Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 20

ILHAM KHALIDA – BAB 20

Mengadap muka bos merangkap papa mentua. Datuk Razali sudah putuskan semua kerja-kerja banyak melibatkan kami berdua. Dulu, aku buat kerja lain, Ilham buat kerja yang lain, tetapi kali ini, semua mesyuarat dan setiap perbincangan dengan pihak luar melibatkan kami berdua. Hai, Datuk Razali, apa dah jadi ini.
“Okey setakat ini saja perbincangan kita yer, apa-apa hal nanti saya akan beritahu awak berdua,” kata Datuk Razali. Ilham bangun dan mula beredar. Begitu juga dengan Khalida.
“Khalida, saya nak jumpa awak,” beritahu Datuk Razali. Langkah kaki Khalida terhenti.
“Ya, datuk!”
“Duduk Khalida,”
“Terima kasih, datuk!” Khalida duduk di hadapan Datuk Razali. Habis saja belajar dia terus berkhidmat di sini, kerana pembiayaan pengajiannya di taja oleh syarikat ini. Selepas setahun bekerja, baru lah dia berkahwin dengan Ilham Hakimi.
“Papa nak cakap sikit dengan Lida,” perlahan saja suara Datuk Razali. Datuk Razali memang menyebut namanya dengan panggilan Papa. Khalida saja yang masih memanggil datuk, kerana Datin Rinie amat marah andainya Khalida memanggil papa.
“Ada apa tu, datuk?”
“Apa pun terjadi nanti, papa berharap sangat Lida terus berkhidmat di syarikat ini. Lida saja yang papa harapkan untuk menolong Ilham menguruskan syarikat ini. Papa tahu rumah tangga kamu sedang panas sekarang,” lancar saja kata-kata Datuk Ilham. Dalam hal cinta dan kasih sayang, kita tidak boleh memaksa. Ilham mencintai Zura, hal ini memang dia sudah tahu sejak dari dulu lagi. Dan dia menyerahkan hal seperti ini kepada tuan empunya diri. Tidak memaksa dan tidak menghalang. Tetapi dalam hal syarikat dia perlu masuk campur. Khalida seorang pekerja yang boleh diharapkan. Dia adalah aset syarikat dan dia amat menyenangi Khalida dalam hal-hal pengurusan syarikatnya.
“Insha ALLAH, datuk!” kata Khalida. Pesanan yang sama dari Ku Ibrahim, agar dia terus berkhidmat di sini andainya jodohnya tiada dengan Ilham nanti.
“Bagus lah begitu, senang hati papa mendengarnya!” balas Datuk Razali sambil tersenyum.

Waktu tengah hari, dia melihat Ilham keluar dengan Zura dan Datin Rinie. Bakal mak mentua pun ada sekali. Khalida hanya mengelengkan kepalanya. Bukan saja Zura tidak lepaskan Ilham, Datin Rinie pun tak akan lepaskan Ilham begitu saja.

Oleh itu, usah mengharap sangat dengan Ilham nie.

Petang ini, Khalida ada temujanji dengan Rifky. Emma tak dapat pergi kerana ada hal nak kena urus. Terpaksa lah Khalida pergi sendiri. Tetapi naik kereta asing-asing untuk sampai ke rumah Rifky. Sampai saja di rumah banglo mewah kepunyaan mama Rifky, dia memang sedang menunggu Khalida pun.

Sebaik saja Khalida turun dari kereta dia terus datang menyambut Khalida. Dipeluknya Khalida dengan mesra.
“Hari-hari Rifky cerita tentang Lida, ini yang buat mak cik tak sabar saja!” kata Datin Jenny sambil mengenggam erat tangan Khalida. Khalida memandang ke arah Rifky.
“Tak ada apa lah, datin!” balas Khalida.
“Jangan panggil datin tu, datin tu gelaran saja. Sesuai sangat kalau Lida panggil mak cik ke, mama ke, lagi sedap dengar!” ramahnya Datin Jenny ini, dan Khalida senang hati dengan layanan darinya. Wanita baba nyonya ini tidak lokek dengan senyuman.
“Ha, Khalida kan?” sampuk pula Datuk Edmond sambil menghampiri Khalida. Dia ini hali perniagaan yang berjaya dan terkenal. Tahu lama dah tentang dia orang nie.
“Yup, saya datuk!”
“Tak payah datuk-datuk ha, esok-esok nak jadi menantu saja juga!” usik Datuk Edmond. Pilihan Rifky amat tepat sekali. Khalida ini bukan saja cantik, tetapi dia ada ilmu dan dia tegas dalam setiap perkara. Suka sangat dengan Khalida.
“Saya nie orang susah datuk, keluarga saya biasa-biasa saja!” beritahu Khalida merendah diri.
“Tak kisah. Kita terima awak seadanya, yang penting Rifky suka dan awak boleh memberi kebahagiaan kepada dia,” balas Datuk Edmond. Aku melawak saja, sebab aku ini isteri orang. Harap-harap dia orang pun main-main macam aku juga.
“Datuk nie, kita berlainan agama lah!”
“Suruh Rifky masuk islam, sebab islam tu agama yang suci dan mulia. Paling tinggi dari agama-agama yang lain,” celah Datin Jenny membuatkan Khalida tersentak. Sporting habis dia orang ini. Tak pernah jumpa lagi keluarga yang baik macam ini. Rifky tersenyum saja.
“main-main saja kan?” kata Khalida ketika Datuk Edmond dan Datin Jenny pergi ke tempat lain.
“Sungguh!”
“Ha!”
“Dah cakap kat dia orang perempuan yang saya suka adalah seperti Khalida!” jelas Rifky membuatkan muka Khalida merah.

