Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
232,298
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 5
BAB 5

Pertembungan di pintu pagar surau Kampung Delima tidak mungkin terhakis di fikiran Rizal. Pertemuan kali pertama sememangnya selalu mengasyikkan dan bisa sahaja membuatkan jiwa galau. Seraut wajah itu mungkin tidak sejelita aktres Rozita Che Wan, namun sepasang mata yang coklat kebiru-biruan terus sahaja menangkap relau hatinya. Sebiji macam minah saleh! Cuma yang ini versi minah saleh tidak berapa nak putih.

“Agaknya moyang dia dulu mat saleh kot. Tapi mat saleh kahwin dengan melayu gamaknya. Sebab tu kulit pun ala-ala bulan gerhana aje,” tebak Rizal dalam hati.

Bergetar dada Mel tatkala sepasang mata indah Rizal tidak putus-putus merenungnya.

“Awak ni Mel, kan? Saya Rizal, anak Imam Rozali merangkap bakal suami awak.”

Erkk! Mel terkedu. Belum apa-apa lagi dah berani isytiharkan diri sebagai bakal suami? Poyo juga mamat ni!

“Oh, yeke? Saya tak tahu-menahu pun. Ke awak ni dah salah orang agaknya?”

Kerutan sudah menghinggap ke dahi Rizal. “Eh, rasanya saya tak salah orang. Dengan penuh keyakinan dan rasa jitu, saya pasti awak memang bakal isteri saya sebab mak saya dah tunjuk gambar awak pada saya sebelum ni.”

Mel tersenyum sinis. “Yelah, Encik Rizal. Betullah tu. Tapi sebelum kita di ijabkabulkan, saya ada satu soalan untuk awak. Saya harap awak akan jawab dengan jujur.”

Kerut di dahi Rizal bertambah tebal. “Soalan? Soalan apa pula ni? Serius aje bunyinya.”

“Saya cuma nak tahu, pada pandangan awak, apakah peranan seorang isteri di sisi suaminya dalam sesebuah perkahwinan?”

Senyuman bersulam bongkak terus sahaja menerpa ke raut wajah Rizal. “Dah tentulah isteri kena layan suami baik-baik. Jaga makan minum suami, manjakan suami dan menurut segala perintah suami. Yang pasti isteri kena layan suami bagaikan seorang putera raja.”

“Oh, maknanya dalam sesebuah perkahwinan sang suami tu seumpama putera rajalah ya. Habis tu apa pula watak sang isteri? Gundik? Tak pun dayang?”
sinis Mel menukas.

DUSH!! Berdesing telinga Rizal. Raut wajahnya sudah bertukar ke rona merah padam. “Err…Saya tak bermaksud macam tu. Awak jangan salah faham pula. Sebenarnya awak beruntung dapat bersuamikan lelaki macam saya yang romantik, caring dan understanding. Pendek kata, sayalah lelaki edisi terhad di abad ini.”

Usaha Rizal untuk membela diri ternyata gagal menjentik kepercayaan Mel. Hanya lorotan mata tajam Mel tunak ke wajah Rizal.

Whateverlah Encik Rizal bin Imam Rozali. Saya doakan impian Encik Rizal untuk jadi lelaki edisi terhad tu akan berjaya. Sekarang ni izinkan saya beransur dulu sebelum saya berubah jadi wanita edisi ganas pulak kat sini.”

Sinis. Tapi tepat menusuk ke pelipis hati. Rizal bungkam. Sudahnya langkah kaki Mel hanya mampu di soroti dengan lemah.

“Kau berhak dapat yang lebih baik dari tu!”

Rizal berpaling. Kelibat seorang wanita separuh umur bertubuh gempal segera mengisi ruangan mata.

“Makcik ni siapa?” tebak Rizal kasar.

Mak Cik Pah tersenyum. Tersirat sesuatu dalam kilas senyumnya. “Jangan marah-marah, nak. Mungkin anak tak kenal makcik tapi sebagai seorang manusia yang prihatin, makcik tak sampai hati tengok anak terpedaya.”

“Apa maksud makcik ni? Tak payah nak berbunga-bunga sangatlah! Cuba makcik terus-terang dengan saya.”

