Pejam –pejam celik, pejam
celik, dah 10 bulan Khalida bersama Ilham. Dalam bergaduh memanjang tu, ada
juga sesuatu yang datang dalam lubuk hati Khalida.
Mereka sudah berubat dengan
pelbagai cara. Dari moden, tradisional sehinggalah perubatan islam, semua sudah
dilakukan dan semua itu memang mendatangkan hasil. Ilham tak tahu, kaki Khalida
sudah mula memberi tindak balas. Dia sudah belajar untuk berjalan semula. Sebenarnya
dah boleh berjalan selangkah demi selangkah.
Berkat doa mak yang pergi
buat umrah. Berkat doa adik-adik yang turut pergi umrah dengan mak dan nenek.
Doa mak ALLAH mudah makbul dan perkenankan.
Dan berkat doa suami tercinta yang tidak putus-putus berdoa untuk
kesihatan Khalida. Doa yang ikhlas, amal yang baik, tentu ALLAH akan pandang
juga.
Lagi pun semangat Khalida
memang cukup tinggi untuk sembuh seperti selalu. Syukur alhamdulillah.
Khalida pula sudah boleh
membiasakan diri dengan keadaannya, dia sudah cekap menggunakan kerusi rodanya
itu. Jadi, sudah tidak perlukan bantuan sesiapa lagi. Malah, dia boleh masak di
dapur. Boleh buat semuanya sendiri. Khalida sudah dapat menerima keadaan
seperti ini.
“Lida, cuba belajar
berjalan dari asyik duduk atas kerusi roda tu,” kata Ilham di suatu petang.
“Kenapa? Abang dah benci
tengok Lida asyik duduk saja kat atas kerusi nie?”
“Benci sangat, nak buat apa
kat Lida pun tak boleh,” rungut Ilham.
Kau ingat aku dengan mudah nak serah diri kat kau, jangan harap.
“Kalau Lida boleh jalan
pun, Lida tak benarkan abang sentuh Lida jugak,”
“Apa?”
“Ada syarat, Encik Ilham!”
“Syarat apanya lagi? Abang
dah cakap, setiap malam pula tu, abang cintakan Lida, tak cukup lagi!”
“Memang tak cukup pun!”
“Lida nie teruk tau!”
“Setakat perkataan cinta,
sayang tu, mana nak cukup. Kalau lah perasaan terluka tu amat menyeksakan,
cinta pun kena lah sama hebat dengan perasaan terluka yang abang beri kat lida,
apa macam?” soal Khalida, menguji hati Ilham.
Ilham menjeling marah.
Biarkan saja. Aku pun dah boleh marah Ilham kalau aku nak. Ha ha ha..,
“Ini jawabnya Lida tak
ikhlas terima abang...,”
“Hari tu abang cakap,
Ikhlas tu antara abang dengan ALLAH, jadi jangan mengungkit!”
Dia telah banyak berkorban
untuk aku. Dan jangan diungkit pergorbanannya terhadap aku. Betul katanya dulu,
kalau lelaki lain masakan sanggup mengambil isteri yang cacat ini. Tetapi dia,
betul lah dia cintakan aku. Itu tidak boleh dinafikan.
“Abang rasa, Lida nie tipu abang
kut, rasanya macam abang ternampak Lida jalan waktu subuh pagi tadi,” kata
Ilham. Ha, lah, aku pergi toilet dengan berjalan perlahan-lahan. Ingatkan Ilham
masih tidur waktu tu.
“Abang mimpi lah tu, Lida
nak angkat kaki pun tak boleh!” nafi Khalida.
“Eleh, Lida nie..” macam
dia bohong aku saja.
“Tahu lah abang dah tak
suka Lida, Lida tak boleh nak berjalan..,”
“Nak boleh jalan macam
mana, asyik duduk atas kerusi roda tu saja..,”
Kau mana tahu aku buat apa, sebab sebaik saja kau keluar ke pejabat, aku
mesti berlatih berjalan sendiri, akhirnya aku berjaya.
“Lida, nak balik kampung
esok, boleh tak?” sebenarnya nak tunjuk kat mak, kat nenek, Lida dah boleh
berjalan semula. Biar mak yang tengok terlebih dahulu.
“Abang tak suka kampung
Lida, nanti abang suruh Abang Hamid Lida esok,” balas Ilham. Tahu, Lida nak
mintak izin saja.
“Abang tak balik, lagi lah
Lida suka!” balas Khalida. Lagi lah kau tak tahu kan, aku boleh jalan.
“Berapa hari nak
balik?”tanya Ilham.
“Dua minggu!” jawab
Khalida. 10 bulan kut tak balik kampung. Sedangkan selama ini selang sebulan
saja balik kampung.
“Lamanya.... abang macam
mana?”
