Mikail memandu keretanya masuk di perkarangan rumah. Dia juga takut dengan
mamanya. Segala perbuatan mama dia tidak mampu membalasnya. Dia hanya mampu mendiamkan
diri.
“Abang...” tegur Iraa yang merupakan
adik perempuan Mikail yang berusaha 21 tahun. Dia masih belajar di UITM Shah
Alam.
“Mama dah sampai?” soal Mikail
sambil matanya memandang pintu utama.
“Belum. Masih dalam kapal terbang
kot.” Iraa sendiri pun tidak tahu.
“Mana Syaa?” Mikail terus masuk ke
dalam rumahnya.
“Kak Syaa ada dalam bilik dia.”
“Dia sihat tak hari ni?”
“Sihat.”
Belum sempat Mikail melabuhkan
punggungnya atas sofa, kedengaran bunyi kereta masuk di perkarangan rumah.
“Tentu mama tu.” Iraa meneka. Dia rasa
bimbang.
“Iraa dan Syaa duduk dalam bilik.
Biar abang yang sambut mama pulang.” Arah Mikail.
“Baiklah abang.” Iraa berlari masuk
ke dalam biliknya. Iraa dan Syaa sebilik.
“Kenapa Iraa?” soal Syaa apabila
melihat adiknya seperti dikejar hantu. Pucat.
“Mama dah pulang.” Kata Iraa
perlahan.
“Apa?” Syaa juga merasai ketakutan
yang dirasai oleh Iraa. Dia memeluk tubuhnya. Rasa menggigil seluruh tubuh.
“Kakak...” panggil Iraa. Dia tahu
yang kakaknya lebih trauma berbanding dengan dirinya. ‘Mama jahat! Iraa benci
mama!’ Jerit batin Iraa.
Iraa memeluk tubuh Syaa supaya lebih
tenang.
“Akak nak Iraa call abang Fendi?”
cadang Iraa.
“Tak payah Syaa. Akak okey.” Syaa
menghalangnya. Matanya ada takungan air. Menahan air mata dari terus mengalir.
“Akak, bersabar ya?” pujuk Iraa
Sementara di luar bilik itu, Mikail
juga turut merasai apa yang adik mereka berdua rasa.
“Mama...” panggil Mikail apabila
wanita yang dipanggilnya mama sudah berdiri di depannya.
“Mikail Islam sayang. Mana Syaa dan
Iraa? Dia tak nak sambut kepulangan mama ke?” sungguh lembut suara itu di
pendengaran orang yang tidak mengenali siapa perempuan ini yang sebenar.
“Syaa dan Iraa tengah study ma,”
bohong Mikail. Tubuhnya makin menggigil. Jantungnya berdenyut pantas.
“Study? Study lebih penting dari
mama?” Zahrah pula yang bersuara. Masih
ada kelembutan dalam sindiran.
“Syaa! Iraa!” tiba-tiba suara Zahrah
menjadi nyaring memanggil kedua-dua anaknya.
Syaa dan Iraa tergamam. Iraa masih
dalam kawalan lagi. Dia menarik tangan Syaa agar turun dari katil itu dan
menuju ke ruang tamu.
“Kak, mama panggil. Cepat kak! Nanti
nahas kita!” Iraa menarik tangan Syaa.
“Akak takut!” kelihatan bibir Syaa
bergetar menahan ketakutan yang di alaminya.
“Mama, biarlah mereka.” Mikail cuba
memujuk Mamanya.
“Syaa! Iraa! Mama pulang!” jeritnya
makin kuat. Pantas Iraa menarik tangan Syaa.
“Cepat kak!” mereka berdua berlari
ke ruang tamu. “Mama...” panggil Iraa. Dia cuba tersenyum.
Syaa hanya menundukkan wajahnya.
Rasa takut apabila melihat sepasang mata yang tajam itu.
“Syaa macam tak sihat je.” Zahrah
menghampiri Syaa. Lalu memeluk anak perempuannya berusia 22 tahun itu.
Makin takut Syaa rasakan. “Kau ingat
aku ni apa? Aku balik kau tak sambut. Siap kau nanti...” bisik Zahrah perlahan
di telinga Syaa.
Kemudian Zahrah meleraikan pelukan
itu.
“Kenapa tak pandang muka mama? Mama
tak cantik ke?” Zahrah membelai-belai rambut Syaa. Matanya kelihatan garang
sekali.
“Mama... Mama cantik...” jawab Syaa
dalam takut-takut. Dia benar-benar tidak berani.
“Mama, Syaa tak sihat tu.” Halang
Mikail. Dia menarik tangan Zahrah ke kerusi. Dia tidak mahu Zahrah menyakiti
adiknya lagi.
