ILHAM
KHALIDA – BAB 18
Grupp,
bunyi jatuh itu mengegarkan bilik kecil Khalida. Harap-harap semua dah tertidur.
“Lida!”
panggil Ilham yang cuba bangun dari ruang kecil antara katil dan dinding.
Tersepit!
“He he
he.,” kau kena tengok latar belakang
aku. Semua adik-adik aku lelaki. Jadi aku banyak berkawan dengan dunia lelaki
sejak dari kecil lagi. Memang aku jenis perempuan lasak. Nasib kau, Ilham.
“Perangai
mengalah kan lelaki!” rungut Ilham. Khalida tidak menolong Ilham untuk bangun
dari situ. Bangun lah sendiri.
Pagi ini
kami balik berasingan. Ilham pulang bersendirian, dan dia dan Emma pulang
terlebih dahulu dari Ilham, kerana dia mahu mencari telefonnya yang dibuang
oleh Ilham. Tiba di tempat kejadian, telefon tiada. Lamanya juga dia mencari
tetapi tidak jumpa.
“sayang
juga kau dekat handset tu,”
“Ada
macam-macam lah!”
“Orang dah
ambil aku rasa”
“Hmm, kena
beli lain lah!” balas Khalida.
Sampai di
rumah sudah lewat sangat. Sebab dia orang berdua berhenti banyak tempat.
Seperti biasa lah. Nampak buah, berhenti. Nampak pokok bunga, berhenti beli.
Berhenti makan dan bersolat lagi. Jadi, dia orang sampai dalam pukul 8.00
malam.
Sampai
saja, Khalida terus berkurung di dalam biliknya. Ahli keluarga Ilham memang
sudah tahu dia balik ke kampung untuk majlis pertunangan Ayien. Dia memang
sudah maklum kepada Ku Salbiah dan Datin Rinie.
Selesai
solat, Khalida mengambil novel untuk membacanya. Baru 10 muka surat apabila biliknya di sergah
orang. Terkejut. Datin Rinie dan Zura berada di hadapannya dengan muka yang
bengis sekali.
“Apa kau
buat hah, sampaikan Ilham sanggup putuskan hubungan dengan Zura?” tengking
Datin Rinie. Lagi sekali Khalida terkejut dengan tengking Datin Rinie.
“Aku tak
kira, aku tetap akan buat majlis kahwin Zura dengan Ilham. Zura tu yang sesuai
dengan Ilham, kau jangan pandai-pandai nak menagih simpati Ilham dalam hal
keluarga kami,” sambung Datin Rinie lagi.
Jangan bercakap waktu orang sedang marah. Petua tu. Nanti lagi Datin
Rinie naik gila!
“Aku nak
balik Ilham aku, Lida. Ilham tu hak aku. Kau jangan cari pasal, kalau tidak aku
bunuh kau!” ugut Zura. Tu dia, sampai sanggup membunuh kerana nak dapatkan si
Ilham. Hendak tergelak pun ada. Khalida
menahan mulutnya dengan tangan kanannya. Tak mahu ketawa di hadapan mereka
berdua. Jadi dia tahan saja.
“Kalau
boleh, aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang. Aku tak nak tengok muka
kau!” sambung Datin Rinie pula. Khalida memandang wajah Datin Rinie tepat
sekali. Kena halau? Betul ke nie? Aku lagi suka. Terus Khalida bangun dan
ambilkan beg besarnya. Masukkan kain baju dan segalanya lagi. Sedang berkemas, Ilham pula yang datang.
Drama kali ini memang masuk astro aku rasa. Tengok lah nanti.
“Halau
Lida keluar, Ilham!” beritahu Datin Rinie.
“Tak usah
pergi, tinggal saja di sini, kalau awak pergi, saya akan ikut awak!” tegas
Ilham kali ini. Apa dah jadi sebenarnya ini? Kata-kata mak kah yang buat Ilham
berubah hati? Atau apa? Aku tak faham sebenarnya.
“Kau nie
ilham, sudah kena ubat guna-guna atau apa hah? Kau dulu benci Khalida kan,
kenapa sekarang berubah?” soal Datin Rinie lagi.
“Jawab,
Ilham,” tengking Zura.
“Sebab
Khalida tak pernah tengking aku, walaupun beribu kali aku menyakiti hatinya.
Khalida tetap menghormati aku, biar pun sejuta kali aku melukakan hatinya,”
jawab Ilham di hadapan mama dan kekasihnya.
“Apa?”
jerit Zura. Baran dan panas hati sudah sampai ke jantung dan kepala otak. Mahu
saja diterkamnya Khalida yang hanya berdiam diri.