BISU!
Itulah
istilah tepat yang menggambarkan situasi Iqram dan Maira ketika ini. Lidah
masing-masing seolah-olah terkelu untuk memulakan bicara. Maira
menoleh ke arah Iqram di seat sebelah. “Err… bos?” tegurnya.
Sebetulnya, dia
tertanya-tanya. Siapakah figura seorang wanita yang datang menegur mereka
sebentar tadi? Apakah hubungan figura itu dengan Iqram? Mengapa rona wajah
Iqram berubah keruh apabila melihat wajah itu? Apa sebenarnya yang sudah
berlaku? Beribu-ribu soalan menikam benak fikirannya kala ini.
“Hmm?”
balas Iqram acuh tak acuh.
“Err…
bos okey ke ni?” Dengan teragak-agak, Maira menyoal. Sebetulnya, dia agak
keberatan hendak bertanya. Bimbang kalau-kalau dia dicop busy body.
Iqram
senyum hambar. “Saya nampak macam okey ke?” Soalan berbalas dengan soalan.
Terselit nada suara lemah di setiap bait ayat yang dituturkan.
Maira
tergamam. Dia jadi kaget mendengar kata-kata itu. “Err…” Tergagap-gagap dia
hendak menjawab.
Iqram
mengeluh. “Sebenarnya, perempuan yang tegur kita tadi tu… nama dia Suraya. Dia…
dia bekas tunang saya.” Dia mula membuka kisah lama. Satu kitab sedih yang
sekali gus menyentap tangkap hatinya dan mengundang seribu satu rasa kecewa.
“Oh.”
Hanya sebaris kata itu sahaja yang terluah dari bibirnya. Tertanya-tanya
hatinya, pasti ada memori sedih yang pernah hadir dalam hidup lelaki itu suatu
ketika dahulu.
“Saya
rasa kecewa dengan semua perbuatan dia, Maira. Yalah, orang yang kita sayang
sepenuh hati, tiba-tiba aje lukakan hati dan hancurkan kepercayaan kita. Tapi
dalam masa yang sama, saya rasa bersyukur kerana ALLAH S.W.T dah buka mata dan
pintu hati saya untuk menilai sikap sebenar dia.” Iqram menambah.
“Apa
sebenarnya yang dah berlaku?” soal Maira.
Iqram
senyum hambar. “Dia curang pada saya, Maira. Bukan setakat tu aje, malah dia
dah melakukan satu dosa besar. Dia berdosa pada ALLAH. Dia…” Ayatnya mati di
situ. Tidak sanggup rasanya hendak menghabiskan kata-katanya.
“Dia
apa?” potong Maira.
Iqram
mengeluh. “Dia berzina, Maira.”
Maira
tergamam. Dia terus terdiam membisu. Terkedu mendengar jawapan itu.
Subhanallah…
Iqram
tersenyum. “Saya minta maaf, Maira. Saya tak patut cerita semua sejarah silam
saya pada awak. Tak pasal-pasal awak dah terjebak dengan masalah saya. Saya pun
tak tahu kenapa saya boleh cerita semua ni pada awak.” Dia serba salah.
“Tak
apa, bos, Saya faham. Kadang-kadang, kita kena luahkan apa yang terbuku di hati
pada seseorang. Barulah hati kita rasa lebih tenang dan aman. Lagipun, pendam
perasaan ni sebenarnya tak baik untuk diri kita sebab ia boleh rosakkan
kesihatan diri dan emosi,” balas Maira.
Iqram
mengangguk. “Terima kasih sebab sudi mendengar, Maira.”
“Sama-sama.”
Maira membalas.
Mereka
terdiam sejenak, melayani perasaan masing-masing.
Figura
Iqram yang sedang leka memandu, dikerling sejenak. Maira tersenyum.
Rupa-rupanya, terselit sebuah cerita duka di sebalik wajah serius dan sikap
tegas lelaki itu. Ah, dia ksihankan Iqram. Jahat betul bekas tunang Mr. singa
ni. Dapat tunang yang kacak, baik dan bekerja hebat macam ni pun, boleh lagi
main kayu tiga. Peliknya! desisnya dalam hati.
“Maira,
kita dah sampai ni.” Iqram menegur.
