ILHAM KHALIDA
– BAB 16
Tinggal
berduaan dalam bilik sempit ini, di atas katil bujang pula tu, memang romantik
habis lah kami malam ini. Aku suruh dia tidur di bawah dia tak nak, jadi memang
berhimpit kami berdua. Khalida sudah
berapa kali sengaja menyiku dada suaminya.
Telefon
Ilham berbunyi tetapi Ilham buat tidak kisah saja. Sudah banyak kali malah
menganggu Khalida untuk melelapkan matanya. Bunyi lagi, kali ini Khalida
mengambilnya, terpandang nama Zura.
“Angkat
lah, bising tau tak?” marah Khalida. Dia bukan tak pernah cakap di hadapan aku
pun, dah beribu kali untuk tempoh satu tahun lima bulan ini. Malam ini malu ke apa? Segan? Gatal?
Terus
diambilnya telefon di tangan Khalida lalu dimatikan panggilan. Khalida melihat
dengan penuh tanda tanya. Kalau kat aku kau buat macam tu, kau siap.
Kerana
Ilham tidak menjawab, jadi telefon Khalida pula menjadi mangsa. Aduhai, Zura.
“Kenapa
tak angkat, angkat lah, cakap Ilham ada dengan awak, tengah berasmara dengan
awak,” perli Ilham. Khalida menjeling.
“Encik
Ilham sewel!” kata Khalida. Kalau aku angkat dan jawab macam tu, memang kecoh
rumah aku nanti. Nanti majlis tunang Ayien kacau bilau pula. Jadi tak usah
jawab. Tak jawab, mesej pula masuk bertalu-talu.
“Jangan
buat Zura macam tu, kalau saya tak nak hidup saya diperlakukan seperti itu oleh
kaum lelaki, tentu Zura pun tak nak, kan?” pujuk Khalida. Rupanya susah
berkahwin dengan kekasih orang. Susah sangat. Rasa bersalah dalam hati kerana
berkahwin dengan ilham sejak dari dulu sampai sekarang masih lagi menebal di
dalam hati Khalida.
“Hidup
dengan awak lagi susah, tau tak? Semuanya tak kena. Saya tak faham dengan awak,
Khalida!” kata Ilham pula. Dia ini bukan nak mengaku kesalahan dia. Asyik dia
saja yang betul.
“Tak usah
memahami siapa saya!”
“Awak
sepatutnya cakap, suruh saya pilih antara awak dan Zura. Macam Zura selalu buat
tu?” suruh Ilham. Perasaan geram kepada Ilham, terus hilang. Nak tergelak
sangat. Dan Khalida tidak boleh menahannya.
“Kah..
kah.. kah!” ketawa Khalida memecah keheningan malam.
“Along,
tak tidur lagi ke?” tegur Ayien.
“Lida, dah
malam, esok pula berbual!” tegur Puan Naimah pula.
“Encik
Ilham tak payah pilih lah, saya dah lepaskan Encik Ilham kepada Zura tu. Ikhlas
cakap. Lagi pun atuk dah tak ada, dan atuk sendiri cakap, kalau dalam tempoh
setahun kita tak bahagia, kita boleh berpisah. Ini dah lebih 5 bulan!” jelas
Khalida. Ditariknya kain cadar lalu dia menutup sampai ke tengkuknya. Nak
tidur.
“Awak
cakap senang yer, saya yang jadi cucu Ku Ibrahim nie macam mana?” soal Ilham
Hakimi.
“Atuk
cakap apa?” soal Khalida. Ingin tahu benar. Tak jadi tidur. Sebab perkara ini
menarik sangat.
“Diam lah,
tak payah ambil tahu!” jawab Ilham Hakimi. Nak tipu aku lah tu. Atuk dah cakap
dengan aku lah. Kau yang tak tahu.
Alhamdulillah,
majlis pertunangan Ayien berjalan dengan lancar. Tidak ada satu masalah pun.
“Along,
ayah nak jumpa!” beritahu Ayien ketika mereka semua sedang bersiap nak pulang.
Khalida memandang ke arah suaminya. Aku datang dengan Emma tadi, Emma pula
perlu hantar keluarga sebelah tunangnya. Aku nak balik dengan siapa nanti?”
“Dia nak
jumpa abang juga!” beritahu Ayien lagi.
Semua
orang sudah pulang, tinggal mereka saja dikelilingi saudara mara keluarga Pak
Musa yang menjadi ayah angkat kepada Ayien.
Ayien dan Dr. Dhuha turut berada bersama mereka.
