Hati Hanna berdebar kencang apabila mendengar jururawat itu berkata. Dia
tidak mahu berpisah dengan Halimah. Kalau boleh dia mahu berada di sisi
Halimah. Menjaga ibunya itu.
“Saya anaknya. Saya kena ikut
sekali.” Hanna berasa cemas.
“Kejap ya adik. Akak telefon pihak
yang berkaitan.” Jururawat tersebut bertindak pantas.
“Adik boleh tunggu di depan bahagian
kecemasan. Nanti ada ambulans akan lalu situ.” Kata jururawat tersebut.
“Terima kasih kak.” Ucap Hanna.
Perasaan berdebar tidak putus dalam hatinya. Selagi dia tidak dapat melihat
ibunya sedar, selagi itu dia akan gelisah dan sedih.
“Adik!” panggil seseorang. Hanna
memandang ke arah suara itu. Pemandu ambulans rupanya. “Ibu kamu kan?” soalnya.
“Ya abang!” Hanna segera masuk ke
dalam ambulans tersebut. Kelihatan ibunya terbaring lemah. Dia masih ingat
doktor kata, ibunya keguguran. Mesti ibu dalam kesakitan saat ini. Azabnya
keguguran dengan kandungan yang berusia lapan bulan. ‘Ya Allah, Kau kuatkan
ibuku.’ Hanna masih berdoa.
Dari Hospital Kuala Kubu Bharu ke
Hospital Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang Sejam. Laju juga pemandu ini
pandu ambulans.
Selepas Halimah mendapat rawatan,
dia bertambah baik. Anak yang berusia lapan bulan itu berjaya dikeluarkan.
Badan Halimah sememangnya lemah.
Ada seorang doktor perempuan meminta
pekerjanya menguruskan jenazah tersebut. Anak lelaki.
“Adik bagi nama pada jenazah ini
supaya di akhirat nanti dia ada nama untuk dipanggil.” Kata doktor perempuan
yang baik hati itu.
“Sebab ini adik lelaki saya yang
pertama. Saya letak nama Adam. Adam Hashim.” Lemah suaranya menyebut nama
ayahnya.
“Adam, kakak akan selalu lawat kamu.
Kakak akan selalu doakan untuk kamu.” Air mata yang hampir kering tumpah
kembali.
Jenazah itu di bawa pergi. Doktor
tersebut memberi alamat tanah perkuburan . Tempat di mana Adam di kebumikan.
“Ibu kamu dah dipindah kan ke wad
biasa tetapi dia masih perlukan pemantauan. Apa-apa masalah, beritahu sahaja
saya.” Doktor perempuan itu terus berlalu.
Tidak sempat Hanna mahu mengucap
terima kasih. Dia berasa sedikit lega melihat ibunya berwajah lebih tenang.
Hanna membuka dompet ibunya yang di
simpan dalam beg tangan.
“Ada dua ratus je? Cukup ke?” Hanna
rasa tidak bermaya. Dia kena berhenti sekolah. Dia perlu bekerja.
“Semoga ibu tenang di sini. Hanna
pulang ke rumah kejap. Ambil barang-barang ibu.” Kata Hanna. Dia mengucup dahi
ibunya.
Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Dia
perlu pulang ke rumah.
*****
M sedang melepak di tempat biasanya. Depan tandas lelaki.
“Wei, kenapa kau tak suka minah
gedik tu?” soal Khairul.
“Kau sendiri panggil dia gedik, kau
suka ke perempuan gedik?” Soal M. Dia anti betul apabila perempuan itu
dikaitkan dengannya tetapi ada sesuatu yang menarik perhatiannya. ‘Biarlah
dulu!’
“Bukan gedik tapi manja. Itu baru
betul.” Khairul tersenyum.
“Banyaklah kau.”
Tanpa sesiapa tahu, M adalah yang bijak.
