BAGAIKAN
lipas kudung, mencicit Maira memasuki ke dalam bilik mesyuarat. Langkahnya
terhenti bak tiang elektrik apabila menyedari beribu-ribu lemon mata
memandangnya. Eh,
kenapa semua orang pandang aku ni? Wah, rasa macam artis terkejal aje. Dia
tersengih sejenak. Apalah kau ni Maira, sempat makan buah berangan lagi.
Dasyat, desis hatinya.
Tiba-tiba
kedengaran satu suara dehemen kemas yang datangnya dari satu figura lelaki
kacak. Spontan Maira menoleh ke arah figura itu. Gulp! Dia meneguk liur. Begitu
tajam renungannya, bagai nak tembus aje.
Alamak,
matilah aku! Mr. singa dah naik angin! Boleh tak kalau aku nak hilangkan diri
sekejap? Aduh! Kalau ada kuasa halimunan kan senang, desis hati Maira sambil
menggigil ketakutan.
Sebuah
jelingan tajam dihadiahkan pada Maira, tanda amaran keras. “Awak lambat
selama…” Jam berjenama Rolex di tangan kanannya bingkas dikerling. “ Satu jam,”
tambahnya tegas.
Maira
tayang sengihan. Siap menayang barisan gigi putihnya bak baru sahaja dicalit
dengan kapur kasut. “Err… saya minta maaf, bos. Saya… saya…”
“Awak
apa?” herdik Iqram.
Aduh,
kenapa otak aku ni tak nak keluarkan idea di saat-saat genting macam ni? Hisy,
idea ni pulak macam sengaja nak main sembunyi-sembunyi dengan aku tau, bentak
hati Maira.
Iqram
mendengus. “Awak ingat muka awak tu cantik sangat ke kalau awak sengih-sengih
depan saya?” herdiknya. Mula hilang sabar dengan gelagat Maira.
“Cantik.”
Tanpa sedar Maira membalas. Ops! Mulutnya segera ditekup apabila menyedari
ketelanjuran diri. Alamak, terlebih sudah!
Buntang
biji mata Iqram mendengar jawapan itu, bagai hendak terjojol keluar dibuatnya.
“Berani awak menjawab, ya!” tengkingnya keras.
Seisi
staf bahagian operasi sudah meneguk liur melihat telatah Iqram a.k.a Mr singa
itu. Silih berganti mereka memandang Iqram dan Maira. Sungguh mereka tidak
menyangka, Maira begitu berani menjawab. Siap menayang muka selamba badak lagi,
bagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Maira
menayang muka selamba. “Betul kan apa yang saya cakap ni. Kan bos kata muka
saya ni cantik.”
Iqram
menggenggam buku luma. “Awak…” Huhh! Tak pernah ada lagi manusia yang berani
melawan aku. Tapi dia? Argh! Kalau kau tu lelaki, memang dah lama makan
penumbuk aku. Kenyang terus, tak payah makan sampai esok pagi.
Maira
menjungkit kening. Buat apa nak takut? Dia bukannya monster inc pun. Dia bos yang kacak bak pelakon Syarul Ridzwan,
desisnya lalu tergelak lucu dalam hati.
“Dah,
duduk!” arah Iqram tegas.
Cepat-cepat
Maira mengambil tempat duduk di sebelah Hidayah. Fail yang tertulis perkataan
‘operasi’ di atasnya, bingkas dicapai lalu dibuka ke helaian pertama.
Usai
mesyuarat selesai, kesemua staf bahagian operasi mengemas fail-fail mereka,
lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Yang tinggal hanya Iqram, Maira,
Hidayah dan Sonia.
“Maira
Qaisarah!” Iqram menegur tegas.
Maira
menoleh ke arah Iqram. “Ya, bos?” jawabnya sambil tersenyum kecil.
“Masuk
bilik saya lepas ni,” Iqram senyum sinis. “Bersiap sedia untuk disoal siasat,
Maira.” Lalu, dia bangun dan terus berjalan keluar meninggalkan bilik
mesyuarat.
