“AM?”
Datuk
Hakim menegur lembut. Iqram
yang sedang ralit menonton televisyen tersentak kecil demi mendengar teguran
papanya. Spontan dia menoleh ke arah papa. “Ya, papa?”
Datuk
Hakim melabuhkan duduk di sebelah Iqram. “Siapa yang kamu akan bawa ke Kedah
nanti?”
Datin
Marina yang kebetulan baru sahaja masuk ke bilik istirehat keluarga itu, terus
terkejut besar. Membuntang terus matanya gara-gara terkejut. “Haa… Am nak pergi
Kedah? Bila? Atas urusan apa?” Bertubi-tubi soalan yang terkeluar dari
mulutnya, umpama mesin gan.
Berkerut
dahi Iqram. Hairan mendengar soalan mama. “Aik, papa tak ada bagitahu apa-apa
kat mama ke?”
Datin
Marina tercengang. “Tak ada pulak.”
Dia
menoleh ke arah suaminya. “Kenapa abang tak bagitahu apa-apa pada saya?” Dia
mula membebel geram.
Datuk
Hakim tergelak. “Ala… abang terlupa pulak nak bagitahu pada Mar. Sorry, ya sayang?” Tangan kanannya
dirapatkan ke tangan kiri, lalu digoyang berulang kali di hadapan isterinya.
Tanda memohon maaf.
Datin
Marina menarik muka cemberut. “Hisy, bencilah! Abang nikan, selalu lupa nak
bagitahu perkara-perkara penting macam ni kat saya tau,” Dia menarik muncung
sedepa. “Agak-agaknya, saya ni tak wujud dalam hidup abang kot,” rajuknya.
“Ala…
maafkan abang, Mar. Bukannya abang tak nak bagitahu Mar, tapi abang betul-betul
terlupa. Jangan cakap macam tu, sayang. Kehadiran Mar amat penting dalam hidup
abang dan anak-anak kita,” pujuk Datuk Hakim dengan suara lunak menggoda.
Dikerling
sekilas figura Iqram. “Kan, Am?” sambungnya beria-ia, berusaha meraih sokongan
Iqram.
Iqram
terus tercengang. Erk, kenapa nama aku boleh terlibat sama ni? “Err… betul tu,
mama,” sokongnya beria-ia.
Datuk
Hakim pamer senyum menggoda. “Haa… dengar tu, sayang? Kehadiran awak aamt
penting dalam hidup kami tau. Awak umpama cahaya lampu mentol yang menyinari
hari-hari kami. Tanpa awak, gelap-gelitalah hidup kami,” tambahnya lagi.
Datin
Marina mencebik. “Huhh, abang ni banyak cekadaklah! Ada ke samakan saya dengan
lampu mentol?” bebelnya geram.
Datuk
Hakim hanya tersengih.
Datin
Marina menggeleng demi melihat telatah suaminya. Hmm…wayar putus! Dia menoleh
ke arah Iqram. “Haa.... bila kamu nak bertolak ke Kedah, Am? Berapa lama kamu
kat sana? Atas urusan apa?”
“Esok
pagi, mama. Tepat pukul 6.30 pagi, Am akan bertolak. Am ada seminar
keusahawanan. Err… Am pergi dalam empat hari,” jawab Iqram satu per satu.
Datin
Marina mengangguk tanda memahami.
“Haa
Am, siapa yang kamu akan bawa ke Kedah nanti?” celah Datuk Hakim ingin tahu.
“Am
bawak staf Am, papa.” Iqram menjawab ringkas.
“Lelaki
ke perempuan?” Datin Marina segera mencelah.
Iqram
tersenyum. “Perempuan, mama. Nama dia Maira Qaisarah,” jawab Iqram.
Pasangan
suami isteri itu terkejut. Serentak itu, segaris senyum penuh makna terukir di
bibir masing-masing.
“Okeylah,”
Iqram segera bangun berdiri. “Am nak masuk tidur dulu. Nanti terlambat bangun
pula,” Dia berjalan ke muka pintu. “Good
night, papa, mama.”
“Good
night.” Pasangan suami isteri menjawab serentak.
