Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 56

Aku sayang anak aku. Harta tu dah jatuh ke nombor berada dah. Cuma kami nak pertahankan saham Ku Ibrahim dari jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya dapat harta itu. Nasib ramai pekerja di tangan kami sekarang. Itu yang perlu di fikirkan.

Ilham merenung Khalida yang sedang memasukkan baju-baju ke dalam beg pakaian. Khalida yang sememangnya comel dan ayu semakin berseri-seri sejak ada isi sekarang. Seri orang mengandung katakan.

Teringat pesanan Ku Ibrahim kepadanya dulu.

“Ilham, jaga Khalida baik-baik. Kebahagiaan Ilham hanya ada pada Khalida saja. Ilham tak kenal Khalida dengan hati, dengan jiwa, sebab itu Ilham jadi begini. Atuk yakin Khalida adalah yang anugerah yang terindah untuk Ilham,” tergiang suara itu dan hati Ilham mengakuinya. Khalida adalah anugerah terindah dalam hidupnya.

“Abang boleh mengelamun macam tu, tolong lah!” kata Khalida yang sudah berdiri di hadapannya.

“Bawa sikit sudah lah pakaian tu, nanti kita nak balik bermalam juga kat sini,” ucap Ilham. Tetapi dia turut menolong Khalida memasukkan bajunya yang sudah berlipat kemas.

“Tak boleh, Lida nak guna lah semua-semua nie,” balas Khalida. Ilham mengelengkan kepalanya. Perkara kecil saja ni, jadi baik turutkan saja.

Ilham dah jelaskan, dia akan berpindah ke rumahnya. Semua orang membenarkan Ilham tinggal di rumah sendiri. Orang yang berumahtangga sesuaikan sangat tinggal berasingan.

“Nek, jom tinggal dengan Lida!” ajak Khalida, Nenek Kasma tersenyum saja. Sikit hari lagi dia akan pulang ke kampung semula, untuk tinggal di rumahnya sendiri. Itu kata hatinya.

“Ha, jangan. Biar nenek Lida tinggal dengan nenek di sini, boleh juga jadi teman berbual!” halang Ku Salbiah. Mereka berdua ini semakin rapat sekarang ini.

Bau laksa menusuk ke lubang hidung Khalida. Kak Jah, pembantu rumah, datang bersama empat mangkuk Laksa lemak permintaan Khalida semalam. Laksa lemak ini sebenarnya Laksa siam, laksa yang kuahnya berwarna kuning kerana dimasukkan serbuk kunyit. Rasanya sedikit manis. Ia seakan laksa johor.

“Siapa buat?” soal Khalida. Orang di sini mana tahu buat laksa kuah lemak ini. Kalau nak cari pun susah.

“Nenek tanya jiran sebelah, Kak Hajar Humairah kau tu, dia cakap dia tahu buat laksa ni, jadi kita orang suruh dia ajarkan,” beritahu Ku Salbiah. Khalida tersenyum senang hati. Bahagia sangat!

“Terima kasih, nek!” ucap Khalida. Dihirupnya kuah laksa terlebih dahulu. Sedap!!

“Ilham kau yang kalut semalam, suruh buatkan untuk isteri kesayangan dia!” beritahu Nenek Kasma pula.

“Kejap, Lida nak tanya Abang Am, dia sayang ke tak dengan Lida nie?” gurau Khalida, Ilham mengelengkan kepalanya. Ada saja nak cakap kat aku.

Sekarang semua orang tengah manjakan kita. Minta apa saja semua orang turut. Cicit sulong untuk keluarga Ilham dan cucu kedua untuk keluarga kami. Tapi tak lama lagi nenek boleh tengok cicit dia, anak Emma. Emma tunggu hari saja untuk bersalin.

Hari ini mereka berpindah ke rumah sendiri. Khalida hanya berehat di rumah saja sebab tidak dibenarkan ke ofis sehingga dia selamat menglahirkan baby mereka.

Kerjanya sekarang berehat dan kadang-kadang kalau sunyinya sangat, dia pergi ke rumah Datuk Razali. Masa begitu cepat berlalu, tak sedar pun sudah lima bulan dia mengandung. Perut pun sudah mula kelihatan. Emma pun sudah selamat menglahirkan seorang bayi perempuan yang sangat comel. Seminggu Khalida tinggal di rumah Emma, bersama mak dan Nenek Kasma. Sekarang Emma dah habis pun tempoh berpantang. Jadi, nenek balik tinggal dengan mak di rumah papa. Risau nak biarkan nenek tinggal seorang diri di rumah.

Papa ajak Adli, adik bongsu Khalida tinggal bersama dan bekerja di syarikat. Adli nie bijak seperti Khalida juga. Muka pun segak, antara adik-adik Khalida, Adli yang segak. Malah menjadi rebutan perempuan-perempuan semasa di UUM dulu. Sudah lah hidung mancung, dan berkulit putih.

Adli yang memangku tugas Khalida di pejabat sekarang. Ramah seperti Khalida juga. Dua bulan tinggal di rumah papa, rupanya ada yang tidak senang hati dengan kehadiran Adli ke rumah dan syarikat Datuk Razali. Datuk Razali pun selalu sebut nama Adli di hadapan saudara mara dan sahabat-sahabatnya. Mesti ada orang yang cemburukan?

