“Kau tu segak sangat, tu
yang buat orang sakit hati,” kata khalida setelah dua minit mendiamkan diri.
Adli tersenyum.
“Anugerah ALLAH bagi kak!”
jawab Adli. Beg sandangnya di letakkan di belakang tempat duduk. Ke mana lah
Adli nak pergi sekarang? Hati sedih sangat mengenangkan dia di halau di rumah
papa. Kami hanya menumpangkan, lain lah aku kerana taraf aku ada lah menantu
Datuk Razali.
“Akak hantar Adli balik
kampung yer,” pelawa Khalida. Itu saja yang ada kan? Biarlah Adli balik kampung
buat sementara waktu.
“Akak hantar saya dekat
perhentian bas sudah lah, saya boleh balik sendiri,” kata Adli perlahan. Tentu
di rumah sedangkan kecoh carikan Kak Lida sekarang.
“Tak, akak akan temankan
Adli sampai Adli selamat!” balas Khalida. Ilham menyebelahi adiknya, dan aku
juga memahami siapa adik aku yang sebenar.
“Akak pergi lah balik,
tentu abang am sedang carikan akak sekarang,” suruh Adli. Akak ini sudah lah
sedang mengandung.
“Nama pun dia suami akak,
dan sekarang akak sedang bawa lari anak dia,” balas Khalida. Tahu suaminya
sedang susah hati kerana kehilangan dia. Biarkan dia!
“Akak ni, pergi lah balik.
Ini antara saya dengan papa!” pujuk Adli. Dengar suara pun tahu, Adli sudah
berjauh hati dengan sikap semua orang tadi.
“Akak akan balik setelah Adli
selamat!” tegas Khalida.
“Akak ni degil lah!” kata
Adli, Khalida tersenggih saja. Jaga hati Adli terlebih dahulu, nanti boleh
balik selesai masalah di rumah pula. Sekarang, hati anak muda ini yang sedang
terluka, dan dia perlu di rawat.
Kami menukar tempat duduk,
Adli mahu memandu sendiri kerana kasihankan Khalida yang sedang mengandung.
Khalida mengambil handsetnya, rupanya handset itu tidak ada bateri. Ha ha ha,
patut tidak berbunyi.
“Boleh ceritakan kepada
akak apa yang berlaku sebenarnya ni?” soal Khalida. Adli tersenyum.
“dalam fikiran akak ada
apa?”
“Adik akak ini difitnah
barangkali!”
“Ha ha ha...,”
“Lupakan saja, biar saya
simpan dalam hati, yang penting saya di pihak yang benar dan ALLAH tahu saya
tak bersalah!” jawab Adli. Maruah orang kak,
jadi kalau saya ceritakan kepada akak, nanti maruah Juhana dan Datuk Razali
akan tercemar. Dia tidak sependapat dengan Juhana dalam banyak perkara dan hal,
dan sebagai anak bongsu keluarga Datuk Razali, Juhana rasa tersisih dan
tercabar dengan kehadiran Adli. Malah bercampur dengan perasaan cemburu di
dalam hati, maka semua itu membuatkan Juhana mengambil tindakan terburu-buru.
Itu belum dicampur dengan perasaan
Juhana yang ada perasaan kepadanya.
“Cakap dengan Akak, akak
janji akak akan jaga amanah Adli,” pinta Khalida. Buka keresahan di dalam hati,
baru hati akan tenang.
“Insha ALLAH, saya okey lah
kak. Kita yang hidup dengan pelbagai cabaran dan ujian ini, sudah cukup kuat
untuk menghadapi benda-benda macam ini. Perkara kecil saja benda ni,” balas Adli.
Betul lah tu, dia sejak kecil menolong mak menjual nasi lemak tepi jalan,
tolong mak mengutip sekerap di dalam cawan getah dan pelbagai lagi demi
meneruskan kehidupan seharian. Tentu pelbagai lagi cabaran yang dia alami dan
semua itu membuatkan jiwa dia kental.
“Akak dah dapat agak dari
awal lagi sebab Ju tak senang hati dengan kehadiran kau. Dan tak sangka juga
akan jadi sampai macam ini sekali,” luah Khalida.
“muka kak bengkak lah!”
kata Adli melarikan topik yang dibualkan. Tahu sebab pipi kanan ini sakit
sangat tadi. Tapi apa nak buat tangan mak dah melayang sampai ke pipinya
terlebih dahulu.
“He he he..,”
“Sorry yer, sebab saya akak
jadi macam ini,” ucap Adli perlahan.
“Tak ada apa lah. Jiwa akak
lagi kuat dari kau. Itu yang kau perlu ingat!” kata Khalida. Adli mengangguk.
Hujan yang lebat mula
renyai-renyai. Kesejukan menyelimuti badan Khalida. Mujurlah aku buat tindakan
untuk keluar mencari dia, kalau tidak dia tentu kesejukan.
