Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 32

“Mana ada, menangis buat apa pulak?” ujar Khalida perlahan. Malunya kerana Ilham dapat menangkap sinar matanya. Ilham mendukung Khalida lalu dibawa Khalida ke katil semula.

“Menyusahkan Ilham saja!” ujar nenek. Khalida buat semua ini, kerana tidak mahu orang lain susah bersamanya. Faham lah sekarang kenapa Khalida piih Ilham, kerana hati Ilham kuat dari hati Rifky dan Datuk Is. Rifky dan Datuk Is tentu bersedih hati bila bersama Khalida dalam keadaan begini.

“Tanggungjawab saya, nek!” ikhlas kata Ilham. Dulu tak buat apa-apa untuk Khalida, sekarang ALLAH beri Ilham peluang untuk menebus kesilapan.

“Lida okey tak?” soal Puan Naimah. Boleh kah Ilham jaga Khalida ini?

“Okey, mak. Lida percaya kan abang am!” kata Khalida sambil memegang erat tangan Ilham. Ilham tersenyum.

“Tak usah lah Imah susah hati, saya ada untuk pantau budak Ilham ni,” tegas Datuk Razali yang baru masuk ke dalam bilik Khalida.

“Terima kasih, datuk!” balas Puan Naimah terharu dengan layanan yang Datuk Razali berikan kepada Khalida dan keluarganya.

“Sama-sama, Imah!” ucap Datuk Khalida.

“Mak dan nenek dah nak balik, Lida jangan buat perangai yer!” pesan Mak sambil datang ke arah Khalida. Dirangkulnya khalida dengan erat. Anak mak yang tabah dan kuat, semuga Lida bersabar dengan dugaan berat kali ini. Rangkulan itu dilepaskan perlahan-lahan.

“Tak lah, mak!” ujar Khalida sambil tersenyum menahan rasa sebak di dada sendiri.

“Lida, dengar cakap Ilham!” pesan Nenek pula. Entah kenapa ayat itu dilontarkan kepada Khalida. Khalida sendiri tidak faham. Tetapi Khalida anggukan kepalanya.

Tiba-tiba Ku Salbiah masuk bersama Juhana ke dalam bilik.

“Tinggal lah di sini, Imah, Kak Dah. Lida tentu perlukan mak dia di sini,” suara Ku Salbiah. Suaranya tidak lagi garang seperti dulu.

“Tak mengapa, Ku. Kita orang nak kena balik kampung juga, tak tahu apa dah jadi kat ayam itik di kampung tu,” tolak nenek. Beratnya hati nak tinggal di rumah orang kaya ini.

“Imah, Kak Dah, saya nak mintak maaf banyak-banyak, atas layanan kami kat Lida dulu. Lida sebenarnya gadis yang baik!” ucap Ku Salbiah membuatkan Khalida terkejut mendengarnya. Macam-macam kita orang buat, tapi dia tak kisah pun. Bila dia tak ada di rumah ini, barulah rasa sunyi dan sepi sebab tak dengar suara dia. Rindu nak dengar celoteh dia seperti selalu. Alhamdulillah, Ilham sudah berjaya baru pulang Khalida ke rumah ini semula.

“Kita orang faham..,” balas Puan Naimah sepatah demi sepatah.

“Tinggal lah di sini dulu, nanti-nanti lah balik kampung tu!” pujuk Ku Salbiah lagi.

“Kak, Ana nak mintak maaf jugak kat akak sebab suka bergaduh dengan akak dulu!” balas Juhana sambil memeluk Khalida. Khalida mengangguk saja. Dengan Juhana, dia tidak ambil hati pun.

Mak dan nenek tak jadi balik selepas termakan pujuk rayu Ku Salbiah. Huwaa, ingatkan nak selesaikan dah masalah kita orang. Makin panjang lagi adalah. Cuma yang hairannya mana Datin Rinie, tak nampak pun muka. Pergi mana yer? Hendak tanyakan Ilham, rasa keberatan lah pulak.

“Apa hal nie, asyik tengok abang sejak dari tadi saja?” soal Ilham. Dugaan ini paling berat, aku dah boring sebab tak boleh bergerak seperti orang lain. Terperap dalam bilik ini saja. Dan dia pula boleh pula terperap seperti aku. Teman aku agaknya.

Kalau fikir banyak-banyak pun buat kusut akal fikiran saja. Dari berfikir yang bukan-bukan lebih baik fikir yang baik-baik saja. Mak dan nenek ikut Ku Salbiah pergi entah ke mana. Datuk Razali masuk ofis kut dengan Juhana, ada kami saja lah jawabnya.

Perjalanan ini baru separuh, aku sudah mengeluh. Macam mana kalau berterusan begini saja.

“Awak.. ar.. abang tak keluar jumpa Zura?” soal Khalida tersekat-sekat. Panggil awak nanti, tarik telinga aku pulak. Ilham tidak menjawab, asyik sangat dengan majalah yang dibaca sejak dari tadi. Zura pun tak telefon cari Ilham sejak dari dia kemalangan.

“Bergaduh dengan Zura ke?” sambung Khalida lagi. Ilham menghempas kuas majalah yang dipegangnya di atas meja kaca. Berdesing bunyinya masuk ke dalam telinga.

