Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 20

Hampir dua bulan Hanna tidak buka facebook Mr.Gangster. Hanna merenung kosong skrin komputer ribanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi membuatkan Hanna terkejut.

“Assalamualaikum Adi.” Hanna tersenyum.

“Waalaikumussalam. Hanna dah mandi dan solat isyak?” soal Adi.

“Dah. Cuma mengantuk je sekarang.” Hanna menguap beberapa kali. ‘Macam tak senonoh pula menguap macam tu.’ Desis hati Hanna.

“Tak apalah. Hanna rehat. Adi pun mengantuk juga. Selamat malam.” Ucap Adi.

“Selamat malam.” Talian ditamatkan.

Hanna termenung. Separuh hatinya masih mengharap M yang tidak pasti itu. Dia gagahi juga membuka facebook Mr.Gangster.

Hanna terkejut.

Rindunya....–MR.Gangster-

Pertama kali dia nampak M pos status. M rindukan siapa? Dia sudah ada perempuan yang disukai ke? Entah mengapa Hanna rasa sedih. Mungkin inilah jawapan dalam hubungan mereka.

“Jangan kau sangka labuhnya tudungku tanda alimnya diriku.. aku juga seperti mu yang sedang mencari-cari sinar cahaya. Buat menerangi sepanjang perjalanan. Kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi melindungi, jua mengingatkan diri, menjaga gerak gerik...kerana Akhlak itu bunga diri dan kerana yang tertutup itu lebih indah.

Buat muslimah di luar sana.
Semoga terus beristiqamah.
Jangan peduli la orang nak cakap ape.
Diorang perli kata kite bertudung labuh macam 'ustazah', padahal melabuhkan tudung/pakaian tu adalah WAJIB.
Pilih, nak redha manusia atau nak redha ALLAH?

Hanna menutup semula komputer ribanya. Dia masih keliru dengan perasaannya. Dia rindukan M tapi dirinya selalu bersama Adi.

Adi selalu membantu dia di kedai buku. Dia juga mencari pekerja yang boleh dipercayai. Sungguh baik Adi.

Tetapi hatinya...

“Arrgghhhhh!” Hanna menjerit. Dia berperang dengan perasaannya sendiri.

Hanna rasa dahaga dan segera dia ke dapur. Termenung di situ pula.

“Asyik termenung je. Apa nak jadi? Keputusan tak dapat buat juga. Adi atau kenangan M?” Hanna geram kerana dia masih tidak dapat membuat keputusan. Dia mencapai air yang sudah berisi air dan rakus meneguknya.

Hilang dahaganya.

“Buat solat istikarah.” Hanna berasa lega. Dia kena buat solat istikarah supaya hatinya mendapat keputusan yang tepat.

Masa berlalu.

Hanna benar-benar rasa tenang.

“Assalamualaikum.....” panjang salam Adi sebaik sahaja terpandang wajah ayu Hanna. Perempuan itu bertudung bawal biasa. Sangat sesuai dengan bentuk mukanya yang bujur.

“Waalaikumusalam.” Jawab Hanna.

“Cantiknya dia. Macam bidadari syurga.” Puji Adi.

“Perli Hanna la tu.” Hanna terasa malu.

“Rasanya jadi kot kita kahwin bulan depan.” Gurau Adi lagi. Lelaki ini tidak habis-habis mengusiknya.

“Jadi ke?” Hanna sengaja membalas usikan Adi.

“Mesti jadi punya.” Adi tersenyum. “Betul kan?”

Hanna terdiam. Entah mengapa dia terasa berat untuk menerima lamaran Adi. Adi pula perasan akan wajah Hanna yang sudah berubah.

“Tak apalah Hanna. Adi tak kan paksa Hanna untuk terima Adi. Adi sedar yang Adi ni banyak kekurangan. Tak layak untuk bersama Hanna.” kata Adi dan terus berlalu keluar dari kedai buku Hanna.

“Adi...” panggil Hanna tetapi Adi tidak berpaling lagi.

*****

“Penatnya...” Hanna menghempaskan diri atas sofa. Terasa tubuh ini sangat penat. Hari ni banyak stok buku yang baru tempah sampai. Di Kedai Hanna hanya ada Siti dan Hanna sahaja yang bekerja. Hanna sepatutnya ambil pekerja lelaki tetapi dia tidak mahu.

Tudung yang dipakainya dibuka. Rambut Hanna yang panjang di biar bebas seketika.

Kini, sudah tiga hari Adi tidak menghubungi Hanna.

“Dia terasa ke dengan kata-kata aku?” Hanna rasa bersalah. “Aku dah buat solat istikharah tapi aku tak nampak Adi mahu pun M yang botak lagi comel. Aku nampak lelaki lain. Lelaki itu? Tak mungkin pula.” Hati Hanna berdebar-debar apabila teringat akan lelaki itu..

“Aku dah lama tak jumpa dia. Rasanya hidup aku tak ada kaitan dengan dia. Tiga kali aku solat, tiga kali muka dia muncul.” Hati Hanna resah. “ Dia tu pelanggan aku je.”