Maira
tersentak kecil. Lamunannya terus hilang. “Oh.” Dia tersenyum. “Err… terima
kasih sebab belanja saya, ya bos.”
“Sama-sama.”
Iqram membalas ringkas.
Maira
membolos keluar dari perut kereta. Dia melangkah ke lobi. Setiba di hadapan
pintu lif, dia menekan punat untuk ke tingkat atas. Dia berdiri sejenak sambil
mengelamun jauh.
Mengenangkan
sikap Iqram yang berlainan sekali terutama di pejabat, serta-merta mengundang
rasa aneh di hati. Namun, cepat-cepat dia mengusir pergi rasa itu. Tidak mahu
rasa itu semakin selesa bermukim di hatinya.
Erk,
jangan buat kerja gila, Mai! Ingat, dia tukan Mr. singa. Garangnya mengalahkan
singa jantan! Hatinya segera memberi peringatan keras.
“Ehem-ehem!”
Tiba-tiba kedengaran suara deheman seseorang dari dalam lif.
Maira
tersentak. Terpinga-pinga dia memandang figura Iqram yang sudah pun berada di
dalam perut lif.
Berkerut
dahi Iqram. “Awak tak nak masuk ke, Maira?”
Merah
padam muka Maira mendengar teguran itu. Demi menyedari ketelanjuran diri, terus
dia tertunduk malu. Serentak itu, dia melangkah masuk ke dalam perut lif.
MAIRA menutup fail yang sedang
disemaknya, lalu dia menolaknya ke tepi. Lehernya diurut perlahan, mahu
meredakan urat sarafnya yang terasa tegang.
“Penatnya,”
keluhnya.
Dia
menongkat dagu. Matanya terpejam sejenak. Hendak merehatkan mindanya buat
seketika. Tidak semena-mena peristiwa sebentar tadi tertayang di layar
ingatannya.
“Hai?”
sapa satu figura.
Serentak
Maira dan Iqram menoleh ke arah si empunya suara yang menegur mereka.
Demi
melihat figura Suraya yang sedang tersenyum menggoda itu, Iqram terus
terkesima. Dia berdecit geram. Aduh, masa-masa macam nilah alien ni nak
memunculkan diri dia. Dia ni betul-betul kacau daunlah! Hatinya membentak
geram.
Maira
tercengang. Ternganga sedikit mulunya demi melihat telatah gadis seksi itu.
Iyyu, gediknya! Oh… ada jugak kembar si Sonia tu kat muka bumi ni ya? Tak
sangka aku!
Suraya
melabuhkan duduk di sebelah Iqram. “You buat apa kat sini, sayang?” Dia senyum
manja. Lengan sasa lelaki itu disentuh, lalu diusap lembut.
Segera
Iqram menepis tangan Suraya. Naik geli-geleman jadinya apabila tangan bekas
tunangnya itu menyentuh lengannya. “Hmm… I tengah main bola.” Dia membalas acuh
tak acuh.
Tawa
Maira hampir terburai mendengar sindiran itu. Dia mengerling wajah gadis seksi
itu. Haa kau… muka tu terus jadi kelat bila dengar sindiran pedas Encik Iqram.
Padan muka!
“You
ni… suka sangat berloyar buruk dengan I tau. Janganlah macam ni, sayang. I
tanya baik-baik kan. So, you jawablah
baik-baik.” Suraya membalas lembut.
“Dah
you tanya soalan sengal macam tu kat I. So,
I jawab macam tu jugaklah.” Iqram menyindir. “Kan you dah nampak I tengah
makan, lagi nak tanya.” Dia menambah.
Suraya
terus terdiam. “Err… sayang?” Dia menegur setelah agak lama berdiam diri.
Iqram
buat-buat tak dengar. Siap menayang muka toya lagi.
Suraya
pamer senyum menggoda. “Am… I miss you so
much, dear. You tahu tak, I rindu sangat dengan memori lama kita. You
selalu manjakan I, sayang. Pujuk I… bagi I hadiah… Hmm… dah lama kita tak
bermanja macam dulu kan?”
Iqram
senyum sinis. “Tak payah nak ungkit sejarah silam tu, Suraya. Benda dah lama
basi kan. You dah lupa ke? Bukan ke you penyebab hubungan kita terhenti sekerat
jalan?” herdiknya dengan suara kasar.
