Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 67

Tengah sarat macam nie, kena urus kenduri Adli dan Nurfarahin lah pulak. Hendak bergerak pun susah. Adli pula suruh tunda tak mahu, sekurang-kurangnya tunggu lqh sehingga Khalida bersalin dulu. Tetapi papa dan mak pula menyokong Adli. Dia orang yang ramai ini boleh uruskan, Khalida tidak usah masuk campur. Khalida tengok saja!

Kenduri sama sehari. Akad nikah pun hari yang sama juga, sebab Adli cum dapat cuti dua hari saja. Habis kenduri terus balik ke Dubai. Tak sempat nak berkenalan dengan adik ipar bongsu kali ini. Keluarga kami hanya tinggal Apul seorang saja yang solo.

Habis kenduri, Khalida dan Ilham pulang ke rumah mereka sendiri. Kata Peguam sudah sampai masanya untuk Ilham beritahu semua orang, bahawa Khalida sedang sarat sekarang. Nanti kalau dia orang tak tengok dengan mata kepala sendiri bahawa Khalida mengandung, keluar baby nanti, dituduhnya ambil anak angkat pula. Jadi, elok saudara mara dan staf syarikat tahu Khalida tengah sarat sekarang ini.

Ilham dan Ayien akan jaga keselamatan Khalida. Malah Ilham sudah mengupah orang untuk mengawal keselamatan Khalida di rumahnya ketika dia tiada. Walaupun sebenarnya Khalida tak mahu pun semua itu.

“Saya tahu akak boleh jaga diri akak, akak boleh pertahankan diri akak tetapi dengan perut macam tu, saya rasa akak memang perlukan bantuan orang. Betul tak abang am?” tanya Ayien. Ilham mengangguk.

“Lida nak jaga diri sendiri pun dah tak mampu, ingat dalam perut tu ada baby, jangan lasak sangat!” pesan Ilham pula.

“Rimas tau tak kena kawal macam nie, tak selesa!” balas Khalida. Di rumah ini ada nenek. Nenek lebih suka tinggal dengan Ilham dari tinggal dengan mak dan ayah. Nenek memang rapat dengan Ilham, sebab Ilham pandai mengambil hatinya. Apa tah lagi Ilham rajin sangat melayan karenah neneknya itu.

“Dengar cakap Ilham tu, Lida. Jangan degil!” marah nenek. Siap mencubit lengan Khalida lagi.

“Malas nak layan kau orang, pergi masak baru best!” ujar Khalida yang suka masak sendiri untuk suami dan neneknya, walaupun sudah ada pembantu rumah.

“Tak usah masak, sarat sangat dah tu. Abang boleh buat sendiri nanti!” halang Ilham tetapi Khalida bukannya kisah larangan suaminya itu.

“Lida, dengar cakap abang!” sambung Ilham lagi sambil menurut langkah kaki Khalida sehingga ke dapur.

“Nak masak mee goreng saja, teringin nak makan mee goreng mamak!” kata Khalida sambil tersenyum. Ilham terpaksa berdiri di sebelah Khalida untuk menjaga keselamatan Khalida.

“Abang boleh beli kat kedai mamak dekat rumah kita!” pujuk Ilham. Khalida buat tidak kisah saja sambil menghiris bawang besar. Pedih mata sebab hiris bawang. Perut pula asyik terkena dengan kabinet dapur saja. Entah macam mana jari Khalida terkena pisau. Darah memacut keluar dari jari Khalida dengan banyaknya.

“Abang!” panggil Khalida sambil memegang jarinya yang terluka. Muka Ilham pucat lesi.

“Abang!” panggil Khalida lagi. Ilham di sebelah sudah naik pitam.

“Yien!” jerit Khalida. Khalida tahu dia tidak mampu menahan badan suaminya yang tegap itu.

“Kenapa kak?” soal Ayien. Mujur ada Ayien yang singgah di rumahnya hari ini.

“Tak tahu, abang am kau nak pengsan kut!” beritahu Khalida. Cemas dengan keadaan suaminya.

“Yang jari akak tu kenapa?” tanya Ayien sambil memegang Ilham dengan kuat.

“Luka terkena pisau tadi!” jawab Khalida.

“Nek, jari kak lida luka!” beritahu Ayien. Nenek Kasma datang dengan tergesa-gesa ke dapur.

“Ya ALLAH, lida, itu lah lawan sangat cakap suami!” kata Nenek Kasma. Aik, yang Ilham nie kenapa pula. Muka pucat saja.

“Ilham!” panggil nenek. Khalida mencari minyak gamak di dalam laci. Nasib baik ada. Terus diletakkan ke atas jarinya dan dia juga turut membalut lukanya dengan kain pembalut luka.

“Abang!”

“Mabuk darah, tak boleh tengok darah!” jawab Ilham. Khalida kelucuan. Patut lah nampak darah saja sudah nak pitam.

“Tak tahu pulak abang takut darah!” usik Khalida. Nampak saja kasar, tetapi darah pun takut.

“Lida nie abang serius lah!” Ayien di sebelah pun mengelengkan kepala. Tak sangka abang iparnya tak boleh nampak darah.

“Ha ha ha.. abang nie teruk lah!” kata Khalida. Serius, aku nak tergelak tengok encik abang aku hari ini.

“Lida tak baik gelakkan Ilham!” tegur nenek.

“Mana ada, Lida tak gelak pun!” kata Khalida dan tersenyum semula.

