Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 58

Ilham terpukul dengan kata-kata dari Khalida. Entah lah, sukarnya untuk menerima semua ini sekarang. Mak baru hampir tiga bulan berkahwin, sudah diduga seperti ini. Ingatkan boleh bersatu pada dan hidup aman damai, tetapi semua itu hanya mimpi.

Khalida sampai terlebih dahulu ke kampung, selang satu jam, Ariff pula sampai bersama Adli. Sebaik saja nenek melihat Adli, terus nenek memeluk cucu kesayangannya ini.

“Adli!” panggil nenek.

“Saya okey lah, nek. Nenek jangan susah hati ya!” pujuk Adli. Khalida tersenyum saja. Senyuman itu bukankah boleh menenangkan jiwa. Telefon Khalida berbunyi lagi. Khalida lihat panggilan dari mak.

“Mak!”

“Nenek kamu nie nak sangat cakap dengan nenek kau di kampung,” beritahu mak. Khalida hulurkan telefon kepada nenek, tetapi nenek menolak dan mengelengkan kepala.

“Mak, nanti lah, tunggu hati nenek sejuk dulu,” beritahu Khalida. Terus letak telefon. Orang lain mana berani telefon selain dari mak dan Ilham. Dengan mak Lida jawab, dengan Ilham Lida jawab ikut suka hati saja. Lebih banyak dari tak jawab.

“Akak masih marah kat abang am ke?” soal Ariff. Ketika mereka sedang bersantai di halaman rumah. Rahsia Adli hanya kami-kami saja yang tahu.

“Bukan begini caranya untuk selesaikan masalah. Terus marah tanpa buat apa-apa siasatan,” luah Khalida. Memang tidak berpuas hati dengan tindakan Ilham dan papa mentuanya kali ini.

“Kak, kena ingat satu perkara tau tak?” balas Ariff.

“Apa?” soal Khalida,

“Kita ni anak tiri, Ana tu anak papa, adik abang Am. Tiri ni tetap tiri lah kak, tak kan sama dengan anak kandung. Pada papa dan abang am tentu lah dia orang kenal Ana dari kita ni,” jelas Ariff. Ha, yang ini aku setuju, ini lah perbezaan yang membuatkan keluarga kita retak sekarang. Rasanya papa dan abang am masih tidak dapat menerima kami, anak-anak mak, sedangkan kami belajar untuk menerima kehadiran mereka di sisi mak kami.

“Mulai hari ini, kita tak usah lah kacau dia orang. Asalkan mak bahagia cukuplah kan!” kata Khalida. Mak sudah lama terpisah dengan papa, sekarang mak sudah bersatu dengan orang kesayangannya, asalkan mak bahagia, kami akan bahagia juga.

“Akak tu balik lah, kasihan dekat abang am!” kata adli pula. Ariff mengangguk.

“Nanti akak balik!” kata Khalida.

Tinggal di kampung sehingga Adli berangkat ke Dubai. Kami rahsiakan dari semua orang. Mak dan papa tidak tahu. Hanya aku, Ariff dan nenek saja yang tahu, Adli akan berangkat ke Dubai sebentar lagi. Sekarang sedang menunggu di lapangan terbang dengan jiwa yang sedang melayan-layan. Entah lah macam-macam yang kami fikirkan.

Adli dapat tawaran kerja di Kedutaan Dubai selama lima tahun. Adli yang selama ini berfikir panjang sama ada nak pergi atau tidak, akhirnya mengambil keputusan untuk merebut peluang keemasan ini. Bukan senang peluang macam ini nak sampai ke tangan kita. Elok sangat Adli pergi bekerja di sana.

“Kak, ingat yer pesanan saya. Jangan beritahu mak, papa atau abang am atau sesiapa saja tentang cerita yang sebenar. Nanti dia orang bergaduh pula. Biar lah saya seorang saja yang menanggung kesalahan tu,” pesan Adli sebelum melangkah masuk ke balai berlepas.

“Kau tu kena call mak sebaik saja sampai di Dubai. Beritahu mak tentang tawaran kerja ni,” pesan Khalida pula. Adli mengangguk. Suruh telefon sekarang, tak mahu. Pelbagai alasan yang Adli berikan tadi.

“Baik, kak nanti kita chat. Jaga diri akak dan baby kat dalam tu,” kata Adli. Khalida mengangguk.

“Dik, selamat maju jaya, jaga diri adik juga. Jangan tinggal solat tau,” pesanan Khalida sebak. Perpisahan tanpa rela ku. Memang tanpa kami sedar, ada batasannya yang telah memisahkan kami dengan keluarga Datuk Razali sekarang.

Mereka saling melambai tangan. Dan kini membawa haluan masing-masing. Ariff ke rumahnya, Khalida pula pulang ke rumahnya. Di rumah tidak tahu apa yang berlaku. Khalida sampai lewat malam, kerana dia bertolak waktu petang. Dia pulang tanpa memberitahu kepada sesiapa pun tentang kepulangannya ini.