Bulat
mata Maira mendengar arahan itu. Arahan itu umpama petir berdentum menyambar
dada langit. Gulp! Dia menegur liur. Alamak, matilah aku!
“Padan
dengan muka kau, Maira!” ejek Sonia sambil tersenyum sinis. Serentak itu, dia
bangun lalu berjalan keluar dari bilik mesyuarat.
Maira
menggosok-gosok belakang kepalanya berulang kali. Wajanya sudah pucat lesi.
“Dayah?” tegurnya sambil memandang tepat ke wajah kawan baiknya itu.
Hmm?”
balas Hidayah sambil senyum sinis. Bak sedang menyindir gadis comel itu.
“Macam
mana ni, Dayah? Aku takutlah! Ketaq lutut aku ni, wei!” luah Maira dengan suara
menggigil-gigil.
“Aik,
tahu pula rasa takut? Oh…tadi masa kau melawan cakap dia, tak tahu takut? Haa…
padan dengan muka kau!” perli Hidayah dengan muka selamba.
“Ala…
tu tadi,” balas Maira. “Err… kau teman aku, ya?” pintanya beria-ia.
“Kau
dah gila ke apa? Hisy, tak nak aku! Kau sendiri yang cari pasal kan? Tanggung
sendirlah! Aku tak sanggup nak jadi mak sanggup,” perli Hidayah. Cepat-cepat
dia bangun lalu menghayun kaki keluar dari bilik mesyuarat.
Maira
menjeling geram. Wajahnya cemberut. Cis, tak guna punya kawan! Kawan susah pun,
tak boleh nak tolong ke? Argh! hatinya membentak geram.
“SONIA?” Maira menegur.
Sonia
yang sedang menaip sesuatu di papan komputer ribanya, spontan mendongak.
Melihat muka Maira, spontan dia mencebik. “Hmm?”
“Err…
Encik Iqram ada kat dalam?” tanya Maira dengan muka pucat lesinya.
“Ada.”
Sonia menjawab sepatah.
“Err…
saya masuk ya?” balas Maira.
“Kejap,
jangan masuk lagi! Kau ingat pejabat Encik Iqram tu office bapak kau?” bidas Sonia keras.
Hilang
sabar jadinya apabila mendengar sindiran itu, namun ditahan hatinya agar tidak
melawan. Sabar, Mai! Biar aje nenek sihir ni. Kejap lagi, kau balunlah
cukup-cukup! herdik hati Maira geram.
“Okey,”
jawabnya sepatah.
Sonia
bingkas mengangkat telefon. Angka bernombor 2 ditekan. Seminit dua kedengaran nada
bersambut. Suara setiausaha gedik itu kedengaran begitu lembut dan manja.
Sekali gus mengundang cebikan di bibir Maira. Naik geli-geleman dia melihat
lenggok manja Sonia ketika bercakap di telefon.
Iyuu…
macam kucing gatal aje minah gedik ni, kutuk hatinya lalu tersenyum mengejek.
Berkerut
kening Sonia melihat senyuman sumbing di bibir Maira. “Hoi!” jerkahnya.
Maira
tersentak kecil. “Haa… apa dia?” Terpinga-pinga dia memandang Sonia.
“Tersengih-sengih
macam kambing aje. Tak payah nak sengih sangatlah! Kejap lagi telinga kau
berasap bila dengar ceramah Encik Iqram,” sindir Sonia.
Maira
senyum sinis. “Telinga saya yang berasap, bukannya telinga awak. Kalau telinga
awak tu berasap jugak, nanti saya callbomba.
Biar dia orang sumpit telinga awak tu.” Ambik kau! Haa… tak pasal-pasal dah
kena sebijik. Dush! Dush! Puas hati aku!
Buntang
biji mata Sonia mendengar sindiran itu. “Kau jangan kurang ajar, ya! Aku
penampar baru tau!” herdiknya geram.