Terus Khalida tarik muka tanda tidak suka.
“Gurau saja lah!” pujuk Rifky sebelum meninggalkan Khalida bersama dengan mamanya.
“Saya nak awak pilih cat warna apa yang sesuai dengan rumah saya, dan macam-macam lagi. Jom, kita masuk ke dalam rumah!” ajak Datin Jenny sambil menarik tangan Khalida masuk ke dalam rumahnya. Sebenarnya hendak berkenalan lebih dekat dengan Khalida.

Khalida memang berbakat bab-bab hiasan dalaman ini. Jadi memang suka cadangan yang Khalida berikan. Selebihnya dia mahu berbual dengan Khalida. Gadis ramah dan tegas. Padan sangat dengan anak tunggalnya.
“Pertama kali Rifky jatuh cinta, sebelum ini tiada yang pernah hadir untuk mencuri hatinya, tetapi Khalida berjaya membuatkan Rifky tidur tak lena, tersenyum sorang-sorang kat rumah!” beritahu Datin Jenny.

Hmm, aku tidak pernah susah hati dalam banyak perkara tetapi kata-kata Datin Jenny membuatkan aku resah sangat.
“Dia bergurau saja tu!”
“Dalam soal hati dan perasaan kita tidak boleh bergurau, Khalida!” kata Datin Jenny, menaikkan keresahan ke dalam hati Khalida semakin tinggi. Aku tak mahu Rifky kecewa nanti.
“Kalau lah saya bukan isteri orang, mungkin saya akan pertimbangkan tetapi saya kepunyaan orang!” jelas Khalida sambil tersenyum.
“Waw, salah satu sebab kenapa kita orang suka Lida nie sebab Lida jujur, berani berterus terang. Saya nak jumpa dengan ibu Lida, nanti. Boleh?? Pinta Datin Jenny. Dah melarat dah nie?

Aduhai hati, kenapa hari ini jadi macam ini?

Selesai makan petang, Khalida mohon diri. Rifky mengekorinya sampai ke kereta.
“Dulu tak cakap ada hati dekat saya, kalau tidak kita dah kahwin pun hari ini!” gurau Khalida. Kau terlambat sangat!
“Apa nie? Mama dan papa saya cakap apa pulak?” mama nie orang suruh berahsia, dia cakap pula kepada Khalida. Malunya! Kalau Khalida tak mahu berkawan dengan saya nanti, macam mana? Saya tak nak kehilangan Khalida, mama!
“Awak cakap tentang saya macam-macam yer, malu saya!” ujar Khalida pula. Dia pula yang malu. Aku lagi lah malu. Menyimpan perasaan kepada isteri orang. Bawa bertenang, Rifky!
“Sorry,” pinta Rifky. Rasa bersalah pun ada sekarang. Dan yang paling takut, takut Khalida mengamuk dengannya.
“Tak suka!” rajuk Khalida membuatkan Rifky gelabah.
“Sorry.. nanti saya marah mama saya!” kata Rifky. Khalida senyum dalam resah.

Aku tak tahu keluarganya macam mana? Tak sangka keluarganya berfikiran terbuka dan boleh menerima aku. Yang penting adalah penerimaan mereka kepada aku. Itu yang sebenarnya.
“Tak usah lah fikir lagi perkara ini dan jangan susah hati. Saya tak nak awak susah hati, Lida!” kata Rifky sebelum Khalida menghidupkan enjin keretanya.

Khalida hanya mampu menganguk.

Previous: BAB 19
Next: BAB 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.