Home Novel Komedi/Romantik Komedi SANDIWARA CINTA
SANDIWARA CINTA
pitteriah abdullah
16/12/2013 10:09:53
230,450
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
BAB 17

SANDIWARA CINTA (BAB 17) ENDING

Badrol bawa cerita ini sampai ke kampung, mujur lah kita orang dah cakap awal-awal dekat ayah dan mak, jadi ayah tak lah terkejut sangat. Geram dengan semua ini, Badrol cuba langgar Iman Amani dengan keretanya, mujurlah Ezzat Iskandar sempat menarik Iman Amani ke sebelahnya. Badrol yang membawa kereta dengan laju telah melanggar pokok besar di seberang jalan. Badrol cedera parah, tetapi mereka berdua juga yang bawa Badrol ke hospital.

“Badrol ni lah yang penyebab abang boleh jumpa dengan Iman!” ujar Ezzat Iskandar ketika berjalan keluar dari hospital. Malas nak tunggu Badrol, apabila seluruh keluarganya datang.

“Kena ucap terima kasih kat Badrol lah ni..,” perli Iman Amani. Entah kenapa hati Iman sakit sangat bila sebut nama Badrol tu. Harap-harap Badrol insaf dan mendapat pengajaran dari apa yang berlaku.

“Eleh, abang bergurau saja lah. Itu pun nak marah ke?” mujur lah kami berdua selamat dan tak ada-apa berlaku.

“Takdir yang bawa abang kat Iman lah, bukan kerana Badrol tu,” tak suka lah kaitkan Badrol dalam cerita kami.

“He he he..,”

Tujuh Tahun Berlalu

Cepatnya masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik, sudah lapan tahun kami berkahwin. Anak pun dah ada tiga. Dua lelaki seorang perempuan. Anak-anak kami tentu lah rapat dengan mama, sebab mama yang menjaganya. Ingatkan anak berderet-deret ni boleh lah tinggal di rumah asing, rupanya lagi lah mama tak benarkan sebab tak nak berpisah dengan cucu-cucunya. Kalau boleh ke kampung pun, mama tak benarkan kita orang bawa anak-anak pulang, jadi kita orang balik berdua saja. Ezzat Iskandar pula kerap balik seorang diri, aku kena tinggal dengan anak-anak. Ezzat Iskandar kalau tak balik seminggu sekali ke kampung, rasa macam tak lengkap pula hidupnya.

Hari ini kami balik bersama dengan anak-anak, tetapi malam nanti, mama dan papa akan datang bermalam di sini juga, Sebab kali ini aku yang bertegas dengan mama, untuk bawa pulang anak-anak, sebab ayah pun rindu juga kat budak-budak ni.

“tak boleh nak buat apa dah ayah, mama layan saya macam menantu dia, bukan macam anak dia. Dia lebih sayangkan Iman dari adik beradik yang lain!” luah Ezzat Iskandar. Hendak marah Iman Amani pun tak boleh, sebab mama akan membela Iman Amani. Jadi kena marah dalam hati saja lah.

“Cemburu ke?” balas Iman Amani sambil membawa dulang berisi air.

“Kecil hati lah, sebab Iman dah rampas kasih sayang mama kami nih!” jawab Ezzat Iskandar. Dulu mama memang sayangkan adik perempuan kami, mungkin mama anggap Iman tu penganti tempat adik, jadi kasih sayang mama hanya untuk Iman Amani saja.

“He he he...,” jawab Iman Amani semakin berseri-seri. Tuah aku kan? Dapat mak mentua yang sporting habis macam itu.

“Sandiwara cinta konon, tengok anak pun berderet-deret dah. Teruk lah along ni!” celah Eija pula yang datang membawa kek pisang.

“Tu kena tanya Abang Ezzat kau? Along tak bersalah dalam hal ni?” Betul kan? Dia yang tak nak mengaku ada hati kat aku, sengaja cari pasal dengan aku adalah. Jawabnya dekat setahun juga lah hidup kami tidak tentu arah.

“Jangan lah ungkit lagu Sandiwara Cinta tu, abang sakit jiwa mendengarnya. Tapi ada orang dekat-dekat nak lari dah dari abang kes sandiwara cinta nih..,” balas Ezzat Iskandar pula.

“Dah, dah, ayah tak suka lah. Kerana kau orang berdua ayah berapa kali keluar masuk hospital,” sampuk ayah pula. Masing-masing hanya tersenyum saja.

Ezzat Iskandar dan papa ikut ayah ke pekan. Mama dan mak pula entah apa yang dibualkan. Tinggal kami berdua di atas beranda sambil menikmati angin petang yang mendamaikan. Adik kami Ika dan kahwin empat tahun yang lepas. Dah ada anak seorang pun. Angah saja yang tak kahwin lagi.

“Abang Zarul pun tak kahwin lagi!” beritahu Eija. Tahu tentang itu. Kerap jugak jumpa abang zarul di bandar, tetapi berbual biasa saja. Hendak tanya lebih lanjut tak berani takut jawapan abang zarul boleh buat Iman Amani tidak tidur lena pula.

“Angah pikat lah abang zarul, dia baik lah. Berjaya dan duit banyak tu!” cadang Iman Amani. Hati aku hanya tertulis nama Ezzat Iskandar saja, walaupun satu ketika dulu, dia pernah melukai dan menyakiti hati ku. Abang Zarul petani moden yang berjaya. Dia ada ladang nenas yang beratus ekar, ada ladang getah, tanah sawah berekar-ekar, ada kolam udang dan kolam ikan keli.

“Along ni ke situ pula!”

“mana tau jodoh Angah dengan abang zarul!” lagi pun mak memang nak sangat abang zarul jadi menantu dia. Sekarang tinggal angah saja yang tak kahwin lagi. Entah lah, soal jodoh ni hanya ALLAH saja yang tahu.

“harap-harap masin lah mulut along!”

“Hah?” terkejut Iman Amani mendengar kata-kata adiknya. Eija mengulumkan senyuman.

Boleh tidur semalam saja lah, sebab dah kena balik semula ke rumah mama dan papa. Tetapi suami tak balik. Dia jadi anak lelaki ayah, kalau balik jumpa ayah, kena tinggal banyak hari, baru boleh balik.

“Dah terbalik ni, Ezzat pula jadi anak ayah!” gurau ayah. Ayah kan kalau orang cakap Ezzat Iskandar tak baik, boleh marah dan tak cakap dengan semua orang. Marah sangat.

“Macam-macam lah kau orang ni!” ujar mak sambil tersenyum saja. Puan Sri Nazimah, dia tak kisah, asalkan Iman Amani dan cucu-cucunya balik bersamanya.

Apa pun kami memang saling memahami dan saling mengerti. Cukuplah tu.

Dalam hidup ini bukan semuanya boleh kita aturkan. Kita hanya menjalani kehidupan, tetapi yang berhak adalah ALLAH.

------------------------------------------TAMAT..............................................................................

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.