Hanya peperiksaan penting sahaja dia akan tunjukkan kebijaksanaannya seperti
peperiksaan SPM akan datang. Dia sengaja malas belajar di sekolah tetapi di
rumah dia lebih banyak belajar dari melepak.
Itulah sikapnya yang pelik. Mamanya
sudah tiada manakala papanya begitu sibuk mencari duit dan tinggalkan dia
sendirian di villa yang tiada siapa yang tahu di mana kerana sekolah yang dia belajar
itu berada di pedalaman dan mempunyai asrama. M tinggal di asrama tersebut.
“Wei, MG datang.” Bisik Khairul. Dari
jauh mereka dapat melihat Hanna sedang berlari.
Mereka berdua rasa pelik kerana
Hanna tidak ke arah mereka. Malah berlari masuk ke tandas perempuan.
“Dia tak tahan nak berak kot.” Kata
Khairul. M hanya angguk kepala tetapi... ‘Kenapa dia menangis?’ M pula buntu.
*****
Perasaan sedih, tidak dapat ditahan lagi. Air mata terus mengalir. Dia
terpaksa melakukan pembohongan ini. Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa pun.
“Hanna, sabar. Janganlah menangis.”
Pujuk Thilaga.
“Betul tu ma.”sokong Sui Mei.
“Mana aku tak sedih. Ayah aku nak
pindah pula. Aku nak mohon asrama dia tak bagi.” Luah Hanna. Dia terpaksa
berbohong. Dia tidak mahu menyusahkan Thilaga dan Sui Mei. Kalaulah mereka tahu
yang ayah kahwin lain dan meninggalkan dirinya dan ibu pasti keluarga mereka
akan membantunya. Dia tidak mahu menagih simpati seperti itu.
“Sabar la.” Pujuk Thilaga pula.
“Aku tak akan dapat jumpa kau orang
dan M lagi.” Hanna menangis lagi. Thilaga dan Sui Mei memeluk Hanna. Mereka
berdua juga turut bersedih.
“Tak apa, Hanna. Kau jangan lupa
kami di sini tau.” Pesan Thilaga.
“Tak akan lupa selamanya.” Janji
Hanna.
“Kau ada nombor telefon aku kan? Ada
apa-apa call je kami.” Pesan Thilaga lagi.
“Terima kasih kau orang. Aku tak akan
lupa. Kau orang sahabat terbaik.” Hanna tersenyum dalam tangis. Memang rasa
sedih untuk meninggalkan kawan yang susah senang bersama tetapi persahabatan
mereka singkat. ‘Maafkan Hanna.’
Mereka bertiga keluar dari tandas.
Dari jauh Hanna melihat wajah M. Langkahnya terhenti. Dia melihat M tanpa
berkelip.
“Kenapa dengan MG tu, Khairul. Dia
tengok aku lain macam je.” Tanpa sedar, M sudah mengelarkan Hanna MG. M rasa
tak sedap hati.
Pandangan mata Hanna cukup sayu
membuat hati lelakinya berdebar dan bimbang.
“Dia macam sedih je.” Komen Khairul.
“Ye ke?” M masih melihat wajah
Hanna. Mereka saling bertatapan.
‘Adakah cinta monyet ini akan jadi
cinta sejati aku? M, aku takkan lupakan kau. Walaupun aku tidak dapat berjumpa
dengan kau lagi tapi aku yakin suatu hari nanti aku akan berjumpa dengan kau
dan masa tu kita akan bersama selamanya.’ Bisik hati Hanna. Perasaan yakin
bagaikan menyerap dalam diri Hanna.
Hanna terus berlalu. Tidak sanggup lagi
melihat wajah M yang sedang merenungnya.
“Jom!” ajak Hanna. “Thilaga dan Sui
Mei kena belanja aku makan untuk hari terakhir aku di sekolah. Boleh tak?”
sememangnya dia tidak makan sejak semalam lagi. Biarlah mereka berdua yang
belanjanya makan untuk kali terakhir.