Biar Ayien balik dulu. Boleh mainkan encik ilham kita ini sepuas hati. Oo, kena tunggu nenek masuk ke bilik, baru best. Khalida meneruskan aktiviti memasaknya di bantu pembantu rumahnya. Siap pun mee goreng mamak malam ini. Selesai makan baru Ayien balik. Nenek pula terus masuk berehat di dalam biliknya.

“Boleh jalan ke tak?” soal Khalida. Mee goreng pun makan sikit saja tadi.

“Lida, jangan mainkan abang!” balas Ilham.

“Tak kira, abang kena temankan Lida bersalin nanti!” kata Khalida. Aku tak mahu bersalin seorang diri tanpa ditemani suami aku. Mabuk darah ke pitam ke, nak pengsan ke aku tak kira. Dia kena temankan aku juga.

“Tak boleh sayang, abang pengsan nanti!” tolak Ilham. Tak sanggup nak berhadapan keadaan itu.

“Habis tu, nak biarkan Lida bersalin sorang-sorang?” suara Khalida sudah bertukar.

“Maaf, yang. Biar mak yang temankan Lida nanti!” kata Ilham bersungguh-sungguh.

“Ini anak kita lah. Anak sulong pula tu. Lida nak abang yang temankan Lida, bukannya mak!” bentak Khalida. Apa pun terjadi aku nak suami aku yang menemani aku saat-saat aku berperang untuk bersalin nanti. Bukannya mak, walaupun mak adalah insan yang paling aku sayang.

“Tak boleh sayang, abang mabuk darah!” tolak Ilham sambil memimpin Khalida yang marah sangat dengan kata-kata Ilham.

“Lepas ni Lida tak nak beranak untuk abang lagilah. Konon nak anak ramai, tetapi abang penakut!” kata Khalida geram dengan sikap Ilham malam ini. Nak suruh mak pula yang temankan aku.

“Ikut suka hati Lida lah, tetapi yang dalam perut tu abang nak!” sempat lagi mengusik isterinya itu. Khalida mencubit pipi kanan Ilham

“Abang ingat, Lida main-main?” jerit Khalida. Orang serius!

Mungkin nenek yang beritahu mak tadi, sebab sebelum tidur, papa telefon bertanyakan keadaan Ilham. Waktu itu Ilham sedang menatap laptopnya di hujung sana. Khalida saja suka tidur awal.

“Dia memang mabuk darah. Kalau Lida nak tahu, Ilham pernah ditawarkan belajar bidang kedoktoran dulu, tetapi kerana dia mabuk darah, terpaksa lah dia menolak tawaran belajar tersebut,” cerita papa.

“Darah sikit pun dia mabuk juga ke papa?” soal Khalida.

“Sikit ke banyak, dia tak boleh nampak darah, Lida!” tegas papa. Macam mana nie, hari nak bersalin pun dah dekat sangat. Kalau lambat lagi, tau lah dia nak mengajar suaminya itu macam mana.

“Abang kena biasakan diri tengok darah!” kata Khalida sebaik saja Ilham datang mengambil telefon bimbitnya. Sengaja dia tunjukkan kesan darah di atas pembalut lukanya. Terus muka Ilham berubah. Pucat lesi. Macam ini pun mabuk.

Terus Khalida larikan jarinya dari penglihatan Ilham. Terus Ilham terduduk di sebelah Khalida.

“Abang pun nak lah ada di sisi Lida, tetapi abang tak boleh, sayang!”

“Lida tetap akan paksa, abang!”

“Kalau nak tengok abang pengsan kat dalam bilik tu, silakan!”

“Abang bukan nak kena beranak pun, teman Lida saja, itu pun abang tak boleh buat?” ujar Khalida, geram dengan sikap Ilham. Sampai terkeluar perkataan yang tidak sepatutnya.

“Khalida, saya mabuk darah!”

“Peduli apa, kalau abang sayangkan Lida, sayangkan anak abang dalam nie, abang kena lawan penyakit mabuk darah abang tu!” tegas Khalida. Ilham mengelengkan kepalanya.

“Tepi arr, abang nak sambung buat kerja abang. Lida tu boleh berehat dan tidur, jangan fikir yang bukan-bukan. Esok Lida kena jumpa seluruh keluarga atuk dan semua staf syarikat kita. Sudah sampai masanya mereka tahu Khalida mengandung anak abang!” tegas Ilham. Sama-sama berdegil.

“Lida dah bersedia pun untuk semua tu, abang yang tak bersedia lagi kan?” balas Khalida.

“Bersalin lah dengan Doktor Rose dalam bilik tu, apa masalah. Doktor Rose kan ada!” kata Ilham lagi. Khalida mengambil bantal kecil di sebelahnya lalu melontar ke arah badan suaminya. Tepat pula sasaran Khalida. Giliran Ilham pula mengambil bantal itu lalu dibaling ke arah Khalida tetapi Khalida mengelaknya. Terkena sedikit saja di badan Khalida.

“Abang, Lida mengandung lah. Kena perut Lida macam mana?” kata Khalida memberi amaran. Kalau terkena pun bukannya sakit pun.

Ilham terus membisu. Malah menumpukan perhatiannya kepada laptopnya. Lama tak masuk ofis, jadi dia memang banyak kerja untuk uruskan.

“Tanggungjawab isteri untuk mengandung dan melahirkan anak untuk suami, jadi tak usah merungut!” kata Ilham. Aik tahu pun aku merungut di dalam hati.

Sampai hari nanti tahu lah Lida nak ajar abang macam mana nanti
Previous: BAB 66
Next: BAB 68

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.