Senyuman
sinis masih lagi mengitari wajah Maira. “Oh, tahu pulak nak marah? Sakit hati
ke saya cakap macam tu?” Hati kau sentap ke? Padan muka kau! Baru kau tahu
langit ni tinggi ke rendah. Ada hati nak perli-perli aku? Sorry la, kau salah orang, okey. Ini Maira Qaisara la!
Sonia
menghentak meja. “Kau…”
Belum
sempat Sonia menghamburkan amarahnya pada Maira, tiba-tiba interkom berbunyi.
Cepat-cepat dia mengangkat ganggang telefon.
“Yes, boss?” ucap Sonia tergedik-gedik.
Wajah
Sonia tiba-tiba berubah kelat. Membuat kening Maira terangkat sebelah. Senyuman
sinis semakin melebar di bibir. Hmm… mesti kau kena marah dengan Mr. singa tu,
kan? Ha ha ha… rasain lu! Tulah, nak sangat berdebat dengan aku kan? kutuk
hatinya.
Ganggang
telefon diletakkan kembali ke tempatnya. Sonia mengalihkan pandangannya ke arah
Maira. “Pergi masuk sekarang!” tengkingnya garang.
Dengan
muka selamba badaknya, Maira membalas, “Okey!” Dia menghayun kaki menuju ke
muka pintu, namun sekali lagi langkahnya mati apabila sindiran tajam Sonia
singgah ke gegendang telinganya.
“Bersiap
sedia untuk disoal siasat, ya.” Sempat lagi Sonia menyindir Maira. Siap
tersenyum sinis lagi.
“Okey.”
Sekali lagi Maira membalas dengan muka selamba badaknya.
Daun
pintu bilik yang tertulis nama Iqram Fattah Datuk Hakim dan dibawahnya pula
tertulis perkataan ‘Pengurus Operasi’ diketuk. Kedengaran bunyi perkataan
‘masuk’ dilaung dari dalam.
Daun pintu
bilik yang tertulis
perkataan Iqram Fattah
bin Datuk Hakim
dan dibawahnya pula
tertulis ‘Pengurus Operasi’
bingkas diketuk. Kedengaran
bunyi perkataan ‘masuk’
dilaung dari dalam bilik. Dengan lafaz bismillah, Maira
memulas tombol pintu lalu membolos masuk ke dalam.
GULP! Maira meneguk liur. Hang nilah
lutut, masa-masa ni nak ketaq, na. Ya ALLAH, selamatkanlah hamba-MU yang kerdil
ni. Maira bermonolog dalam hati.
Iqram
yang sedang menaip di komputer ribanya, menoleh ke arah Maira yang masih lagi
tercegat di muka pintu. Berkerut dahinya. “Yang awak berdiri kat pintu macam
tiang bendera Malaysia tu, kenapa? Masuklah!” jerkahnya. Langsung tidak
tercalit sebarang senyuman di wajahnya yang serius itu.
Maira
tersenyum kelat. “Baik, bos.” Dia berjalan ke hadapan meja Iqram, lalu berdiri
di tepi kerusi.
Dahi
Iqram semakin berkerut melihat gelagat Maira. “Tak payah nak jadi patung depan
saya, Maira. Duduk!” arahnya tegas.
“Baik,
bos.” Cepat-cepat Maira duduk di atas kerusi.
“Wait for a while, I need to finish this,”
ujar Iqram serius.
Maira
hanya diam membatu.
“Ok, done!” Tiba-tiba Iqram bersuara.
Memecah keheningan sunyi antara mereka.
Membuat
Maira tersentak, spontan dia menoleh ke arah Iqram dengan muka terpinga-pinga.
Sejurus
selepas Iqram menutup komputer riba dan menolaknya ke tepi, dia mengalihkan
wajahnya ke arah Maira. Sengaja dia merenung tajam wajah comel itu, seolah-olah
hendak menerbitkan rasa bersalah di benak gadis itu.
