Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Singa Miss Selamba (UPDATE)
BAB 2
BAGAIKAN lipas kudung, mencicit Maira memasuki ke dalam bilik mesyuarat. Langkahnya terhenti bak tiang elektrik apabila menyedari beribu-ribu lemon mata memandangnya.

Eh, kenapa semua orang pandang aku ni? Wah, rasa macam artis terkejal aje. Dia tersengih sejenak. Apalah kau ni Maira, sempat makan buah berangan lagi. Dasyat, desis hatinya.

Tiba-tiba kedengaran satu suara dehemen kemas yang datangnya dari satu figura lelaki kacak. Spontan Maira menoleh ke arah figura itu. Gulp! Dia meneguk liur. Begitu tajam renungannya, bagai nak tembus aje.

Alamak, matilah aku! Mr. singa dah naik angin! Boleh tak kalau aku nak hilangkan diri sekejap? Aduh! Kalau ada kuasa halimunan kan senang, desis hati Maira sambil menggigil ketakutan.

Sebuah jelingan tajam dihadiahkan pada Maira, tanda amaran keras. “Awak lambat selama…” Jam berjenama Rolex di tangan kanannya bingkas dikerling. “ Satu jam,” tambahnya tegas.

Maira tayang sengihan. Siap menayang barisan gigi putihnya bak baru sahaja dicalit dengan kapur kasut. “Err… saya minta maaf, bos. Saya… saya…”

“Awak apa?” herdik Iqram.

Aduh, kenapa otak aku ni tak nak keluarkan idea di saat-saat genting macam ni? Hisy, idea ni pulak macam sengaja nak main sembunyi-sembunyi dengan aku tau, bentak hati Maira.

Iqram mendengus. “Awak ingat muka awak tu cantik sangat ke kalau awak sengih-sengih depan saya?” herdiknya. Mula hilang sabar dengan gelagat Maira.

“Cantik.” Tanpa sedar Maira membalas. Ops! Mulutnya segera ditekup apabila menyedari ketelanjuran diri. Alamak, terlebih sudah!

Buntang biji mata Iqram mendengar jawapan itu, bagai hendak terjojol keluar dibuatnya. “Berani awak menjawab, ya!” tengkingnya keras.

Seisi staf bahagian operasi sudah meneguk liur melihat telatah Iqram a.k.a Mr singa itu. Silih berganti mereka memandang Iqram dan Maira. Sungguh mereka tidak menyangka, Maira begitu berani menjawab. Siap menayang muka selamba badak lagi, bagai tidak melakukan apa-apa kesalahan.

Maira menayang muka selamba. “Betul kan apa yang saya cakap ni. Kan bos kata muka saya ni cantik.”

Iqram menggenggam buku luma. “Awak…” Huhh! Tak pernah ada lagi manusia yang berani melawan aku. Tapi dia? Argh! Kalau kau tu lelaki, memang dah lama makan penumbuk aku. Kenyang terus, tak payah makan sampai esok pagi.

Maira menjungkit kening. Buat apa nak takut? Dia bukannya monster inc pun. Dia bos yang kacak bak pelakon Syarul Ridzwan, desisnya lalu tergelak lucu dalam hati.

“Dah, duduk!” arah Iqram tegas.

Cepat-cepat Maira mengambil tempat duduk di sebelah Hidayah. Fail yang tertulis perkataan ‘operasi’ di atasnya, bingkas dicapai lalu dibuka ke helaian pertama.

Usai mesyuarat selesai, kesemua staf bahagian operasi mengemas fail-fail mereka, lalu melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Yang tinggal hanya Iqram, Maira, Hidayah dan Sonia.

“Maira Qaisarah!” Iqram menegur tegas.

Maira menoleh ke arah Iqram. “Ya, bos?” jawabnya sambil tersenyum kecil.

“Masuk bilik saya lepas ni,” Iqram senyum sinis. “Bersiap sedia untuk disoal siasat, Maira.” Lalu, dia bangun dan terus berjalan keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

Bulat mata Maira mendengar arahan itu. Arahan itu umpama petir berdentum menyambar dada langit. Gulp! Dia menegur liur. Alamak, matilah aku!

“Padan dengan muka kau, Maira!” ejek Sonia sambil tersenyum sinis. Serentak itu, dia bangun lalu berjalan keluar dari bilik mesyuarat.

Maira menggosok-gosok belakang kepalanya berulang kali. Wajanya sudah pucat lesi. “Dayah?” tegurnya sambil memandang tepat ke wajah kawan baiknya itu.

Hmm?” balas Hidayah sambil senyum sinis. Bak sedang menyindir gadis comel itu.

“Macam mana ni, Dayah? Aku takutlah! Ketaq lutut aku ni, wei!” luah Maira dengan suara menggigil-gigil.

