakai. Tak valid!”
Walid Aziz
dan Mami Zai
saling berpandangan. Arish
dah mula pamer
sikap keras kepalanya.
Nampaknya dah tiba masa untuk pamer kuasa
veto mereka pula.
“Baik! Statement
tu tak valid, kan?
Sekarang ni biar
walid yang keluarkan
statement yang valid
lagi sahih. Walid
dan mami akan
bagi masa selama
dua minggu ni
untuk kamu fikir
masak-masak. Sebaik sahaja
walid dan mami
sampai ke Malaysia
dua minggu lagi,
kami nak dengar
nama calon isteri
kamu. Kalau dalam
dua minggu ni
kamu tak berupaya
nak fikirkan sebarang
nama, secara rasminya
itu bererti kamu
gagal menunaikan hasrat
walid dan mami.
Dan sebagai hukuman,
walid dan mami
yang akan pilihkan
calon isteri untuk
kamu. Samada kamu
suka atau tidak,
kamu kena terima
pilihan kami.”
Arish tercengang.
Mulut dah melopong
lebar. “Mana boleh
macam ni, walid?
Mami, tengoklah walid
ni. Mana boleh
walid buat macam
ni dengan Arish...”
“Terima ajelah,
Arish. Kami cuma
mahukan yang terbaik
untuk kamu. Kalau
kamu tak nak
kahwin dengan calon
pilihan kami, cepat-cepatlah cari sendiri calon
isteri kamu.”
“Tapi mami...”
Pantas Walid
Aziz memintas. “Takde
tapi-tapi lagi. Cari
calon isteri dalam
masa dua minggu
atau terima calon
pilihan kami. Titik.
Muktamad.”
Arish terkedu.
Parah, memang parah!
Angin monsun jenis
apa yang melanda
walid dan uminya
ni?
“PERHATIAN! DI MINTA SEMUA
PARA PENUMPANG PESAWAT MH 0758 UNTUK MELAPOR DIRI KE BALAI PERLEPASAN DENGAN
SEGERA. TERIMA KASIH.”
Walid Aziz
menepuk-nepuk bahu Arish.
“Oklah. Walid dan
mami pergi dulu.
Tapi ingat, ya? Dua minggu
walid bagi masa
kat kamu. Jangan
sia-siakan peluang ni.
Walid dan mami
tunggu keputusan kamu.”
Arish terjeda.
Fikirannya buntu sebuntu-buntunya.