Pening sangat sedangkan
kalau boleh nak ajak Ilham pergi scan saat ini, sebab nak tengok betul ke tak
ada baby dalam perut nie. Tapi rasa mual itu datang semula. Khalida menolak
Ilham yang sedang memeluknya dengan kuat.
“Lida,”
“Nak muntah lah!” jawab
Khalida. Memang macam ini ke orang mengandung?
Seksanya. Ilham mengurut belakang Khalida. Dihulurkan air untuk Khalida
kumur. Khalida berjalan perlahan.
“Hmm, teruk sangat Lida
nie,” keluh Ilham. Tapi nak buat macam mana, itukan alahan orang mengandung.
“Majlis abang nie habis
pukul berapa?”
“11.00 malam!”
“Sekarang pukul berapa?”
tak boleh nak tengok sebab kepala pusing.
“Baru pukul 10, kenapa?”
“Abang pergi layan tetamu
dulu, tetapi jangan cakaplah Lida jadi macam nie?” suruh Khalida. Ilham wajid
ada di sana, sebab majlis ini majlis dia dan aku.
“Jadi, macam mana sayang?”
soal Ilham, suka sangat mengusik Khalida.
“Org tengah pening nih,”
jerit Khalida, geram dengan usikan suaminya.
“Ha ha ha.. ,”
“Tak sukaaa..,”
“Bawa bertenang, Lida rehat
dulu, abang panggilkan Emma atau shima datang temankan Lida,” beritahu Ilham
sambil memegang pipi kanan Khalida.
“Tak nak, Lida nak
bersendirian,” jawab Khalida.
Apa dah jadi ni? Sepatutnya
ini majlis persandingan aku dan Ilham. Tetapi sudah jadi sebaliknya. Kasihan
Ilham, pengantin perempuan jadi macam ini pulak.
Terdengar suara dua orang
perempuan yang masuk ke dalam biliknya, tetapi waktu itu Khalida seperti berada
di alam mimpi. Pejam mata dan tidur saja. Mujur lah boleh lena, dari melihat
dinding dan segala macam dalam bilik ini berpusing.
Lama dia terlena, bila
terjaga tangan Ilham sedang memicit dahinya dengan lembut dan perlahan.
“Abang!”
“Ya, sayang!” Buka mata dan
lihat jam. Sudah pukul satu pagi, dan masih di dalam bilik hotel.
“Tak balik rumah ke?” soal
Khalida. Pening kepala dah berkurangan. Boleh bangun pun.
“Abang memang tempah bilik
ini khas untuk kita malam ni, kononnya nak berbulan madu, nak rasa malam
pertama dengan Lida, alih-alih jadi macam ini pula,” gurau Ilham. Tetapi memang
dia tempah bilik ini untuk mereka berdua.
“Ha ha ha, abang nie lawak
lah!”
“Serius, mana tahu berkat
buat majlis bersanding tadi, Lida boleh mengandung, rupanya dah ada isi pun,”
“Jangan berangan lagi,
boleh tak? Kita belum buat apa-apa pengesahan dari doktor lagi. Mana tahu benda
nie tersilap ke?” kata Khalida. Buatnya tak betul, haru kita nanti.
“Abang dapat rasakan memang
baby nie dah ada antara kita,” kata Ilham yakin benar.
Khalida tersenyum. Tengok
pakaian yang terletak di badannya, dan pakaian ini sudah bertukar. Siapa yang
tolong tukarkan. Rasanya tadi dia masih berbaju pengantin berwarna biru.
“Siapa tukar baju Lida?”
“Abang lah,”
“Hah?” dia yang tukarkan. Maknanya??
Huwaa, tak sanggup biarkan dia melihat aku.
“yang terkejut sangat nie
kenapa?” ujar Ilham. Lama kahwin pun perangai macam baru kahwin semalam?
“Abang tengok...,”
“Lebih dari tengok!”
“Tak best lah, abang ambil
kesempatan. Mana boleh tengok!” rungut Khalida. Suka-suka tukar pakaian aku apa
kes?
“Hish, jangan cakap macam
kita baru kahwin, boleh tak sayang?”
“Sayang abang tu ada
makna..,” balas Khalida. Laju saja ayat yang muncul dari bibirnya.
Ilham mengelengkan
kepalanya.
“Nak makan tak? Lida dari
tadi tak makan apa-apa pun. Nanti perut tu sakit pula!” soal Ilham. Lapar
memang lapar, tetapi tidak tahu nak makan apa?
Tiba-tiba rasa macam nak
makan benda ini. Kalau minta ada tak? Apakah permintaan ini terlalu melampau.
“Lida abang tanya nie..,”
“Nak makan laksa kuah
lemak, boleh?” beritahu Khalida sambil tersenggih. Pagi buta macam ini, nak
cari di mana. Lain lah siang!
“Ulang sekali lagi,
sayang!” kata Ilham perlahan. Ini ke orang panggil mengidam.
“Laksa kuah lemak!” balas
Khalida mohon pengertian.
“Spageti carbonara nak?”
tukar Ilham. Aik sengaja tukar menu lah tu. Siapa nak jual laksa tengah pagi-pagi buta
nih.
“Boleh lah tu, tapi nak
makan di luar!” cadang Khalida. Rasa dah okey dah nie.
“Boleh ke? Buatnya pening
kepala, meloya, muntah ke kat tempat orang macam mana?”
“Insha ALLAH, tak muntah
punya!”
Alhamdulillah, boleh makan
pun. Dan yang penting tak muntah pun. Jadi boleh tidur dengan senang hati.
Pagi ini, terus pergi jumpa
Dr. Rose untuk buat pengesahan. Kedua-duanya tidak sabar nak tahu betul ke tak?
Maka perlu buat pemeriksaan rapi dengan Dr. Rose untuk mendapat pengesahan.
“Dah 14 minggu lah Khalida,
awak ni sampai tak sedar ke?” rungut Dr. Rose sambil tersenyum. Masing-masing
tersenyum sebab dah tengok gambar scan sekejap tadi. Yup, betul dah ada anak
Ilham dalam perut Khalida.
“Last period awak bila?”
soal Dr. Rose lagi.
“Tiga bulan yang lalu.”
“Habis awak tak syak
apa-apa?”
“Tak. Saya ingat saya
stress jadi period saya tak menentu!” jawab Khalida.
“Suami isteri sama saja kau
orang nie,” kata Dr. Rose.
“Pulak!” kata Ilham.
Kandungan ini perlu
dirahsiakan kerana ramai yang tak mahu dia lahirkan ke dunia ini. Ilham mula
kerisauan bila teringatkan perkara ini.
“Abang jangan cakap dengan
orang lain, kita perlu rahsiakan perkara ini,” kata Khalida. Dia tahu dia kena
rahsiakan hal ini. Ilham terus telefon
papa dan adik-adiknya agar merahsiakan hal ini dari orang lain. Kandungan ini
amat penting sekarang, dan sebarang cerita kurang enak akan datang selepas ini
sekiranya emak-emak saudaranya tahu akan hal ini.
“Kita pindah balik tinggal
di kampung. Di sana jauh dari dia orang ini,” cadang Ilham.
“Kerja??”
“Lida tak usah kerja lagi
buat masa sekarang. Selepas semua okey baru masuk ofis.”
Ikut saja lah.