“Aik, tahu pula rasa takut? Oh…tadi masa kau melawan cakap dia, tak tahu takut? Haa… padan dengan muka kau!” perli Hidayah dengan muka selamba.

“Ala… tu tadi,” balas Maira. “Err… kau teman aku, ya?” pintanya beria-ia.

“Kau dah gila ke apa? Hisy, tak nak aku! Kau sendiri yang cari pasal kan? Tanggung sendirlah! Aku tak sanggup nak jadi mak sanggup,” perli Hidayah. Cepat-cepat dia bangun lalu menghayun kaki keluar dari bilik mesyuarat.

Maira menjeling geram. Wajahnya cemberut. Cis, tak guna punya kawan! Kawan susah pun, tak boleh nak tolong ke? Argh! hatinya membentak geram.

“SONIA?” Maira menegur.

Sonia yang sedang menaip sesuatu di papan komputer ribanya, spontan mendongak. Melihat muka Maira, spontan dia mencebik. “Hmm?”

“Err… Encik Iqram ada kat dalam?” tanya Maira dengan muka pucat lesinya.

“Ada.” Sonia menjawab sepatah.

“Err… saya masuk ya?” balas Maira.

“Kejap, jangan masuk lagi! Kau ingat pejabat Encik Iqram tu office bapak kau?” bidas Sonia keras.

Hilang sabar jadinya apabila mendengar sindiran itu, namun ditahan hatinya agar tidak melawan. Sabar, Mai! Biar aje nenek sihir ni. Kejap lagi, kau balunlah cukup-cukup! herdik hati Maira geram.

“Okey,” jawabnya sepatah.

Sonia bingkas mengangkat telefon. Angka bernombor 2 ditekan. Seminit dua kedengaran nada bersambut. Suara setiausaha gedik itu kedengaran begitu lembut dan manja. Sekali gus mengundang cebikan di bibir Maira. Naik geli-geleman dia melihat lenggok manja Sonia ketika bercakap di telefon.

Iyuu… macam kucing gatal aje minah gedik ni, kutuk hatinya lalu tersenyum mengejek.

Berkerut kening Sonia melihat senyuman sumbing di bibir Maira. “Hoi!” jerkahnya.

Maira tersentak kecil. “Haa… apa dia?” Terpinga-pinga dia memandang Sonia.

“Tersengih-sengih macam kambing aje. Tak payah nak sengih sangatlah! Kejap lagi telinga kau berasap bila dengar ceramah Encik Iqram,” sindir Sonia.

Maira senyum sinis. “Telinga saya yang berasap, bukannya telinga awak. Kalau telinga awak tu berasap jugak, nanti saya callbomba. Biar dia orang sumpit telinga awak tu.” Ambik kau! Haa… tak pasal-pasal dah kena sebijik. Dush! Dush! Puas hati aku!

Buntang biji mata Sonia mendengar sindiran itu. “Kau jangan kurang ajar, ya! Aku penampar baru tau!” herdiknya geram.

Senyuman sinis masih lagi mengitari wajah Maira. “Oh, tahu pulak nak marah? Sakit hati ke saya cakap macam tu?” Hati kau sentap ke? Padan muka kau! Baru kau tahu langit ni tinggi ke rendah. Ada hati nak perli-perli aku? Sorry la, kau salah orang, okey. Ini Maira Qaisara la!

Sonia menghentak meja. “Kau…”

Belum sempat Sonia menghamburkan amarahnya pada Maira, tiba-tiba interkom berbunyi. Cepat-cepat dia mengangkat ganggang telefon.

“Yes, boss?” ucap Sonia tergedik-gedik.

Wajah Sonia tiba-tiba berubah kelat. Membuat kening Maira terangkat sebelah. Senyuman sinis semakin melebar di bibir. Hmm… mesti kau kena marah dengan Mr. singa tu, kan? Ha ha ha… rasain lu! Tulah, nak sangat berdebat dengan aku kan? kutuk hatinya.

Ganggang telefon diletakkan kembali ke tempatnya. Sonia mengalihkan pandangannya ke arah Maira. “Pergi masuk sekarang!” tengkingnya garang.

Dengan muka selamba badaknya, Maira membalas, “Okey!” Dia menghayun kaki menuju ke muka pintu, namun sekali lagi langkahnya mati apabila sindiran tajam Sonia singgah ke gegendang telinganya.

“Bersiap sedia untuk disoal siasat, ya.” Sempat lagi Sonia menyindir Maira. Siap tersenyum sinis lagi.

“Okey.” Sekali lagi Maira membalas dengan muka selamba badaknya.

Daun pintu bilik yang tertulis nama Iqram Fattah Datuk Hakim dan dibawahnya pula tertulis perkataan ‘Pengurus Operasi’ diketuk. Kedengaran bunyi perkataan ‘masuk’ dilaung dari dalam.