Ketika dia sampai, ahli keluarga Ilham sedang berbual di ruang tamu. Mereka seperti terkejut dengan kepulangan Khalida. Melihat papa dan Ilham, mahu saja Khalida masuk ke dalam biliknya. Malas nak jumpa dia orang ketika ini.

“Lida, duduk dulu. Papa nak cakap!” kata Datuk Razali. Khalida patuh. Dia duduk di sebelah Ku Salbiah.

“Lida marah kat papa ke?”

“Tak lah!”

“Adli masih di kampung, Lida?” soal Ku Salbiah pula. Khalida tidak menjawab. Tak suka buat apa tanya.

“Lida masuk bilik dulu papa, nenek. Nak rehat!” jawab Khalida sambil bangun dan terus berlalu dari situ.

Masuk dalam bilik, bersihkan diri dan terus solat. Selesai solat saja, Khalida terus rebahkan diri di atas katil dan mahu lelapkan mata tetapi Ilham datang ke arahnya.

“Apa-apa hal kita boleh berbincang, Lida. Jangan buat abang macam ni,” kata Ilham. Khalida tersenyum saja. Lelaki ini yang aku pilih untuk menjadi suami ku. Sekarang apa pun terjadi aku kena hidup dengannya sampai bila-bila, sampai ke akhir hayat ku. Jadi, baik atau buruknya perangai dia, aku kena terima juga.

“Tidur lah, Lida letih sangat ni!” kata Khalida sambil mendekatkan dirinya ke badan Ilham. Dipeluknya Ilham dengan erat. Rindu sangat!

“Abang bimbangkan Lida. Abang tahu Lida kecil hati dengan sikap abang dan papa,” kata Ilham. Khalida biarkan saja Ilham mengomel seorang diri, dia sudah pun terlena.

Keesokkannya paginya, ketika Khalida sedang siapkan sarapan pagi bersama Kak Jah, dia menerima mesej dari Adli, adiknya itu telah selamat sampai ke Dubai pun. Alhamdulillah, syukur dengan rahmat yang ALLAH berikan. Semua ini ada hikmah yang cukup besar untuk diri Adli dan kami sekeluarga.

“Kak!” panggil Juhana sambil datang memeluk Khalida yang sedang menyediakan air teh.

“Aik, kenapa ni?” soal Khalida.

“Saya yang salah kak, saya yang fitnah Adli. Dan saya tak sangka disebabkan perbuatan saya, papa halau Adli dan keluarga kita jadi macam nie,” beritahu Juhana sambil menangis. Rancangan Juhana, sebaik saja dia memerangkap Adli, papa akan suruh Adli bertanggungjawab dan memaksa Adli berkahwin dengannya. Dia yang mula jatuh hati dengan Adli, malangnya Adli menolak cintanya. Tetapi meleset sangkaannya kerana papa dan abangnya bertindak di luar dugaannya.

“Dah lah tu, kita lupakan perkara tu,” pujuk Khalida. Aku dah tahu cerita ini kerana semasa di kampung, adli telah pun menceritakan apa yang berlaku.

“Tapi kak..,”

“Janji dengan akak, Ana jangan cakap lagi perkara ini. Jangan beritahu keluarga kita yer. Ini semua demi kebaikan mak dan papa!” kata Khalida. Kalau mak tahu lagi kecoh nanti.

“Tapi Ana dah burukkan nama Adli...,”

“Tak mengapa!” kata Khalida. Benda dah berlaku, menyesal pun tak ada gunanya lagi.

Perbualan mereka terhenti apabila Ilham dan papa masuk. Mak juga turut datang ke ruang dapur. Ku Salbiah ada di sebelah mak.

“Nenek kau macam mana Lida?” soal Ku Salbiah. Emma pulang menunggu nenek di kampung. Mulai hari ini kami akan bergilir untuk menemani nenek di kampung. Minggu ini giliran Emma, minggu depan giliran Ayien pula.

“Nenek ok, nek!” beritahu Khalida sambil menuang teh ke dalam cawan neneknya.

“Tak sangka nak jadi macam ini, kalau tidak boleh juga berkawan dengan nenek kau,” kata Ku Salbiah kesal. Juhana yang ada di sebelah sedang menahan tangisan di dalam dada. Rasa bersalah dan menyesal dengan tindakannya. Walaupun mama kandungnya yang banyak menghasutnya tetapi dia sepatutnya boleh berfikir sendiri. Ini gara-gara cadangan papa untuk memberi jawatan yang lebih tinggi kepada Adli di syarikat kepunyaan mereka.

“Ana kenapa ni?” soal Puan Naimah.

Khalida pula yang berdebar sekarang!

Previous: BAB 57
Next: BAB 59

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.