Home Novel Keluarga MY LOVELY TENGKU 2 (MLT2)
MY LOVELY TENGKU 2 (MLT2)
pitteriah abdullah
29/3/2016 10:55:18
61,326
Kategori: Novel
Genre: Keluarga
Senarai Bab
BAB 15

"Mama, betul ke mama nak dapat baby?" Tanya Tengku Izuddin. Dia duduk di sebelah Zara Irdina. Anak-anak nampaknya kali ini lebih teruja. Nampak kita muntah-muntah terus dikatakan mamanya mengandung.
“Hendak ke mama ada baby?” tanya Zara Irdina, ingin tahu hati anak-anaknya.
"Nak lah. Kalau boleh nak baby girl lagi!" Balas Tengku Izuddin.
"Diana dah ada," sambung Tengku Akif sambil datang ke arah Zara Irdina dan duduk di sebelah Zara Irdina.

“Afiq tak nak ada baby lagi. Sekarang pun mama asyik layan Diana saja,” jawab Tengku Afiq berterus terang. Zara Irdina terus jungkit keningnya. Sudah ada yang merungut rupanya.

“Mana ada, mama sayang semua anak mama. Diana kan masih kecil, nak kena dukung, nak kena beri susu. Dulu, Afiq pun macam tu juga,” jelas Zara Irdina. Tengku Afiq terus duduk di atas ribaan Tengku Akif.

“Shah tak nak adik juga, nanti kasih sayang mama dan papa dapat dekat adik-adik saja, Shah tak dapat apa-apa,” luah Tengku Shah. Aik, dia semalam yang beria nak adik sekarang dah tak nak, rungut Tengku Akif di dalam hati.
Zara Irdina tersenyum kepada suaminya. Rupanya hanya Tengku Izuddin saja nak tambah adik lagi yang lain sepakat tidak mahu seperti mereka berdua. Anak-anak pun masih belum bersedia untuk tambah ahli baru dalam keluarga mereka.

“Papa sayang semua anak-anak papa. Dekat mama saja papa tak sayang!” kata Tengku Akif.

“Shah sayang mama sebab mama baik, mama cantik!” kata Tengku Shah sambil datang memeluk Zara Irdina.

“Kami pun!” ucap Tengku Izuddin dan Tengku Afiq serentak.

“Mama..,” panggil Tengku Shah seperti susah hati apabila Tengku Akif kata tidak sayang kepada Zara Irdina.

“Kenapa Shah?” soal Zara Irdina. Tetapi dia dapat menangkap isi hati anak sulongnya.

“Papa kata dia tak sayang mama..,” kata Tengku Shah seakan mahu menangis. Anak, anak... papa kau tu sengal, bisik hati Zara Irdina.

"Petang nie tak ada aktiviti sekolah ke?" Tanya Tengku Akif mengalih topik perbualan.
"Ada. Kita orang pergi dengan Cek Awang kejap lagi," jawab Tengku Shah.
"Esok papa dan mama jangan lupa Iddin ada pertandingan memanah kat sekolah pagi besok," peringat Tengku Izuddin.
"Alamak papa kena beri hadiah besok," kata Tengku Akif. Tangannya sudah diletak di atas bahu Zara Irdina.

"Ha,ah. Mesti papa lupa!" Ujar Tengku Izuddin.

“Papa tipu arr, kata tak sayang mama,” tuduh Tengku Shah apabila melihat kemesraan papa dan mamanya. Tengku Akif dan Zara Irdina saling berbalas senyuman.

Anak-anak semua sudah masuk ke bilik masing-masing. Tinggal mereka berdua saja.

“Cuba jangan tipu Shah?” tegur Zara Irdina sambil bangun untuk mendapatkan Puteri Adriana yang merenggek di atas katil.

“Zara jangan tunjuk sangat kalau Zara sayangkan Diana tu, berlaku adil. Tengok anak-anak dah merungut!” tegur Tengku Akif pula. Tidak di layan pun kata-kata Zara Irdina sebentar tadi.

“Nampak Zara macam tu ke?” soal Zara Irdina kembali. Rasa sikapnya sama saja dengan anak-anak.

“Zara lebihkan Diana, abang dah lama tengok dan sedar benda nie,” luah Tengku Akif. Tidak mahu Zara Irdina bersikap tidak adil.

“Sayang anak lelaki mana sama dengan sayang anak perempuan,” tepis Zara Irdina. Dengan Puteri Adriana dia menyusu badan, tidak diberinya susu botol. Kebetulan Puteri Diana tidak mahu menyusu dengan botol.

“Sama saja, mereka tetap anak abang dan anak Zara kan?” tanya Tengku Akif. Zara Irdina tidak mampu menjawab lagi. Sudah lama dia mahukan anak perempuan, mungkin sebab itu dia menyayangi Puteri Adriana.

Asyik melayan Puteri Adriana menyusu, telefonnya berdering. Dia tidak mengangkatnya. Sekali lagi telefon itu berbunyi, Zara Irdina buat tidak endah sahaja. Banyak kali berbunyi sehinggalah Tengku Akif yang datang mengangkatnya.

“Mana Zara?” serang Tengku Cempaka. Tengku Akif bertenang mendengar suara bonda kesayangannya. Teringat layanan Tengku Cempaka tempoh hari ke atas mereka berdua. Marah benar dia sebaik saja tahu Zara Irdina tidak mengandung sebaliknya Tengku Mawar yang mengandung terlebih dahulu.