“Boleh je ma.” Sui Mei menjawabnya.
Mereka bertiga saling membalas senyuman.
*****
Loceng tamat sekolah sudah lama berbunyi
tetapi Hanna masih setia duduk di padang sekolah. Berangin pula. Dia berasa
tenang di sini. Tiba-tiba air matanya mengalir. Mengenangkan ayahnya yang
menduakan ibu.
“Ibu...” Hanna menyeru nama itu.
Tiba-tiba hujan turun. Hanna
tersentap. Cuaca menjadi mendung.
“Hujan...” dia memandang ke langit.
Hari ini hari terakhir dia di sini. Biarlah dia duduk di sini seketika.
Hanna memandang seseorang yang
sedang berlari ke arahnya. Mungkin mencari tempat berteduh. Lelaki itu
melindungi kepalanya dengan plastik. Hanna mahu ketawa melihat tingkah
laku lelaki itu.
Senyumannya mati sebaik sahaja dia
melihat kepala itu botak.
‘M...’ Bisik hati Hanna.
“Kau buat apa kat sini?” soal M.
Lelaki itu terus melabuhkan punggung di sebelah Hanna. Dia menanggalkan kasut
sekolahnya yang sudah dipenuhi dengan air.
Hanna pula masih terkejut dengan
kehadiran lelaki itu. ‘Masih ada peluang ke untuk aku mencipta kenangan indah
bersama M?’ hati Hanna semakin berdebar. Dia hanya diam dan tidak niat pun mahu
menjawab pertanyaan M. Sebaliknya dia hanya merenung kosong ke tengah padang
sekolah yang sudah dipenuhi air hujan.
“Hanna...” pertama kali M menyebut
nama itu.
Hanna tersentap. Dia terus menoleh
ke kanan untuk melihat wajah M.
“Kau okey?” soal M. ‘Kalaulah dia
tahu yang aku ada di majlis perkahwinan itu, pasti dia akan membenci aku.
Hanna, air mata kau, ketabahan kau membuat hati aku... Hati aku terbuka untuk
kau...’ bisik hati M.
“Aku okey cuma hari ini hari
terakhir aku di sekolah.” Akhirnya terluah juga perasaan Hanna.
“Kenapa?” M terkejut. Hatinya baru
sahaja menyukai Hanna tetapi kini gadis itu pula yang akan pergi jauh darinya.
“Itu bukan urusan kau.” Hanna sudah
berdiri. Rasanya dia tidak selesa berdua dengan M dengan keadaan hujan begini
lebat.
“Hanna, kau nak ke mana? Kan hujan
ni.”
“Aku tahulah hujan. Aku pun pergi
sekolah la.” Sinis Hanna.
M tersenyum. ‘Laser juga mulut minah
ni.’
“Mulut kau tu tak ada insurans ke?”
M rasa terpukul dengan kata-kata Hanna.
“Insya-ALLAH, nanti bila aku dah besar. Aku cari kerja jual
insurans. Nanti jangan kau tak beli, sudah!” balas Hanna. Sudah bersedia untuk
berlari ke tengah hujan. Jarak tempat mereka dengan bangunan sekolah ialah 200
meter.
“Hanna!” M menghalangnya.
Hanna tersentap.
“Aku...” M tidak dapat berkata.
“Jangan halang aku. Aku pergi dulu!”
tanpa menunggu M berkata, Hanna terus berlari dan berlari.
Dia berjalan dalam hujan demi
menutup air mata yang mengalir. Dia tidak mahu lama-lama bersama M kerana
bimbang dia tidak sanggup untuk meninggalkan lelaki itu. Lelaki yang sudah
banyak bercakap lembut dengannya.
‘M, Hanna akan kenang cinta ni
sampai bila-bila,’ Hanna terus berjalan di dalam hujan yang lebat sehingga ke
rumahnya.