Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 18

ILHAM KHALIDA – BAB 18

Grupp, bunyi jatuh itu mengegarkan bilik kecil Khalida. Harap-harap semua dah tertidur.

“Lida!” panggil Ilham yang cuba bangun dari ruang kecil antara katil dan dinding. Tersepit!

“He he he.,” kau kena tengok latar belakang aku. Semua adik-adik aku lelaki. Jadi aku banyak berkawan dengan dunia lelaki sejak dari kecil lagi. Memang aku jenis perempuan lasak. Nasib kau, Ilham.

“Perangai mengalah kan lelaki!” rungut Ilham. Khalida tidak menolong Ilham untuk bangun dari situ. Bangun lah sendiri.

Pagi ini kami balik berasingan. Ilham pulang bersendirian, dan dia dan Emma pulang terlebih dahulu dari Ilham, kerana dia mahu mencari telefonnya yang dibuang oleh Ilham. Tiba di tempat kejadian, telefon tiada. Lamanya juga dia mencari tetapi tidak jumpa.

“sayang juga kau dekat handset tu,”

“Ada macam-macam lah!”

“Orang dah ambil aku rasa”

“Hmm, kena beli lain lah!” balas Khalida.

Sampai di rumah sudah lewat sangat. Sebab dia orang berdua berhenti banyak tempat. Seperti biasa lah. Nampak buah, berhenti. Nampak pokok bunga, berhenti beli. Berhenti makan dan bersolat lagi. Jadi, dia orang sampai dalam pukul 8.00 malam.

Sampai saja, Khalida terus berkurung di dalam biliknya. Ahli keluarga Ilham memang sudah tahu dia balik ke kampung untuk majlis pertunangan Ayien. Dia memang sudah maklum kepada Ku Salbiah dan Datin Rinie.

Selesai solat, Khalida mengambil novel untuk membacanya. Baru 10 muka surat apabila biliknya di sergah orang. Terkejut. Datin Rinie dan Zura berada di hadapannya dengan muka yang bengis sekali.

“Apa kau buat hah, sampaikan Ilham sanggup putuskan hubungan dengan Zura?” tengking Datin Rinie. Lagi sekali Khalida terkejut dengan tengking Datin Rinie.

“Aku tak kira, aku tetap akan buat majlis kahwin Zura dengan Ilham. Zura tu yang sesuai dengan Ilham, kau jangan pandai-pandai nak menagih simpati Ilham dalam hal keluarga kami,” sambung Datin Rinie lagi. Jangan bercakap waktu orang sedang marah. Petua tu. Nanti lagi Datin Rinie naik gila!

“Aku nak balik Ilham aku, Lida. Ilham tu hak aku. Kau jangan cari pasal, kalau tidak aku bunuh kau!” ugut Zura. Tu dia, sampai sanggup membunuh kerana nak dapatkan si Ilham. Hendak tergelak pun ada. Khalida menahan mulutnya dengan tangan kanannya. Tak mahu ketawa di hadapan mereka berdua. Jadi dia tahan saja.

“Kalau boleh, aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku tak nak tengok muka kau!” sambung Datin Rinie pula. Khalida memandang wajah Datin Rinie tepat sekali. Kena halau? Betul ke nie? Aku lagi suka. Terus Khalida bangun dan ambilkan beg besarnya. Masukkan kain baju dan segalanya lagi. Sedang berkemas, Ilham pula yang datang. Drama kali ini memang masuk astro aku rasa. Tengok lah nanti.

“Halau Lida keluar, Ilham!” beritahu Datin Rinie.

“Tak usah pergi, tinggal saja di sini, kalau awak pergi, saya akan ikut awak!” tegas Ilham kali ini. Apa dah jadi sebenarnya ini? Kata-kata mak kah yang buat Ilham berubah hati? Atau apa? Aku tak faham sebenarnya.

“Kau nie ilham, sudah kena ubat guna-guna atau apa hah? Kau dulu benci Khalida kan, kenapa sekarang berubah?” soal Datin Rinie lagi.

“Jawab, Ilham,” tengking Zura.

“Sebab Khalida tak pernah tengking aku, walaupun beribu kali aku menyakiti hatinya. Khalida tetap menghormati aku, biar pun sejuta kali aku melukakan hatinya,” jawab Ilham di hadapan mama dan kekasihnya.

“Apa?” jerit Zura. Baran dan panas hati sudah sampai ke jantung dan kepala otak. Mahu saja diterkamnya Khalida yang hanya berdiam diri.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.