“Apa lagi bonda?” tanya Tengku Akif perlahan.

“Kau dah berjanji dengan bonda, tak kan sampai sekarang Zara tak mengandung lagi?” soalan itu juga yang Tengku Cempaka tanya. Sudah naik jemu dia dibuatnya.

“Dah tak ada rezeki, nak buat macam mana?” balas Tengku Akif kembali. Dia dan Zara Irdina belum bersedia untuk tambah anak buat masa sekarang. Malah anak-anaknya pun belum bersedia untuk ada adik lagi.

“Kau dan Zara yang tak berusaha?” marah Tengku Cempaka lagi.

“Usaha bukan saja malam, siang pun berusaha juga, tapi dah tak ada rezeki nak buat macam mana?” sambung Tengku Akif. Terdengar Tengku Cempaka mematikan talian telefonnya,

“Bonda?” tanya Zara Irdina apabila melihak riak wajahnya suaminya sudah berubah. Tengku Akif mengangguk.

“Mesti pasal mengandung tu?” teka Zara Irdina. Tengku Akif mengeluh perlahan. Bonda nie tak habis-habis dengan cerita mengandungnya itu.

Telefon berbunyi lagi. Dari Tengku Cempaka juga.

“Bonda, Diana tu masih kecil lagi, masih menyusu. Kalau kami nak tambah anak tunggulah dua atau tiga tahun lagi tetapi bukan sekarang.” Tegas Tengku Akif semakin berani.

“Kau yang tak nak atau Zara yang tak nak? Biar bonda yang bercakap dengan Zara sekarang?” marah Tengku Cempaka.

“Saya suami dia, kalau saya tak nak macam mana?” tekan Tengku Akif pula. Zara Irdina hanya melihat suaminya.

“Akif!!!” panggil Tengku Cempaka nyaring.

“Saya yang tak nak dan saya yang tak benarkan Zara mengandung lagi, bonda!” jelas Tengku Akif. Itu alasan yang paling tepat. Jadi jangan salahkan Zara Irdina dalam hal ini. Bukan salah Zara Irdina pun.

“Kau nie kenapa? Kau nak takhta ini jatuh ke tangan orang lain. Ini hak kau, Akif!” terang Tengku Cempaka. Seperti Tengku Cempaka sudah mengamuk di hujung sana.

“Hak apa nie bonda? Itu bukan hak saya. Itu hak anak-anak bonda,” balas Tengku Akif kembali.

“Mana Zara?”

“Zara dengan anak-anak,” tipu Tengku Akif. Sudah lah, jangan dibebani Zara Irdina dengan persoalan ini lagi, bisik Tengku Akif.

“Tak baik mengaduh dengan bonda, bonda dah macam mak abang dan mak Zara,” tegur Zara Irdina. Tengku Akif terdiam. Kata-kata Zara Irdina ada juga kebenarannya. Ah, ditelan mati mak, di luah mati bapa. Aku nak buat apa dengan takhta orang? Aku mana ada hak. Sebagai anak angkat, harta-harta ayahanda tak boleh menjadi hak aku kecuali atas belas ihsan ayahanda untuk memberi kepada ku. Itu pun kalau boleh jangan lah diberi kepada aku.

Tengku Akif menelefon Tengku Cempaka pula, kerana mahu memohon maaf. Dia tahu dia telah melakukan kesilapan besar sebentar tadi. Jasa dan pergorbanan Tengku Cempaka untuknya terlalu banyak. Dia bukan mahu menjadi anak yang tidak mengenang budi, tetapi desakan Tengku Cempaka kali ini tidak masuk akal langsung. Dalam hal ini dia perlu membela isteri kesayangannya. Zara Irdina lebih memerlukan dia.

“Bonda, maafkan Akif. Akif tahu Akif bersalah kepada bonda!” ucapnya perlahan. Lembut dan ikhlas saja suaranya. Tengku Cempaka hanya mendiamkan diri.

“Beri peluang kepada Diana untuk mendapatkan kasih dari mama dan papanya,” pujuk Tengku Akif.

“Bonda tak akan maafkan Akif selagi Zara tidak mengandung. Itu keputusan bonda!” kata Tengku Cempaka sambil menutup telefonnnya. Tengku Akif mengigit bibirnya. Kenapa bonda terdesak sangat ni? Keluh hati Tengku Akif, sampai tidak sanggup memaafkan kami berdua? Tengku Akif jadi tidak mengerti.

“Abang,” panggil Zara Irdina, ingin tahu perbualan antara suaminya dan ibu mentuanya. Apa yang mereka bincangkan?

“Abang nak ke ladang kambing, nanti suruh Shah bawa kudanya ke sana!” kata Tengku Akif tiba-tiba. Dia mahu mengelak dari memberi jawapan kepada Zara Irdina.

“Ada benda Zara nak berbual dengan abang lah!” ucap Zara Irdina.

“Nanti ler,” balas Tengku Akif.

Saat ini tidak mahu memikirkan sangat tentang perbualannya sebentar tadi. Dia ada perkara yang lebih mustahak petang ini. Ada pelanggan yang sedang menunggunya di ladang kambing. Jadi itu yang lebih penting.

Tentang anak itu, dia dan Zara Irdina sudah membuat keputusan pun. Tidak perlu berbincang lagi. Tengku Cempaka perlu menerima keputusan dia dan Zara Irdina. Keputusan dari dia lagi penting.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.