Hanna mengelap tangannya yang basah. Dia baru sahaja siap membasuh pinggan.
Hidup bujang katakan tetapi Hanna bahagia. Dia tidak sabar untuk bawa Halimah
ke sini iaitu tempat tinggal sejak Halimah di masukkan ke dalam hospital sakit
jiwa. Dia masih ingat apabila Halimah sedar dari segalanya, dia bagaikan tidak
siuman.
Fikirannya melayang ke peristiwa
lalu.
Hanna begitu gembira apabila melihat
ibunya sudah boleh duduk dan wajahnya ceria. Asyik tersenyum sahaja sebaik
Hanna masuk ke dalam bilik Halimah ditempatkan.
“Mak! Mak dah okey! Hanna gembira
sangat!” pantas Hanna memeluk tubuh Halimah tetapi hampa. Halimah kaku. Tiada
tinda balas dari Halimah.
“Mak...” panggil Hanna sambil
meleraikan pelukkannya.
Halimah merenung tajam pada Hanna.
Hanna pula dapat rasakan akan berlaku perkara yang tidak baik.
“Mak...”
“Siapa kau? Kau bukan anak aku! Anak
aku dah mati! Nurse tu cakap nama anak aku Adam.” Halimah menjauhi diri dari
Hanna.
Gugur air mata seorang anak apabila
ibu sendiri tidak mengaku anak. Luluh hatinya. Hanna menangis.
“Mak, Hanna ada mak seorang je. Mak,
tolonglah. Jangan buat Hanna macam ni mak. Hanna dah tak ada sesiapa kecuali
mak,” rayu Hanna.
Hanna ingatkan apabila Halimah
sedar, dia akan berpeluang untuk bahagia di samping Halimah walaupun tanpa
kasih sayang seorang ayah tetapi hampa. Segalanya berubah sekelip mata.
Halimah menjadi tidak siuman dan di
tempatkan wad sakit jiwa. Hanna kuatkan hati untuk menghadapi semua ini seorang
diri.
Air mata yang mengalir di sapu
dengan lengan baju tidur.
“Sudahlah! Janji mak ada dengan aku
sekarang ni,” kata Hanna.
Hanna menutup suis lampu dapur. Ingatan lalu biarkan berlalu. Tidak perlu
difikirkan lagi.
Hanna menuju ke biliknya sambil
menguap. Ini sudah masuk kali ke lima dia menguap. Mengantuknya. Rasa tidak
tertahan lagi mata ini. Seperti biasa Hanna akan menjenguk Facebook M, Mr.
Gangster dulu.
Masih seperti dulu. Tidak pernah ada
balasan daripada M.
“Apa aku nak tulis hari ini ya?”
otak Hanna ligat berfikir. Akhirnya dia tersenyum.
Hari ini saya dilamar... – HannaMakaroni
Hanna masih menanti jawapan dari M. Walaupun
dia tahu yang Mikail tidak akan balas komen apa yang ditulisnya.
“Tak ada gak hari ni. Tak apa la.”
Hanna mengerakkan tetikus komputer ribanya ke lambang pangkah.
Manakala Mikail yang baru siap
mandi, segera membuka Facebook Mr.Gangster. Dia benar-benar terkejut dengan
kenyataan yang ditulis oleh Hanna.
“Eh, dilamar?!” dahi Mikail
berkerut. Dia mencapai tuala untuk mengeringkan rambut yang masih basah dengan
pandangan masih tetap di skrin komputer riba. Selepas itu, dia sengaja
menggoyangkan kepala ke kanan dan ke kiri bagi mengembalikan untaian rambut.
Dia pun menyisir rambut.
Mikail kembali semula ke komputer
ribanya lantas tangan Mikail pantas menaip sesuatu.
Hanna masih setia menanti. Tiba-tiba
komennya dibalas dan dia tidak sempat membacanya kerana sudah ditekan butang
pangkah. Pantas Hanna mengerakkan tetikusnya untuk membuka semula Facebook.
Hatinya berdebar kencang saat
matanya memandang nama Mr.Gangster yang membalas komennya.
Siapa yang melamar kau? –
Mr.Gangster
Hanna senyum sampai ke telinga.
Gembira punya pasal. Ada balasan daripada M. Buat seketika Hanna melompat
kegembiraan. Mata yang mengantuk dan hampir tertutup sebentar tadi, cerah
kembali. Segar bagaikan direndam dengan air sejuk.
‘Mesti M cemburu sebab tiba-tiba
sahaja aku dilamar. Dia suka akulah itu.’ Hanna masih tersengih bangga.
Pertanyaan Mr.Gangster dibiarkan seketika.
“Awat lama sangat dia ambil masa nak
jawab soalan aku ni?” Mikail tidak senang duduk. “Tak akan dia nak kahwin pula.
Baru siang tadi elok je dia dengan aku.” makin berkerut wajah muka Mikail.
Penantiannya terjawab apabila
membaca balasan komen Hanna.
Dilamar kerja... hahaha – HannaMakaroni
Mikail tersenyum.
“Rupanya aku yang melamar dia. Buat
gempak je.” Mikail sedikit geram tetapi dia rasa tenang pula. Ada satu komen
masuk.
Kau ke tu? – HannaMakaroni.
Makin lebar senyuman Mikail. Dia
bercadang tidak mahu menjawab pertanyaan itu. Dia mahu menyepi kembali.
Hanna pula menanti dengan sabar.
Wajah yang ceria kembali muram. Hampir setengah jam dia menunggu M membalas
komennya tetapi membisu.
Hanna hampa.
“Kenapa dia tak balas?” soal Hanna
sendirian. Dia rasa sedih sangat. Lelaki itu datang dengan tiba-tiba dan pergi
pun seperti itu. Tanpa ada ucapan terakhir. Hanna terasa kepalanya pening.
‘Lebih baik tidur!’
Hanna terus berlalu ke katil dan lelap. Dia berharap
suatu hari nanti dia akan bertemu dengan M pujaan hatinya itu.