Senyuman Mak Cik Pah makin melebar. Nampaknya Rizal kian terjebak dalam permainannya. “Makcik harap kamu tak salah anggap. Niat makcik baik. Tujuan makcik ikhlas. Makcik cuma tak nak kamu di tipu hidup-hidup.”

Rizal kian bingung. “Saya tak fahamlah! Kalau ini sekadar percubaan makcik untuk main-mainkan saya, nampaknya makcik dah gagal!”

“Sabar…Makcik akan bagitau kamu tapi makcik harap kamu takkan terperanjat pulak nanti. Sebelum kamu teruskan rancangan kamu nak menikah dengan si Mel tu, ada baiknya kamu fikir masak-masak dulu.”

“Kenapa pulak makcik cakap macam ni? Makcik kenal ke dengan si Mel tu? Dia ada buat salah dengan makcik ke?” bertubi-tubi Rizal menebak.

Terkuak lagi senyuman di bibir Mak Cik Pah. “Lebih dari kenal. Tu sebab makcik kena cakap dengan kamu juga. Makcik tak nak kamu pulak terkena nanti.”

“Terkena? Aish makin saspen pulak cerita makcik ni. Cakaplah cepat. Apa yang tak kena dengan bakal isteri saya tu?”

Bala tentera syaitan dan iblis kian galak menitip tinta dusta ke corong telinga Mak Cik Pah. “Dia tu dah terkena sumpahan, tau tak? Semua lelaki-lelaki yang pernah mendekati dia akan di rundung malang. Kamu ni lelaki ketiga yang bakal berkahwin dengan dia. Jangan nasib kau malang macam Johari sudah. Seminggu sebelum di ijabkabulkan, ajal terlebih dahulu menjemputnya pergi. Kalau tak silap itu calon pengantin lelaki pertama si Mel tu.”

“Hah?! Betul ke ni?”

Ketat-ketat Mak Cik Pah menahan picing tawanya dari meletus keluar melihatkan wajah cuak Rizal. “Betul. Buat apa makcik nak tipu. Satu kampung dah tahu pasal badi yang melekat kat budak Mel tu. Tu yang makcik terperanjat beruk bila dengar kamu nak kahwin dengan dia.”

Rizal terpana. Jiwanya sentap. Nalurinya bergolak. Tegarkah hatinya menerima wanita yang malang nasibnya seperti yang di katakan oleh Mak Cik Pah? Dia buntu seketika.

“Makcik tak nak paksa kamu. Yelah, rupa sikit punya hensem macam kamu ni takkanlah nak pilih perempuan pembawa malang macam tu. Samada kamu nak terima perempuan macam ni dalam hidup kamu atau tidak, hanya kamu sahaja yang mampu jawab persoalan ini,” tokok Mak Cik Pah lagi.

Rizal terkiam membatu. Hatinya mula ragu-ragu. Impiannya tampak kian memudar. Perkhabaran ini bagaikan bala buat dirinya.

Namun sebaliknya wajah mendung Rizal itu bagaikan rahmat bagi Mak Cik Pah. Hatinya puas. Jiwanya bebas. Dia amat pasti. Kali ini pelamin angan budak senget itu bakal musnah sebelum sempat ianya didirikan.

“Kamu fikirlah baik-baik apa yang makcik cakap tadi, ya. Makcik harap kamu akan buat keputusan yang tepat dalam hidup kamu.”

Derapan langkah Mak Cik Pah hanya di biarkan berlalu pergi. Rizal mendengus. Syak wasangka yang mula meligas dalam fikiran harus di hentikan segera.

Dia mengeluh buat kesekian kalinya. Dia tidak ingin jadi anak derhaka seperti si Tanggang. Namun tidak sanggup pula dia memperisterikan seorang perempuan stok malang tak berbau macam Mel. Jatuhlah standardnya selaku bekas playboy di Universiti Yarmouk, Jordan suatu ketika dahulu. Arghh! Tinta mindanya kian berdetak. Keputusan hatinya harus di putuskan secepat mungkin.

Previous: BAB 4
Next: BAB 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.