“ Ini,
Khalida. Orang kuat kepada keluarga Ayien dan keluarga Puan Naimah. Kekuatan
keluarga Puan Naimah ada di tangan Khalida. Ayien bertuah sebab ada seorang
kakak yang kuat semangat dan berhati waja!” kata Pak Musa memperkenalkan
Khalida kepada ahli keluarganya. Kata-kata dari Pak Musa membuatkan Khalida
terharu. Dulu ketika Pak Musa datang
untuk mengambil Ayien dan Ariff, Khalida seorang saja yang tidak menangis.
Sedangkan ahli keluarga yang lain semua menangis, kerana Khalida tahu ini untuk
masa depan adik-adiknya. Alhamdulillah, Ayien dan Ariff sudah menjadi insan
yang berjaya.
“Dan awak
Ilham, awak lagi bertuah sebab dapat seorang isteri seperti Khalida,” sambung
Pak Musa membuatkan Ilham dan Khalida terkedu.
“Lida yang
perlu ucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Musa yang sudi memberi sepenuh
kasih sayang kepada dia orang sehingga dia orang menjadi insan yang berjaya!”
balas Khalida. Aku kakak sulong, dan aku tahu tanggungjawab ku memang berat.
Waktu itu mak pula sakit. Jadi aku perlu berdikari.
“Syukur
alhamdulillah!” balas Pak Musa. Khalida tersenyum.
Teringat
Rifky yang berbual dengannya semalam. Semalam sebaik saja bergaduh dengan
Ilham, Rifky menghubunginya.
“Awak
sudah melalui jalan-jalan yang penuh berliku dan suatu hari nanti saya percaya,
awak akan menemui kebahagiaan awak juga!” kata Rifky.
“Insha
ALLAH. Semuga saya bahagia di dunia dan di akhirat kelak!” kata Khalida.
“Saya nak
tengok awak bahagia, Lida. Tak kisah lah dengan sesiapa pun pilihan awak,
asalkan awak bahagia, saya akan mendoakan kebahagiaan awak,” sambung Rifky
setulus hatinya.
Hanya
Rifky saja yang boleh membuatkan aku menangis. Kata-kata Rifky selalunya
menyentuh perasaanku.
“Awak
adalah sahabat yang baik, rifky. Dan saya juga mendoakan awak, supaya awak juga
bahagia nanti,” lafaz Khalida.
“He he
he..,”
“Gelak
pulak?”
“Cukuplah
awak bahagia dan saya turut merasai kebahagian itu,”
“Jangan
lah cakap macam tu, sedih tau tak?” balas Khalida. Entah lah, dengan dia aku
rasa lemah sangat. Lemah dengan kata-kata yang diucapkan oleh Rifky.
“Buat
baik, akan dapat balasan yang baik. Dan Kak Lida adalah seorang kakak yang
baik. Bestnya dapat kak lida jadi kakak ipar saya nanti,” kejut Dr. Dhuha.
Khalida hanya tersenggih. Kata-kata Dr. Dhuha membuatkan Khalida tersedar dari
lamunannya.
“Dah tak
lama tu, tiga bulan dari sekarang awak boleh dapat kak lida awak,” celah Ayien.
Dapat aku??? Macam dapat baby pula.
Lama
berbual dengan keluarga Haji Musa, selepas itu barulah mereka pulang ke rumah.
“Tengok
keluarga kami, tak seperti keluarga awak!” sengaja nak panaskan telinga Ilham.
“Kenapa?”
tanya Ilham tidak mengerti.
“Keluarga
awak penuh dengan perasaan tidak puas hati, marah sesama sendiri, sombong dan
bongkak. Keluarga kami aman damai dan saling menghormati,” terang Khalida. Tak nampak ke perbezaan antara
keluarga kita? Atau sengaja buat-buat tidak nampak.
‘Nak kata
keluarga awak baik dan keluarga saya jahat lah nie,” tanya Ilham.
“Aura
kebaikan saya tak boleh meresap kepada keluarga awak, sebab itu kita tak boleh
bersama,” kata Khalida. Betul kata Rifky, aku sepatutnya bahagia,
sebab aku sudah menglalui perjalanan yang beronak dan berliku.
“Yer ker?”
soal Ilham lagi. Tak sempat nak
menjawab, telefonnya berbunyi dan nama Rifky tertera di situ. Khalida
mengangkat dengan penuh senyuman. Baru mahu bertanya khabar, tetapi Ilham
merampas telefon telefon lalu menglontarkan keluar dari kereta.
“Haaaahh..,”
melopong mulut Khalida. Aku beli handset tu dengan duit jual cincin tunang tu.
Kau ingat murah ke?
“Awak
melayan Rifky lebih dari suami awak?”
“Laaa,
Encik Ilham cemburu???” soal Khalida. Telefon ada satu saja, kalau tidak boleh
call Rifky dan tayang kepada Ilham. Biar Ilham lompat dari kereta pula.