Daun pintu bilik yang tertulis perkataan Iqram Fattah bin Datuk Hakim dan dibawahnya pula tertulis ‘Pengurus Operasi’ bingkas diketuk. Kedengaran bunyi perkataan ‘masuk’ dilaung dari dalam bilik. Dengan lafaz bismillah, Maira memulas tombol pintu lalu membolos masuk ke dalam.

GULP! Maira meneguk liur. Hang nilah lutut, masa-masa ni nak ketaq, na. Ya ALLAH, selamatkanlah hamba-MU yang kerdil ni. Maira bermonolog dalam hati.

Iqram yang sedang menaip di komputer ribanya, menoleh ke arah Maira yang masih lagi tercegat di muka pintu. Berkerut dahinya. “Yang awak berdiri kat pintu macam tiang bendera Malaysia tu, kenapa? Masuklah!” jerkahnya. Langsung tidak tercalit sebarang senyuman di wajahnya yang serius itu.

Maira tersenyum kelat. “Baik, bos.” Dia berjalan ke hadapan meja Iqram, lalu berdiri di tepi kerusi.

Dahi Iqram semakin berkerut melihat gelagat Maira. “Tak payah nak jadi patung depan saya, Maira. Duduk!” arahnya tegas.

“Baik, bos.” Cepat-cepat Maira duduk di atas kerusi.

“Wait for a while, I need to finish this,” ujar Iqram serius.

Maira hanya diam membatu.

“Ok, done!” Tiba-tiba Iqram bersuara. Memecah keheningan sunyi antara mereka.

Membuat Maira tersentak, spontan dia menoleh ke arah Iqram dengan muka terpinga-pinga.

Sejurus selepas Iqram menutup komputer riba dan menolaknya ke tepi, dia mengalihkan wajahnya ke arah Maira. Sengaja dia merenung tajam wajah comel itu, seolah-olah hendak menerbitkan rasa bersalah di benak gadis itu.

Maira jadi tidak betah apabila dirinya direnung sedemikian rupa. Spontan, dia tertunduk merenung ke lantai.

Iqram pamer senyum sinis. “Tadi, bukan main lagi awak menjawab setiap kata-kata saya, langsung tak takut walaupun awak dah buat satu kesalahan berat. Sekarang nak balas renungan saya pun, jadi takut? Saya ingatkan awak ni seorang gadis yang berani, tapi rupa-rupanya pengecut.”

Maira terkesima. Geram dia apabila mendengar sindiran pedas itu. Amboi, sedap aje mulut Mr. singa ni mengata aku. Nasib baiklah kau tu bos aku tau. Kalau tak, memang dah lama aku cincang buat daging bakar! Tapi tak apa, Maira. Memang dah salah kau kan? Redha ajelah!

“Saya betul-betul minta maaf, bos. Saya tahu, saya dah buat satu kesalahan besar. Saya tak patut lambat datang ke pejabat. Saya juga tak patut melawan kata-kata bos. Maafkan saya, ya?” Maira bersungguh-sungguh merayu. Tangan kanannya ditautkan ke tangan kiri, lalu digoncang berulang kali. Memohon maaf dari sang ketua.

Iqram bersandar ke belakang. “Berikan 5 sebab mengapa awak datang lambat ke pejabat hari ni,” ujarnya dengan suara tegas. Wajah comel Maira direnung tajam, umpama sang hakim yang sedang mendengar hujah pembelaan dari sang pesalah.

Maira membulatkan matanya. Mulutnya ternganga. “Lima? Err… dua alasan aje, tak boleh ke, bos?” Aduh, mana aku nak cari 5 alasan ni? desis hatinya.

Iqram mengukir senyum sinis. “No! I want five excuse from you, Miss Maira Qaisarah,” tolak Iqram tegas. “Tapi saya tak nak dengar alasan yang tak masuk akal, saya nak alasan yang munasabah. Faham?”

Maira berdecit seketika sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Err…” Tergagap-gagap dia hendak memikirkan alasan yang munasabah. Aduh, gimana sih? Erk, sejak bila pulak aku fasih berbahasa Indonesia ni? He he he…

“Maira Qaisarah?” seru Iqram apabila tiada tanda-tanda untuk Maira bersuara.

Maira menarik nafas panjang, lalu menghembus perlahan-lahan. Relax Maira, relax.“Err… sebab pertama, saya terlambat bangun pagi ni. Sebab kedua pula, jam loceng saya rosak. Sebab ketiga pula adalah tayar kereta saya pancit pagi tadi. Sebab keempat pula, traffic jammed. Sebab terakhir... err… saya terlupa hari ni kita ada mesyuarat.” Tu dia. Berdozen-dozen alasan yang tak masuk akal. Ah, tak kisahlah! Janji aku dapat bagi 5 alasan yang Mr. singa ni nak.

