DEMI
melihat
figura isteri yang baru sahaja dinikahinya itu, Iqram tersenyum manis. “Awak
dah solat Isyak ke?” Dia berjalan menuju ke arah katil, lalu melabuhkan duduk
di sebelah gadis itu. Wajah isterinya itu direnung lembut, sarat dengan seribu
satu rasa cinta yang semakin bercambah hari demi hari.
“Belum.”
Maira menjawab dengan suara gugup. Entah mengapa hatinya seakan-akan berdebar
tatkala berdua-duaan dengan Iqram. Jantungnya terasa seakan mahu meletup.
Iqram
tersenyum. “Kita solat Jemaah sekali ya?” ajaknya beria-ia. Teruja benar
hatinya hendak mengerjakan solat berjemaah bersama isterinya buat kali pertama.
Maira
terkesima. “Err… awak pergilah solat dulu. Lepas awak dah solat, barulah saya
solat.” Agak keberatan dia hendak solat berjemaah dengan suaminya itu. Rasa
segan pula.
Berkerut
dahi Iqram. Hairan dengan penolakan isterinya itu. “Laa… kenapa pulak? Lagipun,
kita kan dah jadi suami isteri. Tak salah kan kalau kita solat berjemaah
sekali. Awak nak tahu tak apa ganjaran bila sepasang suami isteri mengerjakan
solat berjemaah? Kita akan dapat ganjaran pahala sebanyak 27 darjat pahala tau.
Rumah kita juga akan disukai Malaikat Rahmat. Malaikat Rahmat ni sukakan rumah
yang di dalamnya sentiasa menunaikan perkara sunat. Haa… lagi satu, solat
berjemaah ni pun boleh eratkan kasih sayang antara kita berdua tau.” Dia mula
berceramah panjang berjeda. “Awak tak nak ke?” tambahnya lagi.
Maira
menarik muka cemberut. Aduh, dia berceramahlah pulak! Bising aje tau! bentak
hatinya.
“Maira?”
tegur Iqram dengan suara lembut.
Maira
tidak membalas. Dia tayang muka tak ada perasaan.
Iqram
tersenyum. “Jom kita solat berjemaah sekali ya?” ajaknya beria-ia.
“Err…”
Maira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Tapi…” Maira cuba menolak,
namun sekali lagi kata-katanya itu dipintas oleh Iqram sebelum sempat dia
menghabiskan bicara.
“No excuse, Mrs. Iqram Fattah!” Suaranya
tegas, bersama raut wajahnya yang serius.
Maira
berdecit. “Ala…”
“Syhh…”
Jari telunjuk kanan Iqram segera diletakkan ke bibir Maira. “Shut up, dear! Tak baik tau menolak
permintaan suami. Berdosa,” tegas Iqram.
“Yalah…
yalah… kita solat berjemaah sekali!” Jari telunjuk Iqram bingkas ditepis.
Bibirnya terjuih ke depan.
Iqram
tersenyum lebar. “Good girl.”
Maira
mencebik.
Iqram
bangun lalu berdiri di depan figura Maira. “Awak pergi ambil wuduk dulu. Saya
tunggu awak di sejadah ya,” katanya beria-ia.
“Hmm...”
Maira membalas dengan suara geram. Serentak itu, dia bangun lalu berjalan
dengan hati sebal menuju ke arah bilik air.
SEJADAH yang digunakan ketika solat
Isyak sebentar tadi segera digantung ke rak. Sesudah itu, dia berjalan ke katil
lalu duduk di situ. Demi melihat telatah Iqram yang sedang ralit menyisir
rambutnya di depan cermin solek, serta-merta bibirnya membentuk cebikan. Eleh,
macamlah handsome sangat? Menyampah,
kutuk hatinya.
Sesudah
berpuas hati dengan penampilannya, Iqram bingkas meletakkan sikat rambut itu ke
meja solek. Lalu, dia berjalan ke arah Maira. Dia melabuhkan duduk di sebelah
isterinya itu. Segaris senyuman membentuk di bibir. “Sayang?” Dia menegur
dengan suara lembut menggoda.
