Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 26

Baru nak keluar dari bilik Datuk Razali, muncul Datin Rinie dan Jasnita,anak sulong Datuk Razali.

“Aik, budak kenapa kau datang ke sini hah?” jerit Datin Rinie ke arah Khalida. Dah agak.

“Kalau macam nie layanan mama kepada Lida, saya tetap dengan keputusan saya,” gertak Ilham serius. Mata Datin Rinie menjulang naik ke atas.

“Berani kau Ilham!” marah Datin Rinie. Apa hal pulak ni? Tak paham aku!

“Sudah, saya nak cakap sesiapa pun tak boleh ganggu Khalida atau keluarga Khalida mulai hari ini,” kata Datuk Razali tegas. Semua orang terkejut kerana Datuk Razali tidak pernah meninggikan suaranya. Selama ini Datuk Razali hanya mendiamkan diri, melihat segala perbuatan ahli keluarganya ke atas Khalida tetapi tidak untuk kali ini. Dia tidak akan berdiamkan diri lagi.

“Saya tak kisah!” balas Datin Rinie garang.

“Jangan mencabar kesabaran saya, rinie!” kata Datuk Razali sambil menundingkan jarinya ke arah batang hidung Datin Rinie. Datin Rinie menjeling tajam.

“Hey, Lida. Kau balik nak buat apa hah?” marah jasnita pula sambil berdiri dekat dengan Khalida. Khalida melihat ke arah Datuk Razali dan Datuk Razali mengangguk kepadanya.

“Awak tak perlu nak jerkah saya, nak jerit-jerit dekat saya, saya dengan awak tak ada apa-apa hubungan lagi. Saya ada lah staf di sini saja, dan saya boleh ambil tindakan kepada awak,” tegas Khalida membuatkan mulut Jasnita melopong.

“Kurang ajar!” kata Jasnita mahu menampar muka Khalida tetapi Khalida lebih pantas menangkap tangan Jasnita dan mengalihnya kasar.

“Nita, kalau tak suka dengan Khalida, Nita boleh berhenti dari syarikat ini sekarang jugak!” arah Datuk Razali sambil memandang wajah Khalida.

“Papa...,” kata Jasnita, tidak sangka papanya akan memecatnya hari ini.

“Ilham kalau kau pun tak suka dengan kehadiran Khalida, kau pun boleh tinggalkan syarikat ini, papa tak menghalangnya!” kata Datuk Razali kepada Ilham pula.

“Apa awak ni,” ujar Datin Rinie.

“Awak jangan ganggu lagi urusan pejabat, datang ke sini buat kecoh saja. Balik tinggal di rumah. Buat kerja awak sebagai seorang isteri,” kata Datuk Razali lagi.

Semua orang dihalau keluar, hanya tinggal Ilham dan Khalida saja.

“Ilham!”

“Ya, papa!”

“Papa harapkan kau dan Khalida saja untuk uruskan syarikat ini, jangan campur adukkan masalah peribadi dalam hal syarikat, faham tak?” tegas Datuk Razali. Tindakan Ku ibrahim memilih Khalida amat tepat sekali. Khalida bijak dan berani. Dulu, sewaktu kenal dengan Khalida, dia sendiri perlukan masa untuk kenal Khalida. Dia melihat Khalida dengan mata hati, dan Khalida sebenarnya seorang gadis yang baik. Sayangnya, Ilham tak pandai menilai antara Khalida dan Zura dan melepaskan Khalida begitu saja.

“Maaf kan saya, cik puan khalida!” ucap Ilham sambil menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Khalida. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Sekali saya tak percayakan Encik Ilham, sampai bila-bila pun saya tak akan percayakan encik ilham lagi,” muncul juga ayat power itu dari mulut Khalida.

“Saya tetap nak mintak maaf kat awak, Khalida!” pinta Ilham lagi.

“Maafkan saja Ilham tu, sakit telinga papa mendengarnya!” pujuk Datuk Razali.

Tetapi kalau bab kerja, tak ada masalah pula. Mereka boleh berkerjasama. Dulu pun mereka tak ada masalah tentang bab kerja ini. Khalida itu jenis yang profesional, begitu juga dengan Ilham. Tanpa Khalida, Ilham tidak boleh menjalankan tugasnya, apa tah lagi semua pelanggan mereka asyik mencari Khalida saja dan apabila dapat tahu Khalida berhenti, banyak pelanggan syarikat ini menukar haluan, tidak mahu bekerjasama dengan mereka lagi. Gadingan mereka berdua yang membuatkan syarikat ini berjaya. 10 peratus saham syarikat kepunyaan Ku Ibrahim milik Khalida kerana itu amanah Ku Ibrahim, malangnya Khalida tidak tahu, hanya Datuk razali saja yang tahu. Dan sejak dia kenal Khalida, dia tidak sangsi untuk menyerahkan syarikat ini kepada Khalida dan Ilham.

Selesai kerja petang ini, dia ada hal dengan Rifky. Dia suruh Rifky bawa teman kalau tidak memang dia tak mahu keluar. Statusnya sebagai janda membuatkan dia perlu berhati-hati.

Rifky datang seorang diri saja, membuatkan Khalida tawar hati untuk keluar dengan Rifky.

“Emma pun tak ada, nie macam mana?”

“Tak nak keluar!”