Suraya
terkesima. “Sampainya hati you cakap macam tu pada I, Am. You dah tak sayangkan
I lagi ke? Am, I tahu I dah buat salah pada you. I sedar, I tak patut ambil
tindakan bodoh macam tu. Atleast, you
bagilah I satu lagi peluang untuk tebus kesalahan I. Please…” rayunya bersungguh-sungguh.
“Peluang?”
Iqram tertawa sinis. “Peluang tu dah tak ada bila you curang dengan I, Suraya.
You tahu tak, hati I jadi hancur dengan perbuatan you. I betul-betul rasa kecewa.
Dan rasa cinta yang pernah wujud di hati I ni dah lama terhakis padam. I dah
tak ada apa-apa perasaan pada you lagi tau.”
“Tapi…”
“Shut up, don’t mention anything.I dah
tak nak dengar sebarang alasan dari you lagi. Cukuplah, hati I dah cukup pedih dengan
apa yang you dah buat pada I.” Iqram segera memotong sebelum sempat Suraya
menghabiskan bicara.
Suraya
bengang. Bola matanya teralih ke arah Maira. Hatinya semakin terbakar. “You tak
boleh terima I sebab perempuan ni kan?” bidasnya mula meninggi suara.
Maira
terkesima. Eh? Kenapa aku tiba-tiba aje terlibat ni? Hisy, tak boleh jadi ni!
Dia hendak membalas, namun Iqram terlebih dahulu bersuara.
“Jangan
buat tuduhan melulu, Suraya. Dia tak ada kena-mengena dalam hal ni!”
Suraya
ketawa sinis. “Oh, dia tak ada kena-mengena dengan you? Habis tu, kenapa susah
sangat you nak terima I semula? Mengaku ajelah, Am. Semuanya sebab perempuan ni
kan?”
Iqram
bengang. Suraya sudah melampau! “Ain Suraya!” Dia mula meninggi suara. Hilang
sabar dengan telatah gadis itu. Menjengkelkan!
Garis
senyum sinis masih menghiasi bibirnya. “Come
on, Iqram Fattah. Tell me the truth!” Suraya mengherdik keras.
“Ehem-ehem!”
Tiba-tiba Maira berdehem keras. Dia merenung tajam ke segenap wajah Suraya.
“Wahai Cik Suraya yang berpakaian seksi dan bermulut busuk macam bau longkang,
tolong jangan buat tuduhan yang bukan-bukan! Saya dengan Encik Iqram tak ada
apa-apa hubungan. Untuk pengetahuan cik, saya ni cuma pekerja Encik Iqram aje,
tak lebih dari tu!” Maira mula hilang sabar. Walaupun hatinya sudah terbakar,
namun dia tetap menayang muka selamba badak. Seolah-olah tiada apa-apa yang
berlaku.
Iqram
terkedu. Terpinga-pinga dia memandang wajah Maira. Serius, dia tidak sangka
gadis itu begitu berani membidas Suraya. Gadis itu siap menayang muka selamba
badak lagi. Wah! Haa… ni barulah dikategorikan sebagai Miss selamba. Baguslah,
memang terbaik!
Rona
wajah Suraya terus berubah marah. “You…” Jari telunjuk Suraya hinggap ke muka
Maira.
Maira
segera menepis kasar tangan Suraya. “Sesuka hati aje cik nak tayang hari depan
saya. Saya gigit nanti, baru padan dengan muka cik tau!”
Iqram
terasa seakan hendak ketawa mendengar sindiran itu, namun segera ditahan. Tidak
mahu mengeruhkan lagi keadaan. Dia menoleh ke arah Suraya. Haa kau… padan muka!
Ni baru dinamakan buku bertemu dengan ruas.
Suraya
semakin bengang. “Kau…”
Tiba-tiba
Iqram berdehem. “Dahlah tu, Maira. Tak payah layan perempuan gila macam dia ni.
Buang masa dan tenaga aje tau. Jom kita pergi.”
Maira
pamer senyum sinis. “Jom!”
Mereka
berdua bangun lalu berjalan seiringan meninggalkan Suraya di kafe itu.