Maira
jadi tidak betah apabila dirinya direnung sedemikian rupa. Spontan, dia
tertunduk merenung ke lantai.
Iqram
pamer senyum sinis. “Tadi, bukan main lagi awak menjawab setiap kata-kata saya,
langsung tak takut walaupun awak dah buat satu kesalahan berat. Sekarang nak
balas renungan saya pun, jadi takut? Saya ingatkan awak ni seorang gadis yang
berani, tapi rupa-rupanya pengecut.”
Maira
terkesima. Geram dia apabila mendengar sindiran pedas itu. Amboi, sedap aje
mulut Mr. singa ni mengata aku. Nasib baiklah kau tu bos aku tau. Kalau tak,
memang dah lama aku cincang buat daging bakar! Tapi tak apa, Maira. Memang dah
salah kau kan? Redha ajelah!
“Saya
betul-betul minta maaf, bos. Saya tahu, saya dah buat satu kesalahan besar.
Saya tak patut lambat datang ke pejabat. Saya juga tak patut melawan kata-kata
bos. Maafkan saya, ya?” Maira bersungguh-sungguh merayu. Tangan kanannya
ditautkan ke tangan kiri, lalu digoncang berulang kali. Memohon maaf dari sang
ketua.
Iqram
bersandar ke belakang. “Berikan 5 sebab mengapa awak datang lambat ke pejabat
hari ni,” ujarnya dengan suara tegas. Wajah comel Maira direnung tajam, umpama
sang hakim yang sedang mendengar hujah pembelaan dari sang pesalah.
Maira
membulatkan matanya. Mulutnya ternganga. “Lima? Err… dua alasan aje, tak boleh
ke, bos?” Aduh, mana aku nak cari 5 alasan ni? desis hatinya.
Iqram
mengukir senyum sinis. “No! I want five
excuse from you, Miss Maira Qaisarah,” tolak Iqram tegas. “Tapi saya tak
nak dengar alasan yang tak masuk akal, saya nak alasan yang munasabah. Faham?”
Maira
berdecit seketika sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Err…”
Tergagap-gagap dia hendak memikirkan alasan yang munasabah. Aduh, gimana sih?
Erk, sejak bila pulak aku fasih berbahasa Indonesia ni? He he he…
“Maira
Qaisarah?” seru Iqram apabila tiada tanda-tanda untuk Maira bersuara.
Maira
menarik nafas panjang, lalu menghembus perlahan-lahan. Relax Maira, relax.“Err… sebab pertama, saya terlambat bangun pagi
ni. Sebab kedua pula, jam loceng saya rosak. Sebab ketiga pula adalah tayar
kereta saya pancit pagi tadi. Sebab keempat pula, traffic jammed. Sebab terakhir... err… saya terlupa hari ni kita
ada mesyuarat.” Tu dia. Berdozen-dozen alasan yang tak masuk akal. Ah, tak
kisahlah! Janji aku dapat bagi 5 alasan yang Mr. singa ni nak.
Iqram
terlongo. Wajahnya berubah merah, tanda marah. “Tu aje ke alasan awak?” Dia
ketawa sinis. “Awak tahu tak, semua alasan awak tak masuk akal tau. Banyak lagi
alasan yang awak boleh reka, alasan tak masuk akal tu jugak yang awak bagi?”
“Err…”
Dengan selamba badaknya, Maira menayang sengihan kerang busuk di hadapan Iqram.
Siap menayang muka tidak bersalah lagi.
Iqram
menjeling tajam. “Tak payah nak sengih-sengih depan saya, Maira!” bidasnya.
Sengihan
Maira terus mati.
“Kalau
awak nak kerja, buatlah cara nak kerja. Office
ni bukan rumah awak tau. Jadi, awak tak boleh datang ke pejabat sesuka hati
aje. Semua syarikat yang beroperasi sama ada di dalam mahupun luar negara ada
peraturan yang mewajibkan staf-stafnya patuhi, bukannya main redah sesuka hati
aje. Awak…” Iqram mula membebel panjang berjeda.
