Peguam Ku Ibrahim sudah tahu Khalida sedang mengandung
cicit Ku Ibrahim. Elok sangat, sebab dari pengiraan, tempoh yang diberikan oleh
Ku Ibrahim masih ada enam bulan lagi, dan usia kandungan Khalida sudah masuk
enam bulan pun. Tiga bulan lagi Khalida akan bersalin.
“Bawa khalida pergi dari sini sebelum mama awak dan yang
lain tahu, Ilham!” cadang peguam atuk.
Ilham memang sudah bercadang untuk membawa Khalida pergi dari sini
pun. Cadang nak bawa Khalida ke Dubai,
tetapi Dr. Rose tidak benarkan demi menjaga kandungan Khalida. Hendak pergi ke
Sabah atau pun Sarawak pun kena naik kapal terbang, jadi larikan Khalida di
rumah nenek saja di kampung.
“Seminggu sekali abang balik jenguk Lida kat kampung,
boleh tak?” soal Ilham malam ini. Esok pagi dia akan pulang semula ke bandar.
“Pergi lah, nenek ada, Apul pun ada tu,” Apul balik
bercuti ke kampung, lama tak bercuti, jadi dia dapat bercuti panjang kali
ini. Apul saja yang masih solo. Tak tahu
lah gadis mana yang dia berkenan, sedangkan anak mak cik Hasnah berkenan sangat
dekat Apul ini tetapi Apul yang tidak sudi kerana mak cik hasnah sekeluarga pernah
menghina dia dan keluarga kami waktu kami susah dulu.
“Nanti apa-apa hal Lida call abang yer!” kata Ilham lagi.
Khalida mengangguk saja. Dia ini risau sangat dengan kami anak beranak.
Khalida siapkan pakaian suaminya untuk dipakai esok,
sebab Ilham bercadang mahu pulang selepas subuh. Jadi boleh sampai ke ofis awal
sikit. Oleh kerana tidak mahu kekalutan
Khalida siapkan kelengkapan suaminya terlebih dahulu.
Malah pagi ini, tak masuk subuh lagi, Khalida sudah
bangun, siapkan sarapan pagi untuk Ilham. Awal Khalida bangun.
“Abang!” panggil Khalida sambil memegang pipi Ilham. Kata
nak bangun awal, ini sudah pukul 6.15 tak bangun pun.
“Abang pening sayang!” beritahu Ilham. Aik, tak pernah
pening, tiba-tiba pagi ini pening pula. Khalida rasa dahi Ilham, tak panas pun.
Rasa pula tengkuk Ilham pun sama.
Tibs-tiba Ilham bangun dan muntah di bilik air. Khalida menurut lagi
mengurut belakang Ilham. Pelik ini, tiba-tiba saja jadi begini? Keadaan Ilham
membuatkan Khalida susah hati saja.
“Abang!” panggil Khalida, resah sangat.
“Mual!” jawab Ilham sambil memegang tangan Khalida.
Khalida meminpim tangan Ilham sehingga ke katil.
“Abang demam ke?” soal Khalida.
“Entah lah, tiba-tiba pening kepala dan rasa loya!” jawab
Ilham. Khalida ambil minyak cap kapak yang ada di dalam beg tangannya, lalu di
letakkan di penjuru dahi Ilham. Kiri dan
kanan. Khalida picit dahi Ilham.
“Abang nak solat, rasa lega sikit!” beritahu Ilham. Solat
pun sambil duduk saja, sebab dia kata nampak bilik ini bergoyang. Pulak??
Selesai solat muntah lagi.
“Keracunan makanan kut!” kata Khalida sambil mengurut
belakang Ilham.
“Mungkin kut, Apul mana? Nak suruh dia bawa abang ke
klinik lah!” kata Ilham.
“Kejap Lida beritahu dia,” balas Khalida. Ditinggalkan
Ilham sekejap. Mujurla Apul sedang duduk berbual dengan nenek saja, takut budak
ini keluar mengail ikan di sungai. Kalau keluar memancing jawabnya tengah hari
nanti baru balik.
“Kenapa kak?” soal Apul.
“Tak dengar abang am muntah ke?” soal Khalida kembali.
“Dengar, ingat akak yang muntah, jadi saya dan nenek buat
tak tahu saja lah!” jawab Apul.
“Demam kut!” kata nenek pula.
“Tak panas pun badan tu,” beritahu Khalida. Nenek dan
Apul bangun dan masuk ke bilik Khalida. Ilham sedang berbaring di atas katil.
“Kenapa Am?” tanya nenek.
“Pening!” jawab Ilham. Nenek pergi dekat dengan Ilham,
rasa dahi, tengkuk dan pegang tangan Ilham, terus nenek tersenyum. Apa ni nek,
boleh pula senyum tengok abang am sakit.
“Pembawakan budak tu, bawa lah ke klinik, Apul!” terus
nenek keluar. Perbawakan budak apa? Aku yang mengandung bukan dia pun.