Iqram
terus membolos keluar dari bilik istirehat keluarga. Meninggalkan pasangan
suami isteri itu sendirian.
Mereka
berpandangan sesama sendiri. Segaris senyum penuh makna meniti di bibir
masing-masing.
POMM!!!
Demi
mendengar bunyi guruh yang tiba-tiba sahaja berdentum kuat menyambar ke dada
langit, Iqram terus terkejut. Dia terus bangun, lalu duduk bersila di atas
katil.
Astaghfiurlahalazim!
Dia segera beristighfar panjang. Cuba mengembalikan semangatnya yang terbang
menghilang dek terkejut dengan bunyi guruh itu.
“Dah
pukul berapa ni ya?” desisnya.
Serentak
itu, dia mengambil jam loceng di meja sebelah kiri katilnya. Demi melihat jarum
jam yang sudah pun berganjak ke angka 6.00, spontan matanya membuntang luas.
Ternganga sedikit mulutnya. “Alamak, aku dah lambat ni! Aduh, macam manalah aku
boleh terlupa ni?” bebelnya.
Nasib
baik dia tersedar dari lena gara-gara terkejut dengan bunyi guruh. Kalau tidak,
dia masih lagi lena diulit mimpi-mimpi indah. “Aduh, macam mana kau boleh jadi
cuai ni?”
Dia
berlari anak ke arah almari. Daun pintu almari dibuka. Tuala berwarna putih
yang berlipat kemas di atas rak segera dicapai.
Serentak
itu, mencicit dia berjalan masuk ke bilik air.
MAIRA mengerling jam tangan pemberiaan
abah sewaktu hari lahirnya yang ke 24 tahun di pergelangan tangan kirinya.
Jarum jam sudah pun berubah ke angka 6.35 pagi. Dia berdecit geram. “Hisy, mana
Mr. singa ni? Semalam dia suruh aku terpacak kat depan rumah tepat pukul 6.30
pagi. Tapi, dia juga yang lambat selama 5 minit tau.” Dia membebel geram.
Tiba-tiba,
sebuah kereta BMW 3 Series berhenti di hadapan rumahnya. Demi melihat kereta
mewah itu, bibirnya terjuih ke depan. “Hmm… sampai juga!” desisnya dengan suara
geram. “Aku nak tunggu kat sini ajelah! Nak lancar mogok sebab Mr. singa ni
lambat.” Dia menambah lagi.
Iqram
menoleh ke arah figura Maira. Gadis itu masih lagi berdiri terpacak di depan
pintu. “Yang nak jadi patung kat tengah alam tu, kenapa? Aduh, dia ni…
sengallah! Aku dah lambat ni!” Dia segera membunyikan hon kereta.
Maira
masih lagi berdiri di depan pintu.
Iqram
bertambah geram. “Aduh, dia nilah…” Dia membunyikan hon keretanya untuk
kesekian kalinya.
Namun,
gadis itu tetap setia tegak berdiri di situ.
Iqram
berdecit. “Dia nilah… sengaja nak buat aku naik angin!” Dia terus membolos
keluar dari perut kereta, lalu memanjangkan lehernya ke rumah itu. “Oii Cik
Maira Qaisarah, cepatlah! Yang awak tercegat depan rumah macam tiang lampu
antik tu, kenapa? Kita dah lambat ni!” marahnya dengan suara garang.
Maira
memuncung bibir. “Dahlah datang lambat! Siap nak marah-marah aku lagi,”
bebelnya geram.
Iqram
semakin bengang. “Maira Qaisarah!”
“Yalah…
yalah… saya datang sekarang!” bentak Maira, seraya melangkah geram menuju ke
arah kereta BMW 3 Series. Usai pintu dibuka, dia membolos masuk ke dalam perut
kereta.
Iqram
membolos masuk ke dalam kereta. Dia merenung tajam wajah Maira. “Awak tahu tak,
kita dah lambat sekarang ni tau. Then,
boleh pulak awak tercegat kat depan pintu macam patung kat shopping complex. Awak ni memang sengaja buang masa saya tau! Saya
tak nak kita lambat sampai!” Dia mengherdik dengan suara marah.