Maira
mengherot bibirnya. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Wajahnya sudah masam
mencuka. Aduh, bingitnya telinga aku mendengar bebelan Mr. singa ni, desis
hatinya.
“Awak
sepatutnya tunjukkan prestasi cemerlang pada syarikat. Kalau awak bersikap
sambil lewa, macam mana syarikat nak beri anugerah pada awak, hah?” tambah
Iqram lagi.
Maira memerhati
raut wajah kacak
Iqram. Fikirannya mula
membayangkan sesuatu. Serta-merta dia
tersengih lebar. Wajah kacak
Iqram berubah menjadi kartun Donald Duck. Mulutnya yang masih ligat membebel
mula memuncung panjang. Bebelan yang membingitkan gegendang telinganya itu pula
berubah menjadi alunan muzik berentak kartun Donald Duck.
Mulutnya
bingkas ditekup rapat, sedaya upaya dia cuba menahan ketawa. Sungguh, hatinya
bagaikan digeletek rasa geli hati. Ala… comelnya bos aku ni.
Berkerut
kening Iqram melihat gelagat Maira. “Maira?”
Maira
masih lagi dalam dunia khayalannya.
Iqram
mula panas hati. “Maira!” jeritnya lantang.
Maira
terkejut. Apa lagi? “Oh, muka kau macam Donald Duck!” latahnya tanpa sedar.
Gara-gara terkejut, dia menggosok dada. Pergh, kuss semangat!
Iqram
membuntang mata. “Muka saya macam Donald Duck?”
Maira
terkesima. “Haa?” Terpinga-pinga dia memandang wajah kacak Iqram. Apabila
menyedari ketelanjurannya, nafasnya serta-merta menjadi semput. Wajahnya
berubah kelat. Alamak, matilah aku! “Err…” Dia hendak mengungkap ayat maaf,
namun kata-kata itu seakan-akan tersekat di kerongkong lehernya. Aduh!
“Awak
memang sengaja buat hati saya menggelegak panas kan? Dahlah datang lambat,
berani melawan cakap saya pulak tu. Lepas tu, siap boleh samakan muka saya
dengan Donald Duck. Hah, memang tak patut!” marah Iqram geram.
Tu
dia. Mr. singa dah naik hantu! Matilah… “Err…”
“Cukup!”
Telapak tangan Iqram diangkat ke hadapan muka Maira. “Saya tak nak dengar
alasan apa-apa lagi. Sebagai balasan, awak dihukum!” tambahnya dengan muka
serius.
Maira
terkedu. Mulutnya ternganga luas. “Dihukum?” Gulp, dia meneguk liur. “Hukuman
apa, bos?”
Iqram
pamer senyum sinis. “Sebagai denda awak datang lewat ke tempat kerja, awak
dilarang keluar makan tengah hari pada hari ni,” balasnya dengan suara tegas.
Mata
Maira terus menjadi bulat. Terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan kepadanya.
“Haa? Tapi hukuman ni keterlaluan, bos! Bos tak boleh buat macam tu. Kalau saya
rasa lapar, macam mana?” bentaknya dengan muka tidak puas hati.
“No excuse! Awak bernasib baik tau sebab
saya denda awak macam tu. Kalau saya suruh awak cuci tandas, awak nak buat?”
bidas Iqram keras.
Maira
menarik muncung panjang. Mukanya cemberut. “Okey,” balasnya perlahan, redha
dengan hukuman yang dijatuhkan oleh majikannya itu.
“Dah,
keluar! Saya banyak kerja lagi ni,” arah Iqram keras.
Maira
bingkas berdiri. Dengan langkah lemah longlai, dia terus membolos keluar dari
bilik Iqram.
Iqram
senyum sinis. “Padan dengan muka kau, Maira! Puas hati aku!” ucapnya, lalu
ketawa jahat.