Suraya
kaget. Terkedu dengan tindakan itu. “Iqram! Iqram!” Dia menjerit-jerit melaung
memanggil nama itu, namun bayang figura itu sudah pun menghilang di sebalik
dinding kafe. “Argh!!!” Dia menjerit geram. Cis!
TAWA Maira meletus apabila teringatkan
peristiwa pagi tadi. Hatinya digeletek rasa geli hati. Haa… padan dengan muka
kau! Sesuka hati aje nak lemparkan tuduhan macam tu pada aku kan. Rasakan… kan
dah kena sindir dengan aku, kutuk hatinya.
Sedang
mengelamun jauh, tiba-tiba bahunya disentuh dari belakang. Dia tersentak kecil.
Seraya itu, dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Sebuah cebikan muncul di
bibir demi melihat figura Aladdin.
Aduh,
manusia penyibuk ni muncullah pulak. Kenapa kau tak nak lenyap terus aje dari
muka bumi ni hah? “Hmm… kau nak apa?” Dia bertanya dengan suara dingin.
Aladdin
pamer senyum manis. “Kau tengah buat apa tu, Maira?”
Dia
ni buta kayu ke apa? Aku tengah duduk sambil mengelamun pun, takkanlah tak
nampak kot? “Aku tengah tengok TV, Din. Tengok cerita kartun Doroemon. Best tau! Nobita kena kejar dengan
Giant. Padan dengan muka dia kan?” Maira berloyar buruk. Tanya lagi soalan
sengal macam tu kat aku? Haa ambik, kan dah kena sebijik!
Aladdin
tertawa. “Kau ni kelakarlah, Mai. Tapi, muka kau nampak sweet sangat bila bergurau senda macam ni tau. Macam anak patung
beruang pun ada.”
Maira
mencebik. Erk, rasa macam nak muntah hijau aje bila dengar pujian itu. Entahkan
ikhlas, entahkan tidak. “Tak payah nak puji aku, Din. Meluat aku bila
mendengarnya tau. Nak loya anak tekak aku ni,” kutuknya.
“Kau
ni, tak baik cakap macam tu tau. Aku puji kau seikhlas hati tau,” balas Aladdin
beria-ia.
Maira
menjulingkan kedua-dua belah matanya ke atas. Dia mencebik. “Whatever! Huhh, menyampah!
Aladdin
menarik kerusi lalu meletakkannya ke sebelah Maira. Dia terus melabuhkan duduk.
“Maira, kau dah breakfast ke belum?
Kalau belum, jom temankan aku,” ajaknya bersungguh-sungguh.
Maira
berdecit geram. “Aku dah breakfast
pagi tadi. Perut aku masih kenyang lagi ni. Kalau kau nak pergi, haa… pergi
ajelah seorang diri. Kalau nak berteman, pergi ajak Hidayah. Dia tu memang suka
kalau dapat makan percuma ni,” balasnya.
Aladdin
menarik muncung panjang. “Ala… jomlah temankan aku, Maira. Kalau kau tak nak
makan, minum aje pun dah cukup,” rayunya.
“Kau
faham bahasa Melayu, tak? Ke kau nak aku cakap bahasa Siam? Dah aku kata tak
nak tu, maknanya tak naklah! Susah snagat ke nak faham bahasa hah?” herdik
Maira. Hilang sabar dengan telatah Aladdin.
“Ala…
jomlah!” Aladdin merayu lagi.
Maira
berdecit geram. “Kau faham bahasa, tak? Aku tak nak! T.A.K tak, N.A.K nak, tak
nak! Faham?” Ambik! Tak pasal-pasal aku eja satu per satu. Kalau tak faham
jugak tu, tak dapek den nak menolong aih.
“Tapi…”
Belum sempat Aladdin membalas kata-kata Maira, tiba-tiba kedengaran suara
Hidayah menegur mereka.
“Mai,
bos panggil kau,” kata Hidayah.
“Oh,
okey!” Maira segera bangun lalu berjalan pergi meninggalkan meja kerjanya. Fuh,
lega! Nasib baiklah Dayah muncul tadi. Kalau tak, alamatnya matu kutulah aku
nak layan dia yang tak reti-reti nak faham bahasa tu.