“Apul, bawa abang am pergi mandi, akak nak sediakan baju
dia!” arah Khalida. Mandi dulu baru nampa segar.
“Tak apa Apul, abang boleh pergi mandi sendiri,” tolak
Ilham. Apul pun keluar dari bilik Ilham.
“Saya tunggu kat kereta!” katanya dari luar bilik.
“Bawa abang pergi mandi, sayang!” beritahu Ilham. Tadi
kata boleh pergi sendiri.
Khalida pimpim tangan Ilham masuk ke dalam bilik air.
Mandi sekali lah jawabnya sebab Ilham tak boleh berdiri. Habis basah Khalida.
Lencun!
“Abang jangan mengada-ngada yer,” ucap Khalida sebab
Ilham memaut dan memeluknya dengan erat.
“Betul pening, abang nak rebah lah, sayang!” jawab Ilham.
Betul, dia nak terjatuh.
Bawa pergi ke klinik yang berdekatan dengan kampung ini.
Jawapan yang sama yang diberikan oleh doktor. Ilham alah sebab Khalida
mengandung.
“Alah apa, saya dah dekat nak beranak pun!” kalau dia
alah masa aku awal-awal mengandung, itu memang pernah dengar lah. Isteri baru
mengandung, suami yang mengalami alahan. Nie dah enam, nak masuk tujuh pun.
“Ini perkara normal, selagi awak masih mengandung, alahan
boleh datang di lewat usia kandungan awak, dan sekarang suami awak yang
mengalaminya,” jelas doktor lelaki itu. Dia sendiri asyik tersenyum saja tadi.
Sebab Khalida tidak puas hati dengan jawapan yang doktor
itu berikan, dia bawa Ilham ke dua lagi klinik, dan bawak Ilham buat
pemeriksaan rapi di hospital swasta dan jawapan yang sama Khalida terima, Ilham
sedang alah.
“Nak ke mana lagi, kak?” soal Apul. Letih layan kak aku
nih, dalam sehari dia boleh pergi tiga klinik dan satu hospital sebab tak puas
hati dengan jawapan yang doktor berikan. Kasihan abang am, dah lembik dalam
kereta kerana asyik muntah saja. Letih satu pasal lah.
“Balik lah!” jawab Khalida. Dah lewat petang pun!
Balik ke rumah kena berleter dengan nenek pula sebab
tindakan Khalida.
“Perkara biasa tu. Lida kan mengandung anak sulong. Ayah
lida pun macam itu juga, masa mak lida mengandung kan Lida. Itu pun Ilham nie
tak teruk sangat sebab dia alah waktu Lida mengandung enam bulan, ayah lida
dari lida sebulan kat perut mak, sampai mak lida bersalin, asyik muntah saja
dan pening kepala. Lida bersalin nanti, Ilham okey lah tu.” Beritahu nenek.
Khalida bawakan Ilham masuk ke dalam bilik. Kasihan
melihat Ilham yang kelesuan.
“Abang nak makan apa? Lida masakan untuk abang,” tanya
Khalida.
“Tak usah lah masak, datang kat abang sekejap!” kata
Ilham. Khalida patuh. Bila khalida dekat dengannya terus di tariknya Khalida
tidur di sebelahnya lalu dirangkul Khalida. Kasihan dia,bimbangkan aku
sampaikan bawa aku rata tempat untuk mengenal kepastian.
“Abang tak apa-apa lah, baby nak suruh papanya rasa juga
kehadiran dia tu,” pujuk Ilham sambil mencium pipi kanan Khalida. Khalida biarkan. Segala keresahan dan
kebimbangan lenyap sebaik saja tahu Ilham alah kerana dia mengandung.
“Abang kena makan, muntah teruk tadi, nanti tak boleh
jaga Lida pulak!” pujuk Khalida. Aku muntah pun tak teruk macam ni. Dia teruk
sangat!
“Suruh Apul belikan, tak usah lah masak, Lida pun perlu
berehat juga!” kata Ilham sambil mengemaskan pelukannya.
“Nak makan apa?” soal Khalida.
“Rasa macam nak makan sup ekor dengan tomyam udang. Suruh
Apul belikan nasi panas sama yer,” beritahu Ilham. Sah, dia memang alah dan
mengidam. Aku pun tak makan makanan macam ini.
“Lepaskan Lida, Lida nak beri duit kat Apul dan suruhkan dia belikan untuk abang!”
pinta Khalida. Ilham tak lepaskan pun.
“Call dia,”
“Abang nie kenapa?” baru pukul tujuh nak tidur macam ni?
“Rasa hilang setiap kesakitan bila boleh peluk Lida macam
nie,” jawab Ilham.
“Gatal abang nie,”
“Sebab gatal lah ada baby dalam perut tu!”
Telefon saja lah suruh Apul belikan. Duit pun guna duit
Apul. Mujur lah restoran pattani tu dekat saja dengan rumah. Mintak-mintak
orang tak ramai malam ini, kalau ramai lagi lama lah kena menunggu.
