Home Novel Komedi/Romantik Komedi SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
SAYANG AWAK, TUAN INSPEKTOR (PA MAMAT CENGCONG)
Julia Basri hassan basri
15/5/2015 23:43:43
234,349
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 4
BAB 4
“Dah! Apa yang terkedek-kedek lagi kat situ? Cepatlah jalan. Walid dan mami dah lama tunggu tu. Nanti terlepas flight pula diorang sebab kelembapan awak,” gerutu Arish lagi. Hangat hatinya dengan karenah Qisya. Sudahlah dia sendiri terkejar-kejar dari pejabat tadi, boleh pula minah ni mengada-ngada nak pergi sama-sama dengannya. Alasan dah lah dangkal. Kereta rosak konon! Ikutkan hati memang tak ingin di penuhinya permintaan tak masuk akal Qisya namun pesanan atau boleh di katakan arahan yang di terimanya dari Tuan Kommisioner menjebakkannya dalam situasi ini.

Pantas Qisya membontoti Arish dari belakang. Hatinya sebal dengan tingkah kasar Arish. Langsung tak romantik! Lambat sikit pun nak mengamuk sakan, rungutnya dalam hati.

Borhan yang terlihat kelibat Arish dan Qisya terus sahaja melaung-laung sambil menggamit mereka. “Arish! Kitorang kat sinilah!”

Laju Arish menala kaki ke arah Walid Aziz, Mami Zai dan Borhan. Kesal terus menghinggap tatkala melihat hanya kelibat mereka bertiga yang ada di situ.

“Aik? Mana pergi semua orang? Takkanlah kita aje yang hantar walid dan mami kat sini?”

Borhan dah ukir senyum simpul. “Kita ajelah, Arish. Takkanlah kita nak panggil satu Kuala Lumpur turun kot?”

“Eh! Kalau boleh saya nak suruh satu Malaysia turun beramai-ramai kat sini. Barulah gempak sikit, kan?” sinis Arish menukas. Senyum di bibir Borhan sudah berganti dengan muncung cemberut.

“Arish! Janganlah marah kat Borhan. Bukan salah dia. Salah walid sebenarnya. Sengaja walid dan mami tak jemput sesiapa pun untuk hantar walid dan mami kat sini. Walid dan umi tak nak menyusahkan sesiapa,” jelas Walid Aziz. Arish termalu sendiri. Tidak patut dia menempelak Borhan tanpa usul periksa.

“Sori ya, Bor. Aku…aku tak marah kau sebenarnya. Aku cuma tengah panas hati dengan minah nilah. Lembab macam kura-kura!” juih Arish pada Qisya. Kelat melatari wajah. Bencinya berapi-api pada Qisya.

Wajah suram Qisya terkilas dek pandangan Mami Zai. Terus sahaja Mami Zai menghampiri Qisya. Tubuh kecil itu terus di rangkul erat. Bibir mula berbisik sesuatu di telinga Qisya.

“Sabar ya, Qisya. Arish memang macam tu. Dia memang tak suka menunggu kecualilah kalau dia yang lambat. Tapi hatinya baik.”

Rangkulan Mami Zai di rungkaikan. “Takpelah, mami. Qisya faham. Qisya tak kecil hati pun,” balas Qisya dengan nada suara sehabis baik. Bibir sekadar ukir senyum sinis. Figura selaku bakal isteri Arish harus di jaga dengan baik terutamanya di hadapan Walid Aziz dan Mami Zai.

“Biasalah tu, Arish. Orang perempuan kalau bersiap, memanglah lambat. Dulu mami kamu ni pun, kalau nak keluar dating dengan walid, koman –koman satu jam tu cuma untuk acara makeup dia aje,” seloroh Walid Aziz. Harapannya suasana yang panas akan reda semula.

Namun bunga-bunga ketegangan tampak kian menjalar di hati Arish. “Tak payah nak bela dialah, walid. Manusia yang tak berdisplin macam dia ni memang takkan dapat capai apa-apa dalam hidup. Memang dasar loser!”

Menyirap darah Qisya. Namun sedaya-upaya tahap kemarahannya cuba di kekalkan di bawah paras ‘0’. Senyum di bibir dah kelat bak cuka epal.