“Lida nie, Zura buat macam nie pun, Lida sebut nama dia lagi. Lida ingat abang tak tahu, Zura yang menyebabkan Lida jadi begini?” marah Ilham. Mulut Khalida terbuka luas. Siapa yang beritahu?

“Kalau dengan abang, melawan, berani sangat, dengan Zura kenapa tak lawan?” sambung Ilham lagi.

“Nak lawan apa? Kalau saya tak lumpuh memang saya dah karate kekasih abang tu,” balas Khalida sebab kekasih abang tu kurang ajar sangat. Sampai sanggup nak membunuh orang. Kau nie Lida, dalam lumpuh pun nak pukul orang.

“Jangan sebut nama Zura tu lagi, sakit telinga abang dengar nama dia,” tegur Ilham.

“Ikut suka hati orang lah!” kata Khalida. Ilham menjenggil bulat anak matanya.

“Encik Ilham, Emma datang nak jumpa Puan Lida!” jerit Kak Jah dari luar.

“Suruh Emma masuk, Kak Jah,” balas Ilham. Sebaik saja Emma masuk, Ilham terus keluar, sebenarnya dia hanya berada di bilik bacaan. Sengaja nak mencuri dengar perbualan antara Emma dan Khalida.

“kau nie dah habis fikir ke yang terima Ilham tu?” suara Emma sebaik saja tidak nampak kelibat Ilham.

“Terpaksa. Kau tengok keadaan aku, nak angkat kaki pun tak boleh. Aku nie kuat dengan suara saja, kaki tak boleh nak guna dah,” luah Khalida menyuruh Emma memahami keadaannya.

“Aku boleh jaga kau?”

“Nak jaga apanya? Siapa nak jaga suami kau? Sikit hari lagi kau mengandung , ada anak, macam mana?” ingat Khalida. Aku dah habis fikir lah Emma sebelum nak buat keputusan ini.

“Ilham pun belum tentu boleh jaga kau? Kau dah cacat macam nie, dah tak ada apa gunanya untuk Ilham? Kau fikir tak semua tu?” cakap terus terang dengan Khalida lagi baik dari terus berlakon ayermata.

“Ha, yang tu betul. Tolong faham keadaan aku saat ini. Aku sebenarnya tak nak mak, nenek, kau dan adik beradik kita susah hati dengan keadaan aku, faham tak?”

Terus Emma merangkul Khalida dan yang tak sampai hati lagi, Emma menangis di pangkuan Khalida.

“Lerr, jangan menangis okey, kalau aku menangis sama nanti macam mana?” pujuk Khalida sambil menepuk bahu Emma.

“Lida, kau baik sangat tetapi kau tak habis-habis ditimpa ujian yang berat-berat!” ujar Emma. Khalida tersenyum.

“Janji dengan aku, jangan cakap apa-apa dekat keluarga kita, aku okey lah,” kata Khalida.

“Ambil kaki aku...,”

“Ha ha ha, kalau boleh ambil dah lama aku ambil,” balas Khalida. Dua-dua ketawa.

“Ambil kaki saya!” celah Ilham membuatkan mereka berdua tersentak.

“Pergi mana tadi?” soal Khalida. Sahih dia dah dengar perbualan kami tadi. Aku pun terlupa kata ada bilik sebelah bilik kami.

“Tu!” kata Ilham sambil menunjukkan ke arah bilik sebelah. Bilik tu memang dengar pun kalau orang cakap kat sini.

“Hah?” terkejut Khalida.

“Dah dengar dari a sampai z, dari alif sehingga ya!” beritahu Ilham.

“Encik Ilham kena jaga kak saya elok-elok, jadi apa-apa kat kak saya, siap Encik Ilham nanti,” ugut Emma. Dua-dua garang dia orang ini.

“Emma kau kerja dengan saya ke? Yang berencik bagai tu?” balas Ilham. Tidak mahu Emma berencik dengannya.

“Hish..,” keluh Emma.

“Tahu lah saya jaga akak awak nie,” tegas Ilham.

“Macam tak percaya...,” balas Emma sambil mencebik mulutnya.

“Tak usah percaya pun tak mengapa!” balas Ilham balik.

“Aku nak balik lah, Lida. Dari bergaduh dengan suami kau!” pinta Emma kerana tidak mahu memanjangkan masalah.

“Okey!”

Dia ini ler, boleh dia curi dengar perbualan kami. Tak rock sungguh. Mujur tak kutuk dia habis-habisan. Kalau tidak lagi haru hiru.

“Tolong balas balik pengorbanan abang kat Lida..,”

“Apa?”

“Cepat sembuh, supaya boleh balas balik apa yang abang buat kat Lida!” cabar Ilham Hakimi.

“Mintak pembalasan, jawabnya abang tak ikhlas dengan Lida!”

“Ikhlas tak ikhlas tu antara abang dengan ALLAH, yang penting Lida kena cepat-cepat sembuh supaya boleh balas balik jasa dan budi abang untuk Lida. Abang akan mintak tuntutan selepas Lida sembuh nanti, okey???”

Dia nak mintak apa dari aku?

Previous: BAB 31
Next: BAB 33

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.