Maira
buat-buat tak dengar. Dia tayang muka selamba.
Iqram
merengus halus. Geram dengan telatah Maira. Dia ni tak dengar ke atau sengaja
buat-buat tak dengar? bentak hatinya. Ehem, dia berdehem keras! “Maira?”
Serta-merta
Maira menoleh demi mendengar namanya dipanggil. “Hmm?”
Terjungkit
sebelah kening Iqram. Dia tercengang. “Eh, awak dengarlah pulak bila saya
panggil nama awak kan? Kali pertama saya tegur, awak buat derk aje. Macam
telinga tu bersumbat dengan kapas. Tapi bila kali kedua saya panggil awak,
barulah awak dengar.” Dia mula membebel-bebel. Dia ni memang sengaja buat aku
naik angin kan? Aku baru aje nak bertukar jadi baik tau!
Maira
pamer senyum sinis. “Laa… awak panggil saya ke tadi? Sorry,saya tak dengar.” Dia menyindir dengan suara sinis. Sengaja
ingin menyakitkan hati Iqram.
Membuntang
terus biji mata Iqram demi mendengar sindiran pedas itu. “Tak dengar?” Dia
tertawa sinis. “Awak dengar ke atau buat-buat tak dengar?”
“Saya
buat-buat tak dengar.” Maira memulangkan paku buah keras. “One more thing,” Dia merenung tajam figura suaminya. “Nama saya
Maira, bukan sayang. Faham?” herdiknya.
Iqram
pamer senyum penuh makna. Terdetik satu idea nakal di benaknya. “Maira ke,
sayang ke, ia tetap sama bagi saya. Suka hati sayalah nak panggil awak apapun.
Sayang ke, baby butukke, darlingke, honey madu ke, apa ke.” Dia membalas dengan suara romantis.
Maira
mendengus geram. “Tak boleh! Awak tak boleh panggi saya macam tu! Saya ada
nama. Dan nama saya ialah Maira Qaisarah. Awak boleh panggil saya Maira aje,”
tegasnya dengan suara keras.
Iqram
mendekatkan wajahnya ke Maira. Merenung romantis wajah comel isterinya dengan
senyuman menggoda. Sengaja hendak memikat hati Maira. “Wahai sayangku, Mrs.
Iqram Fattah, kalau saya nak panggil awak dengan panggilan sayang, macam mana?”
bisiknya lembut.
Maira
tergamam. “Err…” Aduh, tak pasal-pasal lidahnya seakan-akan tergulung hendak
membidas kata-kata lelaki itu. Argh!
Iqram
mendekatkan tubuhnya ke tubuh Maira. “Kenapa awak diam, sayang?”
“Err…”
Demi menyedari figura Iqram yang semakin hampir dengannya, dia segera bergerak
ke tepi. Namun semakin dia menjauh, semakin suaminya itu menghampiri. Akhirnya,
langkahnya terkunci apabila tubuhnya terlanggar bucu katil. “Apa ni, Iqram?
Hisy!” Dia membentak sambil menggigil-gigil ketakutan.
“Apa
ni, apa?” Soalan berbalas dengan soalan. Hmm… apa kata kalau aku usik kau?
Mesti kau jadi terkontang-kanting kan? Hatinya tertawa nakal.
Maira
bertambah resah. “Hisy, jangan dekat! Saya tak sukalah!” Dia membentak keras.
Sedaya upaya cuba menahan benteng dirinya dari Iqram. Ah, lelaki itu
benar-benar menakutkan!
Iqram
pamer senyum menggoda. “Kalau saya dekat juga, awak nak buat apa?”
Maira
jadi kaget. “Haa… kalau awak dekat, saya jerit! Biar satu dunia dengar!”
Beria-ia dia membalas. Seakan-akan sengaja hendak menakutkan Iqram.
“Oh,
awak nak biar satu dunia dengar ya? Okey tak apa, saya tak kisah!” Iqram
membalas selamba.
Maira
tercengang. “Haa?”