Tergeleng-geleng kepala Walid Aziz. “Tak baik kamu cakap macam tu dengan Qisya, Arish. Dia sudi datang ke mari pun walid dan mami dah berbesar hati. Macam ni ajelah, Arish. Walid rasa lepas walid dan mami selesai mengerjakan umrah nanti, kita langsungkan majlis pertunangan antara kalian berdua. Macam mana Arish? Setuju tak?”

Kelat di bibir Qisya dah bertukar semanis madu. Akhirnya! Inilah detik-setik yang sekian lama di tunggu. Penantiannya bakal membuahkan hasil.

Arish dah kerut dahi. “Apa?? Walid bergurau aje, kan?”

“Tak. Walid tak bergurau. Kali ni walid serius. Sampai bila hidup kamu nak terumbang-ambing macam ni, Arish? Umur makin meningkat. Kawan-kawan sebaya kamu semuanya dan beranak-pinak. Apa lagi yang kamu nak tunggu?”

Arish mendengus. “Walid ingat, nak kahwin ni semudah memilih ikan kat pasar ke? Walid kan tahu selagi Arish tak jumpa dengan wanita yang paling sempurna dalam serba-serbi, jangan haraplah Arish akan kahwin.”

“Tapi bukan Qisya ni calon terbaik yang sudah kamu saring dan tapis ke? Kenapa pula kamu tak nak terima dia?”

Arish tersentak. “Siapa yang cakap Qisya ni calon terbaik untuk saya?”

“Siapa lagi, PA kamulah yang bagitahu kat mami tempohari,” sampuk Mami Zai sambil tersenyum simpul.

Cis! Hati Arish di garu kegeraman. Marahnya bertalu-talu hinggap pada Mel pula. Bertuah punya PA. Memang dasar mulut tempayan!

“Haish!! Memandai aje si Mel ni! Yang pasti statement tadi tu bukan keluar dari mulut saya jadi statement tu tak boleh di guna pakai. Tak valid!”

Walid Aziz dan Mami Zai saling berpandangan. Arish dah mula pamer sikap keras kepalanya. Nampaknya dah tiba masa untuk pamer kuasa veto mereka pula.

“Baik! Statement tu tak valid, kan? Sekarang ni biar walid yang keluarkan statement yang valid lagi sahih. Walid dan mami akan bagi masa selama dua minggu ni untuk kamu fikir masak-masak. Sebaik sahaja walid dan mami sampai ke Malaysia dua minggu lagi, kami nak dengar nama calon isteri kamu. Kalau dalam dua minggu ni kamu tak berupaya nak fikirkan sebarang nama, secara rasminya itu bererti kamu gagal menunaikan hasrat walid dan mami. Dan sebagai hukuman, walid dan mami yang akan pilihkan calon isteri untuk kamu. Samada kamu suka atau tidak, kamu kena terima pilihan kami.”

Arish tercengang. Mulut dah melopong lebar. “Mana boleh macam ni, walid? Mami, tengoklah walid ni. Mana boleh walid buat macam ni dengan Arish...”

“Terima ajelah, Arish. Kami cuma mahukan yang terbaik untuk kamu. Kalau kamu tak nak kahwin dengan calon pilihan kami, cepat-cepatlah cari sendiri calon isteri kamu.”

“Tapi mami...”

Pantas Walid Aziz memintas. “Takde tapi-tapi lagi. Cari calon isteri dalam masa dua minggu atau terima calon pilihan kami. Titik. Muktamad.”

Arish terkedu. Parah, memang parah! Angin monsun jenis apa yang melanda walid dan uminya ni?

“PERHATIAN! DI MINTA SEMUA PARA PENUMPANG PESAWAT MH 0758 UNTUK MELAPOR DIRI KE BALAI PERLEPASAN DENGAN SEGERA. TERIMA KASIH.”

Walid Aziz menepuk-nepuk bahu Arish. “Oklah. Walid dan mami pergi dulu. Tapi ingat, ya? Dua minggu walid bagi masa kat kamu. Jangan sia-siakan peluang ni. Walid dan mami tunggu keputusan kamu.”

Arish terjeda. Fikirannya buntu sebuntu-buntunya.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.