ILHAM KHALIDA – BAB 20
Mengadap muka bos merangkap papa mentua. Datuk Razali
sudah putuskan semua kerja-kerja banyak melibatkan kami berdua. Dulu, aku buat
kerja lain, Ilham buat kerja yang lain, tetapi kali ini, semua mesyuarat dan
setiap perbincangan dengan pihak luar melibatkan kami berdua. Hai, Datuk
Razali, apa dah jadi ini.
“Okey setakat ini saja perbincangan kita yer, apa-apa hal nanti saya akan
beritahu awak berdua,” kata Datuk Razali. Ilham bangun dan mula beredar. Begitu
juga dengan Khalida.
“Khalida, saya nak jumpa awak,” beritahu Datuk Razali. Langkah kaki Khalida
terhenti.
“Ya, datuk!”
“Duduk Khalida,”
“Terima kasih, datuk!” Khalida duduk di hadapan Datuk Razali. Habis saja
belajar dia terus berkhidmat di sini, kerana pembiayaan pengajiannya di taja
oleh syarikat ini. Selepas setahun bekerja, baru lah dia berkahwin dengan Ilham
Hakimi.
“Papa nak cakap sikit dengan Lida,” perlahan saja suara Datuk Razali. Datuk
Razali memang menyebut namanya dengan panggilan Papa. Khalida saja yang masih
memanggil datuk, kerana Datin Rinie amat marah andainya Khalida memanggil papa.
“Ada apa tu, datuk?”
“Apa pun terjadi nanti, papa berharap sangat Lida terus berkhidmat di syarikat
ini. Lida saja yang papa harapkan untuk menolong Ilham menguruskan syarikat
ini. Papa tahu rumah tangga kamu sedang panas sekarang,” lancar saja kata-kata
Datuk Ilham. Dalam hal cinta dan kasih sayang, kita tidak boleh memaksa. Ilham
mencintai Zura, hal ini memang dia sudah tahu sejak dari dulu lagi. Dan dia
menyerahkan hal seperti ini kepada tuan empunya diri. Tidak memaksa dan tidak
menghalang. Tetapi dalam hal syarikat dia perlu masuk campur. Khalida seorang
pekerja yang boleh diharapkan. Dia adalah aset syarikat dan dia amat menyenangi
Khalida dalam hal-hal pengurusan syarikatnya.
“Insha ALLAH, datuk!” kata Khalida. Pesanan yang sama dari Ku Ibrahim, agar dia
terus berkhidmat di sini andainya jodohnya tiada dengan Ilham nanti.
“Bagus lah begitu, senang hati papa mendengarnya!” balas Datuk Razali sambil
tersenyum.
Waktu tengah hari, dia melihat Ilham keluar dengan Zura
dan Datin Rinie. Bakal mak mentua pun ada sekali. Khalida hanya mengelengkan
kepalanya. Bukan saja Zura tidak lepaskan Ilham, Datin Rinie pun tak akan
lepaskan Ilham begitu saja.
Oleh itu, usah mengharap sangat dengan Ilham nie.
Petang ini, Khalida ada temujanji dengan Rifky. Emma tak
dapat pergi kerana ada hal nak kena urus. Terpaksa lah Khalida pergi sendiri.
Tetapi naik kereta asing-asing untuk sampai ke rumah Rifky. Sampai saja di
rumah banglo mewah kepunyaan mama Rifky, dia memang sedang menunggu Khalida
pun.
Sebaik saja Khalida turun dari kereta dia terus datang
menyambut Khalida. Dipeluknya Khalida dengan mesra.
“Hari-hari Rifky cerita tentang Lida, ini yang buat mak cik tak sabar saja!”
kata Datin Jenny sambil mengenggam erat tangan Khalida. Khalida memandang ke
arah Rifky.
“Tak ada apa lah, datin!” balas Khalida.
“Jangan panggil datin tu, datin tu gelaran saja. Sesuai sangat kalau Lida
panggil mak cik ke, mama ke, lagi sedap dengar!” ramahnya Datin Jenny ini, dan
Khalida senang hati dengan layanan darinya. Wanita baba nyonya ini tidak lokek
dengan senyuman.
“Ha, Khalida kan?” sampuk pula Datuk Edmond sambil menghampiri Khalida. Dia ini
hali perniagaan yang berjaya dan terkenal. Tahu lama dah tentang dia orang nie.
“Yup, saya datuk!”
“Tak payah datuk-datuk ha, esok-esok nak jadi menantu saja juga!” usik Datuk
Edmond. Pilihan Rifky amat tepat sekali. Khalida ini bukan saja cantik, tetapi
dia ada ilmu dan dia tegas dalam setiap perkara. Suka sangat dengan Khalida.