Figura
Maira ditenung dengan lirikan mata menggoda. “Awak jeritlah sekuat hati, sampai
nak terkeluar anak tekak pun tak apa. Biar semua orang tahu apa yang bakal kita
lakukan sebentar lagi.” Dia membalas nakal.
Maira
terkedu. “Bu… buat apa?” Hatinya semakin berdebar-debar.
Iqram
menjungkit kening nakal. “Buat apa yang sepatutnya. Like husband and wife.” Dia menjawab dengan suara romantis.
Sekali
lagi Maira terkedu. Serta-merta dia menelan liur. “Awak jangan macam-macam
dengan saya, Iqram! Saya belasah awak nanti!” ugutnya.
“Buatlah,
saya tak kisah! Tapi awak kena ingat satu perkara, sayang. Awak tu isteri saya,
saya ni suami awak. Apa hukum seorang isteri belasah suami dia tanpa sebab yang
musabab? Berdosa tau, boleh masuk api neraka. Awak nak ke, hmm?” balas Iqram
dengan muka selamba. Sengaja hendak menakut-nakutkan Maira.
Maira
tergamam. “Err…”
Iqram
pamer senyum menggoda. Dia memusingkan tubuh Maira menghadap ke arahnya. Pipi
lembut isterinya itu diusap perlahan. “Awak jangan takut ya,” bisik Iqram
seakan berbisik halus. “Saya akan pimpin awak melayari bahtera rumah tangga
kita, sayang. Saya akan bahagiakan awak, Maira.” Tambahnya.
Maira
tergamam. Serta-merta kata-kata Farisya mengetuk kotak ingatannya. “Bersiap sedia untuk dibom ya?”
Demi
mengingati sebaris ayat yang bisa menyentap tangkai hatinya, jantungnya
serta-merta berdegup kencang. Bagai hendak terlucut keluar dari tubuhnya. Oh,
tidak! Dia semakin takut! Alamak, matilah aku!
Iqram
merenung wajah Maira dengan wajah nakal dan menawan. “Awak cantik, sayang.”
Jarinya menyentuh permukaan bibir halus isterinya itu. “Terutamanya di bibir
awak ni.” Bola matanya dipejam rapat, lalu dia mendekatkan wajahnya ke wajah
isterinya.
Demi
melihat tingkah laku Iqram, Maira terus meneguk liur. Alamak, matilah aku! Aku
belum bersedia lagi!
Belum
sempat bibir Iqram mencecah ke bibirnya, Maira segera menolak kasar tubuh
suaminya. Cepat-cepat dia bangun lalu menderum masuk ke bilik air.
Demi
melihat telatah Maira, dia tergelak kecil sambil menggeleng berkali-kali.
Sungguh, dia berasa kelakar dengan tindakan isterinya itu. “Aku belum sempat
buat apa-apa lagi, tapi awal-awal lagi dia dah lari? Maira… Maira… takut sangat
kan? Aku bukan nak buat apapun, aku cuma nak mengusik aje.”
“ADUH, penatnya!” keluh Iqram sambil
membaringkan tubuhnya ke katil, lalu menarik kain
selimut sehingga ke paras pinggang. Kepenatan
yang semakin menjalar ke pelosok tubuhnya membuat matanya semakin kutu. Rasa
kantuk semakin menguasai sanubari. Dia menguap panjang.
Demi
mengingati figura Maira yang masih lagi berada di dalam bilik air, spontan dia
menoleh ke arah daun pintu bilik air. Dia tersenyum. “Maira… Maira…” ngomelnya.
“Awak sanggup berkurung dalam biik air semata-mata nak mengelak dari saya kan?
Dasyatlah awak ni, sayang! Awak memang gila!” kutuknya. “Takut sangat
kalau-kalau saya buat apa-apa kat awak.” Dia menokok lalu tertawa geli hati.
“Hmm…
suka hati awaklah, Maira. Awak nak berkubang sampai bila-bila pun, tak apa.
Tidur sampai lebam ya, sayang?” Sekali lagi dia mengutuk Maira. Malas hendak
melayan telatah kebudak-budakan isterinya itu.
Serentak
itu, dia menutup mata. Dek kepenatan yang semakin berakar, akhirnya dia
terlelap.