“Kak, kadang-kadang apa
yang berlaku ada hikmahnya juga. Selama ini saya asyik berfikir, nak pergi ke
tidak? Konon-kononnya nak tolong papa di syarikatnya sampai akak bersalin,
tetapi bila dah jadi macam ini, elok saya pergi, betul tak?” kata Adli. Ini petunjuk yang ALLAH berikan.
“Nak pergi mana?” soal
Khalida. Jangan lah pergi jauh-jauh.
“Ambil beg sandang saya,
dah akak bukak sampul surat yang ada dalam tu,” arah Adli. Khalida patuh,
diambilnya beg sandang dan dikeluarkan surat di dalam sampul surat berwarna
koko.
“Waw, tahniah!” ucap
Khalida selepas selesai membaca.
“Selama nie berat juga nak
pergi, tapi malam nie rasa nak pergi lah,” beritahu Adli. Aku nak pergi
merantau di negara orang pula. Mahu merasa hujan emas di negara orang.
“Nak bawa diri lah ni,”
usik Khalida sambil menyimpan kembali surat tersebut.
“Saya rasa saya nak pergi
dalam minggu lagi. Sebab kawan saya ada di sana!” beritahu Adli lagi. Khalida
terdiam, faham sangat perasaan adik bongsunya ketika ini.
“Malam ini kita nak ke
mana?” soal Khalida. Nak balik kampung ke? Kalau balik kampung susah nak
selesaikan hal-hal Adli nanti. Nampak macam terburu-buru keputusan Adli tetapi
elok juga dia pergi dari sini, sebab semua orang sedang membenci dia.
“Mana telefon kau?” soal
Khalida tiba-tiba. Adli hulurkan telefonnya kepada Khalida. Khalida terus
menghubungi Ariff dan memberitahu kejadian tadi.
“Kau tinggal dengan Angah
kau buat sementara waktu, boleh?”
“Boleh sangat, tapi saya
nak kita rahsiakan tentang pemergian saya tu,”
“Okey!”
Biarlah Adli tinggal dengan
Ariff malam ini. Dari terus merayau tidak tentu arah. Aku nak kena balik rasanya.
Di rumah pula, semua orang
terkejut apabila Khalida tidak ada di dalam biliknya. Telefon pun tidak di
angkat. Tetapi semua orang syak, Khalida keluar bersama Adli tadi.
“Kan Emma dah cakap dulu,
Lida nie dia pentingkan adik-adik dia. Dia sanggup lakukan apa saja untuk
adik-adik dia. Abang Am tak faham ke?” marah Emma apabila Ilham menelefon dan
menceritakan apa yang berlaku tadi.
“Abang tak bergaduh pun
dengan dia, cuma marah dengan sikap Adli tu,” beritahu Ilham.
“Abang nie sampai sekarang
pun tak faham lagi dengan Khalida tu,”
marah adik dia, macam marah dia juga lah. Ilham mengeluh perlahan.
Hendak keluar cari pun, tak tahu Khalida pergi ke mana. Dia turut menghubungi
Adli tetapi Adli tidak mengangkatnya.
Ambil kunci kereta papa,
dan dia terus keluar mahu mencari Khalida. Tetapi nak cari di mana. Bila dia
balik, kereta Khalida sudah ada di garaj. Lega hati. Bila tengok khalida sedang
terlena di atas katil, dia pun terus merebahkan diri. Khalida sedar kepulangan suaminya
itu, tetapi tidur lah, sebab semua perkara Khalida anggap sudah selesai.
Pagi ini di meja makan
semua orang diam. Semua orang sepi saja. Makan dan minum dalam suasana diam
saja. Tidak ada yang bersuara. Mungkin hati masing-masing tercalar dengan apa
yang berlaku semalam. Di dalam rumah tinggal mereka bertiga saja, sebab Ku
Salbiah juga turut keluar pagi ini. Khalida baru saja mahu masuk ke dalam
biliknya apabila tiba-tiba Nenek Kasma memanggil namanya.
“Nek!”
“Hantar Nenek pulang Lida,
rasanya dah lama nenek kat sini!” beritahu Nenek Kasma bersungguh. Pulak?? Nie
mesti sebab cerita semalam. Pastinya nenek turut terasa.
“Baik lah, nenek siapkan
barang, Lida ambil kunci kereta!” balas Khalida. Pujuk pun dah tak ada
gunanya. Nenek Kasma masuk ke dalam
biliknya untuk mengambil beg pakaian. Semalam dia sudah siap berkemas.
“Mak, Lida nak hantar nenek
balik kampung, lepas tu Lida terus balik rumah Lida,” beritahu Khalida. Mak
angguk saja. Mesti mak tertekan dengan apa yang berlaku. Bila melihat mak dalam
keadaan begitu, Khalida merangkul mak dengan erat.