“Saya nie orang susah datuk, keluarga saya biasa-biasa saja!” beritahu Khalida
merendah diri.
“Tak kisah. Kita terima awak seadanya, yang penting Rifky suka dan awak boleh
memberi kebahagiaan kepada dia,” balas Datuk Edmond. Aku melawak saja, sebab
aku ini isteri orang. Harap-harap dia orang pun main-main macam aku juga.
“Datuk nie, kita berlainan agama lah!”
“Suruh Rifky masuk islam, sebab islam tu agama yang suci dan mulia. Paling
tinggi dari agama-agama yang lain,” celah Datin Jenny membuatkan Khalida
tersentak. Sporting habis dia orang ini. Tak pernah jumpa lagi keluarga yang
baik macam ini. Rifky tersenyum saja.
“main-main saja kan?” kata Khalida ketika Datuk Edmond dan Datin Jenny pergi ke
tempat lain.
“Sungguh!”
“Ha!”
“Dah cakap kat dia orang perempuan yang saya suka adalah seperti Khalida!”
jelas Rifky membuatkan muka Khalida merah.
Terus Khalida tarik muka tanda tidak suka.
“Gurau saja lah!” pujuk Rifky sebelum meninggalkan Khalida bersama dengan
mamanya.
“Saya nak awak pilih cat warna apa yang sesuai dengan rumah saya, dan
macam-macam lagi. Jom, kita masuk ke dalam rumah!” ajak Datin Jenny sambil
menarik tangan Khalida masuk ke dalam rumahnya. Sebenarnya hendak berkenalan
lebih dekat dengan Khalida.
Khalida memang berbakat bab-bab hiasan dalaman ini. Jadi
memang suka cadangan yang Khalida berikan. Selebihnya dia mahu berbual dengan
Khalida. Gadis ramah dan tegas. Padan sangat dengan anak tunggalnya.
“Pertama kali Rifky jatuh cinta, sebelum ini tiada yang pernah hadir untuk
mencuri hatinya, tetapi Khalida berjaya membuatkan Rifky tidur tak lena,
tersenyum sorang-sorang kat rumah!” beritahu Datin Jenny.
Hmm, aku tidak pernah susah hati dalam banyak perkara
tetapi kata-kata Datin Jenny membuatkan aku resah sangat.
“Dia bergurau saja tu!”
“Dalam soal hati dan perasaan kita tidak boleh bergurau, Khalida!” kata Datin
Jenny, menaikkan keresahan ke dalam hati Khalida semakin tinggi. Aku tak mahu
Rifky kecewa nanti.
“Kalau lah saya bukan isteri orang, mungkin saya akan pertimbangkan tetapi saya
kepunyaan orang!” jelas Khalida sambil tersenyum.
“Waw, salah satu sebab kenapa kita orang suka Lida nie sebab Lida jujur, berani
berterus terang. Saya nak jumpa dengan ibu Lida, nanti. Boleh?? Pinta Datin
Jenny. Dah melarat dah nie?
Aduhai hati, kenapa hari ini jadi macam ini?
Selesai makan petang, Khalida mohon diri. Rifky
mengekorinya sampai ke kereta.
“Dulu tak cakap ada hati dekat saya, kalau tidak kita dah kahwin pun hari ini!”
gurau Khalida. Kau terlambat sangat!
“Apa nie? Mama dan papa saya cakap apa pulak?” mama nie orang suruh berahsia,
dia cakap pula kepada Khalida. Malunya! Kalau Khalida tak mahu berkawan dengan
saya nanti, macam mana? Saya tak nak kehilangan Khalida, mama!
“Awak cakap tentang saya macam-macam yer, malu saya!” ujar Khalida pula. Dia
pula yang malu. Aku lagi lah malu. Menyimpan perasaan kepada isteri orang. Bawa
bertenang, Rifky!
“Sorry,” pinta Rifky. Rasa bersalah pun ada sekarang. Dan yang paling takut,
takut Khalida mengamuk dengannya.
“Tak suka!” rajuk Khalida membuatkan Rifky gelabah.
“Sorry.. nanti saya marah mama saya!” kata Rifky. Khalida senyum dalam resah.
Aku tak tahu keluarganya macam mana? Tak sangka
keluarganya berfikiran terbuka dan boleh menerima aku. Yang penting adalah
penerimaan mereka kepada aku. Itu yang sebenarnya.
“Tak usah lah fikir lagi perkara ini dan jangan susah hati. Saya tak nak awak
susah hati, Lida!” kata Rifky sebelum Khalida menghidupkan enjin keretanya.
Khalida hanya mampu menganguk.