Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 61

“Sampai bila kita nak mendiamkan diri. Abang dah tak tahan lagi, Lida!” kata Ilham. Sudah hilang ribut taufan yang melanda dirinya tadi.

“Ana, papa, tolong jaga mak saya yer,” pohon Khalida, tidak sempat untuk memberi penjelasan yang panjang lebar kerana mak muncul sambil membawa ais cendul dan pengat pisang.

Makan cepat-cepat kerana Khalida tidak mahu perkara ini diungkitkan. Harap papa dan Ana tidak bercakap lagi mengenai perkara ini. Itu doa Khalida di dalam hati sepanjang perjalanan pulang ke rumahnya.

“Mak patut tahu Adli tak bersalah, Lida!” kata Ilham, geram dengan sikap Khalida menghalangnya tadi.

“Lebih baik mak anggap Adli bersalah dari mak tahu Adli difitnah oleh Ana. Andainya mak tahu cerita sebenar tentu mak lagi susah hati kerana suaminya menghalau anak kesayangannya itu,” beritahu Khalida sambil mengeluh.

“Abang tak faham, Lida!”

“Mak tak boleh susah hati dan terlalu tertekan nanti mak akan jatuh sakit. Dulu selepas abah meninggal, mak pernah alami semua ini. Dr. Rahmat dah pesan dekat Lida jangan biarkan mak susah hati. Sejak itu kami adik beradik tak mahu mak susah hati dengan kami. Kalau mak tahu, Adli tak bersalah, dia lagi susah hati sebab Adli sekarang berada di Dubai!” sambung Khalida lagi. Lain lah Adli ada di depan mata kita semua.

“Dubai???”

“Yup, dia dapat tawaran kerja di sana selama lima tahun. Awal-awal kerja nie mana boleh dapat cuti untuk dia balik ke Malaysia ini,” terbongkar sudah rahsia tentang Adli.

“Sekarang mak tak susah hati ke sebab Adli dihalau?”

“Mak mana yang tak susah hati bila anak dia kena halau, tetapi mak ingat Adli tu benar-benar bersalah, jadi mak marah dengan Adli sekarang,” kata Khalida. Dia dah berbual dengan mak, mak memang marah pada Adli dan menyokong tindakan suaminya menghalau adiknya si bongsu itu. Biar kan dulu. Kena selesaikan perkara ini elok-elok.

“Lagi lah abang tak faham, sepatutnya mak mesti gembira sebab Adli tak buat benda jahat tu..”

“Abang pilih, nak mak marah adli atau mak marah papa, abang dan Ana? Seorang ibu marahkan anaknya itu perkara biasa, tetapi abang kena ingat mak tu baru saja berkahwin dengan papa, ikatan suami isteri tak sama dengan perasaan cinta yang terpendam sekian lama,” Kalau perkara ini terbongkar mesti mak sakit hati sebab suaminya menghalau anak kesayangannya.

Ilham mengangguk tanda faham. Konflik keluarga kami ini bila nak selesai? Baru sudah selesai solat mahgrib apabila telefon Khalida berbunyi. Nampak nombor telefon rumah papa, Khalida terus angkar.

“Lida, mak kamu bergaduh dengan datuk!” beritahu Kak Jah. Dada Khalida turun naik mendengarnya. Lagi satu, perangai mak macam Lida jugak, cepat hilang sabar. Patut lah sejak dari tadi, rasa tak sedap hati saja. Ingat Khalida, mak awak tak boleh stress! Kata-kata Dr. Rahmat tergiang lagi.

“Apa hal?”

“mak bergaduh dengan papa!” sahih ada benda dah tak kena ketika kami balik tadi.

Ilham memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke rumah mak, tetapi Khalida rasa lambatnya nak sampai rumah papa. Bila sampai saja Khalida berlari dapatkan mak sebab terdengar suara mak dengan jelas tadi sewaktu Khalida menolak pintu rumah.

“Sanggup abang halau anak saya? Sedangkan anak abang yang sengaja fitnah dia. Kerana abang, saya kehilangan anak kesayangan saya tahu tak?” marah mak sambil menangis. Khalida mengigit bibirnya.

“Abang tak tahu, Imah. Abang menyesal halau Adli tempoh hari..,” ujar papa separuh sebak. Ilham memandang wajah Khalida. Khalida pula terus dapatkan mak. Tengok muka mak, khalida tahu maknya itu tengah stress sangat.