Selera Ilham makan, sampai habis dua pinggan nasi. Yang
rocknya dia tak muntah pula malam ini, malah siap sihat segala.
“Abang dah okey?” tanya Khalida. Ilham mengangguk.
“Abang perg tidur dulu, berehat. Lida nak basuh pinggan
dulu!” suruh Khalida.
“Baik, sayang!”
“Abang jangan lupa solat isyak dan gantikan solat mahgrib
yang abang tinggalkan tadi!” aku bangun solat, dia terlena saja. Tak menjawab sebab Ilham dah bangun dari
situ.
Ingatkan tak muntah dah,
sebaik saja selesai solat subuh, Ilham muntah pula. La, siang muntah pula. Muntah teruk pula. Malam
okey pun. Tak cerita bab mengidam lagi.
Dia nak makan macam-macam. Apa bila Khalida ceritakan hal ini kepada Emma, Emma
ketawa kuat saja.
“Kau orang memang pelik, macam-macam hal!” kata Emma.
“Aku pun tak muntah teruk macam nie,” balas Khalida. Sekarang, siang Ilham tidur
saja dalam bilik, sebab alah. Pergi kerja pun tak boleh. Kena ambil mc
jawabnya.
“Ha ha ha..,”
“Kau gelak kan aku pula!” kata Khalida.
“Yang!” jerit Ilham terdengar kuat sampai ke telinga
Emma.
“Tu dah panggil tu,” kata Emma.
“Okey, nanti aku call kau!” kata Khalida.
Khalida menghampiri Ilham.
“Abang kena lawan alahan tu,” kata Khalida.
“Pandai lah cakap. Ambik kan abang air, nak telan
ubat!” suruh Ilham. Air mineral dekat
sangat dengan dia, dia tak ambil. Khalida patuh. Telefon Ilham berbunyi, nampak
nama papa.
“Lida, dengar kata Ilham tuang kerja, betul ke?” tanya
papa.
“Bukan tuang lah papa, abang am tengah alah, dia kan
mengandung!” jawab Khalida. Ilham menampar bahu Khalida dengan perlahan.
Khalida tersenyum
“Apa?” terkejut papa mendengarnya.
“Baby kat dalam perut Lida, tetapi abang yang alah teruk.
Asyik muntah dengan pening kepala saja,” jawab Khalida.
“Dah berapa hari?”
“Dah banyak hari
papa, malam dia okey pulak!
“Hish, macam-macam hal kau orang nie” rungut papa sebelum
letak telefon.
“Yang, lapar cucur jagung!” beritahu Ilham. Jagung kat
kampung bukan satu masalah. Senang saja nak cari.
“baby kat dalam asyik tendang perut Lida, sakit tau tak?
Abang pula asyik nak makan saja,” runggut Khalida. Baby kat dalam nie aktif
sangat bergerak. Habis sakit perut aku.
“Tak sama dengan sakit abang, cepat lah, suruh Apul bakar
jagung sama!” dia teringin sangat.
“Budak apul petang macam ini, dah pergi memancing ikan,
tunggu dia balik lah sayang!” pujuk Khalida. Takut mengamuk pula nanti kalau
tak diikut perasaan mengidamnya nanti. Kelmarin dah naik angin, sebab nak makan
gulai ayam kampung.
“Lida tak sayang abang!”
“Hish, abang tak faham kata Lida!”
“Lida jangan marah Ilham, bukan dia sengaja pun!” jerit
nenek dari luar. Nenek pun asyik sebelahkan Ilham saja sekarang.
Buat cucur jagung kuah kacang. Letak bawang besar sekali
kat dalam tu. Berselera kami berempat makan. Di luar dekat pokok buluh Apul sedang siapkan jagung bakar pula. Yang
itu pun layan sangat perangai abang ipar dia.
“Cemburu tahap dewa dewi dah nie, akak yang mengandung,
Apul dan nenek lebihkan abang am!” kata Khalida.
“Abang Am alah, sebab akak mengandung anak dia. Akak
duduk perangai macm org lelaki sebab tu abang am kena alah macam nie, kasihan
apul tengok, muntah sampai lembik!” bela apul.
“Oo, kat akak kau tak kasihan?” tanya Khalida.
“Mengandung saja kan, Apul. Perempuan biasa lah kena
mengandung untuk suami, tak kan nak suruh suami mengandung pulak!” balas Ilham
siap duduk di sebelah Apul lagi.
“Syukur lah tu, Lida tak perlu muntah-muntah, tak pening
kepala. Am muntah sampai hijau tau tak? Dan muntah nie perit juga tu,” bela
nenek pula.
“Dia merungut sebab baby tendang perut dia, biasa lah kan
nek!”
“bukan sakit sangat pun baby kecil tu tendang perut,
nenek pun pernah rasa lah!” kata nenek lagi.
Tiga lawan satu, sampai bila pun tak memang.