Maira
mendengus. Dia mencerlung marah ke arah Iqram. “Oh, jadi saya yang bersalah
dalam hal ni? Dari pukul 6.30 pagi lagi, saya dah tercegat depan pintu tau!
Yalah… kalau saya lambat, bos marah. Tapi, alih-alih bos yang lambat. 5 minit
pulak tu,” bidasnya dengan muka tidak puas hati.
“Shut up!” jerit Iqram tiba-tiba.
Maira
terus terdiam. Dia menarik muka cemberut. Hatinya benar-benar sakit dengan
tingkah laku Iqram. Argh!
Dahlah
suruh aku ikut kau pergi seminar tu. Lepas tu, kau boleh tengking aku pulak?
Salah sendiri, tapi tak nak mengaku! Argh! Kalau ikut hati aku ni, nak aje aku
campak anak panah ke muka kau tau! Biar berlubang sana sini! Baru puas hati
aku! herdik hatinya.
Sejenak
mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
Figura
Maira dikerling sejenak. Terbit rasa bersalah di pundak Iqram. Kesian dia, tak
pasal-pasal kena marah dengan aku. Kau ni, Am… kau tak patut marah dia tau! Ni
bukan salah dia, tapi salah kau!
“Ehem-ehem!”
Tiba-tiba Iqram berdehem kecil. “Maira?” Dia menegur lembut.
“Hmm?”
Maira membalas dengan acuh tak acuh. Malas hendak melayan telatah lelaki itu.
Iqram
membuang keluhan. “Saya tahu saya salah, Maira. Saya tak patut marah, herdik
dan tengking awak. Err… saya minta maaf, ya?” ucapnya beria-ia.
Maira
tersenyum hambar. “Tak apalah, bos. Dah nasib badan, redha ajelah. Barulah saya
tahu betapa sakitnya hati bila orang yang ditunggu-tunggu sampai lewat.”
Iqram
terkedu. “Awak sindir saya ke?” balasnya tidak puas hati.
“Eh,
tak!” Beria-ia Maira menafi. Dia menoleh ke arah Iqram. “Saya tak ada niat nak
menyindir bos. Apa yang berlaku adalah satu pengajaran buat diri saya.” Dia
menambah lagi.
Iqram
terus diam membisu. Terkedu mendengar kata-kata itu. Erk, mendalam sungguh
kata-kata Maira.
Sejenak
mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
Tiba-tiba
Maira menguap panjang. Cepat-cepat dia menekup bibirnya. “Mengantuknya!”
desisnya panjang.
Iqram
mengerling sekilas figura Maira di seat sebelah. Dia tersenyum melihat gelagat
gadis itu. Sesekali gadis itu tersengguk-sengguk sambil terkebil-kebil menahan
rasa kantuknya. Rasa kelakar pula melihat telatah gadis itu. Sungguh mencuit
hati!
“Maira?”
Dia menegur.
Demi
mendengar teguran Iqram, Maira segera menoleh. “Ya, bos?”
“Kalau
awak mengantuk, awak tidurlah dulu. Nanti bila dah sampai sana, saya kejutkan
awak,” kata Iqram bersungguh-sungguh.
Maira
tergamam. “Err… tak apa ke, bos?”
Iqram
mengangguk. “Tak apa, saya tak kisah. Lagipun saya dah biasa travel jauh-jauh ni. Awak tidurlah ya.”
Bagai
disorong bantal, Maira terus tersenyum lebar. “Terima kasih banyak-banyak ya,
bos. Saya tidur dulu ya. Good night,
sweet dream!” Dia terus menurunkan seat ke belakang, lalu merebahkan
tubuhnya. Seminit dua, akhirnya matanya terpejam rapat. Lena sambil diulit
mimpi-mimpi indah.
Iqram
ternganga. “Good night? Sweet dream?
Matahari dah menjengah atas kepala pun, boleh ucap good night and sweet dream lagi ke?” Dia menggeleng, geli hati
dengan telatah Maira.
“Maira… Maira…”