“Awak nie lida, dulu isteri orang, pun susah nak keluar, sekarang jadi macam nie lagi susah!”

“Tau tak apa!” ujar Khalida sambil tersenyum. Di hujung sana Ilham sedang berjalan menuju ke arah mereka berdua.

“Ilham!” panggil Rifky sambil melambaikan tangan ke arah Ilham

“Apa hal?” tanya Ilham sambil memandang Rifky dan Khalida. Habis lah macam nie, aku kena cepat buat tindakan, kalau tidak Khalida akan jatuh ke tangan Rifky pula.

“Teman aku dengan Khalida makan boleh tak?” soal Rifky. Khalida ini dia tidak akan keluar dengan orang yang dia tak kenal. Khalida kan kenal dengan Ilham.

“Apa?”

“Bekas isteri kau nie, memang jaga sungguh diri dia, kau ceraikan dia pun, dia tak nak keluar tanpa orang lain. Dulu, ada Emma, sekarang keseorangan diri, nak ajak jumpa pun susah!” kata Rifky membuatkan hati Ilham tidak senang duduk. Khalida mengelengkan kepalanya. Lagi lah aku tak nak!

“Nak ajak saya keluar lain kali bawa kawan perempuan sama, baru saya keluar. Bawa lah Datin Jenny pun tak mengapa!” balas Khalida. Tak kan aku nak keluar dengan bekas duda aku pula. Rifky ini pun, agak-agak lah kalau nak buat tindakan pun.

“Ilham ada nie, kita dah bertiga?” kata Rifky. Susah betul sekarang ini nak pikat Khalida. Senang-senang suruh saja mama masuk meminang Khalida. Habis cerita!

“Saya seorang saja perempuan, lagi lah tak okey. Lain kali lah yer!” tolak Khalida sambil berlalu dari situ.

Ilham tersenyum. Dua-dua melepas.

Malam ini Khalida di jemput makan malam di rumah Datuk Razali. Walaupun berat hati tetapi Khalida tidak mahu mengecewakan hati papa mentuanya itu. Khalida terpaksa pergi. Semua orang ada termasuk Zura dan ahli keluarga Zura. Sekali lagi Datuk Razali memberi amaran, tidak membenarkan sesiapa pun menganggu Khalida dan keluarga Khalida. Andainya ada yang engkar, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang berat ke atas mereka.

Makan sekejap saja, selepas itu Datuk Razali mengajak Khalida ke ruang tamu. Dan Datuk Razali tidak benarkan sesiapa pun menganggu mereka berdua berbual. Dia ada hal penting untuk berbincang dengan Khalida.

“Bertuahkan dapat isteri macam mak Khalida. Papa nie rugi sangat sebab dapat isteri garang dan suka melawan!” kata Datuk Razali. Ini mesti kes makan tengah hari di rumah kami semalam. Mak yang masak dan papa pula asyik melihat mama.

“He he he...,”

“Isteri yang baik akan melayan suaminya dengan baik. Bukan asyik gaduh saja. Dah lama papa bersabar dengan isteri papa tu, tetapi sekarang papa tak akan biarkan dia pijak kepala papa lagi,” sambung Datuk Razali lagi.

“Berdoa banyak-banyak papa, supaya suatu hari nanti mama berubah!” pujuk Khalida.

“Hmm... papa bersabar sebab anak-anak saja Khalida, jadi papa turutkan segala kehendak mama, sekarang anak-anak dah besar, papa pun teringin juga nak dapatkan seorang isteri sebaik mak kamu tu,” ujar papa membuatkan hati Khalida kecut mendengarnya. Papa ini asyik sebut mak saja, jangan lah cakap papa ada hati kat mak pula. Boleh pecah kepala aku nanti.

“Mak Lida tu orang kampung papa, mana nak sama dengan datin. Mungkin cara didikan mak yang buat mak macam tu,” kata Khalida merendah diri.

“Maafkan Ilham, Khalida sebab dia melayan Lida dengan buruk sekali. Mungkin dia memberontak sebab atuk paksa dia kahwin dengan Lida, sebab itu dia tinggalkan Lida di malam pernikahan kamu berdua,” jelas papa. Khalida hanya mengangguk saja. Benda dah berlaku, nak buat apa lagi kan? Semua itu hanya menjadi kenangan saja. Jadi sejarah!

“Lida pernah bercinta?”

“Nak bercinta apa papa,dulu sibuk dengan belajar untuk mengejar cita-cita. Bila dah kerja, sibuk cari duit sebab nak bantu mak di kampung,” jujur pengakuan Khalida.

“Ilham sepatutnya hargai Khalida sebagai isterinya, sebab perkahwinan adalah jodoh yang dianugerahkan oleh ALLAH kepadanya, sayangnya....,” kata-kata Datuk Razali terhenti kerana Ilham hadir di ruang tamu ini.

“Pergi hantar Khalida balik, dah lewat sangat nie,” arah Datuk Razali kerana jam sudah menunjukkan angka 12.00 malam.

Datang tadi pun, Ilham yang menjemput Khalida di rumah Emma. Sekarang dia perlu menghantar Khalida pulang.

“Nak balik atau nak tidur sini?” kata Ilham.

“Tidur di sini buat apa?”

“Ah, tidur pun tak ada masalah!”

“Nak balik!”

Dia lupa ke aku bukan isteri dia!

Previous: BAB 25
Next: BAB 27

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.