Iqram terlongo. Wajahnya berubah merah, tanda marah. “Tu aje ke alasan awak?” Dia ketawa sinis. “Awak tahu tak, semua alasan awak tak masuk akal tau. Banyak lagi alasan yang awak boleh reka, alasan tak masuk akal tu jugak yang awak bagi?”

“Err…” Dengan selamba badaknya, Maira menayang sengihan kerang busuk di hadapan Iqram. Siap menayang muka tidak bersalah lagi.

Iqram menjeling tajam. “Tak payah nak sengih-sengih depan saya, Maira!” bidasnya.

Sengihan Maira terus mati.

“Kalau awak nak kerja, buatlah cara nak kerja. Office ni bukan rumah awak tau. Jadi, awak tak boleh datang ke pejabat sesuka hati aje. Semua syarikat yang beroperasi sama ada di dalam mahupun luar negara ada peraturan yang mewajibkan staf-stafnya patuhi, bukannya main redah sesuka hati aje. Awak…” Iqram mula membebel panjang berjeda.

Maira mengherot bibirnya. Sekejap ke kiri. Sekejap ke kanan. Wajahnya sudah masam mencuka. Aduh, bingitnya telinga aku mendengar bebelan Mr. singa ni, desis hatinya.

“Awak sepatutnya tunjukkan prestasi cemerlang pada syarikat. Kalau awak bersikap sambil lewa, macam mana syarikat nak beri anugerah pada awak, hah?” tambah Iqram lagi.

Maira memerhati raut wajah kacak Iqram. Fikirannya mula membayangkan sesuatu. Serta-merta dia tersengih lebar. Wajah kacak Iqram berubah menjadi kartun Donald Duck. Mulutnya yang masih ligat membebel mula memuncung panjang. Bebelan yang membingitkan gegendang telinganya itu pula berubah menjadi alunan muzik berentak kartun Donald Duck.

Mulutnya bingkas ditekup rapat, sedaya upaya dia cuba menahan ketawa. Sungguh, hatinya bagaikan digeletek rasa geli hati. Ala… comelnya bos aku ni.

Berkerut kening Iqram melihat gelagat Maira. “Maira?”

Maira masih lagi dalam dunia khayalannya.

Iqram mula panas hati. “Maira!” jeritnya lantang.

Maira terkejut. Apa lagi? “Oh, muka kau macam Donald Duck!” latahnya tanpa sedar. Gara-gara terkejut, dia menggosok dada. Pergh, kuss semangat!

Iqram membuntang mata. “Muka saya macam Donald Duck?”

Maira terkesima. “Haa?” Terpinga-pinga dia memandang wajah kacak Iqram. Apabila menyedari ketelanjurannya, nafasnya serta-merta menjadi semput. Wajahnya berubah kelat. Alamak, matilah aku! “Err…” Dia hendak mengungkap ayat maaf, namun kata-kata itu seakan-akan tersekat di kerongkong lehernya. Aduh!

“Awak memang sengaja buat hati saya menggelegak panas kan? Dahlah datang lambat, berani melawan cakap saya pulak tu. Lepas tu, siap boleh samakan muka saya dengan Donald Duck. Hah, memang tak patut!” marah Iqram geram.

Tu dia. Mr. singa dah naik hantu! Matilah… “Err…”

“Cukup!” Telapak tangan Iqram diangkat ke hadapan muka Maira. “Saya tak nak dengar alasan apa-apa lagi. Sebagai balasan, awak dihukum!” tambahnya dengan muka serius.

Maira terkedu. Mulutnya ternganga luas. “Dihukum?” Gulp, dia meneguk liur. “Hukuman apa, bos?”

Iqram pamer senyum sinis. “Sebagai denda awak datang lewat ke tempat kerja, awak dilarang keluar makan tengah hari pada hari ni,” balasnya dengan suara tegas.

Mata Maira terus menjadi bulat. Terkejut dengan hukuman yang dijatuhkan kepadanya. “Haa? Tapi hukuman ni keterlaluan, bos! Bos tak boleh buat macam tu. Kalau saya rasa lapar, macam mana?” bentaknya dengan muka tidak puas hati.

“No excuse! Awak bernasib baik tau sebab saya denda awak macam tu. Kalau saya suruh awak cuci tandas, awak nak buat?” bidas Iqram keras.

Maira menarik muncung panjang. Mukanya cemberut. “Okey,” balasnya perlahan, redha dengan hukuman yang dijatuhkan oleh majikannya itu.

“Dah, keluar! Saya banyak kerja lagi ni,” arah Iqram keras.

Maira bingkas berdiri. Dengan langkah lemah longlai, dia terus membolos keluar dari bilik Iqram.

Iqram senyum sinis. “Padan dengan muka kau, Maira! Puas hati aku!” ucapnya, lalu ketawa jahat.

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.