“Mak, adik okey lah!” pujuk Khalida.

“Mak yang tak okey sekarang, Khalida..,” tengking mak. Belum habis pun cakap, mak terkulai di hadapan Khalida. Mak pengsan! Ilham rangkul mak supaya tidak jatuh di hadapan ke lantai.

“Mak!” jerit Khalida.

“Kita bawa mak ke hospital, Lida!” kata Ilham sambil mendukung mak.

“Ana, kan akak dah pesan, kita lupa kan perkara ini. Mak akak ni dia tak boleh terlalu stress dan susah hati,” marah Khalida kepada Juhana. Sebenarnya nak marah Datuk Razali juga.

Bawa mak ke hospital kepunyaan Dr. Rahmat yang pernah merawat mak dulu. Itu lebih memudahkan kerana sejarah penyakit mak sudah diketahui oleh Dr. Rahmat. Tekanan darah mak naik terlalu tinggi, jantung mak turut bergerak pantas.

“Berapa kali pakcik pesan kat Lida, Mak lida tak boleh susah hati, tak boleh stress dan dalam keadaan gelisah,” marah Dr. Rahmat.

“Lida...,” air mata Khalida yang ditahan bertahun lamanya kini gugur satu persatu. Apa aku nak buat nih? Rasanya mak boleh mendengar lagi suara ku. Aku kena bertindak pantas untuk selamatkan nyawa mak sekarang.

“Abang, tolong tempah tiket kapal terbang untuk Adli sekarang, Lida nak call Adli suruh dia balik sekarang,” pinta Khalida. Ilham yang gelabah terus bertindak.

“Adik, akak nie. Kau kena balik sekarang jugak, mak jatuh sakit sebab kes kau tu lah. Kau jangan beri apa-apa alasan dekat kau, yang pasti kau balik dengan tiket terawal. Abang Am dah tempah tiket untuk kau pulang secepat yang mungkin. Tak ada maknanya kau merajuk, nyawa mak yang lebih penting,” arah Khalida.

“Mak, Adli dalam perjalanan balik. Mak cepat bangun yer, nanti anak mak tu sampai,” pujuk Khalida. Tangan mak mula bergerak. Khalida mengesat air matanya dari mengalir.

Ditarik tangan Ilham keluar dari bilik rawatan, Datuk Razali dan Juhana sedang termenung di tempat duduknya.

“Dapat tak tiket?” soal Khalida.

“Dapat, tiga jam dari sekarang Adli boleh bertolak balik dari Dubai ke Malaysia!” jawab Ilham.

“Alhamdulillah!” jawab Khalida. Mak kena kuat!

Khalida menuju ke arah tempat duduk Juhana dan Datuk Razali.

“Lain kali nak buat apa-apa tindakan, fikir lah dulu yer, tengok sekarang apa dah jadi. Abang dengan akak bergaduh, papa dan mak pun bergaduh. Adli tu dah ada di Dubai pun. Tindakan Ana melibatkan banyak orang, tahu tak?” ucap Khalida. Sabar lama dah, orang suruh diam, bising jugak. Orang suruh lupakan saja, nak ungkit, sekarang apa dah jadi?

“Kak, Abang, Ana minta maaf,”

“Kita belajar dari tidak mahu melakukan kesilapan, bukan meminta maaf selepas membuat kesalahan!” ucap Ilham, sebenarnya nak tuju dekat papa.

“Sudah, Ilham. Sakit hati papa mendengarnya!” ujar Datuk Razali.

“Kita dah banyak buat kesilapan dan kesalahan kepada keluarga mak dan Lida, papa!” perlahan ucapan itu bergema di bibir Ilham.

Adik-adik yang lain tak tahu lagi. Nenek di kampung pun tak tahu lagi, kalau tahu macam mana? Harap perjalanan Adli berjalan dengan lancar. Itu doa Ilham di dalam hatinya.

Selepas tiga jam, mak mula sedar dan tentunya mak mencari Adli, anak kesayangannya itu.

“Jauhnya adik kau pergi membawa diri yer!” ucap mak.

“Nanti dia balik, mak!” balas Khalida sambil mengenggam tangan mak,

Tunggu Adli balik terlebih dahulu, selepas itu baru beritahu adik-adik yang lain.

Previous: BAB 60
Next: BAB 62

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.