“Lida tak salah pun mak,
Lida faham keadaan mak. Mak tak usah susah hati yer, anak-anak mak semuanya
okey, semuanya selamat!” pujuk Khalida perlahan.
“Kau pun satu suka sangat
lawan cakap orang tua,” kata mak sambil memegang pipi Khalida. Khalida
tersenyum saja.
Nak balik kampung tu jauh,
kalau beritahu Ilham, mesti Ilham mengamuk tetapi kalau tak hantar nenek, lagi
lah hati nenek tersentuh dan berkecil hati. Susah kan sebab kita kena jaga
semua perasaan orang-orang di sini. Hati kita tak ada pun orang nak jaga.
“Kenapa nak balik kampung
pulak nie?” soal Khalida ketika dalam perjalanan.
“Adli tu cucu aku, dan aku
kenal sangat cucu aku!” jawab Nenek Kasma. Khalida ketawa terbahak-bahak. Agak
dah!
“Imah tak apa lah dia
isteri Razali. Kau tu isteri Ilham, aku? Adik kau? Kami tumpang saja rumah kau
orang,” marah nenek semakin menjadi.
“Nenek jangan cakap macam
tu, Lida sedih lah!”
“Halau Adli, macam halau
aku jugak lah. Cuma aku tak cakap saja semalam, kalau aku cakap boleh pengsan
orang dalam rumah kau,” balas Nenek Kasma.
“Sabar nek, sabar!” pujuk
Khalida. Keluarga aku pantang sangat orang kacau ahli keluarga kami, kalau
kacau, jadi macam ini lah.
“Sekarang kau telefon Ariff
dan Adli, suruh dia orang balik ke kampung,”
“Aik, nenek tahu mana Adli
tinggal di rumah Ariff?”
“Aku nie nenek kau orang!”
“Ha ha ha,” semua pakat
merajuk dah nie.
Baru setengah jam dalam
perjalanan, telefon khalida pula berbunyi. Nampak nama Ilham tertera di atas
skrin. Ha, baru rasa nak tegur aku.
‘Abang balik nak ambil
Lida, hari nie kena pergi klinik kan?” soal Ilham di talian. Tahu tetapi tak
pergi lah sebab nak kena hantar nenek.
“Yup, minggu depan kita
pergi!” beritahu Khalida.
“Kenapa? Marah atau
merajuk?”
“Dua-dua tak!”
“Habis tu kenapa?”
“Nanti abang balik dari
ofis, kita berbual panjang!” aku tak cakap pun aku nak kena nenek, Baru letak
telefon saja, nenek terus bersuara.
“Suami kau pun satu, siasat
lah dulu, nie nak pukul Adli pulak. Kalau pukul cucu aku, memang aku pelempang
suami kau,”
Habis lah, nenek sudah
marah semua orang. Nanti sejuk lah hati tu.
“Kita sayang Adli, sebab
dia darah daging kita. Abang Am pulak mesti sayangkan Juhana, sebab Juhana adik
kandung dia, nek!” pujuk Khalida.
“Kita sepatutnya biarkan
mak kau saja bahagia di sisi papa kau. Kita patut bina kehidupan kita sendiri.
Bila bercampur aduk, jadi macam ini, susah sebenarnya,” akui nenek. Khalida
mengangguk tanda sependapat dengan neneknya.
Sepanjang perjalanan,
Khalida menahan telinga mendengar leteran dari neneknya. Orang tua-tua katakan,
hati tengah panas, macam-macam lah yang dia suarakan.
Telefon berbunyi lagi,
Ilham. Kali ini nenek sedang terlena di sebelahnya.
“Lida kat mana sebenarnya
ni?”
“Balik kampung, hantar
nenek!”
“Drive sendiri?”
“Yup!” setakat nie okey
lah, tak ada masalah pun.
“Lida mengandung kan, atau
tak sedar Lida tengah mengandung!” sengaja perli aku ke?
“Mengandung ke tak
mengandung ke, orang kat rumah tu bukan sayang kita pun, siap kena tampar, kena
halau lagi,” sindir Khalida. Aku pun merajuk juga sebab Ilham layan adik aku
macam tu semalam. Tetapi aku tahan dalam hati saja.
“Hmm..,”
“Abang tak payah datang
cari Lida, Lida cadang nak berehat di kampung minggu nie, sebab nenek tengah
marah abang dan papa. Jadi jangan lah panaskan keadaan,” beritahu Khalida.
“Lida, tentang hal
semalam...,”
“Sudah lah tu, kita lupakan
hal semalam. Kita orang adik- beradik terima semua ini dengan redha saja,”
beritahu Khalida. Terdengar Ilham mengeluh berat.
‘Lida, abang sayang Lida!”
“Sayang kat mulut saja tu
yang susah..,”
“Abang sayang
betul-betul..,”
“Masalahnya abang tak
sayang adik-adik Lida,” aku suruh dia jangan ulang cerita semalam tetapi aku
pula yang mengungkit.