Mengandung pun kena rahsia
ke? Aduhai, mengandung cicit orang kaya ini susah rupanya. Macam-macam hal
lagi.
“Mak dan papa sedang dalam
perjalanan ke kampung lah, tinggal nenek kasma dengan nenek Ku di rumah kita,”
“Hish, balik berdua?” soal
Khalida. Mereka dalam perjalanan pulang ke rumah Datuk Razali. Hendak terus
balik ke kampung pun, pakaian mana ada. Dia orang kan bermalam di hotel
semalam.
“Yup. Balik berdua. Orang
tengah berbulan madu kata kan,” jawab Ilham.
“Kalau kita balik, nanti
ganggu papa dan mak pulak,” Betul tak? Sedangkan mak dan papa perlukan ruang
untuk mereka berdua-duaan. Pasangan yang lama bercinta, mesti banyak cerita
yang mahu dibualkan.
“Kita balik rumah kita lah,
Lida mana pernah balik rumah kita lagi kan?” kata Ilham. Betul, tak pernah
bermalam lagi di rumah sendiri, tapi pergi tu kerap sangat. Pergi kemas rumah,
masak untuk Ilham, sebab Ilham merajuk ketika itu.
“Elok juga tu, tetapi yang
penting singgah ambil pakaian di rumah papa!” cadang Khalida. Ilham mengangguk.
Baru nak sampai di hadapan rumah,
Juhana telefon dan memberitahu makcik-mak cik Ilham sedang bising di dalam
rumah mereka. Kononnya datang melawat Khalida yang tiba-tiba menghilang di
dewan semalam. Ilham berfikir panjang, tentu ada sesuatu yang mereka cari,
kalau tidak masakan mereka hendak datang ke rumah.
“boleh drive tak?” soal
Ilham. Sejak Khalida muntah-muntah dan pening semalam, semuanya buat Ilham
gelisah saja.
“Boleh, kenapa?”
“Abang hantar Lida sampai
jalan ke rumah papa dan Lida drive sendiri,”
“Okey, tapi kenapa?”
“Mak cik-mak cik kesayangan
Lida tengah tunggu Lida kat rumah!”
“he he he...,”
“Dia orang hairan Lida
hilang semalam,”
“Ooo, gitu!” rasanya dia
faham kenapa mereka berpisah di simpang jalan ini. Hendak kena berlakon lah
nie.
Khalida pulang dahulu. Di
ruang tamu memang ada ketiga-tiga emak saudara Ilham sedang berbual dengan dua
orang nenek mereka. Sebaik saja nampak Khalida masuk ke rumah, mereka bertiga
terus diam. Mata tertumpu kepada Khalida tetapi tidak berani untuk menyoal
apa-apa.
“Kenapa Lida? Kau sengaja
buat-buat pengsan kan? Selepas tu kau lari dari bilik hotel. Hilang entah ke
mana. Puas Ilham cari kau semalam?” soal
nenek Ku Salbiah. Aik, nenek lagi pandai, terus buat-buat marah.
“Pergi lah mana pun, Abang
Am tu bukan kisah dengan Lida pun,” jawab Khalida agak kasar. Puan Nora dan Puan Zaitun tersenyum penuh
bermakna. Bahagianya tengok Khalida dan Ilham bergaduh. Itu yang mereka
sangkakan.
“Kau tak boleh mengandung,
tu yang Ilham tak suka!” sampuk Puan Nora sambil tersenyum penuh kegembiraan.
Mujur perut tak nampak lagi, kalau tidak terguling mak cik- mak cik nie tengok.
Tetapi sikit hari boleh tengok juga.
Ilham pula sampai, masuk
saja sudah tunjuk muka masam mencuka.
“Pergi mana semalam, lari
dari bilik hotel macam itu saja. Kalau tak suka majlis saya tu pun, awak tak
payah lah nak tunjuk perangai jantan awak tu?” marah Ilham di depan mak cik-mak
ciknya. Ayat boleh sama dengan Nenek Salbiah pula. Khalida rasa nak tergelak
sangat apabila Ilham menyebut perkataan jantan. Itu yang tak tahannya.
“Saya tak suka lah majlis
kahwin macam tu,” beritahu Khalida.
“Awak kena ikut cakap saya,
nie asyik lawan cakap saya saja” kata Ilham.
“Ceraikan saja Ilham, kau
simpan Khalida nie bukan boleh buat apa? Mengandung pun tak boleh. Sah-sah
mandul!” sampuk Puan Zaitun. Mata Ilham dan mata Khalida saling
berpandangan. Biar hati sedang
berbicara. Betul lah sangkaan mereka semalam, kandungan ini perlu dijaga dan
dilindungi.
“Mak cik jangan masuk
campur urusan saya dengan suami saya, boleh tak? Mak cik balik rumah jaga keluarga
mak cik,” kata Khalida memberi amaran. Ilham pula yang tak tahan dengan
kata-kata Khalida. Dia menahan ketawanya.
“Aik, kau tu yang
sepatutnya malu, perempuan tak sedar diuntung. Perempuan kalau dah tak boleh
mengandung tu, dah tak ada maknanya lagi buat orang lelaki,” kata Puan Nora
pula. Khalida mengucap di dalam hati, sampai macam tu sekali.
“Khalida, kau ikut aku!”
berang Ilham semakin menjadi. Ditarik tangan Khalida, nampak saja kasar tetapi
sebenarnya perlahan saja.
“Apa nie? Awak nak buat apa
dengan saya hah?” tengking Khalida.
“Tahu lah saya nak ajar
awak, sebab awak engkar semalam. Tahu pula awak jalan balik ke rumah ini yer,”
marah Ilham. Khalida buat-buat meronta.
Masuk dalam bilik saja,
dua-dua ketawa. Tak tahan dengan lakonan masing-masing.
Sebaik saja mereka masuk ke
dalam bilik, emak saudara Khalida terus pulang ke rumah kerana mereka sangkakan
Ilham dan Khalida masih bergaduh. Jadi puas lah hati mereka. Ilham letakkan
tangan kanannya di atas perut Khalida.
“Nie tak besar lagi, kalau
besar perut nie lagi kecoh!” kata Ilham.
‘Kita berahsia lah sampai
baby nie selamat lahir kat dunia nie,” kata Khalida turut memegang tangan Ilham
yang sedang memegang perutnya.
“Boleh ke berahsia?” soal
Ilham. Sampai bila boleh berahsia. Sebulan dua boleh lah.
“Insha ALLAH, ALLAH akan
lindungi kita bertiga!” balas Khalida sambil memegang pipi Ilham.