“Lida balik sebulan pun
abang bukannya kisah kat Lida,”
Sebenarnya sudah siap berkemas,
sejak Ilham masih di pejabat lagi. Tetapi dengan Datuk Razali, dia tidak mahu
merahsiakan tentang keadaannya. Dia mahu papa tahu, dia sudah boleh berjalan
semula. Hanya menunggu masa yang sesuai
untuk berjumpa dengan papa, sekarang Ilham masih berada di dalam biliknya.
Suaminya ini mana suka
keluar malam sejak dari dulu lagi. Jadi
macam mana nak melarikan diri ke bilik papa?
“Abang, keluar pergi beli
maggi goreng kat depan tu kejap!” suruh Khalida. Bukan nak makan pun. Itu
alasan saja.
“Kes nie yang sebenarnya
Lida tak nak jalan kan? Sebab boleh buli abang!”
“Pergi arr, kelaparan nie
ha!” pujuk Khalida. Ilham melemparkan handsetnya tanda dia marah dengan arahan
Khalida.
“Pergi beli sendiri, orang
nak rehat pun tak boleh?” runggut Ilham sambil mengambil dompet duitnya.
“He he he..,”
Sebaik saja Ilham keluar,
terus Khalida ke dalam bilik Datuk Razali.
“Papa!” panggil Khalida.
“Yup!”
“Lida nak balik kampung
esok, papa nak ikut tak? Mana tahu nak jumpa mak Lida,” tanya Khalida. Datuk
razali tersenyum.
“Lida bagi tau lambat,
tidak boleh papa balik sekali dengan Lida,” terbayang senyuman Puan Naimah yang
menawan itu.
“Satu lagi Lida nak bagi
tau dengan papa, tapi papa dengan cakap dengan Abang Am yer,” beritahu Khalida
sambil terus perlahan-lahan berdiri dan cuba berjalan menuju ke arah papa
mentuanya. Datuk Razali terkejut melihat keadaan Khalida.
“Alhamdulillah.. syukur
sangat,” jerit Datuk Razali sambil tersenyum kegembiraan.
“Terima kasih papa sebab
banyak beri sokongan untuk Lida selama ini,” ucap Khalida. Datuk Razali
tersenyum dan mengangguk.
“Papa yakin dengan
keupayaan Lida, itu yang sebenarnya!” kata Datuk Razali.
Lama juga berbual dengan
papa sehinggalah Ilham pulang dari kedai. Ilham terus menghampiri Khalida dan
menghulurkan maggi goreng kepada isterinya itu. Kebetulan Juhana turut ada di
situ.
“Kak, kita kongsi, nak!”
kata Juhana sudah datang ke arah Khalida. Dia orang berdua nie suka sangat
kongsi makanan.
“Boleh sangat!” jawab
Khalida. Ilham terus tinggalkan mereka berdua. Datuk Razali turut menuju ke
biliknya. Makan tak banyak mana pun sebab dah kenyang, jadi suka layan kehendak
Juhana sampaikan Khalida tertidur lewat.
“Berbual apa dengan papa
tadi?” soal Ilham sebaik saja Khalida sampai di tepi katil. Tak tidur lagi,
mujur aku tak berdiri, kalau tidak pecah rahsia aku.
“Lida beritahu papa, Lida
nak balik kampung besok!!” beritahu Khalida. Ilham terus datang ke arah Khalida
dan membantu Khalida dengan mendukung Khalida dan diletakkan atas katil. Setiap
waktu andainya, Ilham ada, itu ada lah kebiasaan untuk Ilham, tanggungjawab dia
sebenarnya.
“Malas nak jalan sebab suka
abang dukung Lida macam ini selalu!” gurau Khalida sambil tersenyum. Ilham
turut tersenyum. Hilang perasaan marah tadi. Rupanya Khalida berbeza sangat
dengan Zura. Khalida jenis yang sporting dan berfikiran terbuka tidak seperti
Zura yang banyak songgeh dan mengada-ngada itu. Ada perbezaan yang ketara
antara Khalida dan Zura.
“Lida ingat abang tak ada
kerja lain ke nak buat?” kata Ilham. Ditariknya bantal untuk Khalida.
“Kerja apa malam-malam
macam nie? Lida pun kerja juga lah dulu!” tak sabar nak masuk kerja
semula. Tak lama lagi kan, saat itu akan
datang semula. Dicuit hidung Khalida, mahu dikucup pipi Khalida tetapi Khalida
menepisnya.
“Tempoh setahun tak habis
lagi, Lida dah cakap ada syarat kalau abang nak buat macam nie,” ulang Khalida.
“Lida nie kedekut, mengira
semua ada kat Lida. Suami nak kiss pun tak boleh!”
“Tak boleh!” Tetapi dia
suka curi-curi kiss pipi aku waktu aku lena. Kononnya aku terlena wal hal aku
sedar pun.
“Lida nie tak taat kat
suami...,”
“Ha ha ha..,”
Ada aku kisah.