“Arrggghhh!” Hanna rasa serabut memikirkannya. Adi pun semakin jauh dari Hanna membuat kehidupannya rasa sunyi. Adi selalu menjadi penghiburnya.

Hanna mengambil keputusan untuk menghubungi Adi sahaja.

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumusalam. Hanna okey?” tiba-tiba Adi tanya seperti itu.

Hanna tersenyum. Mesti Adi bimbangkan dia. Kenal sangat Adi. Walaupun pun mereka baru berkenalan tapi dia dapat rasakan Adi akan melindunginya.

“Hanna tak okey...” sengaja Hanna berkata begitu. Dalam hati, Hanna menahan ketawanya.

“Hanna tak okey? Kenapa? Nak Adi hantar ke hospital?” bimbang Adi. ‘Baru siang tadi aku skodeng minah ni, sihat je.’ Bisik hati Adi.

“Sakit ni. Sakit di hati.”

“Ya Allah! Adi datang sekarang. Kita pergi hospital.” Gelabah Adi.

Akhirnya Hanna ketawa bersungguh-sungguh. Tidak sangka Adi akan gelabah sedemikian.

“Hanna...” panggil Adi.

“Kelakar la Adi ni. Hanna gurau je,” kata Hanna.

“Hanna!” jerit Adi kegeraman.

“Jangan marah, nanti kena jual!” Hanna masih ketawa.

“Seronoknya dia...” Adi menarik nafas lega. Dia benar-benar rasa lega apabila tahu yang itu hanya gurau semata-mata.

“Kejap Adi! Kejap! Ada call masuk la.”

“Okey.”

“Hello...” Hanna jawab panggilan itu dengan nada yang gembira. Panggilan itu dari sahabatnya, Laika yang sentiasa menjaga ibunya di sana.

“Hanna, ibu awak.” Laika berkata.

“Kenapa Laika?” Hanna cemas.

“Baik awak datang ke sini. Ibu awak cuba cederakan diri sendiri.” Jelas Laika.

“Apa?” Hanna mengucap dalam hati. “Baiklah, saya datang sekarang!” talian ditamatkan.

“Adi, ibu Hanna cederakan diri sendiri. Jadi Hanna nak ke hospital sekarang ni.”

“Adi teman!” tegas Adi.

“Baiklah!”

*****

Air mata Hanna tidak berhenti mengalir dari tadi. Mata pun sudah kelihatan sedikit bengkak. Hampir sejam lebih dia menangis.

“Sabarlah Hanna. ini dugaan Allah untuk Hanna. Hanna kena tabah. Jika Hanna tak kuat, siapa lagi yang akan beri semangat pada Ibu Hanna? Siapa?” soal Adi. “Hanna perlukan Ibu Hanna dan ibu Hanna perlukan Hanna sekarang. Maka Hanna kena tabah.” Nasihat Adi.

Lega hati Hanna mendengar kata-kata Adi. Sedikit sebanyak, dia dapat kumpulkan kekuatan diri. Dilapnya air mata yang mengalir.

“Sabar ya?” Adi menepuk-nepuk bahu Hanna lembut. “Ibu Hanna pasti selamat.” Adi cuba tersenyum. Hatinya juga terusik dengan kejadian yang menimpa ibu Hanna.

“Terima kasih Adi.”

“Hanna. Adi berjanji yang Adi akan melindungi Hanna selagi Adi mampu. Jadi, benarkan Adi menjadikan Hanna milik Adi secara sah dan halal.” pintaAdi.

Hanna tersentap.

“Adi, tolonglah. Hanna tak dapat nak fikir perkara itu buat masa sekarang.”

“Hanna...” Adi masih cuba memaksa. “Kalau ibu Hanna selamat, Adi anggap Hanna dah terima lamaran Adi,” tegas Adi.

“Tapi Adi...” Hanna tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“Cik Hanna...” tiba-tiba muncul doktor yang merawat Halimah membuatkan perbualan mereka berdua terhenti.

“Doktor, bagaimana keadaan ibu saya?” soal Hanna.

“Ibu cik Hanna dalam keadaan stabil. Kesan dari hantukkan yang kuat ke dinding membuat kepalanya luka. Jangan risau ya cik Hanna. Ibu cik Hanna sudah dipindahkan ke wad biasa,” jelas doktor. “Saya pergi dulu.” Dia terus berlalu pergi.

“Terima kasih doktor.”

“Terima kasih Hanna...” ucap Adi.

“Kenapa ni?”

“Sebab terima lamaran Adi.” Adi tersenyum.

“Adi tak boleh paksa Hanna terima Adi.” Hanna menolaknya. Dia yakin Adi bukan untuknya. Dia berubah memakai tudung pun sebab dia yakin yang Allah hantar Adi untuk dia memakai tudung adalah salah satu hidayah Allah. Tetapi itu tidak bermakna dia harus menerima Adi walaupun perasaannya sedikit sebanyak ada untuk Adi.

“Hanna, bagi Adi peluang untuk tunjukkan yang Adi mampu beri perlindungan dan kebahagiaan pada Hanna.” pinta Adi. Adi bagaikan terdesak untuk memiliki Hanna.

Hanna mengeluh. Dia harus membuat keputusan.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.