Mujurlah sebelah malam Ilham tidak pening kepala atau
naik meloya. Muntah pun tak dan selalunya sebelah malam Ilham yang akan
memanjai Khalida. Letak losyen, dan urut tangan Khalida sehingga ke belakang
Khalida. Walaupun Khalida segan tetapi dia sememangnya mengharapkan belaian
itu. Cuma bila kaki Khalida kekejangan, dia memang tak benarkan Ilham mengurut
kakinya itu. Itu bukan kerja seorang suami.
Walaupun mungkin perkara biasa untuk perempuan mengandung yang lebih suka
membiarkan suami mereka mengurut kaki mereka.
“Biar abang yang urutkan,” pinta Ilham tetapi Khalida
menepis kakinya.
“Tak mengapa, Lida boleh buat sendiri,” tolak Khalida
ataupun mintak tolong dengan nenek saja.
“Lida nie, abang suami Lida lah!” tahu Khalida masih
segan dengannya.
“Lagi pun sekejap saja nie, nanti okey lah tu!” kata
Khalida tetap menolak hasrat suaminya itu. Ilham tetap melakukannya. Khalida
memegang tangan Ilham dengan erat dan menghalang tangan suaminya dari bergerak
di atas kakinya.
“Dah okey lah!” tipu Khalida. Ilham tersenggih.
“Tak usah lah tipu abang, Lida memang tak boleh nak tipu
abang pun!” kata Ilham. Dia tahu Khalida lengguh berdiri untuk masak kepadanya
setiap hari. Dengan keadaan macam nie
kena masak yang sedap-sedap pula untuknya.
“Lida tak selesa abang urut kaki Lida, tak usah lah
risau, tanggungjawab Lida kan?’ lembut suara Khalida. Lida urut kaki abang,
okey lah, tetapi Lida bukan uan puteri yang perlu abang layan Lida sampai
begitu sekali.
“Lida pun jangan lah bimbang, Lida mengandung anak abang
kan? Kalau Lida saja-saja, tak mengandung, abang pun tak sudi nak urut kaki
Lida tu,” balas Ilham. Kedegilan
suaminya itu memang Khalida kenal benar.
“Kenapa Ilham?” soal nenek yang baru muncul di hadapan
pintu bilik mereka. Tadi, terdengar suara Khalida mengaduh kesakitan.
“Kaki kejang, nek!” beritahu Khalida.
“Mari nenek sapu kan minyak!” pinta nenek Kasma.
“Dah okey, nek!” balas Khalida.
Percutian Datuk Razali dan Puan Naemah terpaksa di
pendekkan kerana alahan yang Ilham alami. Cadang nak bercuti panjang, tetapi
urusan syarikat banyak yang tergendala kerana timbalan pengarah sedang bercuti.
Sudah masuk tiga minggu, Ilham masih
mengalami alahan. Cuma sekarang, muntah saja yang dia alami. Pening tu dah
berkurang. Kandungan Khalida pun dah masuk tujuh bulan.
“Am, kereta kau kemalangan, ada orang sengaja langgar
kereta kau dari arah belakang!” beritahu Datuk Razali. Mujur lah dia dan
isterinya selamat. Siapa punya kerja agaknya.
“Siapa pula yang buat kerja nie pula?” gusar Ilham.
“Tak tahu lah, papa dan buat laporan polis. Biar polis
yang menyiasat perkara ini,” beritahu Datuk Razali. Niat awal nak menghantar
isterinya pulang ke kampung untuk menjaga Khalida, tetapi rasanya kemalangan
itu ada lah satu perancangan dari orang yang mahu mencelakakan Ilham. Mungkin
orang itu menganggap Ilham yang memandu kereta tersebut. Ilham pulang ke
kampung dengan menaiki kereta Ariff tempoh hari.
“Kenapa abang am?” soal Apul. Ilham ceritakan apa yang
berlaku.
“Lida tak nak larikan diri dah, rasanya elok dia orang
tahu Lida tengah mengandung sekarang,” kata Khalida yang mendengar cerita dari
suaminya tadi.
“Mana boleh, kita kena rahsiakan perkara ini!” tegas
Ilham.
“Tetapi sampai bila? Abang kena tegakkan hak abang lah.
Sampai bila kita nak kena jadi penakut!” kata Khalida.
“Betul juga kata Kak Lida tu!” sokong Apul.
“Buat lah syarat kat dia orang tu, abang kan bijak!”
sampuk Khalida pula.
“Masuk sembilan bulan kita balik!” kata Ilham.
“Abang nie..,”
“Rehat saja di kampung ini, pandai lah abang uruskan
hal-hal dia orang tu!”
Setengah jam kemudian, Ilham menelefon peguam atuknya,
lama juga mereka berbual dan berbincang. Akhirnya Ilham sudah ada keputusan
sendiri. Kali ini dia tidak mahu beri peluang lagi kepada saudara-maranya yang suka
sangat cari pasal. Tak habis-habis buat kerj jahat ke atas keluarga mereka.
“ayien, kau ramai kawan kan, jom kita pergi serang mak
saudara abang!” kata Ilham yang menelefon Ayien yang jauh di Perak.
“Ha ha ha.. abang nie, kita ada undang-undang lah!”
“Tak habis-habis cari pasal!”
“Saya suruh kawan-kawan saya siasat siapa yang langgar
kereta Abang tu, nanti saya suruh orang jaga keselamatan kak lida dan keluarga
kita!” kata Ayien. Dia ini bukan saja
berkhidmat dengan tentera tetapi dia memang ada skuad khas untuk dipinta pertolongan.
“Terima kasih, Ayien!”
“Kita bersaudara. Abang bukan saja abang ipar saya tetapi
abang tiri saya, jadi saya kena tolong abang!”
Khalida sejak dari tadi asyik melihat Ilham saja. Geram juga bila dengar suaminya itu mahu
menyerang emak-emak saudaranya.
“Abang nie, tak tahu lagi kerja siapa, dah tuduh dia
orang tu,” marah Khalida. Apul bangun masuk ke dalam bilik.
“Aku mengantuk, nak tidur!” pinta nenek pula. Sudah lama
dia orang ini tak bertengkar sejak Khalida mengandung.
“Kerja siapa lagi, kalau tak mama, dia orang tu lah!”
kata Ilham pasti sangat.
“Mana ada bukti, cuba bawa bersabar sikit,” pujuk
Khalida.
“Dah lama kita biarkan dia orang pijak kepala kita!”
balas Ilham. Betul juga tu. Aku dah malas nak larikan diri dari dia orang tu.
Sekali-sekala kena ajar juga dia orang itu.
Khalida tersenyum.
“Tiba-tiba senyum tu kenapa pulak?” tegur Ilham.
“Lida jenis kasar tu semua orang tahu, tetapi tak sangka
dapat suami lagi ganas!” kata Khalida sambil tergelak kecil.
“Mana ada, abang baik dari Lida lah!”
“Lida tak nafikan Lida bukan jenis perempuan sopan
santun, lemah lembut tetapi memang jenis kasar!”
“Kasar pun boleh mengandung, kira okey lah tu. Tak rugi
atuk ibrahim paksa abang kahwin dengan Lida!”
“Ha ha ha..,”
Kita memang boleh merancang tetapi perancangan ALLAH
adalah yang paling baik di dalam hidup kita. Betul tak?