Adli anak emak dari ayah yang lain. Perkahwinan campuran. Maksudnya campuran keluarga. Tujuh dari anak emak, walaupun tiga orang itu anak saudara emak bercampur pula dengan tiga orang anak papa. Hendak cari kesepakatan cukup susah. Sebab berlainan mak dan ayah. Itu yang Khalida sedar sekarang. Nampak tidak ada keserasian antara anak-anak papa dengan Adli yang bijak itu. Dia sudah dapat rasakan akan berlalu sesuatu yang tidak manis nanti, kerana Adli tinggal sekali di rumah papa dan mak. Dan Adli dan Juhana tidak sebulu, asyik bergaduh saja.

Malam hujung minggu Khalida dan Ilham bermalam di rumah Datuk Razali. Sedang asyik terlena, terdengar bunyi riuh di bilik bawah. Jeritan Juhana yang mengejutkan semua orang dalam rumah ini. Kekecohan itu menangkap jantung Khalida. Terus Khalida dan Ilham bangun.

Apa sebenarnya terjadi?

Bilik sampai di bilik Adli, semua ahli keluarga sedang berkumpul di bilik Adli. Malam ini Jasnita dan suaminya turut bermalam di rumah papa. Adli masih terpinga-pinga di atas katilnya manakala Juhana sedang menangis di pangkuan mak.

“Adli cuba rogol saya, Abang Am!” beritahu Juhana sambil menunjukkan bajunya yang terkoyak di bahagian hadapan.

“Apa?” jerit Ilham terus meluru ke arah Adli tetapi Khalida sempat menarik tangan Ilham.

“Awak nak rogol adik saya?” tanya Jasnita nyaring. Mata semua orang sedang marah kala ini, termasuk mata mak sendiri. Khalida duduk di sebelah adiknya.

“Betul ke Adli?” soal Khalida mahukan kepastian.

“Kak...,” panggil Adli yang masih pening dengan apa yang berlaku. Aku pun tak tahu apa yang terjadi sebenarnya.

“Kau nie memang nak kena dengan aku,” kata Ilham terus datang menarik baju Adli dengan kuat sekali.

“Hey apa nih?” tepis Khalida, turut terasa di dalam hati.

“Kau jangan fitnah Adli, Ana!” kata papa pula yang semakin berang.

“Betul papa, Ana tak tipu, Adli yang heret saya ke dalam bilik ini,” jawab Juhana bersungguh-sungguh.

“tolong berambus dari rumah ini sekarang juga. Kalau datang ke sini untuk cemar maruah keluarga kami, baik kau keluar,” jerit papa membuatkan semua orang dalam rumah ini terkejut. Di luar sana guruh dan petir berselang-seli berbunyi kuat menandakan sebentar lagi hujan akan turun.

“Adik saya tak bersalah, papa!” beritahu Khalida.

“Tak bersalah apanya, benda dah nyata, Lida!” kata mak perlahan.

“Mak ni, tak kan mak tak percaya kepada anak sendiri, ada orang nak buat fitnah....” belum sempat Khalida menghabiskan kata-katanya, mak terus menampar mulut Khalida membuatkan Khalida sendiri terkejut dengan sikap mak. Mak ni apa pula yang terus tampar Lida, dengar lah Lida cakap dulu.

“Kak!” jerit Adli. Khalida menahan sakit di pipinya. Semua orang terkejut kerana mak menampar pipi anak kesayangannya. Ilham turut datang memegang bahu Khalida.

“Adli!”

“Kak, biar saya keluar dari rumah nie..” kata Adli. Adli capai beg duit dan handsetnya saja, dan terus mengambil sedikit pakaian lalu dimasukkan ke dalam beg sandangnya.

“Halalkan makan minum saya selama saya di sini, mak, papa!” ucap Adli terus keluar dari rumah.

“adli, jangan pergi dik!” Halang Khalida, Akak tahu adik tak bersalah.

“Tak mengapa, kak. Tempat saya bukannya di sini!” tolak Adli.

Khalida melihat langkah kaki adiknya dengan perasaan sakit hati sangat. Siapa punya kerja, mesti Juhana fitnah Adli, tuduh hati Khalida. Tetapi apa nak buat, mak mesti rasa bersalah dan tertekan dengan semua ini. Lagi pun mak sudah terikat kerana berkahwin dengan papa.

Agak dah, mesti jadi macam ini. Aku tak mengapa lah kahwin dengan Ilham, hubungan kami bukan tiri tetapi lebih kepada suami isteri. Apa pun terjadi hubungan cinta dan kasih sayang itu yang lebih kuat. Dia orang tu tiri, mesti lah ada yang tidak kena, tetapi kita kena atasi perkara ini dengan sebaik mungkin.

Hujan turun semakin lebat.

Kasihan dia kena halau. Aku pernah merasa hidup berjauhan dan berpisah dengan keluarga sendiri, dan betapa aku sedih kerana tinggal di rumah anak-anak yatim tanpa mak dan adik-adik. Sekarang adik bongsu ku sedang berkelana di luar sana seorang diri. Dan ini pula kali pertama dia bersendirian tanpa kami. Kasihan dia!

Aku perlu ada dekat dengannya. Semua orang sedang memujuk Juhana dan mendengar cerita sedih Juhana, tengok mereka sedang kusyuk sangat. Khalida keluar dari rumah hanya bawa beg duit dan kunci kereta saja. Di tengah hujan lebat Khalida meredah hujan mencari adik bongsunya. Mungkin kerana hujan lebat, Adli tidak boleh ke mana-mana. Dia sedang berteduh di bawah pondok perhentian bas.

“Adli!” jerit Khalida sambil memberhentikan keretanya.

“Kak!” jerit Adli.

“Masuk ke dalam kereta dulu, nanti kita berbual panjang!” ajak Khalida. Adli terus masuk ke dalam kereta kepunyaan Khalida.

Previous: BAB 55
Next: BAB 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.