“Terima kasih Mikail Islam. Anak
mama yang seorang ni makin kacak. Mama suka tengok.” Zahrah tersenyum manis.
“Malam ni rumah kita akan ada kan parti. Jadi mama nak Syaa dan Iraa pakai
cantik-cantik ya? Jangan malukan mama. Kalau tak, siap kamu!” pesan Zahrah.
Arahan Zahrah bagaikan seorang raja.
Jika ingkar, hukuman matilah jawapannya. Syaa dan Iraa masuk ke dalam bilik
setelah mendapat keizinan Zahrah.
“Mikail Islam. Mari ke sini?”
panggil Zahrah.
“Ya mama.” Mikail Islam melutut disisi Zahrah.
“Mana papa?” soal Zahrah.
“Papa tengah berehat dalam bilik.”
“Baiklah. Mama nak pergi tengok
papa.” Kata Zahrah sambil membelai rambut anak lelakinya itu.
Mikail hanya diamkan diri.
Zahrah menuju ke kamarnya. Kelihatan
seorang lelaki terbaring atas katil.
“Hai sayang!”
“Kau Zahrah! Buat apa kau balik! Aku
dah ceraikan kau! Kau bukan isteri aku dah!” darah Sazulee naik. Dia jadi marah
sebaik sahaja melihat wajah bekas isterinya.
“Bukannya orang tahu yang kau dah
ceraikan aku. Kau tu hanya lelaki tua yang pentingkan keseronokan tanpa
mempedulikan anak-anak. Biarlah aku jaga anak kau.” Zahrah masih tersenyum. Dia
menolak kasar tubuh Sazulee. Dia duduk di birai katil.
“Argghhh!” Sazulee geram. Badannya
lumpuh selepas 2 tahun kemalangan jalan raya. Dan apa yang dia tahu, dia
dipaksa makan ubat yang akan melumpuhkan lagi tubuhnya. Itu semua kerja Zahrah.
Sanggup buat suaminya begitu.
“Menyesal aku kahwin dengan kau
betina!” amuk Sazulee.
“Aku tak minta kau nikahi aku pun
masa aku kena cerai dengan laki aku nombor dua. Tapi laki aku nombor tiga ni
sangat baik. Baik sangat. Lagi pun kau dah ceraikan aku, aku pergi kahwin. Itu
sebab dua bulan aku tak balik rumah.” Jelas Zahrah.
“Kau kahwin lagi! Kau memang dasar
pengikis duit jantan. Aku dah tahu kenapa kawan aku ceraikan kau! Kau ni
parasit dunia manusia!” makin kuat suara Sazulee.
“Ada aku kisah. Janji aku bahagia
dengan apa yang aku dapat.” Zahrah tersenyum.
“Kau gila!”
“Aku ada bawa ole-ole. Laki aku
nombor empat yang bagi tau. Specially for
you, darling.” Kata Zahrah. Dia mengeluarkan sebotol ubat dari begnya.
Mata sazulee membulat. Dia terkejut.
Aku tak nak ubat lagi. Aku tak nak!
“Ini ubat baru. Ubat ini bukan
sahaja membuat tubuh kau makin lumpuh malah otak kau pun akan jadi makin lembap
dan bodoh. Lama-lama nanti, kau terus jadi gila. Wah, menarik tak rancangan aku
ni?” Zahrah sudah terangkan perancangannya pada Sazulee.
“Gila! Betina gila!”
“Kau makan ubat ni ya?” Zahrah sudah
mencengkam mulut Sazulee supaya lelaki tua itu menelan ubat tersebut.
Sazulee menolak kasar. Dia
meronta-ronta walaupun tubuhnya kaku tetapi apa kan daya. Dia tiada kekuatan.
“Mampus kau!”
“Arghh! Arrghhh!” Emosi Sazulee
tidak terkawal.
Mikail yang mendengar jeritan itu
segera masuk ke dalam bilik papanya.
“Papa!” dia memegang tubuh ayahnya
itu. “Papa, kenapa ni? Mama kenapa dengan papa?”
“Mama tak tahu. Mama nak suapkan
ubat ni. Dia marah pula. Ubat ni mama beli dari Jepun. Ubat ni boleh pulihkan
orang lumpuh tapi papa Mikail ni tak nak makan.” Zahrah memulakan dramanya.
“Papa!” panggil Mikail untuk
menyedarkan Sazulee. “Mama keluar dulu. Biar Mikail yang uruskan.” Arah Mikail.
Zahrah segera keluar. Dia berpaling dengan senyuman yang terukir.
“Papa!”